Dear bloggie,
There was not so much going on my new year's eve. Kalau tahun lepas I went celebrating by watching fireworks at Red Square, this year I spent my night by relaxing at home, doing simple stuffs with housemates like cooking meal and watching movies together.
I just didn't feel like celebrating, apatah lagi my ayah long passed away on 30th, just few minutes after I called home. Waktu I called mama said its nearing his time as his bp and pulse is decreasing, they wanted to recite Yassin malam tu tapi tak sempat as he's already gone. I felt so bad for not being there, lebih-lebih lagi I wasnt that close to him before walaupun disuruh berkali-kali untuk lawat ayah long bertanyakan khabar. By the time I wanted to pay him a visit it was too late as he already has AD and couldn't remember many of us.
Whatever it is, it is what it is. It's his time and nothing we can do to revert back time. Al-Fatihah ayah long, moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
The passing of ayah long buat aku sedar yang age is just a number, bila-bila masa je manusia akan mati. Lebih-lebih lagi bila ayah long meninggal dunia sebab sakit tua, he's 100+ years old can you believe it? Dia tak sempat merasa tahun 2013 walaupun dah hidup lama. Itulah, ada yang dianugerahkan Allah untuk pergi waktu usia muda, dan ada yang pergi waktu tua. Yang pasti semua yang bernyawa akan merasakan mati macam yang disebut dalam Surah Ali Imran, ayat 185.
So bagi kita yang berjaya melepasi tahun demi tahun ni, sepatutnya kita kena selalu bersyukur sebab kita tak tahu bila tarikh exact kita akan mati. Mungkin besok, mungkin lusa atau mungkin hujung tahun depan. Oleh sebab itu, hayat yang kita ada ni kita kena maksimumkan semaksimum mungkin untuk buat amalan baik banyak-banyak sebab kita tak tahu bila ajal kita akan tiba.
Macam ayat-ayat klise yang kita selalu dengar, dunia ni tak lain dan tak bukan ialah ladang untuk bekalan kita di akhirat nanti. Walaupun klise, tapi ayat-ayat cenggitu memang tersangatlah betul dan wajib untuk kita teladani dan amalkan. Yelah, kalau diri tu tahu banyak mana bertimbunnya pahala dalam akaun kita tu takpelah nak mati bila-bila masa pun, masalahnya kita tak tahu banyak mana yang kita ada. Cukup ke, sikit ke, kita tak tahu.
Oleh sebab itulah mulai sekarang kita kena usaha sungguh-sungguh di dunia ini untuk dapatkan bekalan yang banyak untuk kehidupan kita di akhirat kelak. Walaupun tak banyak, tapi kalau bersungguh-sungguh, inshaaAllah. Dan jangan risau, memang nak buat benda baik ni mak aihhh bukan main susahhh, tapi inshaaAllah dalam setiap niat kita nak berusaha untuk mendapatkan akhirat yang manis, Allah SWT akan bantu kita sebab Dia kan Maha Pemurah.
Tak caya cu tengok ayat 19 dan ayat 20 dalam surah al-Isra';
"Dan barang siapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik."
"Kepada masing-masing (golongan), baik golongan ini yang menginginkan dunia mahupun golongan itu yang menginginkan akhirat, Kami akan berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi."
Jadi jom jom jom di awal tahun ni, mari tajdid niat di awal-awal tahun yang ceria ini untuk berusaha untuk mengkehendaki kehidupan akhirat yang lagi manis daripada kehidupan dunia yang memang dah manis ni. Bukan setakat niat je tau, kena usaha jugak. Sikit-sikit pun takpe, asalkan kita berubah. Lagipun kan Allah dah cakap yang Dia akan tolong? Heeee
So dengan itu I end this post with ucapan salam tahun baru buat semua. Moga tahun ni jadi tahun yang lagi bapak bermanfaat berbanding tahun-tahun sebelumnya, dan me myself pun amat berharap sangat yang I'll be better in person than the previous me yang gila bertimbun cacat cela.
Till later, salam :)
No comments:
Post a Comment