Sunday, June 19, 2011

Mendung Tak Bererti Hujan

Cuaca mendung hari ini, gloomy semacam.

Kadang-kadang, aku selalu terfikir, apa akan jadi kalau aku tak lepas dalam dunia medik eh?
Ke mana arah tuju hidup aku lepas tu?

Mesti mama dan abah akan kecewa sangat bila tahu aku tak lepas.
Bukan setakat mama ngan abah je, mak long, mak cik pakcik aku yang lain, semua mesti soksek soksek belakang pintu. Itu tak masuk jiran-jiran lagi, mesti heboh satu kampung lah punya. Eh tak tak, mesti sampai ke kampung sebelah jugak, sebab sebelah tu kampung abah aku. Tu tak masuk lagi kawan-kawan sekolah mama, dan tempat kerja abah.

Adoiii.

Ya Allah A, bakpo sibuk-sibuk fikir pasal benda yang bukan bukan ni?
Rezeki tu ada kat mana-mana, kena yakin je pada Dia. Kalau tak lepas dalam bidang ni, mungkin rezeki bukan kat jalan ni, tapi kat jalan yang satu lagi. Tak siapa yang tahu benda-benda ghaib ni, jangan duk sibuk fikir. Muhasabah itu bagus, tapi biar berpada-pada.

Ishh aku ni, selalu sangat fikir benda yang bukan-bukan.

Semalam bila aku bagitau kat F dan Z pasal kemendungan ni, F bagitahu aku pasal niat. Dia bagitahu, apa-apa pun buat benda, kena selalu niat kerana Allah, baru berkat. Kalau tak, akan jadi macam nilah, jadi macam orang tak tentu arah, sedih dan monyok bila ditimpa musibah, lagaknya macam orang yang tak percaya adanya tuhan. Dah tak yakin dengan rencana Tuhan ke A oi?

Tengok macam sekarang, cuaca mendung. Tapi tak hujan kan? Tak siapa yang tahu selepas mendung ni akan turunnya hujan atau tak, tak siapa tahu.

Ishh aku ni, emosi sangat. Ngokk lah.

Memang betul apa yang F cakap, kena betulkan niat.
Macam mana aku boleh lupa pasal benda ni?

Jujur aku cakap, apa yang F nasihat buat aku tersentap sekejap. Bukan apa, sebelum ni aku dah betulkan dah niat tu, tapi lama-lama, bila dah rasa selesa, alpa dan sombong, niat tu dah terenjak sedikit dari tempat asal. Tu lah A, berangan lagi lebih. Jangan bangga diri sangat, tak baik. Macam apa yang aku cakap tadi, tak siapa yang tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Tak siapa tahu aku akan jadi doktor ke tidak. Tak siapa tahu sama ada aku sempat jadi doktor ke tidak. Mana tahu umur aku tak panjang. Lagi, tak siapa tahu kenapa aku dapat result macam gitu. Mungkin sebab mungkin aku akan jadi sombong, bongkak, siap jeling-jeling lagi kat orang lain kalau result aku lagi bagus.

Tak siapa yang tahu, tak siapa yang tahulah A, tak siapa pun yang tahu kecuali Dia, Dia yang maha Mengetahui segala-galanya.

Cuma kena yakin je A.
Yakin.




Friday, June 17, 2011

Kecewa

Malas nak mengulas, mengungkit pasal result.
Luar memang nampak ceria, tapi dalam tak siapa yang tahu.
It is what it is lah, hidup still kena mau jalann.


"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa diri kamu, semuanya telah tertulis di dalam kitab lauh mahfuz sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah agar kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
57:21-22




credit to F, and thanks H and P for the consolation.

Wednesday, June 15, 2011

Lapang

Nak balik.
Nak balik.
Nak balik.

Two more papers, then clinical-practical thingy for three weeks, dan lepas tu duit masuk, dan BAAAALIK yabadabadu ^^
Semoga dipermudahkan Ya Allah.

Anyway hari tu bincang pasal surah al-Insyirah waktu usrah. Dulu waktu kecik-kecik, main baca je bila ada exam, tak paham pun apa maksud dia. Yang tahu, baca surah ni nak bagi Allah permudahkan segalanya, bagi lepas exam hoho.

Yelah, taim berhingus lagi waktu tu.

Bila dah besar, alhamdulillah Allah SWT campak aku kat sini, dan persediakan aku jalan suruh bukak pintu hati ni nak hayati Quran. Kalau tak, rasanya sampai umur tua kerepot nak mati baru insaf nak baca. Tu pun kalu umur panjang. Kalau tak, entahlah.

Itu yang aku selalu cakap, ada hikmahnya setiap benda yang berlaku, Allah dah rancang siap-siap dah. Syukur dengan apa yang ada, jangan ngada-ngada.

Anyway, ini surah terbaik untuk mereka yang selalu resah gundah gulana, doa bagi mereka yang mahu lapangkan hati.



maksudnya:

Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad)
Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat, yang memberati punggungmu
Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah


InsyaAllah dipermudahkan segalanyalah nanti Jumaat ni. Kalau tak, adalah tu salah silap mana-mana hoho. Ishh takut takut.


ps - senior dah dalam flight balik Malaysia daahh, jelesnyaaa T__T