Thursday, March 31, 2011
Turkey - Syria : A Trip To Remember
Wednesday, March 30, 2011
I'm No Beauty Queen, I'm Just Beautiful Me
Where Do Broken Hearts Go?
Sunday, March 27, 2011
Ini Satu Reminder
Saturday, March 26, 2011
Lie Lie and Lie Again
Friday, March 25, 2011
Idol Season 11 - Best Season Everr
Saturday, March 19, 2011
# Random
Sister and Me
Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang hebat, saya bangga mempunyai ibu dan ayah yang berfikiran luas dan maju kehadapan. Sejak dilahirkan saya dilahirkan tidaklah senakal adik saya Afiq. Tetapi kerana kenakalan Afiq saya turut dilabel nakal, kerana memang naluri kakak yang terlalu sayangkan adik, kakak ini kalau boleh semua kesalahan adik kakak nak tanggung. Memori ini masih segar dalam ingatan dimana, pada suatu hari kenakalan Afiq terserlah dengan jelasnya ( saya lupa apa yang dibuat ) tapi kesannya membuatkan ibu dan bapa saya terpaksa mengurung kami dua beradik dalam stor yang gelap ( Teknik Time Out ,pengurangan tingkah laku) . Buat pengetahuan pembaca, ini bukan sekali tetapi sudah beberapa kali. Ketakutan yang teramat, saya masih ingat ketika itu kami baru berumur 6 tahun manakala adik saya berumur 4 tahun. Diusia semuda itu sudah pasti perasaan takut semakin menular jika dikurung ditempat sebegitu, tapi kami tidak sedikit menjerit atau menangis tapi kami hanya mendiamkan diri. Setelah umur semakin beransur maju kehadapan, mengalami alam remaja saya mengerti mengapa dan kenapa. Alam remaja saya diakhiri dengan saya suka mencuba dan sangat suka mengambil risiko. Saya tidak takut pada dunia, saya seorang yang tidak endahkan apa orang nak cakap, saya adalah saya dan saya suka berjalan secara keseorangan di luar negara(perkara ini mungkin biasa bagi sesetengah pihak, buat pengetahun pembaca saya seorang perempuan, dan sangat berisiko =). Barulah saya mengerti segalanya, ibu dan bapa mengurung saya di dalam stor sebuah tempat yang gelap bukanlah kerana semata - mata untuk menghukum tetapi banyak pengajaran disebaliknya yang amat berguna untuk saya. Apabila ditanya mengapa sedemikian wahai ibu ayah: