Kadang-kadang rasa menyesal sebab tak selalu amik gambar sangat. Teringat kata seorang senior yang dah 6th year dah, hari tu dia cakap yang alah, daun dah semua gugur dah, tak sempat nak ambil gambar daun kuning sebagai tanda musim luruh. Mungkin nanti bila 6th year baru aku menyesal kot?
Tapi sebenarnya, aku suka ambil gambar. Dan aku pun sebenarnya suka bergambar. Cuma yang tak sukanya, orang yang selalunya ambil gambar tu biasanya orang yang aku tak berapa rapat sangat. So agak kekok di situ. Lagipun aku bukannya hensem sangat, jadi kalau orang yang aku tak berapa kenal, susah bagi aku nak belek-belek balik apa yang dia ambik dan suruh dia amek posing gambar yang lain, in case apa yang dia amek tu tak berapa lawa. Itu je sebenarnya. Susah nak jadi demanding kalau dengan orang yang aku tak kenal.
Bila orang tanya aku suka musim apa, aku selalu cakap yang aku suka musim sejuk. Entah, ada sesuatu pada salji yang gugur buat aku rasa alam ini cukup indah. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, tapi perasaan hangat bila mana kita cuba panaskan diri selepas sehari suntuk duk kat luar meredah suhu yang sejuk melampau tu buat aku rasa sedikit gembira. Rasa syukur barangkali.
Tapi suhu untuk tahun ni tak lah melampau sangat sejuknya macam last year. Mungkin salji takkan turun lagi kot besok, sebabnya, saat post ini ditulis, baru 2 celsius. Tak sampai negatif lagi. Harap-harap tahun ni kejadian icy rain macam yang tahun lepas punya. Macam aku cakap awal-awal post lagi, menyesalnya tak banyak amek gambar.
Haih
p/s - Salji tengah turun taim aku klik butang mengepost , haha kebetulan. I intended to post this tengah hari tadi, tapi biasalah, perap dulu benda ni dalam kotak drafts macam biasa. Serupa macam yang aku expect, suasana mesti ala-ala nak hujan seket bila salji nak turun.
2 comments:
postla gamba salji turun.kesian org malaysia.
in blog please,bukan fb:P
boleh?special request:P
kalau xbz.kalau xsusahkan la
Haha nanti kite postkan, insyAllah. Haha kesian org Malaysia eh?
Post a Comment