Tuesday, March 15, 2011

Gelak-gelak

Kredit habis, tak sempat nak cakap bye-bye dekat F hari ni. Puas hati call sana-sini tanya khabar, rindu amat sangat-sangat. Rasanya semester ni tak pernah lagi telefon tanya khabar.

Tadi telefon F, dan semalam telefon Z. Dengar suara mereka dah boleh buat aku gembira, lama benar tak borak-borak. Masing-masing ada masalah sendiri, aku dengan masalah aku, F dengan masalah dia dan Z dengan masalah dia. Yang pasti semuanya ada masalah dengan studies haha.

Yang pasti, kitorang tak perlu nak berlakon jadi orang lain bila borak sama-sama. Masing-masing dah kenal hati budi, tak perlu nak fake sana-sini. Masing-masing tak berubah pulak tu. F yang selalu ceria, Z yang lagi ceria, dan aku yang ceria tapi nampak macam buat-buat ceria. Eh?

Dulu junior selalu cakap yang kami memang over gila gelak sana-sini, nampak ceria habis setiap masa. Waktu makan gelak-gelak, waktu tazkirah gelak-gelak, waktu sebelum tidur pun gelak-gelak. Memang awet muda habislah selalu ketawa huhahuha sana-sini.

Nanti balik nak gelak habis-habisan macam cuti summer tahun lepas. Kali ni nak ajak M sekali, sebab dah lama tak catch up dengan dia. Nanti nak telefon dia jugak dari sini, kang nanti merajuk kang aku tak telefon dia. Bukan apa, dalam banyak-banyak dia yang tak nampak macam ada masalah. Aktif semacam sana sini.

Tapi tak tahulah kan, bukannya boleh percaya semua orang, masing-masing pandai berlakon. Yang baik tak semestinya baik, yang jahat tak semestinya jahat. Tu yang orang asyik cakap ada banyak orang fake sana-sini dalam universiti life nih. Tapi baguslah, baik jadi fake dari jadi yang jenis be myself, don't care don't mind tapi super annoying. Yang tu walaupun sedaya upaya mana pun cuba jadi diri sendiri pun orang still lagi nampak fake.

Haihh


ps - abaikan, takde idea nak tulis apa, saja bosan bosan

No comments: