Jam memang tepat-tepat pukul 2 pagi waktu Moscow (well aku tipu, lagi seminit sebenarnya), dan aku still tak tidur lagi sebab kena sentuh jugak buku biokem, esok ada kelas. Kalau tak baca besok memang naya kena sekeh kalau tak mampu jawab apa yang ditanya.
Bukan aku rajin stay up ke apa, cuma tadi ada program, sampai rumah pukul 11.50 malam, agak letih sebenarnya, tapi tu lah, biokem, kena sentuh jugak walaupun sedikit. Hajatnya nanti dalam 2.30 dah nak masuk tidur dah kot, just nak belek-belek baca apa yang patut.
Sebenarnya tulis ni sebab nak cerita program tadilah sebenarnya, lagipun rasa berdosa tak sentuh blog ni, rindu tau tak. Oke oke, tak yah mengarut, lets straight to the point.
Tadi punya program pasal isu Palestin, ada penceramah dari pihak Aqsa Syarif datang sini nak bagi ceramah pasal isu tu dan bukak mata sorang-sorang supaya tak jadi buta. Kalau nak tahu, Aqsa Syarif tu salah satu organisasi sukarelawan dari Malaysia yang terlibat dalam program bantuan kemanusiaan ke Palestin, dan penceramah tu pulak pernah berada dalam misi kapal Mavi Marmara tu, so dia datang nak kongsi pengalaman lah.
Sebenarnya, secara jujurlah aku cakap, dulu aku tak kisah sangat pun pasal isu Palestin ni. Agak malu sebenarnya nak akui benda ni, tapi tu lah kan, aku nak jadikan benda ni peringatan. Tapi, tu tak bermaksud aku tak prihatin. Aku tahu yang Islam tu ditindas, tapi aku tak rasa apa-apa, jalani hidup macam nothing's ever happened. Aku tak ambik kisah sangat pasal hal ni. Hati memang kering. Orang suruh boikot, aku boikot seket-seket, pastu tak boikot dah lama-lama. Orang suruh sedekah, aku sedekah, tapi tak terfikir pun kenapa, mengapa, further consequences. Sehinggalah aku hadir dalam program ni, sebab niat utama aku nak hadir sebab aku nak hati ni basah. Tak mo dah kering-kering, sebab bila kering semua macam robot, buat benda tanpa guna fikiran. Ikut je semua.
Kalau nak diikutkan lah, sebelum program ni, aku dah tahu banyak pasal isu ni.
Aku tahu yang Yahudi Zionis tu jahat, kejam, mengong, gila etc.
Aku tahu yang Masjid al-Aqsa tu amat penting bagi orang islam.
Aku tahu cerita pasal Gaza, Hamas, Fatah, Tebing Barat tu semua.
Aku tahu yang Islam akan kalahkan Yahudi satu hari nanti.
Cuma apa yang aku tak tahu, kenapa aku still tak rasa apa-apa dulu?
Duk tang tu jugak, baca pasal benda ni bukan kemaen, tapi tak buat apa-apa. Cuma tadi, aku terkesan seket dengan apa yang dia cakap. Dia buat aku sedar yang aku sepatutnya berusaha untuk tolong Palestin sedaya yang aku mampu. Dia cakap kita kena jadi macam burung. Eh?
Tadi, penceramah tu cakap yang Masjid al-Aqsa dan Majidil Haram memang penting bagi umat Islam. Kita sebagai umat Islam sekarang sepatutnya pertahan al-Aqsa, tapi kita jaga ke sekarang masjid tu? Setakat cakap-cakap mulut je kan? So kalau difikir-fikirkanlah, pada waktu sekarang ni siapa yang jaga al-Aqsa? Siapa yang jaga masjid tu sekarang, protect sehabis-habis mungkin? Siapa yang galas tanggungjawab tu sekarang? Siapa yang berperang bermati-matian untuk protect al-Aqsa yang merupakan tanggungjawab Muslim lain jugak selain daripada orang Palestin tu sendiri?
Lepas tu dia cakap pasal kita. Pasal kita yang tengah gelak-gelak suka-suka minum susu makan semewah mungkin sedangkan saudara kita kat sana tengah laksanakan tanggungjawab yang jugak kalo nak diikutkan merupakan tanggungjawab kita. Pernah tak kita terlintas yang kita kena bantu Gaza sebanyak mungkin yang kita mampu? Pernah tak kita terasa yang kita perlu tolong, even by praying for them every single times when we performing our 5 times solat?
Tak kan?
Pada saat tu aku teringat kisah sahabat-sahabat nabi yang selalu kitorang bincang taim usrah. Kalau sahabat Rasulullah yang kaya seket, memang konfom lah dia bagi sebanyak mungkin harta dia ke jalan Allah. Dia tak takut hidup miskin, sebab dia yakin yang Allah akan tolong jugak dia kot kot mana pun. Dia yakin dengan Allah. Kita? Nak sedekah lebih seket pun teragak-agak takut tak cukup duit nak makan untuk bulan ni. Malu kan kita kalau nak compare dengan sahabat nabi kan?
Lepas tu dia cakap, Allah tak perlukan pun kita. Kalau kita tak selamatkan Gaza, Dia boleh ilhamkan orang lain untuk tolong, sebab tu non-Muslim pun berlambak yang tolong Gaza. Tengok perempuan yang mati digilis tu lah. Bukannya dia tu Muslim tu, tapi dia still tolong protect Gaza. Ni macam ujian Dia pada kita. Dia nak tengok sama ada kita ni termasuk ke dalam golongan yang sama-sama membangunkan balik Islam ni yang sekarang ni dah tertindas ni. Kan kita tahu yang takkan kiamat selagi orang Yahudi tu tak dikalahkan oleh orang Islam kan? So tak nak ke kita sama-sama turut serta jadi salah satu dari mereka yang berjuang untuk tegakkan Islam balik?
Memanglah bunyinya macam berat je kan, tapi tu lah, kita cuba buat setakat yang termampu. Sebab tu tadi aku cakap kita kena jadi burung. Ingat tak cerita burung yang tolong jiruskan air dengan paruhnya untuk selamatkan Nabi Ibrahim as yang tengah dibakar tu? Burung tu kecik, pastu berusaha nak matikan api yang tengah marak menyala tu. Lepas tu haiwan-haiwan lain gelak la kat dia, sebab usaha tu nampak macam sia-sia je. Lepas tu burung tu cakap, at least dia ada bukti yang dia pernah tolong selamatkan Nabi Ibrahim, daripada duduk tengok saja-saja waktu Allah tanya kat padang mahsyar nanti.
Macam tu lah kita kena jadi, kena jadi macam burung tu. Walaupun apa yang kita buat tu ciput je, tapi at least kita pernah turut serta. Mungkin bunyinya nonsense, tapi nanti kelak memang helpful. So pleaselah, harap kita boleh tukar dah mindset kita sekarang. Jangan anggap semua ni remeh temeh, fikir dari aspek yang lain.
Dah terlebih panjang la pulak post ni. Anyway, sorry kalau boring, tak suruh baca pun. Lagipun macamlah ada yang nak baca kan? Tak kisah lah, janji bagi aku, ni salah satu reminder.
Salam semua.
3 comments:
thumbs up!
suka~
me ...likey!
thanks semua.
Ainin, suka your blog jugak, mengingatkan diri.
Nabila, weh ponteng kelas ye.
Post a Comment