Wednesday, January 5, 2011

Salam Dua Puluh Sebelas

This is 2011

Haha bajet gempak la pulak tulis intro macam tuh.
Okay, biarkan, whatever.

So ini first pertama bagi tahun dua puluh sebelas, dan yep, tahun baru, azam baru, semua baru.
Sebenarnya kalau ikutkan dah memang tanak terlibat dah dalam blogging thingy ni untuk tahun ni dan tahun tahun berikutnya, tapi bila fikir-fikir balik, i changed my mind. Itupun sebab tengok kawan-kawan makin lama makin galok (baca: aktif/semangat) dalam dunia blog nih. Siap promote kat facebook lagi, ish menakutkan.

Tapi baguslah buat diorang, saya betul-betul salute dengan keberanian diorang tulis blog dan sharekan dekat orang. Kalau saya, hampeh nak buat macam tu, saya ni memang betul pemalu orangnya.

So cakap pasal azam, macam yang saya cakap dalam post yang lepas, memang tahun ni dah malas nak berazam. Cuma adalah jugak saya berharap seket-seket, contohnya macam saya berharap tahun ni saya jadi seorang yang lebih sociable seket, dan cuba jadi se-friendly yang boleh. Dan saya jugak berharap tahun ni macam nak lagi aktif tulis benda-benda dalam blog ni. Walaupun benda ni main-main pada mulanya, tapi biarlah, i'll try to make it like a diary lah.

So yeah, itu je lah yang saya nak capai tahun ni. Ada banyak je lagi, tapi saya simpan semua tu dalam kotak minda saya ni. Tak de guna lah kalau saya tulis kat sini, bukannya penting sangat pun untuk orang lain ambil tahu pasal harapan saya.

Lagipun sekarang ni saya dah pukul 5 pagi waktu sini, saya pun tak perasan sebenarnya, mungkin sebab saya overdose minum teh kot tadi. Dan sekarang ni pulak saya tengah final, final anatomi dan histologi, tapi minggu depan subjek anatomi dulu, subjek yang memang banyak kena menghafal dan mengingat. Takutlah saya, itu subjek paling killer bagi saya setakat ni. Saya takut saya tak sempat nak cover semua yang saya belajar dalam 3 sem nih, banyak sangat lah.

Jadi, sebab waktu dah lewat sangat ni, saya rasa baik saya tidur. So buat semua, salam 2011 dari saya, semoga tahun ni dapat jadi tahun yang lebih produktif daripada tahun-tahun yang lepas.

Peace.


No comments: