Monday, December 28, 2009
Updates
Sunday, December 27, 2009
New
Saturday, December 26, 2009
Thursday, December 24, 2009
Updates
Yeay! Syukurlah yang amat sekali lagi, sebab tadi test anat tak macam test. Dia macam dalam mood yang baik sangat-sangat hari ni. Mungkin sebab esok krismas kot? Tapi dia tak sambut Krismas esok, sebab dia Kristian Ortodoks. Entahla, memang dia betul-betul malas kot hari ni. Tadi, kitorang cuma ada MCQ test jer, lepas tuh, dia buat test macam group discussion. Kitorang kumpul ramai-ramai depan preparat – cadaver – mayat dalam preparatory room, dan dia ajar muscle ini dan canal itu. Hehe. Lepas tu, dia suruh masuk balik dalam kelas dan ‘paksa’ kitorang lukis benda-benda yang dia ajar tadi tuh. Lepas tuh, macam biasa, dia terus bagi rehat. Rehat dia memang biasanya panjang nak mampos…tapi kitorang dah biasa. Cuba bayangkan, tiap kali kelas, dia bagi rehat pukul 11.00 a.m, dan pukul 11.40 a.m baru dia masuk. He he. Kalau bab bab rehat ni je yang aku suka pasal dia, sebab taim tuh kitorang leh enjoy!
Nak disambungkan cerita balik, masa kitorang sedang bersenang-lenang sambil melukis, manakala aku pulak bertungkus-lumus cuba study sebab aku tak study langsung malam tadi, si Luciano (mamat Brazil) dan David (USA) datang dari nowhere dan buat announcement; hari ni dia bagi kitorang markah penuh dan tak tanya pasal semua benda mengarut tuh. Cuma, minggu depan tunjukkan kat dia semua buku nota, kerja rumah, lukisan-lukisan dan segalanya. Hati aku terus terdetik; Alhamdulillah! Tapi, terdetik jugak yang biar betik si lecturer aku nih bagi kitorang markah penuh? Cuba bayangkan, INATSA GEORGIVNA, monster comel tuh (cover sket ngan tambah comel) bagi markah free? Musykil nih. Hati aku still tak tenang, sebab aku rasa taim tunjukkan semua lukisan tuh kat dia minggu depan, dia akan tanya balik. Tapi apapun, syukur sebab dia tak tanya apa-apa hari ni. Yeya! At least aku still ada seminggu lagi untuk paham balik benda nih.
Nasib baik semalam aku tak korbankan waktu tidur aku untuk study Anat, sebab semalam memang aku tak paham satu habuk pun yang aku baca. Siap dah maki-maki lagi taim aku study petang tadi. Hajat nak post dalam blog, tapi pikir-pikir balik, macam tak baik jer aku menyumpah seranah pasal benda nih sedangkan sepatutnya aku berusaha. Tapi aku tak kisah, nak post jugak apa yang aku tulis semalam…hik hik. Tapi benda tuh tak habis, sebab tiba-tiba dapat kesedaran dalam hati. Sob. sob.
So, tinggal satu lagi test, Bioorganik. Malasnyaa. Benci betul nak buat skill test besok. Malas. Malas. Malas. Malas. Baru je habiskan baca 5% masa post nih ditulis. He he. Dah A, cepat STUDY! Like Inatsa always said; STUDY! STUDY! STUDY!
Post semalam, ditulis semasa cuba study sambil makan mcD di Ashan City:
Sekarang memang dah rasa amat putus asa dengan Anatomi. Benci. Benci. Bneci. Macam mana la aku nak habiskan semuabenda yang melampau banyaknya dalam masa satu hari, atau lebih tepat lagi, dalam masa satu malam yang dah nak habis nih? Bongok betulla. Cuba bayangkan, minggu lepas ajar, tu pun cincai-cincai jer dan minggu nih, terus tanya untuk exam! Dah la ape benda yang dia ajar tu 1% jer daripada apa yang akan dia tanya besok! Benci. Benci. Benci. Aku benci ngan sistem university yang mostly lecturer dia just makan gaji buta. Kan bagus kalau aku muda balik…aku memang benci dah nak menghadap benda nih. Memang tak tahulah macam mana nak study semua benda nih. Dah memang putus harapan. Makin aku baca buku teks nih, makin aku tak paham. Bongok. Bengong. Benci.
p/s – benci betul bila tengok blog orang lain penuh ngan gambar. Dah la layout comel comel. Tak pe, masa cuti winter nih akan ku usaha untuk renovate sikit benda nih. Alamak, terlebih sudah…cepat study!
Tuesday, December 22, 2009
Poyo Dulu Sebelum Nangis
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Thank you so much Allah!
Empat exam dah berlalu dan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun tak dapat markah penuh kecuali Biology tadi (*wink..bangga), at least aku memang amat-amat bersyukur sebab untuk kali ni, aku tak dapat markah kesian atau cukup makan. Yelah, niat hati cuma nak dapat markah lulus jer. Aku puas hati betul dengan General Chemistry, sebab apa yang aku buat, lecturer aku paham. Aku tak kisah aku tak dapat penuh dalam subjek ni, tapi aku memang puas sebab aku akhirnya dapat paham subjek nih dan mampu eksplain balik kat lecturer aku. Yeay! Lagipun, tak mungkin aku akan dapat markah penuh sebab aku miss satu soalan sebab payah sangat. Nasib baik lecturer aku ni jenis yang memahami sebab masa aku cakap, “ya ne atvechal etot vapros, patamushta ochin trudna” saya tak jawab soklan nih sebab soklan nih susah, dia jawab “Yes. Yes. I agree. This question is really difficult for you”…hehe.
Tentang Physics, tak banyak sangat yang aku mampu huraikan. Sebabnya, dalam banyak-banyak soalan, aku dapat soalan yang topiknya, aku belum baca lagi. So, secara jujurnya aku mengaku yang aku memang meniru bagi subjek ni. Tapi, masa oral aku betul-betul tak meniru. Sumpah. Yelah, nama lagi oral, mana buleh nak meniru, kan. Lagipun, aku cuma tak baca satu topik je, yang lain sumer aku baca. Tak tipu pun. Biology pulak, memang aku tak jangka. Aku cuma baca Biology sejam jer, sebab semalam exam habis pukul 8.30 malam (kan oral) dan sampai kat hostel dalam pukul 10.00 malam. Hajat nak baca ngan tidur dulu, pastu stay up, tapi terbabas tidur sampai pagi esok. Nasib baik bukan aku sorang jer, sebab mostly semua budak laki dalam kelas aku pun tertidur jugak, termasuklah yang balik awal..haha. Taim yang paling aku suka masa exam Bio nih ialah taim lecturer tuh suruh aku tentukan apa spesies worm dalam slaid mikroskop. Dengan kompomnya aku jawab opistronkus felineus…dan terus dia cakap malatdies..haha..bangga.
So, General Chemistry, Physics, Latin Language, dan Biology dah lepas. Tinggal kini, dua subjek maha killer iaitu Anatomy (lusa), dan Bioorganic Chemistry tulat. Kerana aku amat benci akan Anatomy, aku amat yakin yang aku akan kena repeat subjek nih, termasuklah Bioorg gak. Bencinyaaa. Benda nih susah sangat-sangat. Susah nak lepas:Anatomi, dan susah nak faham: Bioorg. Benci! Esok takder kelas, so start malam nih, aku nak struggle gile-gile selagi aku mampu. Doakan aku. Amin.
p/s – BTW, sebenarnya nih final exam for semester 1, dan juga untuk subjek Bioorganic Chemistry. Next semester tak yah study dah Bioorg. Sebab tuh kena study giler-giler. Kalau tak lepas, tak leh naik next sem. Huhu.
Sunday, December 20, 2009
Merapik Tatkala Mengantuk (x pun sebenarnya)
*Updates*
Friday, December 18, 2009
Aku Kan Tak Makan Sayur??
Exam. Lagi??
Tuesday, December 15, 2009
Dia Juara. Aku Bila Lagi? *Berangan*
*update*
Haha, memang betul sangkaan aku, yang juara X-Factor UK malam lepas ialah Joe McELderry, anak didik kepada salah sorang ahli kumpulan Girls Aloud, Cheryl Cole, yang turut merangkap sebagai salah sorang juri X-Factor buat musim ni. Masuk kali ni, dah dua kali berturut-turut anak didik Cheryl Cole jadi juara dalam program nih. Tahun lepas, anak didik Cheryl Cole yang menang – Alexandra Burke. Tahun nih, sekali lagi anak didik dia menang. Aku memang puas hati sangat-sangat dengan season nih, dan finale malam tuh memang buat aku happy betul. Tapi, biasalah, dalam puas hati akan ada jugak yang tak puas hati, kan(??). Apala yang aku tak puas hati nih?? Aku tak puas hati sebab diorang just kena perform dua kali je, dan yang tu membuatkan aku tak puas. Dah la tak der persembahan duet. Kalau cam tahun lepas, adalah jugak persembahan duet ngan artis lain, cam Beyonce. Benci betul. Sekejap je final nyer, pas tu, tup tap, dah habis. Biarlah, nak buat macam mana, bukan duit aku terbitkan rancangan nih.
Mula-mula, memang berdebar jugak nak tahu keputusannya, sebab kedua-dua peserta memang berbakat betul. Dua-dua memang power giler, dan apa yang membezakan antara diorang ialah umur (senyum gatal) dan genre. Olly Murs lebih kepada ala-ala disko seket manakala Joe pulak lebih kepada pop atau ballad song. Aku dapat rasakan yang Olly Murs memang dah buat all out dah malam tuh. Memang obvious giler yang dia memang nak menang program nih. Pilihan lagu malam tuh pun bagus. Pilihan lagu Twist and Shout memang tepat sebab memang lagu tu sesuai ngan dia. Vocally, dia memang bagus, tapi tak leh celen vokal power Joe. Sepatutnya, macam yang lepas-lepas, aku patut tertarik tengok gaya tarian dia yang pelik dan comel tuh. Tapi, malam tadi aku entah kenapa macam tak tertarik ngan gaya tarian si Olly nih. Macam biasa-biasa aja. Mungkin dia letih kot. Apapun, dia memang seorang entertainer sebab orang memang terhibur ngan dia, termasuklah aku.
Joe pulak memang pilih lagu yang memang mampu membunuh si Olly nih; Don’t Stop Believin’. Memang pilihan lagu untuk malam tuh tepat sangat sebab lagu nih sekarang memang popular kat sana sebab merupakan salah satu soundtrack dalam drama komedi Glee. Lagu ni dah la bergenre rock, dan bila si Joe nih nyanyi, memang meremang bulu roma ni. Ade feel la katakan. He he. Setakat yang mana aku mampu perhatikan, Cheryl Cole ni memang pandai pilih lagu untuk dibawa ke final. Pilihan Cheryl memang bagus, sebab pilih lagu yang fresh dan popular. Sebagai contoh, tahun lepas si Alexandra nyanyi lagu Listen oleh Beyonce.
Cuma satu yang aku pelik dan agak tak suka, kenapa lagu The Climb nyanyian Miley Cyrus dipilih untuk jadi cover song untuk diorang. Memang la lagu tu oke, ada maksud yang mendalam, dan merupakan salah satu faveret aku, tapi kenapa aku rasa macam lagu tu memang dipilih khas untuk buat si Joe nih menang? Lagu ni dah la punya fanbase yang cukup besar dalam kalangan remaja, tambahan pulak si Joe ni remaja. Bukanke tu satu kelebihan bagi Joe? Masa aku tahu yang The Climb dipilih tahun ni, aku dah tahu dah yang Olly mesti kalah, sebab ni lagu teenager. Tapi, secara jujur, aku setuju ngan Louis Walsh yang version Olly lagi bagus sebab ade feeling – Olly nangis, dan aku pun stuju ngan Simon Cowell yang si Joe agak nervous masa starting lagu nih, tapi dalam masa yang sama membuatkan lagu ni jadi bagus.
Walaupun apa yang terjadi, result dah pun keluar, Joe McElderry menang, Olly Murs kalah. Si Rachel pun melonjak-lonjak happy taim dia tahu yang Joe menang rancangan nih..hehe. Harap-harap karier Joe akan terus bersinar lepas ni, sebab dengar katanya Simon Cowell yang turut merangkap sebagai penerbit rancangan ni tengah bajet giler-giler untuk jadikan si Joe ni popular, setanding ngan Leona Lewis sebab memang semua juara lelaki yang bagi musim yang lepas-lepas tak menjadi. Apapun, ucapan khas good luck kepada Joe McElderry. Hadapilah masa hadapan yang penuh liku itu dengan hati yang tabah…it’s the climb...lalala :)
p/s - Ya Tulip. Aku pun rindu waktu dulu..muahaha
Sunday, December 13, 2009
Stacey Solomon!! Apesal ko kene rijek??
Still dalam mood *terkesima* sebab contestant yang aku minat tak leh masuk final, sekali gus merangkap tempat ketiga dalam X-Factor UK. Benci betul! Padahal, si Stacey ni dah buat yang terbaik tiap-tiap minggu. Kehilangan Stacey untuk perform dalam final malam ni memang sedikit sebanyak menjejaskan semangat aku nak tengok final. Yelah, sebab yang bertanding dalam final buat kali nih dua-dua laki…dan bagi aku, laki-laki biasanya tak bagi uummpph sangat kalau bertanding dalam program realiti tv nih. Isshh, macam mana la si Stacey nih tak leh masuk final? Tapi, kalau nak diikutkan, memang susah pun nak tembus masuk final…sebab yang dua lagi, Olly dan Joe memang berbakat sangat-sangat.
Based on performance diorang malam tadi, memang aku sekarang konfius sape yang akan menang X-Factor UK tahun ni, sama ade si penghibur Olly ataupun si merdu Joe. Konfius. Konfius. Kalau nak ikutkan performance yang lepas-lepas, memang aku bajet Stacey dan Joe yang layak masuk final, dan aku pilih Joe untuk menang sebab memang vokal dia betul-betul hebat, sumpah tak tipu. Tapi, tak tau nape, aku terhibur lak tengok si Olly ni perform semalam, dan aku pikir mungkin dia ada can nak menang.
Apapun, aku still akan masukkan X-Factor UK Final nih dalam senarai wajib tengok untuk malam ni, walaupun aku still tak siapkan homework General Chemistry dan study Anatomi untuk test minggu nih..hahaha. Biarkan...kalau study lebih-lebih tapi tak dapat ape-ape hasil buat ape study kan? Aku still ingat lagi yang aku punyalah paham bab articulatiom/joint sampai aku boleh eksplain balik benda tuh, tapi bila test, aku cuma dapat seket…sebab dia tetiba tanya pasal ribs yang tak berkaitan langsung nagn subjek tuh...bongok betul!! Sejak hari tuh (dan beberapa insiden lain), aku jadi give up untuk subjek yang lecturernye macam gitu. Akukan dari golongan minoriti, tak cukup popular dan bijak dalam kalangan lecturer.
Oke, balik semula denagn main point aku, aku taw yang ramai tak taw ngan program apa yang aku tengok nih. Sebenarnya, X-Factor UK nih merupakan salah satu program realiti tv yang popular kat Britain yang melahirkan ramai penyanyi yang berbakat kat sana. Salah satunya mestilah korang kenal, si Leona Lewis yang femes ngan lagu Bleeding Love tuh. Satu lagi juaranya si Shayne Ward, yang nyanyi lagu No Promises. Aku start addicted ngan rancangan nih this year, after habis SPM…sebab aku terbaca yang ramai tengah compare antara Leona Lewis ngan juara X-Factor tahun lepas, Alexandra Burke. So, aku search la YouTube pasal dua-dua nih dan terjumpalah video pasal si Alexandra nih berduet ngan Beyonce masa final, nyanyi lagu Listen. Fuhh, memang mantap giler vokal si Alexandra nih, sebab sama level ngan si Beyonce nih. Lepas tu la aku terus minat ngan series nih dan terus ikuti perkembangan program nih sejak dari sesi audition lagi. Biasalah, kalau masuk bab-bab program nyanyi ni, memang jadi faveret aku..muakakaka.
So, aku harap yang mana menang malam ni akan sukses dengan jayanya sebagai artis. Aku rasa macam Olly Murs akan menang, tapi kalau album dua orang nih kuar, aku akan pilih untuk beli album si Joe McElderry. Memang tak sabar nak tengok korang malam nih, dan lagi tak sabar nak tahu saper menang, dan tak sabar nak dengar single baru korang, dan tak sabar nak tengok fesyen Cheryl Cole malam nih. Apapun, all the best to you guys! Haha, speaking pun dah berbau budu sekarang…
Saturday, December 12, 2009
Oke. Memang dah konpom lama aku tak sentuh langsung blog comel aku ni. Harap-harap blog ni tak kecik hati ngan aku. Sebenarnya, keinginan nak sentuh tu ada, tapi dihalang oleh perasaan malas. Apatah lagi dengan kehidupan aku yang memang busy giler dan nafsu aku yang meluak-luak nak habiskan tengok Gossip Girls Season Two, hajat nak manja-manja seket ngan blog memang tak kesampaian.
Sibuk. Memang, memang betul aku sibuk. Cuba bayangkan yang tiap-tiap minggu ade je test. Kalau setiap kali exam tu tanya seket-seket tak pe, tapi yang ni, satu topik punyalah banyak benda nak kena ingat. Susah betul! Minggu lepas je free seket, tak de ape-ape test. Minggu ni ade balik, test anatomi. Nasib baik satu je, kalau tak memang konpom tak tidur malam aku. Dah la tak tidur malam, study letih-letih, tapi alih-alih dapat result macam tu je sebab tak rapat dengan lecturer. Biarkan, at least aku faham sudaa..tak yah lebih-lebih. Ini bukan zaman sekolah lagi. Biarla aku dapat markah seket je, tapi at least aku faham lebih dari korang kot.
Memang betul apa orang cakap, yang hidup ni yang selalunya indah tak semestinya akan berlarutan indah. Aku memang referkan ayat tu khas untuk aku. Yelah, orang asyik cakap yang aku cemerlang je kat sekolah, tapi bila zaman universiti, terus jadi hampeh. Memang, dah naik zaman universiti ni memang semuanya different. Aku cuba buat macam zaman sekolah menengah dulu, tapi tak boleh. Nasib baik aku still dapat faham realiti hidup nih. Awal-awal memang down giler-giler jugak, dan nak kena amek mase untuk recover balik. Nasib baik culture shock aku tuh kena awal. Sekarang dah oke. Sekarang ni, aku pulak yang bagi nasihat kat kawan-kawan aku yang kena culture shock macam aku ni. Biasalah tu, ini kehidupan. Kita tak tahu ape takdir yang menanti kita kat hadapan. Senior aku pun cakap macam tu yang memang kitorang akan kena culture shock yang memang teruk gile, sebab belajar kat sini memang kompomly different. Ape yang die citer taim usrah (kene paksa..hehe) tu memang betul-betul sama ngan ape yang aku hadapi dulu waktu aku down. Konklusinya memang bukan aku sorang je yang hadapi problem ni, senior senior aku yang dah lama duduk kat sini sebelum aku pun sama je macam aku.
So, nasihat khas aku kepada mereka mereka yang still tak sedar lagi, (maksud aku, yang still tak kena repeat ape-ape paper lagi..kih kih kih), jangan selalu fikir yang kita sentiasa cemerlang. Nanti seriously korang akan merana. Ha Ha. ('dengki' laugh)
p/s - tengah layan Glee skang, Gossip Girls dipausekan dulu..hehe..btw, English aku mmg bad giler skang..dah hilang dah sume skill aku kot..haha..kan hidup tak selalunya indah?