Kalau ikutkan, mahu sahaja saya angkat kaki ini dan lari jauh-jauh.
Serius saya selalu rasa macam siapalah saya ini.
Tak layak dan bukan orang yang betul untuk tugasan sebegini.
Tapi saya seretkan juga kaki pemalas saya ini untuk melangkah.
Berat hati saya sebenarnya, tapi apakan daya..memang ini sudah tertulis untuk saya.
Bak kata seorang rakan; kalau saya rasa tak sanggup dan letih tu, maksudnya saya tengah buat benda yang betul lah tu, inshaAllah.
Risau juga saya, takut gusar hati saya ini sebenarnya datang dari bisikan mereka yang direjam.
Itu yang buat saya gagahkan juga biarpun beratnya tak tertahan.
Lagipun kalau saya pergi, sekejap je Rabb gantikan saya dengan makhluk Dia yang lain.
Takutnya.
Tapi kan Dia dah janji, bebanan tu salah satu ujian. Dan bebanan seseorang tu takkan diletakkan kalau orang tu tak mampu.
InshaAllah boleh boleh.
Jangan risaulah, Dia ada.
Kuatkan diri A, kuatkan diri.
No comments:
Post a Comment