Thursday, December 8, 2011

Boo Xtina, Words Can Bring You Down-lah Afterall

It's so funny how cakap-cakap belakang boleh ubah persepsi seseorang insan tu terhadap manusia lain, termasuklah kawan sendiri. Padahal apa yang didengar tu entah betul ke tidak.

Dan itu yang berlaku kat aku semalam, bila aku jumpa si mangsa tu dan aku pilih untuk percaya dengan buah mulut orang. Biasanya aku abaikan je benda-benda berangin ni, tapi entah macam mana semalam aku pilih untuk masukkan benda-benda tahyul tu dalam kepala. Kesian dia, tak pasal-pasal aku abaikan dia semalam.

Tapi like seriously, this is the truth about rumours and stuffs that people talk behind your back, they can bring you down. Sebab tu ramai yang beli suratkhabar dan tengok Melodi, kan?

Memang tak leh nak dinafikan yang memang dah jadi lumrah yang orang akan percaya dengan buah mulut si mami-papi jarum berbanding dengan the real truth. Nak buat macam mana, truth kalau nak diikutkan memang tak menarik langsung. Baik dengar gosip, lagi fun dan tak boring.

And the worst part is, kita akan rasa so vulnerable sebab tak tahu nak buat macam mana nak hentikan cakap-cakap orang. Yalah, analoginya macam jatuh tangga, mana lagi sakit, sakit sebab jatuh tangga, atau sakit malu sebab ramai tengok? Memang lah kalau jatuh tangga sakit, tapi kalau nak bercakap ikut ilmu fisiologi, signal transduction of sakit tu ada dua jenis, satu yang berlaku spontan ouch ouch baby dan satu lagi lambat transmissionnya bla bla bla....oke apa yang aku tulis tu tak berkaitan, tapi easy to say, memang yang banyak sakitnya sebab sakit malu punya lah kan?

Then apa lagi yang boleh kita buat selain daripada buat benda-benda cliche macam cuba jadi strong and start moving on macam takde apa berlaku, tapi the truth is, it's not easy you know to be strong.

Even pretending to be one pun bukannya senang.
Haih.


ps - tajuk tu berkait dengan lirik dalam lagu ni. haha tetiba.

No comments: