Oke. Memang dah konpom lama aku tak sentuh langsung blog comel aku ni. Harap-harap blog ni tak kecik hati ngan aku. Sebenarnya, keinginan nak sentuh tu ada, tapi dihalang oleh perasaan malas. Apatah lagi dengan kehidupan aku yang memang busy giler dan nafsu aku yang meluak-luak nak habiskan tengok Gossip Girls Season Two, hajat nak manja-manja seket ngan blog memang tak kesampaian.
Sibuk. Memang, memang betul aku sibuk. Cuba bayangkan yang tiap-tiap minggu ade je test. Kalau setiap kali exam tu tanya seket-seket tak pe, tapi yang ni, satu topik punyalah banyak benda nak kena ingat. Susah betul! Minggu lepas je free seket, tak de ape-ape test. Minggu ni ade balik, test anatomi. Nasib baik satu je, kalau tak memang konpom tak tidur malam aku. Dah la tak tidur malam, study letih-letih, tapi alih-alih dapat result macam tu je sebab tak rapat dengan lecturer. Biarkan, at least aku faham sudaa..tak yah lebih-lebih. Ini bukan zaman sekolah lagi. Biarla aku dapat markah seket je, tapi at least aku faham lebih dari korang kot.
Memang betul apa orang cakap, yang hidup ni yang selalunya indah tak semestinya akan berlarutan indah. Aku memang referkan ayat tu khas untuk aku. Yelah, orang asyik cakap yang aku cemerlang je kat sekolah, tapi bila zaman universiti, terus jadi hampeh. Memang, dah naik zaman universiti ni memang semuanya different. Aku cuba buat macam zaman sekolah menengah dulu, tapi tak boleh. Nasib baik aku still dapat faham realiti hidup nih. Awal-awal memang down giler-giler jugak, dan nak kena amek mase untuk recover balik. Nasib baik culture shock aku tuh kena awal. Sekarang dah oke. Sekarang ni, aku pulak yang bagi nasihat kat kawan-kawan aku yang kena culture shock macam aku ni. Biasalah tu, ini kehidupan. Kita tak tahu ape takdir yang menanti kita kat hadapan. Senior aku pun cakap macam tu yang memang kitorang akan kena culture shock yang memang teruk gile, sebab belajar kat sini memang kompomly different. Ape yang die citer taim usrah (kene paksa..hehe) tu memang betul-betul sama ngan ape yang aku hadapi dulu waktu aku down. Konklusinya memang bukan aku sorang je yang hadapi problem ni, senior senior aku yang dah lama duduk kat sini sebelum aku pun sama je macam aku.
So, nasihat khas aku kepada mereka mereka yang still tak sedar lagi, (maksud aku, yang still tak kena repeat ape-ape paper lagi..kih kih kih), jangan selalu fikir yang kita sentiasa cemerlang. Nanti seriously korang akan merana. Ha Ha. ('dengki' laugh)
p/s - tengah layan Glee skang, Gossip Girls dipausekan dulu..hehe..btw, English aku mmg bad giler skang..dah hilang dah sume skill aku kot..haha..kan hidup tak selalunya indah?
1 comment:
InsyaAllaH!
there 'll be sumtin' great in da future 4 u..
wish me luck ek..
Post a Comment