Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Kawan-kawan, Jangan Tensen

Ini bunyinya cliche.

Walaupun aku tak tahu apa maknanya "cliche" tu, lantaklah, nanti aku google kejap lagi ya.

Melalui pemerhatian dan cakap-cakap sikit melalui laman maya, kawan-kawan aku yang turut sama amek medik macam aku mostly berada dalam keadaan tensen sekarang.
Walaupun tak semua, tapi semua fahamlah kan maksud mostly kan?
Tak semua, tapi mostly.

Memang dah selalu dah dengar khabar-khabar angin yang cakap medik susah, baca banyak-banyak, khatam banyak buku pun still tak dapat jawab soalan waktu exam. Siapa yang amek medik memang akan menyesal lah punya, akan give up, soalan ditanya memang susah, pressure amat amat. Pastu malam pulak memang tak sempat nak tidur punyalah, bengkak mata-mata menelaah pelajaran, sampai rasa macam 24 jam yang diberi tu tak cukup untuk sehari.

Oke, itu kisah kawan-kawan yang berada di Malaysia.

Kalau di sini?

Oke, sebelum aku continue, first first aku nak cakap yang aku bukan nak condemn sape-sape. Saja nak bagi pendapat, tapi tak tahulah kan, siapa yang makan cili, memang kompom lah dia yang akan rasa pedasnya.

Oke sambung sambung,

Kalau di sini, rasanya macam lain macam je. Walaupun memang semua akui yang medik tu susah, kena banyak mengingat semua, tapi rasanya study kat sini lagi relax rasanya. Walaupun sesusah manapun subjek tu, at least pelajar kat sini tak rasa pressure sangat. Mungkin sebab sistem markah yang entah apa-apa kot, pelajar kat sini kurang sikit rasa pressurenya.

Cuma itulah, bila dah kurang pressure, ramai yang silap dengan percaturan kurang pressure ni. Kurang pressure bukannya bermaksud kena study sambil lewa, kot kot manapun ni medik lah y'all. Medik lah. Yang kena rawat-rawat belah-belah potong-potong orang tu. Yang kena bukak dada orang, keluarkan jantung, cuci-cuci seket pastu jahit balik waktu orang tu still LAGI BERNAFAS. Apa ko ingat benda ni main-main?

Ramai yang lupa, jadi doktor tu berat tanggungjawabnya.
Boleh buat orang meninggal kalau tak study betul-betul.

Waktu tu, mesti ramai yang cakap kita dah berusaha kan?

Berusaha apekebendenya kalau study main-main?
Memanglah kita dah berusaha sedaya upaya nak selamatkan patient tu, tapi siapa suruh tak belajar betul-betul? Tak ke nampak macam membunuh jugak tu?

Sorry lah agak sentimental seket, memang sebenarnya dalam hati ada sedikit niat nak condemn orang, tapi nak buat macam mana, ini luahan hati. Kalau kena marah, please simpan dalam hati ya. Kalau tak pun boleh hentam-hentam secara anonymous kat ruangan komen.

Lagipun, ni nak royak (baca:bagitau) seket.

Bukan nak bangga ke apa dengan diri ni, tapi aku rajin study sejak akhir-akhir ni starting dengan Anatomi bukan sebab nak dapat markah cemerlang exam ke apa, tapi aku rajin study siap stay up semua sebab terasa berat tanggungjawab ni. Walaupun rasa sedih sebab Anatomi dapat seket gila markah, tapi sebelum tu aku dah setkan niat yang aku belajar ni untuk kegunaan masa depan. Lagipun, aku malu dengan kawan-kawan yang hampir nak drop-off medik sebab tak tahan, sedangkan effort dia lagi tinggi dari aku. Malulah weh, kalau diorang study tak tido malam, kita kena study tak tido malam lah jugak.

Yelah, diorang berpeluh bontot (ok 18sx) belajar, kita kat sini takkan main-main lagi. Memang lah boleh main-main, tapi kena berpada-pada. Aku pun bukannya gila study je kerjanya, macam malam ni, satu habuk pun tak sentuh muahaha, tapi kena selalu ingatlah yang kita ada misi besar ni.

Satu lagi sebab aku push jugak limit aku sebab medik ni bukan pilihan aku sebenarnya. Sebab ini bukan pilihan akulah aku taknak cincai-cincai kan peluang ni, tak nak salahkan pilihan tu, sebab aku yakin yang semuanya ni dah dirancang oleh Allah SWT. Mesti ada sebab kenapa Allah ilhamkan aku untuk amek bidang ni, dan sebab tu aku cuba dan berusaha. Yelah, no one is able to predict our own future, kan?

Wallahualam lah tu.

So harap niat hati ni difahami lah ya, bukan disalahertikan, post ni untuk ingatan diri jugak, harap maklum. Lagipun, ni hentam keromo punya post. Manalah tahu kan, masing-masing ada masalah lain dalam diri, aku mana tahu. Lain kali meh meh pillow talk meh hoho.
Okeh peace out semua, salam.




ps - oke aku tak tahu faham apa itu makna cliche. tapi rasanya penggunaan aku waktu permulaan ayat tu salah. Whatever lah, aku excited lebih.

ps - apekene ngan aku ni layan lagu korea malam-malam buta nih, musykil ajaib nih. Dengar lagu I'm Your Man banyak-banyak kali, pengaruh N Shi lah ni sebab tau lagu ni dari blog dia.

Monday, February 28, 2011

Lesson Learned

Lessons learned today, if you did not learn biochemistry very well, you won't become a good doctor. My lecturer keeps saying this since last semester lagi, but it never struck me so much until today, when i couldnt answer her question, and instead of answering, i remained silent.

Well i used to be a geek who loves chemistry more than biology and physics, eventhough i honestly believe that i learned chemistry by myself back in the days with little helps from my chemistry teacher who is always busy handling students' discipline problems. In fact, I used to be a very hardworking student, staying up late at night, studying and revising myself up to 2 or 3 am in the morning in bilik gosok baju on 1st floor of my hostel alone, trying to understand all the reactions and equations involved.

But today, I believe i'm not that student anymore.

I believe now i know zero in my biochemistry, well maybe not zero, tapi sikitlah, since i couldnt remember the simplest equation at all although ive done the questions multiple times before, or how to relate all the body metabolisms although the topics i learned are actually interesting enough sedangkan dulu I used to remember things efficiently no matter how complicated the things are *haha oke poyo*

The real problem is i used the same studying techniques like before, i did stay up late and everything, learning hard-lah jugak, but the outcomes bukan macam dulu, and it's scared me. See what's happened with my Anatomy? I studied macam nak mampus tapi tak ingat-ingat jugak.

Well okay, maybe lah kan the syllabus ive learned before are easier than what ive learned in biochemistry today, but that's not the point. My point is why my otak tak leh nak usaha untuk berfikir, pushing my limit macam dulu? If dulu adalah jugak usaha nak fikir soalan KBKK, but here, entah. Tak berani satu hal, and tak cuba untuk fikir satu hal lagi. Then tu tak masuk lagi yang senang-senang pun tak leh ingat, sedihnya fufufu.

Is my otak is corrupted enough these days?

Banyak buat dosa kot.



ps - bukan nak cakap dulu im superstar ke apa, cuma pelik bila makin lama makin tak leh jawab, and it's terrifying lah. Either soalan susah atau aku yang malas mencuba, but i blame myself first sebelum salahkan benda lain.

Wednesday, January 12, 2011

Emosi Pasca-Anatomi

Haha dah lama dah taip benda ni, tapi macam biasalah, taip separuh jalan, pastu biar dia main sorang-sorang kat sarang draft tuh. Anyway, yep, hari ni aku bersemangat nak sambung balik apa yang aku tulis hari tuh.

Hari tu macam yang korang tahulah kan kalau baca post post yang terdahulu, aku sepatutnya sekarang ni dah lepas dah kan final exam anatomi. Haha memang dah lepas, cuma keadaan emosi lepas anatomi tu memang tak menentu. Yelah, dengan penuh silunya meh nak bagitau seket markah anatomi aku nih. Ni rahsia tau, jangan sibuk-sibuk nak bagitau orang lain, even kat aku pun tak yah sibuk-sibuk nak bagitau or tanya. Kang aku sekeh kepala sorang-sorang yang mana sibuk-sibuk nak jadi Mami Jarum nih.

Okeh, dah ready?

Hoho dalam batch aku, aku salah sorang yang dapat markah yang paling rendah, iaitu sekadar lulus sahaja. Please junior junior atau sesiapa sahaja yang terbaca blog ni dan menganggap aku sebagai idola, jangan tiru apa aku buat okeh, aku tak de lah bijak dan hebat sangat. Sederhana sahaja orangnya XD

Okeh itu bunyinya poyo.

Tapi betul, aku dapat markah sekadar cukup makan je, dan sebab tu aku jadi emosi dalam dua tiga hari. Sebabnya, kalau nak compare ngan orang lain, aku doublekan effort aku untuk subjek ni, orang lain yang pergi tak baca apa-apa pun dapat markah better lagi daripada aku, tapi aku?

Haihh.

Yelah, mungkin aku riak kot waktu tu sampai Allah tutup mata hati aku waktu jawab soalan tuh. Memang betul, aku blacked-out waktu lecturer tanya aku soalan oral tuh. Aku emo bukannya sebab apa, cuma aku rasa aku dah usaha dua kali ganda daripada orang lain, pastu aku dapat lecturer yang disayangi ramai sebab orang cakap dia paling murah hati, tapi still lagi dapat markah macam tu kan?

Sebenarnya sebagai ayat penyedap hati, aku tak kisah pun dapat berapa, sebab macam kawan aku tulis kat facebook, "tuhan tengok usaha yang kita buat, bukan markah kita". Tapi tulah, lepas tu kawan aku reply, something macam "masalahnya yang orang tengok markah, bukannya usaha", dan yang tu buat aku terpikir. Yelah, manusia memang bengong, suka benar je judge judge orang. Yelah, aku waktu tu malu ngan orang sebab usaha berzillion zillion, tapi result seciput miput, malu takut kena gelak dek orang.

Haih salah salah salah. Kena tukar mindset nih. Sepatutnya kena malu dengan Allah sebab kita ada buat something yang Allah tak berkenan, sebab tu semua benda yang kita buat tu tak smooth je. Memanglah malu, tapi nak buat macam mana, dah tertulis dah semua tu, dan ada hikmah terlindung di balik semua tu. Kena fikir macam tu lah, sebab kalau difikirkan balik, memang ada benda terlindung di sebalik apa yang aku terima. Tapi tu sekret lah, takleh exposed sana sini, biar aku je yang tahu. Nak tahu sila emelkan aku atau tanya formspring, nak kenal la jugak yang mana satu boleh aku labelkan sebagai Mami Jarum Rum Bam Bum nih.

Haihh, lulus pun luluslah, at least aku faham apa yang aku belajar untuk dipraktikkan pada masa depan.

Dan untuk penyedap hati sekali lagi, hoho dengan kejamnya aku berharap mereka yang menghafal gila-gila daripada memahami, semoga korang berjaya besok karang muahahaha

Oops aku over (macam biasa) XD

Thursday, May 20, 2010

Mun Yang Ingatkan

Otak ini sudah letih

Kalau boleh, rasanya macam mahu tutup buku dan terus tidur awal tiap-tiap malam, tanpa perlu sibuk-sibuk pikir pasal final yang bakal menjelang.
Mahu jadi bebas, stress-free dan tak letih macam sekarang.

Seriusly, A dah rasa macam tahap nak putus asa tuh dah sampai.

Bila tengok ramai kawan-kawan dapat avtomat, which means tak yah sit for final menyebabkan A rasa bodoh sangat-sangat

Rasa macam menyesal, dan rasa macam tak berguna
Dan of course, A rasa jeles
Jeles yang amat-amat sangat-sangat

Tu lah, suruh prepare awal-awal taknak.
Pastu tiap kali kuiz tak perform
Bajet setakat cukup makan dan difahami tuan empunya badan dah cukup tanpa perlu dapat markah excellent gila-gila
Last-last, bila tengok yang selalu perform dapat avtomat, jiwa jadi jeles pulak

Inilah namanya dugaan
Dugaan seorang budak medik le katakan...haih

Jiwa kacau bilau tapi bukan m. daud kilau

Then terbaca post si Munirah

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya, sedangkan limpah kurniaTuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal

Which means for simplicity, apa yang A fahamlah, ayat dalam surah Taha ni cakap;

Jangan jeles dengan nikmat yang Allah kurniakan pada orang lain, tak kiralah orang tu orang kafir ke, orang islam ke, yang penting, semua tu ujian daripada Allah buat diri kita, ataupun si polan terbabit.

Semua yang Allah buat ada hikmahnya, dan hanya Dia yang tahu sebab Dia Maha Mengetahui.

Tugas kita, kita perlu berusaha dan seterusnya tawakkal pada-Nya, dan bila outputnya positif, jangan lupa pada Dia dan in case negatif, tu pun jangan lupa pada-Nya.

Kena banyak syukur dan redha.

Plus jangan tamak.

Hum hum

P/S - Ditulis sebab ngantuk sampai baca apa-apa pon tak faham. Dan Mun, thanks sebab mengusaikan apa yang kusut sekarang. Menusuk terus ke kalbu bila baca tadi, macam on time betul. Macam tahu tahu jek ye.

Friday, May 7, 2010

zachot

mood: Diana Vickers - Once

MyEm0.Com

yeay yeay

akhirnya, lepas penat main kejar-kejar, dah berjaya dapat zachot untuk fizikultura.
ini bermaksud, dah tak yah pergi subjek fizikultura untuk semester ni sebab subjeknya dah habis.

overall, subjek fizikultura hari ni yang paling seronok.
bukan sebab seronok dapat zachot, tapi sebab berjaya pusing satu padang sebanyak 10 kali.

punyalah penat lari-lari, tapi at least dapat jugak hilangkan lemak yang dah lama terkumpul.

yalah, hari ni main-main kat padang bola sepak plus yang ada track lumba lari, so bila ada peluang, kenalah gunakan sebaik mungkin. lagipon dah lama sangat dah A tak lari. selama ni fizikultura buat kat sporthall je, so nak lari pon limited, asyik main bola tampar jek.

apapun, satu zachot dah dapat, tapi banyak lagi yang menanti.
tu tak tambah lagi empat subjek final bagi semester nih, dan paling menggerunkan, subjek Chemistry. bukan sebab susah sangat ke apa, tapi susah sebab lecturer tak mengajar. huh

p/s - ramai yang tak tahu apa tuh zachot. bila belek-belek balik, A perasan yang A tak pernah pun bagitau camner pembelajaran kat sini kan? nanti ada masa A post-kan macammana study kat sini. itu satu janji. hum hum

p/s - fizikultura : pendidikan jasmani

p/s - kucing atas tuh amat comel. tengok yang ni pulak. comel comel oh
MyEm0.Com