Saturday, March 19, 2011

Sister and Me

I dedicate this to the bravest and most passionate woman that i've ever known, my sister.

Walaupun aku selalu marah dia, dan kita selalu gaduh-gaduh, dia suka bertindak melulu dan aku suka marah melulu, walaupun aku ni muda tapi aku ni garang dan apa yang dia buat tak kena selalu aku komen sampai dia naik bosan, she's always there for me. In fact, shes one of the reasons why i still standing kinda strong till now, she's awesomely brave, stunningly beautiful, and yeah, walaupun susah seket nak mengaku, percayalah yang I am so proud of you, tapi in certain aspect lah of course hahaha.

Tapi apapun, dengan malasnya aku rasa,


Anyway just wanna share what she thinks of me, and what had make her so brave, and i extracted this from her blog. Kalau rajin bacalah, tak paksa tak suruh.

Oke salam :)

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang hebat, saya bangga mempunyai ibu dan ayah yang berfikiran luas dan maju kehadapan. Sejak dilahirkan saya dilahirkan tidaklah senakal adik saya Afiq. Tetapi kerana kenakalan Afiq saya turut dilabel nakal, kerana memang naluri kakak yang terlalu sayangkan adik, kakak ini kalau boleh semua kesalahan adik kakak nak tanggung. Memori ini masih segar dalam ingatan dimana, pada suatu hari kenakalan Afiq terserlah dengan jelasnya ( saya lupa apa yang dibuat ) tapi kesannya membuatkan ibu dan bapa saya terpaksa mengurung kami dua beradik dalam stor yang gelap ( Teknik Time Out ,pengurangan tingkah laku) . Buat pengetahuan pembaca, ini bukan sekali tetapi sudah beberapa kali. Ketakutan yang teramat, saya masih ingat ketika itu kami baru berumur 6 tahun manakala adik saya berumur 4 tahun. Diusia semuda itu sudah pasti perasaan takut semakin menular jika dikurung ditempat sebegitu, tapi kami tidak sedikit menjerit atau menangis tapi kami hanya mendiamkan diri. Setelah umur semakin beransur maju kehadapan, mengalami alam remaja saya mengerti mengapa dan kenapa. Alam remaja saya diakhiri dengan saya suka mencuba dan sangat suka mengambil risiko. Saya tidak takut pada dunia, saya seorang yang tidak endahkan apa orang nak cakap, saya adalah saya dan saya suka berjalan secara keseorangan di luar negara(perkara ini mungkin biasa bagi sesetengah pihak, buat pengetahun pembaca saya seorang perempuan, dan sangat berisiko =). Barulah saya mengerti segalanya, ibu dan bapa mengurung saya di dalam stor sebuah tempat yang gelap bukanlah kerana semata - mata untuk menghukum tetapi banyak pengajaran disebaliknya yang amat berguna untuk saya. Apabila ditanya mengapa sedemikian wahai ibu ayah:


Renungkan, takut pada kegelapan adalah salah satu penyebab kegagalan hidup. Ramai manusia takut pada kegelapan. Mereka takut untuk meredah kegelapan yang mereka tidak tahu bahawa cahaya akan datang juga pada akhirnya. Mereka takut pada yang tidak pasti, mereka takut pada risiko jikalau pada jalan menuju mencari cahaya mereka akan terjerumus terus dalam kegelapan. Ibu dan ayah mahu kami belajar sesuatu dalam kegelapan yang dimana semua orang takutkan. Mereka lebih tahu apa yang kami bakal takutkan. Kegelapan adalah tempat yang perlu diterokai bukan diketepikan. Dan sekarang saya mengerti mengapa saya merupakan seorang yang sangat berani, teramat berani, dan terlalu berani sehinggakan dapat mengatasi segalanya. Terima kasih ibu ayah. Adakah kamu mempunyai ibu dan ayah sehebat ini? hehe

-nadhirahsamuel


No comments: