Friday, January 21, 2011

Suka Hati

Post dimulakan dengan sebutan YAY sekuat hati.
So apa lagi, jom sebut YAY sama sama.

Secara tidak gedik dan beradab ye pembaca budiman semua, kang nanti ada yang tak puas hati kang dengan kelunakan suara uollz.

Okeh dah dah dah, ter-over pulak kat situ. Biasalah, sekarang ni tengah dalam mood excited sebab banyak benda menggembirakan berlaku sejak dua tiga empat lima enam jam yang lepas ni hoho.

1st, suka hati sebab dah habis semua paper untuk semester nih. Alhadulillah syukur sebab semua berjalan lancar penuh dengan maju dan jayanya walaupun ada sedikit kekecewaan sana sini. Tapi tak mengapa, itu ujian hidup, kena selalu move on.

Huha huha

2nd, suka hati sebab secara ofisial cuti winter dah bermula. Walaupun kejap je berbanding tahun lepas, tapi still bermakna. Cuti is cuti, dan cuti bermaksud waktu untuk berjaga malam dan tidur di awal pagi dan waktu untuk membuat segala aktiviti yang tidak berfaedah, so kena hargai walaupun sedikit.

3rd, suka hati sebab akan berjalan-jalan untuk makan angin di Turki dan Syria dalam misi mencari nurani yang hilang. Bertolak ke sana dalam lagi 7 jam, tapi keluar rumah dalam dua jam lagi untuk sesi bersiap sedia di airport. Sila doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ya.

4th, suka hati sebab tadi bermesyurat sekejap dengan mereka yang digelar teman rapat dekat restoran kerusi pink. Rasa terharu sebab diorang usaha sanggup jugak keluar nak berjumpa sebelum kitorang berpisah dengan haluan bercuti masing-masing. Haha thanks you guys, kena credit jugak korang kadang-kadang :D

5th, selamat dari sesi terlebih shopping tadi sebab nak bermeeting dengan kawan yang dinyatakan dalam reason yang kelima. Dan kebetulan my roomie tertinggal kunci dan tak leh masuk rumah menyebabkan aku tak leh bermesyuarat panjang dengan diorang dan tak leh sambung niat membeli belah segala barang murah 70% off yang telah dicop segila hati kat tempat sekitar restoran tu. Selamat duit aku kali ini, walaupun agak terkilan sikit tak berjaya rembat banyak banyak.

So kalau nak dikira kira balik memang banyak benda yang menggembirakan berlaku berbanding duka dalam hidup aku ni, cuma aku je yang tak perasan atau saja je tak buat perasan. Dan sepatutnya setiap saat macam ni lah kita kena hargai seboleh-bolehnya, sebab benda-benda macam ni lah yang buat hidup kita gembira. Tapi yelah, lumrah alam, kadang-kadang kena beringat, sebab dalam suka mesti ada duka, dan dalam duka mesti ada suka.

Okay lah, nak sambung tengok Desperate Housewives sekejap.
Sorilah, terpaksa tengok sebab i'm desperate sangat hari tu.
Lepas tu nak tengok American Idol, tak sabar nak tahu siapa yang akan ganti tempat Simon, Kara dan Ellen. Banyak kontrovesi dengar khabarnya tahun ni, excited!
Dan lepas tu nak sambung packing seket lipat-lipat baju, just tambun sini-sana je tadi malas nak lipat.


Okaylah semua, nak stop kat sini dulu.
Doakan saya selamat pulang dan selamat sampai ya wahai pembaca budiman.
Dan bagi teman-teman lain yang akan bercuti ke Paris, Mesir, Malaysia dan UK, semoga selamat ya semua, dan kepada yang berkenaan jangan lupa souvenir okeh ^^

Salam sayang ya semua
Hihi :D

p/s : tambun : longgok

1 comment:

Al - Amin said...

bunyi cam sgt happy dn ceria. i'm glad fr u :) jgn lupa amb8 gmbar msjid biru :D