Sunday, March 27, 2011

Ini Satu Reminder

Arghh tak suka berlemon-lemon bila satu hati dah terluka, which basically means people do aware of things that you wrote, although you think it was just nothing.

So ke hadapan encik A aka bakal manusia berhati kering,

Merujuk kepada post saudara yang terdahulu dalam selang masa beberapa jam lepas, nanti di lain masa, sila pastikan yang saudara betul-betul yakin yang hati saudara tu memang kering sekontang-kontangnya bila nak tulis sesuatu yang macam itu. Walaupun saudara dah cuba berlapik sedaya upaya sekerah tenaga tak nak bagi orang terasa dengan apa yang saudara coretkan, jangan ingat saudara boleh lari macam tu sahaja, segala masalah tak mungkin akan selesai begitu sahaja secara kababam kebabum.

Pihak kami dapat merasakan bahawa pada waktu tersebut saudara mungkin sedang bergelut dengan emosi, marah-marah dan kepala otak pun mesti tak stabil sangat, tapi bila dah jadi benda-benda macam ni memang susah lah nak undur balik incik saudara oii. Saudara kena berani ambil risiko lah ya dengan apa yang akan berlaku atas kelakuan saudara. Berani buat, berani tanggung. Sebab tu saudara dinasihatkan untuk memastikan yang hati saudara mesti kering punya untuk buat benda-benda macam ni. Kalau tak, tengok sahajalah apa yang dah jadi sekarang? Dah rasa bersalah teramat sangat kan?

Sementara saudara tengah resah gundah gulana, pihak kami di sini cuma mampu gelak secomel hati sahaja melihat keadaan saudara yang tengah berdurja. Maafkanlah kami ya saudara, kami tak mampu menahan lawak dek perbuatan saudara dan juga teman teman saudara yang boleh diklasifikasikan sebagai lawak berbahaya yang mampu memecahkan usus perut. Semoga berjaya lah ya tanggung risiko ini, ya.

Dan satu lagi, kami amat berharap yang saudara ni jangan pandai cakap je, entah-entah saudara pun 2 kali 5 jugak. Apapun, ini cadangan daripada pihak kami; cuba abaikan kesalahan yang orang lain buat dan kesalahan yang saudara buat, tinggalkan semua itu dan oraklah langkah lebih maju ke hadapan. Fokus pada hidup saudara di masa hadapan, fikir bagaimana nak menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa sebarang masalah kompleks yang boleh menyebabkan hati saudara menjadi kering. Dan juga, jangan cuba-cuba nak baiki benda yang lepas lah pulak melainkan saudara betul-betul arif bagaimana caranya untuk perbaiki masalah ini.

Akhir kata, kami kalungkan ucapan selamat maju jaya. Semoga hati saudara masih boleh diselamatkan daripada jadi kering kontang, itu yang kami harapkan. Apapun good luck :)

Yang tulus ikhlas,
xxx



p/s -

okeh saya cuma tak faham dengan perangai manusia, itu sahaja.

Well at least saya rasa bersalah, dan itu membuktikan yang hati saya tak kering lagi T_T

ahh lupakan semua ni, bukak kotak minda, simpan segala memori busuk, kunci baik-baik, lepas tu buang anak kunci tu jauh-jauh. Jom mulakan hidup baru hoye hoye.

anyway, maaf dipinta kalau ada buat hati terluka, peace peace lah ya.


No comments: