Monday, May 2, 2011

Maha Hebat

Pelajar medik memang ofcos lah kena belajar subjek biologi. Biologi tu belajar pasal hidupan, tapi bagi pelajar medik, memang lagi spesifik kena fokuskan belajar pasal hidupan yang namanya manusia. Bukan setakat belajar general biologi je, tapi yang lebih daripada tu, cabang-cabang dia, embriologi, histologi, parasitologi, endoktrinologi bla bla bla dan tak lupa juga mikrobiologi.

Oh ya, aku sebenarnya baru habis study (belek-belek sambil main fesbuk je padahal) subjek mikrobiologi (sejam yang lepas, dan sekarang ni tengah main internet muahahaha) dan tetiba waktu study tu dapat ilham yang satu ni.

Sebenarnya benda ni dah lapuk dah sebenarnya, takde lah suprise suprisenye, ramai dah tahu kot, cuma tadi tiba-tiba rasa terkesan seket entah kenapa, dan terus jadi ilham untuk menulis.

Tadi penulis baca pasal topik infection (baca: jangkitan) memandangkan besok ada kelas mikrobiologi, dan melalui buku tu, manusia ni ada bermacam-macam jenis perlindungan untuk tahan diri daripada kena serangan jangkitan penyakit. Bermula dari hidung yang ada bulu-bulu untuk tapis kuman-kuman, lepas tu dengan lendir-lendir mukus dalam esofagus semua, tu tak masuk lagi dengan peranan sel darah putih, air mata, organ-organ badan, even bulu-bulu roma pun ada fungsinya sendiri.

Eh jap jap kenapa aku tiba-tiba cakap bab-bab ni?

Jujur aku bukan nak bagi syarahan ke apa, tak tak tak, aku sebenarnya cuma nak cakap yang betapa hebatnya kuasa Tuhan yang mampu bina sebesar-besar manusia, tapi mampu jugak bina benda-benda kecik yang fungsinya memang amat sangat kompleks. Kalau kita boleh nampak yang mulut tu fungsinya untuk makan, hidung untuk bernafas, tapi kita tak boleh nampak apa fungsi sel-sel dalam darah. Kita memang tak leh nampak macammana sel tu hidup, serang penyakit sana-sini, kita memang tak nampak.

Yelah, kalau darah memancut keluar pun kita nampak macam air merah je kan, mana nampak sel sebutir-sebutir keluar.

Itu yang aku cuba nak terangkan. Aku cuma nak bagitau yang Allah tu maha hebat sebab jadikan bermacam-macam benda dari sebesar-besar kejadian ke sekecik-kecik kejadian, dan setiap satu punyai fungsi mereka sendiri. Dah la tu, setiap satu tu pulak amatlah kompleks, cuba bayangkan, kuman yang kita tak nampak tu ada jantung, ada paru-paru, ada bulu.

Usah ditanya bagaimana, itu memang kuasa Allah.

Subhanallah.


No comments: