Thursday, March 31, 2011

Turkey - Syria : A Trip To Remember

Ayoyo, hari tu janji nak cerita cebisan kenangan kat Turki dan Syria kan?
Rasanya nak dekat sebulan dah kot haha.

Anyway nilah cebisan kenangan tu, letak video lah senang, malas nak upload gambar.
Sedihya tengok video nih, thanks Ismi sebab rakamkan benda ni buat jadi kenangan.
We had so much fun those days.

Gelak-gelak sana sini, macam kanak-kanak pergi rombongan sekolah je, padahal semua ni bakal-bakal doktor.
Haha memang so immature.

Harap kenangan dan ukhuwah yang terjalin tu kekal sampai bila-bila, amin.
Tak nak lah gaduh-gaduh tumbuk-tumbuk.

Dah lah tu, kenangan dalam video ni memang so pure
Memang buat hati ni senyum sekejap, hilang segala stress.

OMG rindu rindu.


ps - lawaaanya rambut, rindunya rambut panjang T_T

Wednesday, March 30, 2011

Reminder *lagi


Mintak dijauhkan.
Amin

I'm No Beauty Queen, I'm Just Beautiful Me


Who says?


from youtuber's comment:

Maybe nobody understand this song. She's trying to say something. Yes, she's pretty, she's famous, rich, she's Justin Bieber's girlfriend, she's perfect in her own way but she's also a girl like us with her insecurities and problems. I got the message of this song and I feel better. The truth is that now I understood, I'm happy to be myself, I don't wanna be "Selena Gomez", "Miley Cyrus" or even "Julia Roberts". I wanna be myself and I should do something: I don't wanna hide who I am anymore.

Where Do Broken Hearts Go?

I lost another dear friend today, whom i believe boleh jadi my BFF.
Well basically tak gaduh perang besar ke apa, bukan salah dia pun, but still, rasa macam tu.
Mangsa keadaan, dan aku rasa...kehilangan.

Ah baguslah, its a great addition for my whole week's misery.

Dah lah keadaan cuaca tak menentu.
Sekejap salji, lepas tu hujan, pastu panas, pastu blizzard pulak, hujan batu, berangin sepoi-sepoi bahasa dan bla bla bla bla.
Banyak betul perubahan cuaca dalam satu hari.
Dahla aku ni jenis yang sensitif, cuaca berubah seket mulalah rasa tak sedap badan, gatal-gatal mulut, tak selesa.
Pastu mulalah marah sana sini, rasa macam over-bitchy pulak hari-hari.

Bilalah nak spring ni, nak spring, nak spring.

Lepas tu ditambah dengan hati yang entah gundah-gulana, rasa macam nak marah-marah orang je sejak kebelakangan ni.
Serabut.
Tak paham aku kenapa serabut sangat hati ni sejak akhir-akhir ni.
Macam ada sesuatu benda negatif dalam tu, tapi tak tahu macam mana nak bagi hilang.
Dah seminggu dah rasanya.

Rasa nak kena senyapkan diri sekejap kot, nak winding up myself a little.
Buat sempadan, macam biasalah tak nak bagi orang masuk.
Haihh.

Anyway, sape yang nak masuk my BFFs list sila angkat tangan ok, cepat isi borang.

Haih haihh kuasa lemon.


ps - i miss HK

Sunday, March 27, 2011

Ini Satu Reminder

Arghh tak suka berlemon-lemon bila satu hati dah terluka, which basically means people do aware of things that you wrote, although you think it was just nothing.

So ke hadapan encik A aka bakal manusia berhati kering,

Merujuk kepada post saudara yang terdahulu dalam selang masa beberapa jam lepas, nanti di lain masa, sila pastikan yang saudara betul-betul yakin yang hati saudara tu memang kering sekontang-kontangnya bila nak tulis sesuatu yang macam itu. Walaupun saudara dah cuba berlapik sedaya upaya sekerah tenaga tak nak bagi orang terasa dengan apa yang saudara coretkan, jangan ingat saudara boleh lari macam tu sahaja, segala masalah tak mungkin akan selesai begitu sahaja secara kababam kebabum.

Pihak kami dapat merasakan bahawa pada waktu tersebut saudara mungkin sedang bergelut dengan emosi, marah-marah dan kepala otak pun mesti tak stabil sangat, tapi bila dah jadi benda-benda macam ni memang susah lah nak undur balik incik saudara oii. Saudara kena berani ambil risiko lah ya dengan apa yang akan berlaku atas kelakuan saudara. Berani buat, berani tanggung. Sebab tu saudara dinasihatkan untuk memastikan yang hati saudara mesti kering punya untuk buat benda-benda macam ni. Kalau tak, tengok sahajalah apa yang dah jadi sekarang? Dah rasa bersalah teramat sangat kan?

Sementara saudara tengah resah gundah gulana, pihak kami di sini cuma mampu gelak secomel hati sahaja melihat keadaan saudara yang tengah berdurja. Maafkanlah kami ya saudara, kami tak mampu menahan lawak dek perbuatan saudara dan juga teman teman saudara yang boleh diklasifikasikan sebagai lawak berbahaya yang mampu memecahkan usus perut. Semoga berjaya lah ya tanggung risiko ini, ya.

Dan satu lagi, kami amat berharap yang saudara ni jangan pandai cakap je, entah-entah saudara pun 2 kali 5 jugak. Apapun, ini cadangan daripada pihak kami; cuba abaikan kesalahan yang orang lain buat dan kesalahan yang saudara buat, tinggalkan semua itu dan oraklah langkah lebih maju ke hadapan. Fokus pada hidup saudara di masa hadapan, fikir bagaimana nak menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa sebarang masalah kompleks yang boleh menyebabkan hati saudara menjadi kering. Dan juga, jangan cuba-cuba nak baiki benda yang lepas lah pulak melainkan saudara betul-betul arif bagaimana caranya untuk perbaiki masalah ini.

Akhir kata, kami kalungkan ucapan selamat maju jaya. Semoga hati saudara masih boleh diselamatkan daripada jadi kering kontang, itu yang kami harapkan. Apapun good luck :)

Yang tulus ikhlas,
xxx



p/s -

okeh saya cuma tak faham dengan perangai manusia, itu sahaja.

Well at least saya rasa bersalah, dan itu membuktikan yang hati saya tak kering lagi T_T

ahh lupakan semua ni, bukak kotak minda, simpan segala memori busuk, kunci baik-baik, lepas tu buang anak kunci tu jauh-jauh. Jom mulakan hidup baru hoye hoye.

anyway, maaf dipinta kalau ada buat hati terluka, peace peace lah ya.


Saturday, March 26, 2011

Lie Lie and Lie Again

Like seriously, dont lie if you dont know how.

It sickens me to the very core, knowing that people lies to cover up the truth, and seriously it hurts more. Its better to come clean, at least the damage isnt that serious.

Just so you know, Im a very emotional person, and i take small matter so seriously especially in friendship, tak kisah lah between besties or kawan tak rapat pun, aku memang macam tu. Kalau tak nak bagitahu just cakap lah tak boleh bagitahu, itu secrets atau ko tak ready nak bagitau kat aku lagi, aku accept jawapan macam tu. Ni tak, nak jugak buat-buat cerita, konon-konon macam tak nak terasa hatilah konon.

Baguslah kalau nak jaga hati, cuma in my case, aku tak boleh orang jaga hati aku. Nak jaga hati kena bagitahu betul-betul, sebab aku jenis yang suka digging sana sini, so bila tahu yang version ko bagitau lain dari version yang benar-benar berlaku, memang kompom aku marked sebagai kawan-yang-takleh-dipercayai-lagi-di-masa-hadapan.

Sorrylah, im a high-demand person, selalu nak lebih.

And just for those who pandai-berlakon-untuk-cover-up-cerita-dan-amek-kesempatan-dengan-buat-alasan-dan-mempergunakan-aku, oh pleaselah, once i was hurt, nehi nada babuji for you, i wont look you the same after this.

Maybe lah i'll act casual when we meet at classes or anywhere, tapi seriously memang benda tu akan diingat bila-bila, so pandai-pandailah jaga diri.

But seriously, if you dont know how to lie, then dont lie.
Lie only if you know how, belajar dulu biar master dapat phd semua, baru boleh menipu.

daannn kalau dah obvious kantoi, then cakap je lah terus terang.
Lagipun dah kantoi kan?




Haihh tak paham aku


Friday, March 25, 2011

Idol Season 11 - Best Season Everr

Biasanya tak suka buat recap awal-awal pasal rancangan nyanyi-nyanyi, sebab biasanya yang aku minat selalu kena reject awal. Tapi tahun ni American Idol memang so insane!

First-first sebelum start audition lagi dah kecoh-kecoh tak tahu siapa nak jadi juri, sebab Simon Cowell berundur, pastu Kara DioGuardi pun tak nak jadi judge, Ellen DeGeneres apatah lagi, tinggal Randy Jackson je sorang-sorang. Lepas tu tuptap tuptap dengar kata Jennifer Lopez pulak ditawarkan jadi judges. Like seriously, J.Lo?


Pastu bila musim auditions dah start, memang terkejut bam bam yang memang sahih J.Lo jadi juri sekali ngan Randy, dan dan dan dan yang tak disangka-sangka vokalis Aerosmith, Steven Tyler pun jadi juri jugak bagi tahun ni. OMG yang ni memang permulaan sesuatu yang baru nih.

Pastu bila contestants dah dipilih, produksi tahun ni memang gila-gila besar-besaran lah punya. Dengan pakaian J.Lo dan lain-lain yang melaram habis, pastu dengan stage baru dengan lighting yang memang kaw-kaw lah punya, memang konfom naiklah rating tahun ni. Tu tak ditambah lagi dengan backing vocal, props etc. Sebelum ni mana kalau persembahan memang sorang-sorang lah perform atas stage, memang takdenye semua tu. Ishh ni macam ada gaya nak jadi season faveret nihh.

Pastu semua yang dipilih pulak semua hebat-hebat sampai tak tahu yang mana satu nak pilih jadi faveret, semua jenis range vocal ada. Yang suara country ada, yang suara autotune pun ada, yang rockstar, gospel, ballad, semua adalah, pening kopala eden nak pilih yang mana satu jadi faveret.

Pastu yang paling suka tahun ni, persembahan grouping sebelum kena reject tak lip-synching, semua nyanyi live, memang terbaiklah. Dan J.Lo pulak the best judge ever!! Apa yang dia kritik semuanya kritikan membina, dan semuanya masuk akal. Pastu dengan melaram sana-sini, memang the best judge ever ever lahh.

Pastu semalam, semalam memang tak disangka-sangka. Dengan unexpected result, pastu dengan sambutan besday suprise untuk Steven Tyler, pastu waktu nyanyi grouping live nyanyi dengan penyanyi popular Stevie Wonder, pastu itu ini macam-macam lagilah, OMG tahun ni memang the best season everrr.

Cuma tak puas hati kenapa Thia selamat? Kalau dia yang kena rejek semalam memang judge takkan guna save card tu. Sekarang tengok apa jadi? Next week ada double elimination. Harap-harap minggu depan Casey dengan Thia yang kena reject please please please. Dan jugak, pleaselah bagi theme week yang current-current seket.

Apapun kalau korang reality-tv freak macam aku, pleaselah agree, Season 11 is the best season of American Idol so far!!


p/s - and I love J.Lo lahh!

Saturday, March 19, 2011

# Random

1# Knowing that I'll be opening people's chest anytime soon WHEN THEY'RE STILL ALIVE makes me so annoyingly nervous.

2# Some who standardize myself in certain level need to stop their action asap, it makes me so freaking uncomfortable. Whether its in the good way or not, please stop, nothing sickens my gut more than praises.

3# It's hard to predict what will happen in our future, and it's useless to think of it no matter what, but i do think of it frequently. Means that I'm maybe useless lah tu

4# Some people do move on, and of course when they moved on, they leave others behind. But still, the wound probably healed already but the scars of course would still be remained. And usually that what they need to keep them stay strong

5# Officially broke, but so teringin to go shopping for some new spring stuffs, like bright tees and earthy coloured shoes, jackets etc etc

6# Earthquakes sana sini, mega scared scared scared, and Japan (and i believe others also later), you're always in my prayers.


Sister and Me

I dedicate this to the bravest and most passionate woman that i've ever known, my sister.

Walaupun aku selalu marah dia, dan kita selalu gaduh-gaduh, dia suka bertindak melulu dan aku suka marah melulu, walaupun aku ni muda tapi aku ni garang dan apa yang dia buat tak kena selalu aku komen sampai dia naik bosan, she's always there for me. In fact, shes one of the reasons why i still standing kinda strong till now, she's awesomely brave, stunningly beautiful, and yeah, walaupun susah seket nak mengaku, percayalah yang I am so proud of you, tapi in certain aspect lah of course hahaha.

Tapi apapun, dengan malasnya aku rasa,


Anyway just wanna share what she thinks of me, and what had make her so brave, and i extracted this from her blog. Kalau rajin bacalah, tak paksa tak suruh.

Oke salam :)

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang hebat, saya bangga mempunyai ibu dan ayah yang berfikiran luas dan maju kehadapan. Sejak dilahirkan saya dilahirkan tidaklah senakal adik saya Afiq. Tetapi kerana kenakalan Afiq saya turut dilabel nakal, kerana memang naluri kakak yang terlalu sayangkan adik, kakak ini kalau boleh semua kesalahan adik kakak nak tanggung. Memori ini masih segar dalam ingatan dimana, pada suatu hari kenakalan Afiq terserlah dengan jelasnya ( saya lupa apa yang dibuat ) tapi kesannya membuatkan ibu dan bapa saya terpaksa mengurung kami dua beradik dalam stor yang gelap ( Teknik Time Out ,pengurangan tingkah laku) . Buat pengetahuan pembaca, ini bukan sekali tetapi sudah beberapa kali. Ketakutan yang teramat, saya masih ingat ketika itu kami baru berumur 6 tahun manakala adik saya berumur 4 tahun. Diusia semuda itu sudah pasti perasaan takut semakin menular jika dikurung ditempat sebegitu, tapi kami tidak sedikit menjerit atau menangis tapi kami hanya mendiamkan diri. Setelah umur semakin beransur maju kehadapan, mengalami alam remaja saya mengerti mengapa dan kenapa. Alam remaja saya diakhiri dengan saya suka mencuba dan sangat suka mengambil risiko. Saya tidak takut pada dunia, saya seorang yang tidak endahkan apa orang nak cakap, saya adalah saya dan saya suka berjalan secara keseorangan di luar negara(perkara ini mungkin biasa bagi sesetengah pihak, buat pengetahun pembaca saya seorang perempuan, dan sangat berisiko =). Barulah saya mengerti segalanya, ibu dan bapa mengurung saya di dalam stor sebuah tempat yang gelap bukanlah kerana semata - mata untuk menghukum tetapi banyak pengajaran disebaliknya yang amat berguna untuk saya. Apabila ditanya mengapa sedemikian wahai ibu ayah:


Renungkan, takut pada kegelapan adalah salah satu penyebab kegagalan hidup. Ramai manusia takut pada kegelapan. Mereka takut untuk meredah kegelapan yang mereka tidak tahu bahawa cahaya akan datang juga pada akhirnya. Mereka takut pada yang tidak pasti, mereka takut pada risiko jikalau pada jalan menuju mencari cahaya mereka akan terjerumus terus dalam kegelapan. Ibu dan ayah mahu kami belajar sesuatu dalam kegelapan yang dimana semua orang takutkan. Mereka lebih tahu apa yang kami bakal takutkan. Kegelapan adalah tempat yang perlu diterokai bukan diketepikan. Dan sekarang saya mengerti mengapa saya merupakan seorang yang sangat berani, teramat berani, dan terlalu berani sehinggakan dapat mengatasi segalanya. Terima kasih ibu ayah. Adakah kamu mempunyai ibu dan ayah sehebat ini? hehe

-nadhirahsamuel


Tuesday, March 15, 2011

Gelak-gelak

Kredit habis, tak sempat nak cakap bye-bye dekat F hari ni. Puas hati call sana-sini tanya khabar, rindu amat sangat-sangat. Rasanya semester ni tak pernah lagi telefon tanya khabar.

Tadi telefon F, dan semalam telefon Z. Dengar suara mereka dah boleh buat aku gembira, lama benar tak borak-borak. Masing-masing ada masalah sendiri, aku dengan masalah aku, F dengan masalah dia dan Z dengan masalah dia. Yang pasti semuanya ada masalah dengan studies haha.

Yang pasti, kitorang tak perlu nak berlakon jadi orang lain bila borak sama-sama. Masing-masing dah kenal hati budi, tak perlu nak fake sana-sini. Masing-masing tak berubah pulak tu. F yang selalu ceria, Z yang lagi ceria, dan aku yang ceria tapi nampak macam buat-buat ceria. Eh?

Dulu junior selalu cakap yang kami memang over gila gelak sana-sini, nampak ceria habis setiap masa. Waktu makan gelak-gelak, waktu tazkirah gelak-gelak, waktu sebelum tidur pun gelak-gelak. Memang awet muda habislah selalu ketawa huhahuha sana-sini.

Nanti balik nak gelak habis-habisan macam cuti summer tahun lepas. Kali ni nak ajak M sekali, sebab dah lama tak catch up dengan dia. Nanti nak telefon dia jugak dari sini, kang nanti merajuk kang aku tak telefon dia. Bukan apa, dalam banyak-banyak dia yang tak nampak macam ada masalah. Aktif semacam sana sini.

Tapi tak tahulah kan, bukannya boleh percaya semua orang, masing-masing pandai berlakon. Yang baik tak semestinya baik, yang jahat tak semestinya jahat. Tu yang orang asyik cakap ada banyak orang fake sana-sini dalam universiti life nih. Tapi baguslah, baik jadi fake dari jadi yang jenis be myself, don't care don't mind tapi super annoying. Yang tu walaupun sedaya upaya mana pun cuba jadi diri sendiri pun orang still lagi nampak fake.

Haihh


ps - abaikan, takde idea nak tulis apa, saja bosan bosan

Friday, March 11, 2011

Semalam, dan Teknik Selamatkan Diri

Okay, semalam meletup sejak sekian lama sebab tak leh tahan sangat-sangat. Sepatutnya kalau sikit-sikit lama-lama jadi bukit, tapi yang ni sikit-sikit lama lama tak jadi bukit, tapi jadi gunung berapi. Meletup meluah kebabum kebabam semua.

Walaupun mungkin sesetengah orang tak perasan, ataupun tak kisah, ataupun pikir yang aku ni dah mereng agaknya, tapi taktik untuk bagi orang lain sedar yang mood aku tak elok berjaya dengan suksesnya. At least tak de siapa kat umah yang tegur aku semalam, semua nampak baik-baik comel-comel seadanya, nak jaga hati akulah kot. Bagus bagus (padahal ada berapa kerat je makhluk kat umah taim tu)

Anyway di sini nak mintak maaf teramat sangat kepada seorang teman tu yang tanya aku oke ke tak waktu tengah mengamuk kebabam kebabum tu. Sorilah teramat sangat, tapi banyak pantang larang nak berkawan ngan encik A ni sebenarnya, terutamanya bila dalam keadaan marah marah macam semalam.

Meh sini ceq nak habaq seket pasal apa yang patut dilakukan jika empunya diri ni tengah dalam mood PMS.

First, jangan cuba sekali-kali tanya apa-apa, buat macam tak de apa-apa yang berlaku. Cuba jalani hidup biasa senormal yang mungkin ya tuan-tuan puan-puan.
Sebabnya, kalau nanti tanya, encik A ni tak nak mulut comel kemeot ni keluar segala macam, yang elok, yang tak elok semua gaul sekali, pastu siap buat aksi terlarang lagi dengan tengking-tengking segala. Kang yang tak terasa boleh jadi terasa, termasuklah yang menanya.

Second, bagi empunya diri cool down dengan sendirinya sengsorang, takyah cuba-cuba nak console down. Sebabnya bila tuan PMS ni dalam mood tak elok, dia tak suka orang kacau kesedihan dia. Biar dia sedih sorang-sorang jauh jauh, sebabnya tuan PMS tuh takut nanti dia merah mata basah-basah, jatuhlah saham dia nanti. Jangan risaulah punya, dia takkan buat benda tak eloklah kalau mood dia tak baik, dia memang pandai jaga diri.

Third, jangan gurau-gurau manja walaupun tuan PMS tu nampak comel bila marah. Apa ko ingat ni drama filem jiwang-jiwang yang ada scene "saya suka tengok awak marah, comel"? Hello cik abang kakak adik-adik sekalian, tak de masanya nak cover marah dengan blushing-blushing. Bila dah marah, mesti marah betul-betul punya sedaya upaya seyakin mungkin.

Last sekali, jangan sibuk-sibuk nak tanya benda tak berkaitan, contohnya macam soalan "dah makan ke belum" atau "nak minum air teh?" Kang nanti ada yang makan kepala lutut kang. Pikir dulu sebelum bertindak.

So kesimpulannya ignore je budak ni bila dia mengamuk.

Sebabnya, bila orang tanya/concern/console etc etc etc etc akan men-trigger-kan rasa marah tu untuk diluahkan, dan cara nak luah marah tu boleh jadi macam-macam sebab itu spontaneous punya reaction.

Spontaneous reaction tu boleh jadi sama ada maki-maki, tengking-tengking, menjerit macam puntianak ataupun terkinja-kinja macam orang gila, pastu hancurkan segala harta benda awam atau tak awam yang ada berdekatan

Pastu mulalah rasa macam-macam bila dah reda.

So macam tu lah ya pembaca setia semua, beberapa teknik untuk hidup lagi aman dan tenteram bila encik A ni tengah marah, iaitu dengan cara ignore je budak tu.

Cuma please, jangan bakkorr budak tu.



ps - again, im so sorry for those who always concern with me, dont worry, mereng seket je semalam macam biasa

Monday, March 7, 2011

Of Layout and Sunflowers

Tukar background, i'm in the mood of spring yay yay walaupun it's still snowing here, salji belum cairrr lagiii lahh T_T

Tak suka hijau sangat, dan biru juga, walaupun dua-dua tu warna yang menenangkan. Tapi background ni lawaa, nampak kemas dan kinda relaks. FYI aku suka warna ceria, macam oren kuning merah etc etc, dan warna selamat macam hitam putih is a must.

And oh, i love sunflowers too.
Dan suka kuaci juga, tapi lagi preferr kacang tanah cap ibu jari, makan with abah while watching late night movie, and usually Hasif sibuk-sibuk try to eat mine punya. Ishh he's totally annoying hehe :)

Ahh jangan homesick, jangan jangan
Anyway, have a good day lah everyone.


Do comment if rajin, thank you


ps - gila gedik punya ayat bila baca kali ke berapa dah entah
ps - rasa macam nak berdlsr opps

Malu

Masih terfikir lagi tentang ni, waktu sambutan Maulidur Rasul kat kedutaan semalam.

Abang penceramah tu tanya, "siapa idola kita?"
Pastu ramai-ramai jawab, "Rasulullah SAW"

Aku pulak, tak jawab apa-apa.
Diam dan diam dan diam macam katak puru, senyap macam cicak kubeng.
Rasa macam jantung berhenti sekejap secara mendadak.
Seyes rasa macam something dipanah tepat-tepat kat jantung waktu tu.

Aku tak jawab sebab aku malu. malu. malu.

Malu nak mengaku, dan tak nak menipu. Tak nak jadi hipokrit. Malu jadi hipokrit. Malu malu maluu
Biar padan seket dengan muka aku ni yang tak sedar-sedar lagi.

Yelah, orang lain senang je kot jawab soalan tu. Tak tahulah kan, samada mulut je cakap macam tu tapi hati tak, wallahualam lah kan. Tapi serius, kenapa orang lain senang gila jawab benda tu?

Atau aku sorang je yang masih lost?

Saturday, March 5, 2011

Jumaat

Semalam keluar pergi solat jumaat, dan dengan bangganya aku isytiharkan aku ponteng kelas fizikultura (baca: pendidikan jasmani) muahaha. Selalunya waktu solat bertembung dengan waktu kelas, tapi memandangkan semalam lecture Mikrobiologi dikenselkan, aku amek inisiatif untuk ponteng satu hari terus, untuk kesihatan diri di masa kini dan masa hadapan.

Biasanya aku solat jumaat kat kedutaan Malaysia kat sini, tapi masa tak mengizinkan, so tukar plan solat jumaat kat masjid di Stesen Prospekt Mira. Yelah kalau kat sini nak kemana-mana makan masa lebih satu jam, dan kebetulan aku bangun sedikit lewat, paham-paham je lah.

gambar lama, amek tahun lepas, godek-godek jumpa gambar masjid ni

tak la lawa sangat macam Malaysia kan, tapi ni salah satu yang ada. syukur-syukur

Kat sana macam biasalah, punyalah ramai sampai berasak-asak, sampai ada yang solat kat tengah-tengah jalan. Dah nak buat macam mana, walaupun tak nampak yang Islam sini dioppresedkan, tapi hakikatnya memang macam tu. Cuba bayangkan, agama Islam merupakan agama kedua terbesar di Moscow, tapi masjid ada berapa kerat je. Dah la kecik, pastu negara sini kan luas, so memang tak adil lah. Kalau tak silap kat Moscow cuma ada tiga masjid, amek kau kalau nak banding ngan KL masjid sini-sana. Tu pun belum tentu lagi orang pergi ke tak semayang jumaat kat Malaysia. Masjid je banyak, makmum nye kurang. Nasib baik sekarang tengah renovate masjid tu nak jadikan tempat tu besar sikit, tak tahulah nanti muat ke tak. InsyaAllah muat kot.

Sebenarnya ni pengalaman kedua solat kat masjid sini. Pengalaman pertama tahun lepas, taim winter. Memang sembahyang atas salji lah sebab tak muat. Bukan kemain lagi sejuk, siap waktu tu salji turun lagi, tapi nak buat macammana, tak de benda yang senang atas muka bumi ni. Waktu tu lah buat aku sedar yang orang sini bukan main susah lagi nak hidup sebagai Muslim, tapi still setia lagi dalam Islam. Kat Malaysia sana, nikmat banyak, sana-sini banyak kemudahan untuk orang Islam, tapi tak sedar-sedar lagi yang kita ni lagi senang sebenarnya nak beramal.

Kadang-kadang kita tak nak musibah menimpa, tapi kalau dipikirkan, kalau musibah datang barulah kita betul-betul akan sedar.

Masalahnya, kalau musibah tu buat kita tak sempat sedar selama-lamanya macam mana?
Takut-takut





ps - rasa macam nak tukar background, nak ceria-ceria seket sempena spring. Dan oh btw, ini peringatan buat diri yang memang sokmo (baca: selalu) rasa lalai, tahu diri lalai, tapi sukar nak berubah. Hayyoh

Thursday, March 3, 2011

Bahasa

Sekarang mood nak study Bahasa Russia datang balik selepas lama menghilang selama satu semester. Dapat cikgu baru, semangat baru dan tempat belajar baru. Memang mood study bahasa kejap tinggi kejap rendah sebab masalah cikgu. Semester 1 cikgu tak tetap, so study gitu-gitu jer. Semester 2 dapat cikgu comel dan happy go lucky, so memang semangat gilalah belajar taim tu. Semester 3, haihh, haprak tak yah cakap. Semester ni, kita tengok apa yang jadi nanti.

Nampak macam cikgu tu oke, ajar grammar segala. Lagipun aku suka belajar ayat daripada belajar penyakit dan medical term dalam rusia macam dalam semester 3, sebab macammana nak paham term-term medik kalau grammar pun lintang-pukang? Alah baru first class, relaks relaks.

Nak dijadikan cerita, baru je dalam dua tiga hari lepas aku terfikir yang kalau level Bahasa Russia aku masih kat takat tu je tanpa sebarang perubahan, aku bajet macam nak habiskan sisa waktu cuti winter tahun depan dengan ambik tuisyen intensif bahasa Russia kat sini.

Bukan nak koya (baca:poyo) ke apa, tapi untuk senang nanti di masa hadapan. Nanti Tahun 4, 5 dan ke atas mostly kelas berjalan dalam Bahasa Russia, even oral exam pun dalam Bahasa Russia. Kalau tak mantapkan diri dari sekarang, takut nanti tak faham apa-apa waktu belajar, habuk pun tada, kena marah lagi kat Malaysia. Aku tanaklah nanti kena cop sebagai doktor yang tak tahu apa-apa, malu malu-malu.

Lagipun alang-alang study kat Russia, takkan tak nak mahir bahasa dia kot? Kalau orang duk sini setahun dah dapat cakap laju-laju dah, takkan yang duduk sini 6 tahun still lagi cakap gagap-gagap?

Manalah tahu kan, waktu tengah tuisyen intensif tu aku tuisyen sekali ngan orang asing lain, dapat jugak kenalan baru hohoho.

Cih, bajet jek.
Asyik angan-angan je lebih
Ni semua sebab pengaruh baca novel hari tu lah ni.


Tuesday, March 1, 2011

Rosak

Tadi buat kali pertama dapat pengalaman metro(baca:ketapi bawah tanah) rosak di tengah-tengah jalan. Masa nak bertolak tu, tiba-tiba train tu berhenti, bunyinya macam enjin rosak, tak makan. Tak tahulah kan sebab apa, tak arif sangat bab-bab ni, lagipun taim tu tengah dengar mp3 sambil baca novel, tak kisah sangat mula-mula.

Metro rosak on the way nak ke Stesen Kropotskinskaya, dari Stesen Park Kulturi. Mula-mula ingatkan metro tu berhenti macam biasa je, sebab train biasanya kalau pemandu dia drive laju sangat akan berhenti sekejap untuk betulkan cycle tu balik. Itu teori akulah, tak tahulah betul ke tidak. Tapi, sebab tadi perasan yang enjin tu macam tak makan je waktu nak gerak balik, so memang dah expect-lah yang train tu rosak.

Mula-mula, aku cuba buat macam tak panik sebab ada novel kat tangan, so tengah cuba ignore-lah kan apa yang berlaku. Waktu tu cuba konsentrat baca buku, bajet nak guna masa yang terluang la kan sementara dia baiki benda tu. Tapi bila ada announcement segala, hati rasa tak tenang sebab minda fikir bukan-bukan. Yelah kan, metro tu datang dari Stesen Park Kulturi, dan tahun lepas ada letupan kat stesen tu. No way no way.

Otak ni asyik duk fikir macam mana lah kalau tiba-tiba ada orang bawak senapang kepung train tu jadikan kitorang tawanan. Aishh takut takut.

Tambahan pulak, terasa lah jugak feeling takleh nak bernafas sangat dalam train tu tadi. Aku ni bila kalut sikit mulalah fikir macam-macam, tak leh nafas la, itulah, inilah. Bajet macam tengah dalam cerita lah ni. Tapi kalau difikirkan, memang betullah, sebab metro tu kan rosak kat bawah tanah, entah berapa kilometer entah dalamnya, so memang waktu tu level oksigen memang kurang dari biasalah kan? Dan kalau level oksigen kurang, memang makin ber-rush rush lah adrenalin masuk. Nasib baik ada sorang pakcik tua ni suruh seorang mamat ni bukak tingkap bagi angin masuk, dia tak cukup nafas sangat kot.

Lampu pun banyak yang tutup sebab nak jimat elektrik, so macam mana lah aku tak fikir bukan-bukan bila duduk dalam gelap ni. Fikir takut nanti ada orang kepung buat tawanan lah, pastu fikir takut ada orang pengsan atau mengamuklah, takut ada letupanlah waktu kat bawah tu, macam-macamlah. Tapi yang pasti, orang Russia ni memang tenang je semua, macam tak kisah sangat. Semua buat benda masing-masing macam tak de apepun yang jadi. Yang baca paper baca paper, yang main henset main henset. Mungkin diorang dah biasa kot benda-benda macam ni, so semua chill je lah kot. Lagipun metro tu berapa lama dah wujud, 75 tahun kot kalau tak silap.

Kalau kat Malaysia, huihh sana sini memang konfom la kalut. Cuma yang beza, kat Malaysia tak terfikir la kan maybe akan jadi tawanan, letupan ke apa, tapi fikir pasal hantu. Asyik benda tak baik seket je jadi akan kait dengan hantu. Haha

Dalam setengah jam, train tu berfungsi macam biasa. Jenuh si driver tu keluar dari kepala ke ekor, pastu patah balik dari ekor ke kepala bila dah siap baiki. Macam tu je rupanya, tak de lah interesting sangat. Rosak rosak, baiki-baiki, jalan macam biasa.

Nasib baik waktu rosak tu Hantu Mak Limah tak datang kacau, konfom nangis-nangis aku nanti.

Hee :p

Merajuk

Benci dengan momen di mana terlebih fed-up sampai merajuk segala.
Rasa macam ayyo amma appa, malunya sebab bertindak dan merajuk macam budak-budak.

Maaflah semua, tapi kadang-kadang benda tu berlaku secara semulajadi dan bukannya dipaksa, ditambah lagi dengan kondisi diri waktu tu tak sedap badan sangat. Mungkin tak ramai yang perasan kot, tak berniat pun nak marah siapa-siapa, cuma tadi tertinggikan nada sikit secara sinikal, sori sori sori.

Tapi serius macam budak-budak walaupun umur dah nak masuk 20.
Fed-up sebab tak dapat benda yang kita nak, pastu give-up dan sindir sana-sini, dan yang paling tak leh lupa, merajuk jauh-jauh.

Haha lucu.

Maaf sekali lagi ye, lain kali tak buat lagi.

Teehee :D