Melankoli sentimental mula muncul usai mengepos barang untuk dibawa pulang di pochta.
Pada mulanya, datang di pochta dengan perasaan yang tersangatlah kosong. Almaklumlah, entah kenapa boleh terbabas dalam lena malam semalam dan kalut mengemas barang pula pada besok paginya. Mana tak kosong perasaan.
Sebenarnya, sahabat yang datang menemani lah yang terlebih melankolik. "Sedihlah A, sedihnya packing barang-barang ni, Dah nak balik dah kita ni ye." Diulangnya banyak kali dan cuma senyuman je yang mampu dibalasku. Letih bawak barang 25 kilo kot. Tak mampu nak balas lebih-lebih waktu tu.
Bila dah sampai di bilik ni mulalah terfikir tentang semuanya. Terduduk sekejap sambil berfikir di atas karpet kesayangan. Karpet ni lah yang banyak menyaksikan proses berfikir berlaku. Bila sedih je akan terjelepuk di situ. Sedih dan dramatik.
The thing is thinking about menempuh alam baru ni makes me realise yang you cannot undo the time. Rasa gementar sangat untuk jadi dewasa dan mula bekerja dan sebagainya. Macam tak percaya dan rasa sangat cepat masa berlalu. Dan tetiba juga terlintas dalam hati untuk terdetik mengenai kematian. Macam fasa baru, nak tak nak pun kita kena tempuhi juga. Takut tak takut, kena kerja juga eventually. Samalah juga dengan kematian. Masa kita bukannya mengundur ke belakang. Takut tak takut, kena mati juga eventually. Scary sebenarnya bila terfikir benda ni tadi.
Apapun, nak tak nak tinggal beberapa hari je lagi sebelum terpaksa berangkat untuk tinggalkan bumi salju yang banyak mengajar erti kehidupan ni. Banyak benda yang aku belajar di sini, terutamanya dari segi proses kematangan diri. Meskipun takdelah matang sangat jadinya, tapi di sinilah aku belajar macam-macam karenah dan ragam manusia yang pelbagai. Di sini jugalah aku banyak mengenal personaliti diriku yang sebenar dan re-adjusting them bila dah belajar erti kematangan. Di sini jualah aku belajar erti survivaliti yang sebenar, be it survive dengan orang ataupun dengan persekitaran. Dan yang paling penting, bumi inilah yang mengajarku untuk mencari apa itu erti hidup yang sebenar. I will definitely not forget that this bumi lah yang getarkan hati yang lama kering ni dan tegakkan segala bulu roma ini bila cinta yang sebenar ditemui.
Ya Allah, rasa sangat bertuah dan syukur dapat diberi peluang ke sini. And no, this is not a goodbye post lagi ni. I refuse to say my goodbye yet. Masih berbaki beberapa hari lagi ni so I am gonna make full use of it. This is not a proper goodbye pun. Saja nak menulis sementara masih di sini. Masih sempat lagi ni untuk buat proper goodbye post sementara waktu masih ada.
Sekadar melepaskan rindu menulis sewaktu mood tengah melankolik. Mungkin boleh doakan untuk sentiasa melankolik supaya boleh menulis lagi? Haha.
Sekadar melepaskan rindu menulis sewaktu mood tengah melankolik. Mungkin boleh doakan untuk sentiasa melankolik supaya boleh menulis lagi? Haha.
Till then,
3.13am, Moscow.
2 comments:
Ha.ha.ha tahniah dan takziah.
Changing phase is very hard. Lots to think and to re-consider. Perhaps fr me je lah kot. X sabar nk jupo & sharing :)
Post a Comment