Monday, September 7, 2009

Santapan Mata + Rohani

Oh ye, sempena bulan Ramadhan yang mulia nih..bagi Muslim dan juga tak kisah la penggemar anime atau tidak, korang boleh beramal dengan cerita ni. Sumpah tak rugi punya, walapun aku sendiri pun tak tengok lagi. Apapun, rajin-rajinlah menziarah laman YouTube ni...insyaAllah cerita ni dapat mendekatkan korang dalam proses mengenali Rasulllah S.A.W dengan lebih dekat lagi...



Ini baru bahagian yang pertama...dan semuanya ada sepuluh bahagian...click link ini untuk saksikan kesema sepuluh bahagian tersebut..

Satu lagi, tolong yang amat sangat untuk flag blog ni. Pemilik blog ni mengaku yang dirinya merupakan Rasul Allah, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W merupakan utusan Allah yang terakhir. Tolonglah demi kepentingan Islam...
http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

P'S - Dan khas untuk tuan-puan punya blog, tolong sebarkan hal ni secepat mungkin...

Ku rindukan saat-saat ini..sumpah!
Hati ini mahukan lagu-lagu Melayu...
dah lama rasanya tak dengar...mungkin sebab tak der orang yang support kot..cam fad...
dan sebab tulah kot, aku sekarang ni borong beli album Melayu dalam kuantiti yang banyak...ni yang dikatakan tak dapat kawal nafsu di bulan puasa ni...sebenarnya tak lah album baru sangat..sebab tu harganya "agak" murah...


Jaclyn Victor III

Lentera Timur
Aku.Muzik.Kamu

Inspirasi

Mulakan

Transkripsi


Farah Asyikin


haha..blog aku sekarang lebih matured!

....

entah kenapa baru-baru ini..
aku takutkan darah
(*.*) tapi aku 'agak' suka kaler merah!

Tuesday, September 1, 2009

Boring??

Aku dah boring main blog ni
Entah kenapa, aku pun tak tahu.
Oh ya, preparation programme dah habis
Baru jer habis minggu lepas
Dengan grand dinner di Hilton Khamis lepas
Tu yang tak lama tak berupdate tuh
Sibuk
Sibuk dengan final exam yang tiba-tiba datang mengejut
Lepas tu ditambah dengan musim Ramadhan
Fikirkan sahur nak makan apa
Coco Crunch ngan susu, epal Giant @ aprikot Mydin
Jus oren ngan roti cheese dari 4 Seasons, maggi Kari
Sup cendawan, atau biskut Chipsmore cecah milo?
Pastu, fikirkan makanan berbuka
Nasi ayam, nasi lemak ayam berempah, air koktel @ air soya
Tu tak mask lagi kurma, buah tin atau aprikot kering?
Ditambah lagi dengan meeting with JPA
Dapat ke Moscow
Nizhny Novgorod
atau Volgograad?
nasib baik sekarang dah tahu, tapi agak disappointed
Usah ditanya mengapa
dan sekarang, menanti masa untuk pergi
Pergi dan pergi
Dijangka this raya
memang dah konfirm pun
*Sigh*
Nasib baik dapat banyak elaun biasiswa
Berjolilah aku di sana!
Meskipun budak-budak UK, A-Level & Ausmat asyik hentam kata sikit
Aku 6 tahun la di sana
Menetap di sana dan aku berada di bandar!!
Berada dalam suhu sejuk dengan salji
Jalan-jalan sekitar Moscow
Maybe kahwin kat sana
Kahwin??
Tak nak cakap pasal tu
Itu personal..kot?
Haha
Cepatnya masa berlalu
Kan?
Apapun, hope dapat jadi blogger yang rajin
Baruku perasan, kurang gambar dalam blog ni
Malu sebenarnya
Muka tak putih
Menanti kulit jadi putih bila di sana nanti, itu matlamat utama
Yihaa!!
Nantilah, kejap-kejap lagi gambar menyusul
Gambarku di intec
Dengan Grand Dinner dan katilku yang berbunga-bunga
Sampai roommate aku pun punya cadar yang berbunga-bunga
Haha
Jangan risau, he's straight
At last, selesanya bertutur dalam bahasa ibunda
Tak der risau-risau orang kutuk grammar...
Wakaka
Dah, dah, cukup..
Camner nak stop eh?
OK, cukuplah dengan salam
Assalamualaikum