Sudah hampir 5 bulan meninggalkan bumi Moscow. Makin lama makin rasa bumi Moscow makin jauh daripada ingatan, dan hal ini agak meresahkan.
Kehidupan pasca Moscow sebenarnya agak membosankan. Selain daripada beberapa minggu berada dalam kekalutan kerana terpaksa menyelesaikan beberapa perkara wajib untuk bekerja, yang lain tu macam apalah sangat. Nothing much happened so far.
Rasanya kejayaan setakat ini ialah berjaya menternak lemak-lemak dalam badan. Ukur lilit perut naik dua inci okay. Sendat habis segala seluar yang nak dipakai waktu temuduga SPA. Terpaksalah diet seminggu untuk muatkan seluar balik huhu.
Sebenarnya, nak sangat memenuhi masa lapang dengan buat part-time. Malah, kalau diikutkan memang sebenarnya berjaya je dapat kerja, satu sebagai juruwang dan satu lagi receptionist di sebuah hotel di bandar, tapi aku menolak. Sebabnya? Malas. Haha.
Melayu betul aku ni.
Bukan apa, bila difikirkan, macam bila kerja macam akan terikat. Cuti pun bukannya senang nak dapat sebab kerja swasta kan. Lagipun bila dah houseman nanti, takut menyesal pulak tak cuti betul-betul. Kawan-kawan yang dah bekerja semuanya pesan, jangan sia-siakan masa cuti sebab bila kerja nanti akan menyesal.
Berkenaan temuduga SPA, alhamdulillah berjalan lancar kot? Interview di Kota Bharu tak adalah susah sangat, lebih kepada management of common diseases sahaja. Macam hari tu, lepas perkenalkan diri apa sume, dia tanya apa management untuk bayi yang datang dengan demam, apa yang dikhuatiri, apa perlu buat, history apa yang kena tahu. Lepas tu pasal procedure of withdrawing venous and arterial blood, as well as for what they are taken for? Soalan berkenaan geriatrik pun masuk, contohnya old aged comatose patient came and what should we expect and how to manage, as well as common diseases macam patient with bad headache, patient with shortness of breath, chest pain, finding of excessive glucose level in one patient so how to manage. Ini ditanya kepada setiap orang tau, sebab kita masuk dalam bilik interview tu secara berkumpulan dan penemuduga tu just nak tahu kita ada ilmu asas ke tidak bila berdepan dengan situasi macam tu.
Dan suprisingly untuk aku, aku ditanya soalan Obstetrik. Like whaat the whaaat?
Of course aku tak boleh jawab sangat sebab tak prepare pun bahagian tu. Dah katanya akan tanya common diseases so memang aku study internal medicine je lah. Dah lah tu, aku memang study kawkaw berkenaan SPA, JPA, MMC KKM, menteri-menteri yang terlibat, program kerajaan macam NBOS, UTC, RTC segala bagai tu tapi tak ditanya pun. So terpaksalah telan dan redha sahaja meskipun rasa macam sepatutnya boleh jawab.
Bila difikirkan, memang entah apa-apa je yang ada dalam kepala otak aku sekarang. Macam hari tu, aku tengah berbual dengan famili aku pasal bersalin dan lepas tu terfikir camne dah eh "Obstetric Hand"?? Adoi apa je yang ada dalam otak engkau ni sekarang??
Jadi dalam baki masa yang ada di rasanya kalau kerajinan akan cuba asah-asah sedikit ilmu perubatan tu. Lama sangat tinggal macam dah jadi macam apa dah ni. Lepas tu, akan cuba menyesuaikan diri lagi lah dengan suasana sini. Bunyi macam poyo je kan tapi its the truth.
Rasa kekok bila cuti sekolah macam ni dan adik-adik tak sekolah dan ada kat rumah, rasa macam ummm, what do budak sekarang buat bila cuti sekolah? Terutamanya bila adik-adik dah besar panjang tahap rebellious dan hormonal imbalance, apa yang diorang buat niii eyyy cuba bagi klu seket.
Cepat sangat masa berlalu sampai tak terkejar dah aku, hence the "sesuaikan diri" part. Bila semua dah membesar, masa dah berlalu dengan banyaknya, aku rasa macam semua benda asing dah sekarang. Semua benda rasa macam lain. Entahlah aku seorang je kot rasa macam tu. Tapi itulah, kita tak boleh mengundur ke belakang. Memang betullah bila orang kata membesar tu sangatlah menyusahkan, memang menyusahkan pun lah! Banyak benda kena pikir. Waktu kecik rileks je hidup seriang-riangnya tanpa ada sebarang masalah kecuali bila fikir nak beli makan aiskrim ke atau beli jambu bila balik sekolah. (OBVIOUSLY jambu sebab aku tak makan benda sejuk sangat)
Tapi kan, cuti lepas graduasi pasca Moscow ni pun aku macam budak kecik jugak sebab tak banyak benda nak kena fikir lagi. Ceria je rasa melantak dan berguling-guling kecomelan tanpa banyak sangat nak kena hadap realiti hidup yang penuh pancaroba ini, wahh.
Anyway to sum it up, apart from leisuring around and doing absolutely nothing, nothing much has happened. Hopefully this habit won't stick or I would turn to be an obsolete lazy man with less care of the world. Might as well be a broomstick. Penyapu lagi banyak gunanya daripada aku yang sekarang ni.
Apapun, meskipun aku tak teruja sangat nak masuk kerja sebab weh ilmu tak banyak weh takuttt, dalam diam aku berharap juga supaya dapat kerja cepat. Lagi lama menunggu lagi ambivalent dibuatnya. Tapi bila difikirkan macam tak lama lagi je sebab dah interview, rasa meroyan pula taknak masuk hospital lagi. Entahlah.
As for now, kita chill chill dulu dan start kalut bila mood datang.