Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul 2011

Assalamualaikum semua.


Semalam Valentine's Day, dan hari ni Maulidur Rasul.
So ironi.

(Imej tu ada kena mengena dengan Valentine ngan Maulidur Rasul kan?)


Kalau masih ada lagi yang sambut V-day tuh sedangkan keesokan tuh Maulidur Rasul, entahlah tak tau nak cakap apa dah tu. Memang lah bagus mengeratkan hubungan silaturrahim, orang cakap cinta tu benda yang indah, orang la cakap, bukan saya, tapi entahlah. Saya bukan menentang ke apa, tapi bila dah dengar macam-macam spekulasi pasal 14hb nih, toksah la gedik-gedik nak sambut hari tu. Macam la tak leh pilih hari lain, ada 365 hari kot dalam setahun.

Apa-apa pun, Maulidur Rasul, 12 RabiulAwal, tarikh kelahiran seorang kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Masih terngiang-ngiang lagi kata seorang pencerita daripada satu video yang tersiar kat facebook dalam dua hari lepas, maaflah saya tak tahu siapa nama dia, tapi serius saya cakap, naik bulu roma saya tiap kali saya dengar kisah ni. Rasa sebak dada, nak nangis, takut, dan menyesal.

Ni kisah dia, saya copy and paste setelah saya google dan jumpanya kat blog ni.

-----------------------------------------------------------------------

Kisah ini terjadi lebih 1400 tahun dahulu,

Sewaktu Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, para sahabat melihat wajah Rasulullah yang sedang termenung memikirkan sesuatu. Lantas seorang sahabat bertanya

“Apa yang engkau sedang fikirkan Ya Rasulullah?”
“Aku merindui ikhwanku”.

Jawapan tersebut diluahkan sambil memerhatikan wajah para sahabat yang cukup setia dengannya.

“Kami lah ikhwanmu Ya Rasulullah”. Para sahabat berkata.
“Tidak, kamu semua ialah sahabatku” Rasulullah menidakkannya.
“Kami lah ikhwanmu Ya Rasulullah” Sahabat menggulanginya lagi.
“Tidak, kamu semua ialah sahabatku”

“Kami lah ikhwanmu Ya Rasulullah”
Sebanyak tiga kali penyataan yang diberikan oleh para sahabat tetap dijawab dengan “Tidak, kamu semua ialah sahabatku”

Kemudian Rasulullah memberi penjelasan tentang penafiannya tadi.
“Ikhwanku ialah umatku yang hidup selepas kewafatanku.

Mereka mencintaiku dengan sebenar-benar kecintaan,
mereka menggamalkan sunahku

walaupun mereka tidak pernah melihat wajahku.

-----------------------------------------------------------------------

Memang bila saya baca/dengar/hayati etc yang bahagian kaler purple tu, memang sebak rasa hati. Macam saya cakap tadilah, rasa sebak, nak nangis, takut dan menyesal.

Memang secara jujur dari dulu lagi saya tahu yang Rasulullah SAW memang sayang kat umat-umat baginda, even sebelum nyawa baginda ditarik pun baginda still sebut ummati ummati ummati, nak cakap betapa begitu sekali dia risau akan umat dia. Tapi saya mengaku, waktu tu memang tak terasa pape. Tapi bila dah besar, bila otak dah boleh berfikir, dan bila minda dah boleh hayati, ya Allah sekarang baru faham betapa besarnya cinta rasulullah saw pada kita. Malunya, Rasulullah sayang kat kita, tapi kita?

Yelah, korang sendiri boleh tengok kan apa yang dah jadi sekarang kan?
Islam dah berbelah bahagi, ada Syiah Sunni segala, pastu dengan orang yang lalai lekanya lagi, pastu dengan macam-macam lagilah, korang pun boleh nilai sendiri kan? Kalau Rasulullah yang 1400 tahun dulu risau, kita yang tahun ni tak la pulak nampak risau. Haihh pelik pelik

Yelah bukannya nak kondem apa-apa, sebab saya tak tahu hati orang macam mana, memanglah kita nampak macam ramai yang dah leka, tapi mana kita tahu yang dalaman tu bersih murni kan? Kita tak tahu amal ibadat seseorang insan tu kan, dan tugas nak nilai-menilai ni bukannya kerja kita. Wallahualam lah kan, just untuk beringat, takpe hehe.

Apapun esok Maulidur Rasul, baguslah Malaysia buat sambutan macam tu. Walaupun ada orang cakap bidaah berarak segala, tapi bagi saya semua tu benda tu bagus, sebab bila lagi nak ingatkan orang ramai siapa Rasulullah, kan? Sedangkan paderi St. Valentine tu kita boleh beraya memperingati dia, takkan untuk Nabi Muhammad SAW tak leh kot? Semuanya atas niat. Niat nak memperingati baginda, perjuangan, kisah hidup, semualah. Baginda kan suppose to be idola kan? Bukannya Lady Gaga, Madonna semua :P

Saya pun terus terang cakap sejak akhir-akhir ni terfikir pasal baginda. Entah, tetiba je, tapi rasa malu sebab amal entah apa-apa. InsyaAllah esok nak cuba search baca pasal baginda, riwayat hidup dan etc untuk pengisian Maulidur Rasul. Yalah, jangan pandai post status facebook je, tapi tak ingat-ingat pun hal baginda.

Anyway nak bagi semangat Maulidur Rasul seket, cubalah amek feeling maulidur rasul ngan layan lagu ni.


Lagu ni sebenarnya selalu saya dengar waktu winter trip kat Syria-Turki hari tu. Secara honestnya saya dengar lagu tu selepas melawat Topkapi Palace, sebab kat Topkapi Palace tu ada janggut Rasulullah saw, dan perasaan rindu ni muncul waktu tu. Wallahualam lah, mungkin ada hikmah kenapa Allah SWT trigger kan rasa rindu tuh waktu kat Topkapi Palace dan Syria. Lepas tu pastu balik-balik tertengok video pasal rindu-rindu tu, dan kebetulan pulak Maulidur Rasul. Wallahualam.

Apapun, dengarlah ya kalau berkenan sebab saya 'feeling' habis bila dengar lagu ni. Tu tak masuk lagi lagu yang tajuk dia "Pintu Rindu". Sure nangis-nangis lah korang nanti, tu pun kalu hati korang tak kering lah. Oooops.

Okelah, nak tidur pulak ni, asyik tidur lewat je kerjanya.
Dah la tadi waktu biokimia tersengguk-sengguk sebab tidur lewat semalam.
Jangan lupa selawat tau.

Salam semua, dan selamat menyambut maulidur rasul lah ya :)



p/s - saya ada taip pasal winter trip hari tu, tapi tengah kemas kini sikit-sikit, panjang kot.

No comments: