Ish itulah, siapa suruh buat kerja last minute sangat..
Sewaktu saya di dapur, saya lihat dapur masih lagi dalam keadaan yang tidak terurus. Ada si dia yang bertugas tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah, dan ini menyebabkan berlakunya sedikit salah faham dalam jadual bertugas. Sana-sini semuanya berselerak. Saya yang memang dalam keletihan ini apa lagi, mulalah merungut dan membebel di dapur sambil-sambil membancuh kopi. Biasanya saya jarang membebel begini macam makcik peah, sekadar redha-kan sahaja ataupun tolong mengemas apa yang patut, tapi entah malam itu mulut saya terasa terlebih gatal pula. Minda saya dan hati saya seakan-akan tidak selari. Seolah-olah saya lupa yang saya ini baru sahaja pulang dari program agama. Mungkin keletihan saya itu membantutkan otak saya untuk bertindak rasional barangkali..
Memanglah bunyinya seakan-akan saya tidak marah, tapi saya berkias dan menyindir secara tajam yang mampu merosakkan hubungan sesama rakan serumah kalau tidak dikawal. Ditambah pula saya sengaja meninggikan suara supaya didengari, Ya Allah saya rasa cukup malu kerana saya baru sahaja pulang dari ceramah agama, tapi nampaknya macam tak ada kesan pun ke atas diri saya. Sedihnya. Mujurlah saya sempat perasan tentang hal tersebut dan terus mengunci mulut.
Biarlah, yang penting saya tahu untuk berhenti. Yang terlepas dari mulut saya, saya biarkan sahaja. Orang kata terlajak kata tak boleh diundur, jadi saya biarkan sahaja, tak mahu mengeruhkan keadaan. Memang bukan malam mereka terpaksa mendengar saya membebel. Lagipun saya rasa mereka sudah lali dengan teknik sindiran saya, sebab ini bukannya kali yang pertama. Terkadang saya malu dengan perangai saya yang satu ini, tapi saya tak mampu menahan geram lama-lama. Susah nak bersabar, dan terkadang meletup. Rupanya memang sangat cepat hati saya ini berbolak-balik. Kenapa saya jadi macam ni? Mungkin hati saya dah mati barangkali? Si syaitan pula memang licik sungguh, dia tahu saya sedang letih maka dihasutnya supaya saya meletup. Astaghfirullah..

Sesudah kopi dibancuh, saya terus ke bilik dan mula duduk menghadap laptop untuk menaip. Memang saya akan tidur lambat nampak gayanya memandangkan saya tidak mula apa-apa lagi. Memang bermula dari kosong, zero, nada, nehi babuji. Dalam mencari idea dan menstimulasi otak, saya capai cawan kopi panas saya itu...dan saat saya menghirup, mata saya terbeliak, dan terbeliak bukan kerana saya mendapat ilham..
Haha saya terbubuh garam. Choii, terus hilang segala rasa mengantuk bagai. Sungguh tak kelakar, walaupun saya ketawa kecil malam itu. Memang saya akan ingat peristiwa ini bila-bila saya marah. Itulah, lain kali jangan mudah marah.
"Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah". - Riwayat Bukhari

No comments:
Post a Comment