Sunday, November 13, 2011

Amrullah (Baitul Maqdis)



Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya "Di mana mereka itu?"
Baginda Rasulullah SAW, "Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya"


Siapa mereka?
Yang tu tanya hati masing-masing, rasanya semua ada jawapan tu.
Yang penting, kena ingat yang mereka tu tengah buat tugas yang sepatutnya jadi tanggungjawab kita jugak.

Wednesday, November 9, 2011

Stuffs

Interesting stuffs on internet today.

credit : Kuyah's fb

Haha memang kebetulan last week memang tersangatlah mengidam nak makan benda-benda masin, pastu kondisi badan dan otak tersangatlah stress. Kebetulan rasanya. Tapi eh, when people craves for anything and everything it means jealousy is going on? Haha aku ingat orang buat macam tu sebab uhmm...lapar?

And and and I found this while googling around. I know I shouldnt take this thing seriously, but it's been bugging me like forever.

"Propranolol is often used by musicians and other performers to prevent stage fright. It has been taken by surgeons to reduce their own innate hand tremors during surgery"

credit : wiki

Waktu ni pensyarah farmako dah pernah bagitahu waktu kuliah, tapi sebab taim tu ada orang kepochi kat sebelah taim tu, benda ni macam nak tak nak masuk. Haha salahkan orang lain pulak. Maafkan saya wahai orang kepochi.

And ouh for those who concern, it is still not snowing lah in Moscow. Suhu still panas dan cairkan semua salji. Sedih :(

Tuesday, November 8, 2011

Winter is coming

Winter is coming soon. Dengar katanya esok salji bakal turun.

Kadang-kadang rasa menyesal sebab tak selalu amik gambar sangat. Teringat kata seorang senior yang dah 6th year dah, hari tu dia cakap yang alah, daun dah semua gugur dah, tak sempat nak ambil gambar daun kuning sebagai tanda musim luruh. Mungkin nanti bila 6th year baru aku menyesal kot?

Tapi sebenarnya, aku suka ambil gambar. Dan aku pun sebenarnya suka bergambar. Cuma yang tak sukanya, orang yang selalunya ambil gambar tu biasanya orang yang aku tak berapa rapat sangat. So agak kekok di situ. Lagipun aku bukannya hensem sangat, jadi kalau orang yang aku tak berapa kenal, susah bagi aku nak belek-belek balik apa yang dia ambik dan suruh dia amek posing gambar yang lain, in case apa yang dia amek tu tak berapa lawa. Itu je sebenarnya. Susah nak jadi demanding kalau dengan orang yang aku tak kenal.

Bila orang tanya aku suka musim apa, aku selalu cakap yang aku suka musim sejuk. Entah, ada sesuatu pada salji yang gugur buat aku rasa alam ini cukup indah. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, tapi perasaan hangat bila mana kita cuba panaskan diri selepas sehari suntuk duk kat luar meredah suhu yang sejuk melampau tu buat aku rasa sedikit gembira. Rasa syukur barangkali.

Tapi suhu untuk tahun ni tak lah melampau sangat sejuknya macam last year. Mungkin salji takkan turun lagi kot besok, sebabnya, saat post ini ditulis, baru 2 celsius. Tak sampai negatif lagi. Harap-harap tahun ni kejadian icy rain macam yang tahun lepas punya. Macam aku cakap awal-awal post lagi, menyesalnya tak banyak amek gambar.

Haih

p/s - Salji tengah turun taim aku klik butang mengepost , haha kebetulan. I intended to post this tengah hari tadi, tapi biasalah, perap dulu benda ni dalam kotak drafts macam biasa. Serupa macam yang aku expect, suasana mesti ala-ala nak hujan seket bila salji nak turun.