Tuesday, April 12, 2011

Hujan Lagi Hati Ini

oh matahari matahari di mana kamu?


Oke sebagai permulaan, sila abaikan deformities pada model kaki di atas, sila fokus pada cahaya mentari yang memang lawa gila tu ya.

Bosan menulis post panjang je kejenya, so hari ni tetiba mood datang nak jadi weatherman lah pulak. Siap taruk gambar lagi. Cis, baru je niat nak tido awal malam ni, esok kelas habis malam kot. Oke lupakan lupakan.

Cuaca sejak akhir-akhir ni memang tak menentu. Tekak ni dah mula rasa macam nak demam dah, oh pleaselah jangan. Yelah, asyik hujan je kerjanya, atau macam lecturer Biokimia cakap, "it seems like you'll be having watery spring". Langit memang mendung sentiasa, dengan hujan rintik-rintik yang akan turun lepas tu. Kalau suhu sejuk sikit, yang akan turunnya ketulan salji. Ada satu hari tu pulak turun hujan batu.

Ishh, macam macam kan? Hujan lebat, hujan batu, hujan rintik-rintik, salji lebat, blizzard, suhu yang melampau pelik sejuknya, banjir, kemarau, panas, berangin sepoi-sepoi, berangin yang memang power gilalah anginnya, semua dah rasa. Resistant betul lah budak-budak kat Moscow ni kan?

Sepatutnya, spring tahun ni kena macam ni.



Walaupun tak nampak macam panas sangat dalam gambar-gambar tu suma, at least ada matahari. Ada sinaran dia. Ada kehangatan tu.

Walaupun suhu tak lah sejuk mana waktu hujan hujan, tak sesejuk musim salju, tapi still tak berapa suka sangat cuaca macam ni, terutamanya sebab keadaan akan jadi basah. Bila basah, baju jadi berbau hapak, jalan lecak, macam-macam lagilah. Tak berapa suka sangatlah saya.

Kalau skyping dengan famili, biasanya diorang tanya sekarang ni suhu macam mana. Bila cerita yang cuaca tak menentu, Mama selalu cakap, dunia ni koho lupo doh loni (baca: makin lupa dah sekarang). Kadang-kadang salji turun waktu spring, kemarau pada musim tengkujuh, dan macam-macam lagilah.

Ishh takut kan?
Kot kot manapun kena syukur syukur syukur, tu salah satu nikmat jugak tu.

Apapun, memang perlukan matahari amat sangat waktu ni.
Dah lama dah kot tak rasa panasss.
Ishh rinduunyaaaaa nak rasa hangatnya sinaran mentari =_="

2 comments:

mudrikahibrahim said...

dunia nyanyuk. dunia akhir zaman.

definitely.me said...

sabau je la.
nnt dah cuti sila balik malaysia.
then,u'll be better. heeee :D