Tuesday, May 27, 2014

Setelah sekian lama

Hati rasa mahu menulis, maka dicoretkan sahajalah apa yang terlintas dalam benak kepala. Ha ini kejadahnya kalau menulis ikut suka hati, sekali panjang sangat sudahnya. Layan je lah nak buat cemano...

1) Luluh jantung kejap sekilas terpandang gambar senior dalam sesi photoshoot untuk graduasi. Terasa sekejap je masa berlalu, pejam celik tinggal setahun je lagi sebelum tiba giliran kami untuk grad. Sungguh rasa macam tak senior sangat tak matang bagai...apatah lagi bila cakap bab bab nak kerja, memang rasa sangat tak bersedia huhuhu

2) Cakap-cakap tentang kerja, hari tu waktu sembang petang bersama rakan sekaki kami terbincang yang nanti bila kerja memang semuanya akan bermula dari kosong balik. Kena bina hidup baru dan maksudnya kena bina hubungan baru balik jugalah. Waktu kerja ni lah kita akan jumpa kawan yang betul-betul kawan punye sebab kat situlah kita kerja dan kat situlah kita mulakan hidup kita yang sebetulnya. Memang muka yang tu lah yang kita duk hadap hari-hari dan yang tu lah yang akan di-otomatically dijemput bila ada kenduri-kendara mahupun nak ajak gi mengopi. Dan yang sedihnya kawan seuniversiti kita ni nanti akan disperse merata dan berpecah bina hidup masing-masing. Kalau jumpa, jumpalah. Kalau takk.. :(

3) I enjoyed my spring season way too much tahun ini tapi peliknya masih belum puas lagi ni. Memang dah jadi adat di sini tatkala beralihnya musim salju, maka mulalah masing-masing nak start berkelah. Piknik rakan segrup lah, piknik seusrah lah, piknik sepersatuan lah, piknik bros lah, boleh kira memang semua nak rebut peluang untuk berkelah di waktu yang begini. Nak buat macam mana, waktu macam ni lah bunga dah mula berkembang dan suhu sekitar pula sangat nyaman. Waktu ni lah nak golek sakan atas rumput ala-ala kuch-kuch hota hai:P

4) Banyak benda rosak sejak nak dekat dengan hari lahir ni. Henset rosaklah, kad dah luput tarikhlah, problem dengan akaun telefon lah...haih macam-macam. Nak pamper diri sendiri pun tak boleh sebab fulus, I dont have :(

5) Bulan ni agak sibuk sedikit sampaikan makan pun entah ke mana. I can't remember single thing I consumed, bende ntah yang dimakan nye hari-hari. Bila sibuk ni perut secara sendirinya akan kenyang, sumbat dalam perut apa pun aku tak tahu. Tapi serius I was very busy with quite few programmes. Biasalah tu, bila nak akhir semester ni mulalah banyak persatuan nak sumbat segala jenis program. Nak kejar masa sebelum final katanya. Tapi tak merungut pun sebab suka je bila banyak aktiviti, baru rasa aktif sedikit berbanding biasa.

6) Bila berada dalam cycle yang tak beban sangat di hujung semester, rasa macam terlebih relaks la pulak, sehinggakan mood belajar untuk exam final pun ikut relaks sekali. Padahal subjek untuk final kali ni tersangatlah banyak sampaikan batch kitorang ni lah yang balik paling lambat. Malasnya mekk wehhh nak bukak buku...sebab roh dah terbang ke bazaar ramadhan dah ni mencari ikan keli sambal cili padi, sate, putu halba dan nasi kerabu.

7) Hajatnya tak nak balik sempena cuti musim panas kali ni memandangkan nak rasa pengalaman beraya di luar negara, tapi tak boleh resist semangat nak balik. Bila difikirkan yang sebulan terpaksa puasa hampir berbelas jam setiap hari kalau tak balik, terus digagahi juga usaha untuk mencari tiket meskipun harga untuk tiket naik lagi tahun ni. Mujurlah terjumpa tiket online yang harganya memadai, sekurang-kurangnya tak lari sangatlah dari bajet asal. Kali ni singgah transit yang lama di Instanbul, saja plan begitu sebab nak hayati bekas Kota Khalifah kesayangan saya ni sungguh-sungguh sekali lagi.

8) Lain macam rasanya bila berpindah masuk ke asrama. Sekurang-kurangnya tak perlu risau pasal bil air dan bil elektrik lagi. Banyak aktiviti boleh dibuat sebab penghuninya ramai, dan berdekatan pula dengan taman yang subhanallah sangat cantik. Yang jadi masalahnya cuma susah sedikit nak memasak memandangkan dapur terpaksa dikongsi bersama..dan bila duduk ramai-ramai ni dah boleh kenal lah perangai sekian-sekian ni macam mana memandangkan gossip senang sangat bercambah..hmm

9) Kalau boleh rasanya mahu pusing satu bandar Moscow ni puas-puas. Yelah, tinggal tak sampai setahun je lagi kat sini, memang haruslah masa yang tinggal ni digunakan sebaik mungkin. Dah cuba untuk plan semaksimum mungkin dah setakat ni untuk ronda sana-sini, tapi masih belum mampu dilaksanakan lagi disebabkan banyak benda yang lagi penting kena diselesaikan dahulu. Tambahan lagi nak meronda ni kena guna duit juga...maka selalu krik-krik lah jawabnya huhu

2 comments:

Anonymous said...

no 4 tu, maybe nak dapat hadiah dari member lah kot.


hujung2 sem mmg mengundang sesak nafas, dan time tu lah macam2 benda nak buat


manusia kan, makanya kita kene belajar mengutamakan yang utama.

afiqsamuel said...

@chad_NH

Haha no4 tu memang tak mungkin akan dapat hadiah dari member. Kalau dapat mungkin hanya untung di perut XD

Kan, memang manusia sepatutnya kena belajar mengutamakan yang utama. Cuma ada sesetengah orang yg cannot says no (sayalah tu)