Oh cik hati.
Maafkan A sebab bikin kamu gundah gulana minggu ini.
A tahu, kamu tahu apa yang berlaku.
Entahla cik hati, A tak mampu buat apa-apa.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
A cuma menanti hari di mana A akan meletup sama seperti dulu.
Dan bila ianya berlaku, A tak yakin ianya mampu diterima akal fikiran
A cuba untuk bersabar cik hati, tapi pada masa yang sama A, mengharap agar A cepat-cepat sampai ke satu tahap yang mana A sudah tak mampu lagi kawal perasaan ini
A mahu lepaskan apa yang terbuku di hati
A mahu dia tahu betapa lama A bersabar
A mahu dia mengerti, memahami
cukup sekadar untuk dia sedar keperitan A bertahan
Tapi cik hati, A bukan macam dia.
Dan cik hati A, bukan sama seperti cik hati dia
Entahlah cik hati, manusia itu kompleks.
Berlainan tekstur dan juga rasa
Susah
P/S - ...
1 comment:
my comments are disable for this entry
(blogger)
Post a Comment