Monday, April 1, 2013

La Tahzan

Sejak dua menjak ini, minda saya berputar ligat mencari punca di mana silapnya. Apakah ini, percaturan apakah ini?

Di saat saya mahu mula bertatih dan melangkah, di saat saya merasakan saya sedang betul-betul berusaha, datang pelbagai dugaan menimpa. Terkadang saya terfikir, salah sayakah atau sebaliknya? Di mana silapnya diri saya ini? Saya tidak ikhlas kah, ataupun ada unsur-unsur lain yang menyebabkan saya tersasar jauh dari titik mula.

Ya, saya sedang sedih.
Ya, sesekala saya menangis.
Dan ya, saya tahu semua itu datangya tidak lain dan tidak bukan dari kelemahan saya sendiri.

Jawapan kepada soal hati dan bicara hati saya itu, biarlah yang mengetahuinya hanya saya dan Dia sang As-Sami' dan Al-'Alim. Dia maha mengetahui apa yang berlaku, dan Dia lah sebaik-baik perancang. Usah dilayan perasaan itu, jangan biar terbitnya rasa ragu-ragu dalam hati atas segala yang terjadi dan atas apa yang telah berlaku. Mana mungkin kita diuji sebegini rupa tanpa sebarang hikmah dan sebab.

Tsabatkan saya ya Allah, jangan biar saya termakan bisikan syahdu mereka yang direjam.


No comments: