Wednesday, January 27, 2010

Makan Hati Episod 2

Waaa...Penat. Letih. Lelah.

"Kengkadang, kita kena percaya akan keAJAIBan.
dan MIRACLE itu pula wujud kadangkala"

Memang Tuhan tak nak bagi aku jadi orang yang suka membazir. Punyalah letih jalan-jalan ke sana ke mari, jaket idaman tuh tak kelihatan dalam kedai tuh. Tak cukup dengan itu lagi, A sempat pergi shopping mall yang satu lagi, yang ada cawangan kedai yang sama, tapi hasilnya tetap hampeh. Jaket tuh dah menghaib! Yeay! Dah habis kena paw dah kot. Selamat duit eden.

Tapi yang jadi masalahnya, A berkenan la pulak ngan satu vest nih. Yelah, A selalu belek-belek vest nih, hajatnya nak beli tapi tak cukup duit, belek je la yang mampu. Tup tap tup tap, bila belek sekali lagi, tengok harganya dikurangkan 60%! Tak mungkin! Apa lagi, semangat jiwa nih terus berkobar-kobar. Minda nih dah boleh bayangkan macammanalah agaknya kalau vest tuh A pakai. Huhuhu.

Namun nampaknya, sekali lagi, Tuhan tak nak jadikan A orang yang suka membazir. Saiz vest tuh tak padan ngan badan A. Cari kat kedai cawangan dia yang satu lagi pun sama. Nak buat macam mana, tak ada rezekila katakan.

So konklusinya sekarang, A rasa, dengan hilangnya semua harapan A tuh, bolehla sekarang A simpan duit sebahagia-bahagianya. Haha!

Dan special quote buat A;
Tahniah diucapkan sebab tak membazir buat pertama kalinya.

p/s - sebenarnya, masa A usha vest yang tak der saiz tuh, A tergoda ngan beg sandang kaler hitam yang comel. Murah pulak tuh! Tapi A gagahkan hati supaya tak beli. Haihh..bilalah A ni nak berubah?

Tuesday, January 26, 2010

Makan Hati

Pernah tak korang rasa geram, apabila benda yang korang nak sangat-sangat tahap gaban, tapi korang tak leh dapat? Haiseh, benci betullah. Sekarang ni musim winter, dan melalui observation A hari tu, ada sale besar-besaran di satu kedai yang A memang suka sangat-sangat. Ramai yang cakap kedai tu mahal, dan ramai bebudak scholars tak nak beli kat situ sebab nak jimat duit. Padahal sebenarnya bagi A, mereka-mereka tak pandai cari benda yang murah dalam kedai tuh. Muahaha

Bagi A, memang la kedai tuh mahal dan agak berjenama, tapi dah jadi tipikal buat A, kalau A suka sesuatu benda, A akan terus amek dan beli, tak kiralah benda tu mahal atau tak. Contoh paling obvious - makanan. Kalau makanan tuh ada brand jer dan A berkenan sangat-sangat, terus A amek dan masukkan dalam troli. Macam hari tu, A memang kempunan sangat nak makan biskut ala-ala chipsmore buatan New Zealand yang harganya nak dekat RM15. Bukannya tak der biskut cenggituh yang murah, tapi A tertarik dengan baunya yang fresh, dan cara packingnya yang memang menggoda giler. Lepas pikir banyak-banyak kali, A amek jugak sebab kalau tak amek, A akan rasa gelisah yang amat. Daripada gila meroyan, baik A amek. Huhuhu.

Tapi, bukan semua benda A melulu jer beli. A pun manusia, dan bukannya daripada keluarga yang berada, dan bab-bab tuh, A memang selalu ingat. Cuma kadang-kadang nafsu nih memang susah gila nak dilawan. Lepas beli tuh, mulalah rasa membazir. Ini tak suka, itu tak suka. Yelah, namanya lagi manusia, tak pernah rasa puas.

Oke oke, berbalik kepada kisah sale tu, benci betul! A sekarang ni kalau nak diikutkan, mahu jer terus pergi dan beli, memandangkan last day sale tu ialah pada bulan Februari (kot?), dan itu bermaksud 4 hari lagi dari sekarang. Memang la A pokai gila-gila sekarang, tapi saving A still afford untuk beli pakaian sale tuh. Benci benci benci. So nak tak nak, A kena listkan beberapa sebab yang tak boleh dikira tercapai akalmu yang menjelaskan kenapa dan mengapa A nak bershopping sangat-sangat dalam sale tuh.

1. Itu winter collection punya fashion, dan maksudnya lepas habis musim ni dia akan start buat fesyen baru untuk musim yang baru. Kalau A beli yang winter punya, mesti orang lain tak dapat beli punya. Selamat daripada redudancy fashion.

2. Memang sale yang menggila sangat-sangat. At least dapatlah A merasa pakai baju yang harga asalnya mahal-mahal, tapi bila sale terus aje jadi murah. Harganya memang menggoda gila ohh.

3. Nanti kalau dah habis sale ni, tak taw bila lagi kedai tu akan buat sale lagi, dan katakanlah taim sale yang baru tuh tiba, mesti bebudak scholars yang lain dah ada duit-muit yang menyebabkan diorang mampu beli pakaian kat tempat tuh. Mesti akan ada yang beli baju yang sama. Tak nak, nanti ada redudancy

4. Sebenarnya A berminat kat satu jacket nih, jacket panjang yang diperbuat daripada kulit dan memang stylo amat sangatlah, sebab biasanya jaket panjang yang jenis tuh tak der yang diperbuat daripada kulit. Unik dan lain daripada yang lain.

5. A takut nanti, bila dah habis sale, sumer impian A tuh akan jadi macam harga asal balek. Takutnyaa...melepas aku

Tapi bila dipikirkan, bahaya jugak kalau bershopping sakan sekarang. Nanti kempunan pulak bila ada stok baru. Sebab-sebab antonim mengapa A tak patut bershopping sakan buat masa sale sekarang:

1. Nanti ada stok bagi musim baru. Stail baru, dan bukan stail winter punya. Design baru. Entah-entah ada yang lagi comel.

2. Saper cakap nanti takder sale. Mesti ada punyalah. Kena selalu usha dan memerhati.

3. Betulke diorang akan hapuskan stok tuh bila ada line-up fashion yang terbaru. Entah-entah diorang still simpan lagi kot. At least ada lagi peluang. *wink

4. Tak baik membazir duit. Baik simpan duit untuk tambang balik. Membazir saja kerjanya kamu nih.

So, lepas pikir-pikir balik, rasa macam terbahagi dua jiwa nih. Nak beli, yang jugak bermaksud menghabiskan duit saving A, atau tunggu duit masuk dulu baru beli, yang juga bermaksud sale tuh dah habis dan menyebabkan peluang tuh melepas. Tapi, A rasa macam ada strong feeling jer yang membuatkan A tanak beli lagi. Hmm..fikir-fikirkan dan selamat beramal.

P/S - Sebab utama A nak bershopping sakan dalam sale nih adalah sebabnya baju yang A beli kat situ dulu, direducekan harganya jadi separuh daripada harga yang asal dan itu menyebabkan A tak puas hati. Harga yang asal tu pulak, sama mahalnya dengan jaket kulit panjang idaman A. Harga asal jaket lama = 1/2 Harga jaket idaman. Benci benci benci.

Thursday, January 21, 2010

Updates

Sudah sudah la A, tak usah sibuk-sibuk kepala hotak nak fikirkan pasal benda nih
Buat menyerabukkan kepala otak adalah. Bukannya berbaloi sangat pun. Daripada duk sedih-sedih, baik hang pikiaq pasal diri hang. Lagi molek. Tak usah emo-emo. Buat menyeksa jiwa raga batin zahir jer.

Yup! End of stori mori.
Bukak chapter baru, dan tinggalkan yang dah lepas
Cam omputeh cakap, let's bygone be bygone.

Tohok tepi jah A, tak yoh buat srabuk palo hotok mung. Mugo gonih nih, koho pikir, koho bborak. Banyok bendo lagi bulih pikir. Otok mung ado banyok guno lagi selain duk pikir pasal mugo tak dop pekdoh nih.

Macam yang dia cakap:


Kan kan?
Yang ni memang A setuju yang amat.
Hidup memang susah, dan takder gunanya kita komplen. Orang lain pun ada masalah yang sama jer. Kot kot mana pun, sekarang dah rasa perk up seket.
Thanks kepada mana-mana makhluk yang membantu.
Rasa relieved sangat-sangat.

So, pesanan ikhlas buat A
Just be yourself
Jangan emo-emo
Tak cool-lah
Tuhan pun marah taw tak

p/s - maaf bagi yang terasa hati. padan muka kamu la. bongokk!
dan bagi insan chumell yang bagi quote tuh, kamu ni ada gunanya jugak yek. haha :)

Letih.

Oke. Hari ni tiba-tiba jer rasa macam nak menaip. Rasa nak mengomen, nak mengarut
Post ini tidak berniat untuk menghentam sesiapa pun. Ini nukilan hati yang pedih.

Ini bukanlah hidup yang A mahukan. Transisi kehidupan A berlalu terlalu pantas, sehingga A rasakan hidup A ni macam dah tak betul.
A bukan macam A yang dulu. A yang dulu, selalu rasa bahagia, selalu rasa ceria, selalu rasa disayangi, dipercayai...

Tapi sekarang, A rasa tersisih, rasa terpulau, rasa tersendiri...kadang-kadang A terfikir, adakah itu salah A, atau emosi A yang mengganggu ni terlalu dahsyat? Yang A tahu, A dah banyak berubah. Dari yang selalu gembira dan seyum, berubah menjadi pendiam, pendiam dan pendiam...

A tahu, A ada banyak rahsia. Sebahagian daripada jasad A mahu seseorang memahami rahsia-rahsia silam A, tapi sebahagian lagi cuba menyembunyikan rahsia tu. A pun tak tahu kenapa. Yang A tahu, A susah nak percaya siapa-siapa yang berada dekat ngan A sekarang, mereka-mereka yang hidup bersama A di sini.

Masing-masing bukan macam teman-teman A yang terdahulu. Boleh dilabel sebagai selfish, memilih dan hipokrit. Dari dulu lagi A mengharap, menanti, mungkin akan muncul salah seorang dalam kalangan mereka yang boleh A percayai, boleh A kongsi apa masalah A, boleh memahami apa gangguan emosi A, tapi sampai kini, insan tuh masih lagi tak muncul-muncul.
Insan yang bernama teman...atau 'saim' dalam loghat A.

A rasa terseksa, terganggu sebab menanti terlalu lama..dan A tahu, penantian itu satu penyeksaan.

A buntu. A tak tahu ini salah siapa. Salah A, ataupun salah mereka? Salah A yang terlalu memilih, terlalu ego, terlalu berfikiran negatif, atau salah mereka? A yang salah?

Entahlah, A dah cuba. A dah cuba dan dah cuba lagi.

Mesti ada yang mengomen, yang merungut tentang post ni. Mesti ramai yang berkata, "Ah, budak emo nih dah terlebih emo la pulak. Nak hentam orang lain pulak, padahal tu salah kau. Kau yang salah, tak cuba bersosial. Apa aku kisah pasal hidup kau?"...dan hati kecil A berdetik. Yelah, A yang salah. A yang tak pandai bergaul. A yang salah. A yang salah.
Tapi, takkan mereka tak tahu ke yang orang-orang macam A ni dah cuba. Dah usaha. Kami dah mencuba, dan dah letih mencuba.

Mereka pulak? Pernah mereka cuba? Pernah mereka fikir pasal orang-orang macam A? Takkan A harus berpura-pura jadi sesuatu yang bukan bersifat sebagai diri A, sesuatu yang berbeza daripada diri A, yang mana A sendiri rasa tidak selesa hidup sambil bertopengkan kepura-puraan.

Itu yang buat A kadang-kadang rasa A pelik. Rasa musykil. Rasa hairan.
A hidup dalam kalangan makhluk-makhluk yang Tuhan kurniakan akal fikiran. Malah kebijaksanaan yang dikurniakan melebihi kebijaksanaan manusia-manusia lain. Mereka punya akal, punya ilmu, dan punya hati. Takkan mereka tak cuba menyelami hati dan perasaan orang lain. Manusia dah berhati batukah sekarang ni?

Cukup-cukuplah, A sudah letih jadi hipokrit. A dah letih jadi orang yang selalu berkorban, orang yang selalu berpura-pura, namun hasil yang A dapat, kosong! A dah letih, dah letih, letih...

p/s - maafkan A sebab terlalu dipengaruhi emosi. tapi inilah realiti, realiti hidup yang kadang-kadang sukar untuk difahami. manusia kian hari kian pelik. dan membencikan. A benci manusia-manusia!

Saturday, January 16, 2010

Corat-Coret Si Panas AJL


Sorry for having no updates for a while. Bukannya dah hilang minat nak berblogging ke apa, tapi last week had been such a rough week for me. Yelah, dalam tengah seronok berholiday, tetibe jer ader exam. Dahla dua pulak tu, satu objektif, dan satu lagi oral. Dah la minggu lepas ada Anugerah Juara Lagu. Bertambah-tambahla sibuknya A nih, sama ada nak buat revision atau nak tengok AJL dulu. Yelah, tahun nih TV3 buat streaming online, boleh tengok live kat internet, so rasa rugila kalau tak tengok. Nak tak nak, peluang dah ada depan mata, tengok je la kan? Haha..

Anyway, bercakap pasal AJL nih, korang dah tahu tak pasal gosip yang melanda AJL taun nih? Memang rata-rata yang cakap AJL tahun nih paling meriah, paling happening, paling segala-galanya, tapi bagi A, AJL tahun nil ah AJL yang paling ‘panas’. Sebab apa A cakap AJL tahun nih panas?

AJL tahun nih panas ngan persembahan tiap-tiap artis yang memang obvious nampak kesungguhan nak menang AJL. Masing-masing cuba buat yang terbaik, dan lagu-lagu yang dipertandingkan pun boleh tahan hebatnya. Tengok jela opening tahun ni, mantap betul. Semuanya panas-panas. Kemenangan lagu Pergi nyanyian Aizat memang dah A jangka, sebab based on malam tuh, A suspek lagu Situasi nyanyian Bunkface atau Pergi nih yang menang. Yuna, memang adorable. Tak leh nak kata apa dah. Comel.

Lepas AJL habis, ke'panas’an AJL nih tak hilang-hilang lagi. Ramai tak setuju lagu Pergi menang, sebab ramai rasa yang lagu tuh menang sebab juri rasa bersimpati ngan lagu tuh. Lepas tuh, timbul isu juri pulak tak berkaliber. Ramai tertanya-tanya apa kejadahnya Dato’ Farid Redzuan jadi juri. A tanak komen apa-apa, takut nanti masuk jail, kang naya. Tambah-tambah pulak ngan baju Betty Banafe taim red karpet yang memang tak cukup kain, makin panas la benda nih.

Lepas tuh, ada lagi yang panas. Ada satu laman web, Klubbkid.com claim yang dia ngan kawan-kawan dia ada nampak hantu kat AJL. Siap tunjuk proof gambar lagi. Tanak la A letak gambar tuh lam blog A nih, takut berhantu. Nak baca cerita lanjut, sila baca di sini. Entiti tuh dikatakan terawang-awangan kat atas, taim Aizat perform lagu Kau Dan Aku. Tapi, pihak TV3 nafikan citer tuh. Faizal Ismail, selaku hos malam tuh, tunjuk bukti yang entiti putih tu sebenarnya salah sorang penari Faizal Tahir. Dia kuarkan gambar lam facebook dia yang menunjukkan benda tuh orang. Sebabnya, lepas turn Aizat, turn Faizal Tahir perform dan dalam performance si Faizal nih, ada performance terbang-terbang.

Yang lagi panas, keluarla pulak yang ada banyak lambang Yahudi dalam AJL yang lepas. A pun tanak tulis balik pasal benda nih, sekadar bagi link jer cukupla. Silalah jenguk-jenguk masalah ni kat sini. Memang benda nih dibongkarkan secara teliti betul, dan segala bukti yang dikemukakan memang membuatkan A konfius. Walaupun ada ramai yang tak percaya, tapi A percaya, sebab bukti-bukti yang laman web tuh tulis memang betul dan tak leh nak kelentong punya la. Tapi, memang tak dinafikan, taim AJL hari tuh, memang A ada rasa lain macam jer. Rasa yang lain macam yang sukar digambarkan. Apapun, A sekarang ni tengah tunggu apa penjelasan pihak TV3 pasal benda nih.

A harap sangat-sangat benda nih betul, pihak TV3 tangkap orang yang terlibat, dan soal-siasat kenapa dan siapa yang suruh buat benda nih secara sembunyi. A memang nak tahu sangat-sangat, siapa dalang di sebalik hal ni, sebab benda nih bukan benda main-main. Kalau korang nak tahu, lambang-lambang Yahudi nih orang Barat dah lama dah tahu, sebab benda nih macam cuba jatuhkan agama Kristian diorang. Orang-orang Kristian dah cuba bongkarkan benda nih kat sana.

Sekarang nih, diorang dah screw up agama Kristian, sampai orang Kristian sendiri hina-hina Jesus tuh, dan lepas tu, diorang sekarang nih, datang nak screw up agama Islam pulak, agama kita. Nanti dalam post yang berikutnya A jelaskan pasal hal nih, pasal lambang-lambang nih, dan sebab mengapa diorang nak hapuskan agama Kristian dan agama Islam.

Makin lama hidup, makin takut A rasa. Entah apalah nak jadi ngan dunia nih. A pun apa kurangnya, ilmu agama still lagi ciput.

p/s - Terima kasih kepada orang yang bongkarkan rahsia AJL nih, kalau tak sampai bila pun A takkan cuba nak amek kisah pasal apa yang berlaku dalam dunia hari ni, terutamanya dalam isu Judaism, Christianity dan Islam. A teringin sangat nak kongsi apa yang A tahu pasal ketiga-tiga agama nih, sebab recently, A cuba kaji ketiga-tiga agama nih. Doakan A yer!

p/s - A memang suka bergosip. Haha!

Friday, January 8, 2010

Money oh Money

Money oh money.
You make my life getting all the way more complicated lah.

Cuba bayangkan barang sebentar,,
Seorang makhluk Allah yang betul betul betul miskin, terpaksa survive untuk hidup selama sebulan, dalam bandar ketiga paling mahal di muka bumi nih.
Macam tak caye je itu yang aku hadapi sekarang.
Mama, Abah..duit dalam akaun nak habis!!
Memang duit dalam akaun aku tinggal ciput jer, dan untuk bertahan dalam jangka masa sebulan, rasa-rasanya memang mustahillah cukup.
Tu lah A, dah cakap dah, jangan boros sangat. Ni tak, beli barang sampai tak ingat dunia. Tengok, ape dah jadi??

Tapi, kalau nak fikir-fikir balik, bukan salah aku duit tu habis.
Aku bukannya shopaholic sangat, cuma kadang-kadang je kot. *blushed
Sebenarnya, dah memang aku ada banyak masalah berkaitan duit masa sampai kat sini.
Yelah, laptop rosak, baju winter sama ngan member aku sampai aku kena cari yang lain tak nak bagi sama, yuran hostel yang terlampau gilernya mahal, beli barangan keperluan untuk hadapi musim winter yang membunuh, nak adapt diri ngan benda-benda yang tak logiknya mahal, dan macam-macam lagilah. Skang ni pulak, cermin mata aku pulak buat hal. Nasib baik aku bawak spectacles lame. Kalau tak, mampus aku nak merayap pergi kelas.
Tengok tu, tu sumer bukannya kehendak aku, tapi itu sumer keperluan dan aku terpaksa gunakan duit elaun tuh untuk setelkan problem aku nih.

Tapi apapun, harap-harapnya aku dapat survive la dalam sebulan nih.
Kena fikir banyak cara untuk setelkan problem nih tanpa menyusahkan mak bapak.
Yelah, nama jer budak scholars, tapi still depend on mak bapak lagi pasal bab bab duit.
For mama and abah, yea, I'm still oke kat sini. Walaupun abah slalu cakap yang kalau ade problem pasal duit, bagi taw jer, abah bank in-kan, tapi A tak sanggup.
A tak sanggup nak menyusahkan mama dan abah dengan duit lagi.
Cukup-cukupla mama dan abah tanggung A masa kecik-kecik comel comel kiut miut dulu. *terlebih puji diri sendiri la pulak
Sebab tu la A usaha nak dapatkan scholarship nih. A tanak susahkan kamu lagi.
Apa guna daapt scholarship tapi still depend on mak bapak.
Tak per tak per, untuk problem nih, biar A setelkan sendiri ek.
Mungkin ade hikmahnya sumer nih terjadi.
Allah nak ingatkan A supaya jangan boros lagi kot.

Anyway, kena buat banyak perintah berkurung ni untuk survive.
Kena banyak puasa dan kurangkan jalan-jalan cari makan nampak gayanya.
Dan A pun kena re-schedulekan jenama barang makanan A. Kena pilih yang jenama murah-murah je. Dah tak leh dah makan produk-produk nestle, nutella dan segala benda yang mahal. Tu satu lagi hal, bila nak makan, ego jer. Sombong nak makan makanan berjenama, yang sedap-sedap sedangkan kat rumah dah diajar supaya berpada-pada.
Entahla, A sendiri pun tak taw nak fikirkan macam mana.
Susah bila nak bertoleransi ngan nafsu nih. Harap-harap A akan berubah nanti, walaupun it seems like ''almost impossible'' jer.

p/s - hanya mampu mengeluh jer di saat ni

Friday, January 1, 2010

Lagi

today is a total disaster!
it's Friday, but I forgot the solat Jumaat
sebabnya, sume bdak laki2 pigi simposium agama except me
korang tinggalkan aku! kurang ajar
aku sorang-sorang :(
sampai lupa solat jumaat..
sedih

have no mood for new year..
dilukai pada 31st december..
semuanya sebab korang!!
no mood no mood 44x

p/s - in proses of down memory lane untuk tahun 2009