Start dengan X-Factor, pastu American Idol, The Celebrity Apprentice, ANTM, Project Runway, Mentor 5, Akademi Fantasia, The Voice, memang semua aku balun habis. Bukan setakat season ter-latest je, season yang lepas-lepas pun aku bantai sehabis mungkin.
Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat tengok realiti tv. Rasanya mungkin sebab aku suka part-part yang ber-adrenalin rush kot? Tak pun, mungkin sebab dalam realiti tv ni ada banyak drama. Hmm.
Orang gaduh-gaduh, pastu kutuk-kutuk peserta lain, dan lepas tu, buat kita sebagai penonton ni buat keputusan untuk judge yang mana bagus, yang mana blerghh. Kuasa di tangan pengguna lah katakan. Yelah, sape tak suka drama? Double the drama, double the fun, oh yeah.
Oh ya cakap pasal Akademi Fantasia, tahun ni memang so hampehs.
Walaupun aku tak pernah pun layan AF kecuali tahun ni sebab rumah aku nun di kampung sana tadak Astro, tahun ni punya peserta memanglah hampeh. Nak nyanyi macam malas nyanyi je. Mula-mula tengok memang semangat, tapi lama-lama, macam momentum tu makin lama makin kurang. Nasib baik final malam lepas agak okay, sebabnya yang aku predict menang hoho.
Selalunya yang aku predict tu asyik kalah je, menyampahh ai.
Mungkin sebab penangan Mentor tahun ni agak hebat kot.
Serius, tahun ni punya peserta Mentor memang berbakat. Walaupun tak dapat tengok live sebab TV3 copyright kan kat youtube (dan itu reason aku divert tengok AF), aku masih berjaya menyelit tengok yang waktu final punya. Memang berentap sungguh lah sampai aku tak tahu nak sokong yang mana. Tapi last last, ofkos lah aku sokong yang boleh nyanyi lagu irama tradisional, woot woot, tak mainlah yang asyik menjerit je hihi. Dah lah protege Kak Pah pulak tu, i like.
single protege kak pah
tapi yang ni lirik diaa besstt
Dah dah dah, aku sepatutnya tidur dah waktu ni. Dah pukul 5 pagi dah kot, aku ni memang selalu buang tebiat buang benda yang tak munasabah. Dahlah ada final jumaat ni, aku memang cekodok pisang, suka sangat membazir waktu buat benda mengaruttt.
Cuma yang aku tak suka, banyak sangat tengok program nyanyi ni buat aku terbawak-bawak ke alam realiti. Asyik nak menyanyi je kerjanya, dah banyak kali dah kena sound sebab buat pencemaran bunyi. Haha kesian housemates aku, terpaksa dengar aku melalak.
Tu lah aku cakap, sape suruh taim sekolah dulu amek muzik.
p/s - maaflah, ini post sebab stress belajar, banyaaaak lagi topik biokem tak coverrrr. tidaaaakk kenapaaa T__T
No comments:
Post a Comment