Semalam keluar pergi solat jumaat, dan dengan bangganya aku isytiharkan aku ponteng kelas fizikultura (baca: pendidikan jasmani) muahaha. Selalunya waktu solat bertembung dengan waktu kelas, tapi memandangkan semalam lecture Mikrobiologi dikenselkan, aku amek inisiatif untuk ponteng satu hari terus, untuk kesihatan diri di masa kini dan masa hadapan.
Biasanya aku solat jumaat kat kedutaan Malaysia kat sini, tapi masa tak mengizinkan, so tukar plan solat jumaat kat masjid di Stesen Prospekt Mira. Yelah kalau kat sini nak kemana-mana makan masa lebih satu jam, dan kebetulan aku bangun sedikit lewat, paham-paham je lah.
gambar lama, amek tahun lepas, godek-godek jumpa gambar masjid ni
tak la lawa sangat macam Malaysia kan, tapi ni salah satu yang ada. syukur-syukur
Kat sana macam biasalah, punyalah ramai sampai berasak-asak, sampai ada yang solat kat tengah-tengah jalan. Dah nak buat macam mana, walaupun tak nampak yang Islam sini dioppresedkan, tapi hakikatnya memang macam tu. Cuba bayangkan, agama Islam merupakan agama kedua terbesar di Moscow, tapi masjid ada berapa kerat je. Dah la kecik, pastu negara sini kan luas, so memang tak adil lah. Kalau tak silap kat Moscow cuma ada tiga masjid, amek kau kalau nak banding ngan KL masjid sini-sana. Tu pun belum tentu lagi orang pergi ke tak semayang jumaat kat Malaysia. Masjid je banyak, makmum nye kurang. Nasib baik sekarang tengah renovate masjid tu nak jadikan tempat tu besar sikit, tak tahulah nanti muat ke tak. InsyaAllah muat kot.
Sebenarnya ni pengalaman kedua solat kat masjid sini. Pengalaman pertama tahun lepas, taim winter. Memang sembahyang atas salji lah sebab tak muat. Bukan kemain lagi sejuk, siap waktu tu salji turun lagi, tapi nak buat macammana, tak de benda yang senang atas muka bumi ni. Waktu tu lah buat aku sedar yang orang sini bukan main susah lagi nak hidup sebagai Muslim, tapi still setia lagi dalam Islam. Kat Malaysia sana, nikmat banyak, sana-sini banyak kemudahan untuk orang Islam, tapi tak sedar-sedar lagi yang kita ni lagi senang sebenarnya nak beramal.
Kadang-kadang kita tak nak musibah menimpa, tapi kalau dipikirkan, kalau musibah datang barulah kita betul-betul akan sedar.
Masalahnya, kalau musibah tu buat kita tak sempat sedar selama-lamanya macam mana?
Takut-takut
ps - rasa macam nak tukar background, nak ceria-ceria seket sempena spring. Dan oh btw, ini peringatan buat diri yang memang sokmo (baca: selalu) rasa lalai, tahu diri lalai, tapi sukar nak berubah. Hayyoh
3 comments:
http://www.facebook.com/album.php?fbid=10150089887216532&id=646386531&aid=301900
found this at alhafidz pnye fb..
dpt jge gmbrn jumaat kt prospek mira..huhu..
mantap2..rasa bangga pon ada sbb sbnrnya ramai je muslim kt sini..kte je xto..
huihh bersemangat ye, macamana boleh pegi sampai profile alhafidz ni?
musykil-musykil.
btw memang betul macam tulah solat jumaat, tapi dgn salji, mud etc. tu tak tambah lagi penjual samosa, peminta sedekah dan penjual sim kard.
tambah ngan orang bukan islam lalu-lalu lagi waktu smayang. hayyoh.
nmpk kt news feed dia kne tag..tgk je lah..
Post a Comment