Thursday, March 3, 2011

Bahasa

Sekarang mood nak study Bahasa Russia datang balik selepas lama menghilang selama satu semester. Dapat cikgu baru, semangat baru dan tempat belajar baru. Memang mood study bahasa kejap tinggi kejap rendah sebab masalah cikgu. Semester 1 cikgu tak tetap, so study gitu-gitu jer. Semester 2 dapat cikgu comel dan happy go lucky, so memang semangat gilalah belajar taim tu. Semester 3, haihh, haprak tak yah cakap. Semester ni, kita tengok apa yang jadi nanti.

Nampak macam cikgu tu oke, ajar grammar segala. Lagipun aku suka belajar ayat daripada belajar penyakit dan medical term dalam rusia macam dalam semester 3, sebab macammana nak paham term-term medik kalau grammar pun lintang-pukang? Alah baru first class, relaks relaks.

Nak dijadikan cerita, baru je dalam dua tiga hari lepas aku terfikir yang kalau level Bahasa Russia aku masih kat takat tu je tanpa sebarang perubahan, aku bajet macam nak habiskan sisa waktu cuti winter tahun depan dengan ambik tuisyen intensif bahasa Russia kat sini.

Bukan nak koya (baca:poyo) ke apa, tapi untuk senang nanti di masa hadapan. Nanti Tahun 4, 5 dan ke atas mostly kelas berjalan dalam Bahasa Russia, even oral exam pun dalam Bahasa Russia. Kalau tak mantapkan diri dari sekarang, takut nanti tak faham apa-apa waktu belajar, habuk pun tada, kena marah lagi kat Malaysia. Aku tanaklah nanti kena cop sebagai doktor yang tak tahu apa-apa, malu malu-malu.

Lagipun alang-alang study kat Russia, takkan tak nak mahir bahasa dia kot? Kalau orang duk sini setahun dah dapat cakap laju-laju dah, takkan yang duduk sini 6 tahun still lagi cakap gagap-gagap?

Manalah tahu kan, waktu tengah tuisyen intensif tu aku tuisyen sekali ngan orang asing lain, dapat jugak kenalan baru hohoho.

Cih, bajet jek.
Asyik angan-angan je lebih
Ni semua sebab pengaruh baca novel hari tu lah ni.


No comments: