Friday, April 29, 2011

Things I Do Everyday to Stay Beautiful

"You've got to get up every morning
With a smile on your face
And show the world all the love in your heart

Then people gonna treat you better
You're gonna find, yes, you will
That you're beautiful as you feel"

Haley Reinhart - Beautiful
(Carole King Week)

ps - yes, i believe that a good day start with a good mood, although people always think that im kinda emo, but the truth is im not. What to do babe, i was born with sad eyes.

Thursday, April 21, 2011

Hampehss

Dari hari tu lagi aku planning, cuti ni kena main masak-masak. Tapi macam biasalah, aku kalau dalam bab-bab janji-janji, planing-memlaning ni memang soheh (baca:konfom) hancur.

Oh ya, kalau nak tahu aku cuti nak dekat seminggu dah, tiga hari cuti sebab besday Hitler, sehari cuti sebab menang dalam Intervarsity Games hari tu, dan campur dengan hari minggu Sabtu Ahad, memang seminggulah cutinya. Esok dah start kelas balik, pastu lusa cuti balik sebab hari minggu. Yippi yabada yabadoo la jawabnya.

Tapi minggu depan ada tiga tests, dah la semua subjek major pulak tuh. Memang matilah minggu depan, dahlah aku study gitu-gitu je taim cuti seminggu ni. Otak memang sohih lah 75% beku. Uwaaa T__T

Berbalik dengan isu masak-masak tadi, memandangkan cuti, aku dah siap planning dari minggu lepas lagi yang aku nak main masak-masak. Semua barang dah ada dah kot, dari cream cheese ke soda bikarbonat, tepung kanji, semualah kalau nak diikutkan. Semangat yang gila menggunung tu memang selalu ada, tapi kot kot mana pun hajat tu tak sampai-sampai jugak. Hajat hati kalu nak diikutkan, minggu ni nak cuba masak:

a) bubur jagung/puding jagung/apa-apa benda berjagung
b) keropok lekor
c) cheese cake
d) tiramisu
e) tat buah

tapi takdak satu pun berhasil, atau dalam erti kata lainnya aku memang seorang yang pemalas dan pandai berkata-kata manis macam milo, tapi habuk pun tarak. Last-last cuti ni apa aku buat?




Makan megi sambil layan AF9 kat youtube, dah la dari konsert pengenalan pulak tuh.
Memang hampeh sehampeh hampehnya cuti aku, entah macammana boleh terlayan AF pun aku tak tau.

Haihh.


p/s - oh ya Kay ngan Erul tu not bad lah jugak, Aida ngan Lena pun okay humhum (oke, aku lari dari niat sebenar guna laptop sebab nak tengok waktu masuk Subuh, ishh siap berblogging pulak nih, macam-macam betol)

Monday, April 18, 2011

Label

Manusia suka melabel.

Aku senyap, dikatanya sombong.
Aku senyap, dikatanya garang.
Aku senyap, dikatanya aku tak friendly.
Aku senyap, dikatanya aku tak suka socializing.

Okeh, tukar tukar tukar, kena jadi ceria ni.
Tapi, bila aku ceria, dikatanya aku buat-buat.
Bila aku ceria, dikatanya aku pelik.
Bila aku ceria, dikatanya aku over.

Eh?
Tak kena jugak? Habis tu, nak kena buat macam mana lagi?
Mungkin kena selalu senyum kot?

Okeh aku cuba senyum.
Senyum menawan ala-ala selena gomez.

Tapi kan kan, bila aku senyum, dikatanya tengah senyum sinis, tak ikhlas.
Aku senyum, dikatanya gedik.
Aku senyum, dikatanya gila.

Eh eh eh?
How how how?

Manusia memang suka melabel kan? Nampak lain seket je terus copkan orang ni macam tu, macam ni, macam tu. Tak suka lah saya, tak suka tak suka.
Tak de lah pulak nak bagi peluang untuk nilai macammana karekter sebenar manusia tu. Manusia semuanya tak perfect, masing-masing ada karekter tersendiri. Yang penting, kena selalu tegur-menegurlah kalau nak tahu orang tu macam mana sebenarnya, kan kan?

Tapi kan, bukan awak pun selalu label orang lain jugak ke A?
Opps, kantoi.

Yelah, saya pun manusia jugak.

Saturday, April 16, 2011

Ngepek Seket Male-male

Tetibo raso nok nnulih pos nih dale slang kelate, keh rindu tibo-tibo ko kelate. Rasonyo rama tok pehe kot gapo hok aku tulih, bia ah, skali skalo, nnulih dale bahaso gini buwak hile seket raso rindu.

Kalu lah buleh, rasonyo nok kelik muta smula jadi kecik, pahtu nok bbetul sgalo mugo hok saloh. Raso nok bekki balik gapo-gapo hok tok betul, pahtu jadi ore hok koho molek, berani seket dari loni. Buke gapo, loni raso diri ni koho lamo koho raso koho pelik, koho nnakut, tok berani lasung nok wak gapo-gapo. Nok wak gapo-gapo keno wak nge ore, padahal buleh jah kot buwak sdiri. Sokmo doh mitok supayo diri ni jadi koho yakin seket, tapi gak duk taro tuh jah. Tera tera tok jjadi jugok, tok tahulah nok wak gano lagi.

Ore royak sene jah, keno panda saingg lah. Masalohnyo, nok saingg tu hok susohnyo. Tok sumo ore pandai buat saingg. Aku tok supo nge ore lain, minat lain-lain, cari sano sini doh tak dok sore pun hok supo nge aku, gano tok wi muta palo otok nih. Kalu dulu ado la jugok saing hok samo palo, sini buke main susoh nok cari. Bukenyo aku tak dok saing, ado jah, cumo masaloh akunyo, aku tok suko jadi ore hok saing gitu gitu jah, nok saing hok mace bespren seket. Letih doh raso saing atas dasar jah, tapi tak dok sekor habuk hok amek bendo ni serius. Kalu serius pung aku sero tak dok sore pun hok layok kot. Ishh aku meme mmilih, maap bbanyok la deh.

Sene royak, tok cekak doh belakon depe budok-budok nih. Buleh jah nok buat-buat, tapi koho lamo koho bengo palo otok ni. Meta raso nok idup sekor, meta raso tok leh dok seko, ishh aku tok tau lah gapo hok tok keno nge aku nih. Aku sero, aku ni loni raso mace diri ni takdok saing, raso sunyi bedooh dale hati ni. Walapun ore royak aku napok koho hepi seket tahun ni, tapi aku sero dok sangat lamo-lamo. Bilo mikir-mikir mmula aku sero mace meme aku napok galok, tapi dale hati tu sero sunyi sangat. Aku tok tahu keh gapo, samo ado aku ni meme mmilih sangat, ataupun aku ni meme mmalah nok beruboh jadi koho sainng seket.

Rasonyo keno jadi galok bokali, keno berani wak gotu goni, tak yoh dok geletah mmikir pasal gapo ore royak, keno jadi hati kering. Tapi tu masalahnyo, aku tok leh jadi gitu, raso muta palo otok. Ore royak aku baik sangat, sokmo mikir pasal ore lain sapa tok mikir doh pasal diri kito tuh. Ishh aku tok tahu lah, narakk nih mugo nih, keno cari ubak nih cepak-cepak.

Tapi aku tok tahu gapo ubak dio.
Weh F nge Z nge M nge budok-budok lain, ke bagus kalu aku stay nge sek mung jah sapa bilo-bilo.

Haihh


ps - sene royak aku sero aku ssekor jah sini

Tuesday, April 12, 2011

Hujan Lagi Hati Ini

oh matahari matahari di mana kamu?


Oke sebagai permulaan, sila abaikan deformities pada model kaki di atas, sila fokus pada cahaya mentari yang memang lawa gila tu ya.

Bosan menulis post panjang je kejenya, so hari ni tetiba mood datang nak jadi weatherman lah pulak. Siap taruk gambar lagi. Cis, baru je niat nak tido awal malam ni, esok kelas habis malam kot. Oke lupakan lupakan.

Cuaca sejak akhir-akhir ni memang tak menentu. Tekak ni dah mula rasa macam nak demam dah, oh pleaselah jangan. Yelah, asyik hujan je kerjanya, atau macam lecturer Biokimia cakap, "it seems like you'll be having watery spring". Langit memang mendung sentiasa, dengan hujan rintik-rintik yang akan turun lepas tu. Kalau suhu sejuk sikit, yang akan turunnya ketulan salji. Ada satu hari tu pulak turun hujan batu.

Ishh, macam macam kan? Hujan lebat, hujan batu, hujan rintik-rintik, salji lebat, blizzard, suhu yang melampau pelik sejuknya, banjir, kemarau, panas, berangin sepoi-sepoi, berangin yang memang power gilalah anginnya, semua dah rasa. Resistant betul lah budak-budak kat Moscow ni kan?

Sepatutnya, spring tahun ni kena macam ni.



Walaupun tak nampak macam panas sangat dalam gambar-gambar tu suma, at least ada matahari. Ada sinaran dia. Ada kehangatan tu.

Walaupun suhu tak lah sejuk mana waktu hujan hujan, tak sesejuk musim salju, tapi still tak berapa suka sangat cuaca macam ni, terutamanya sebab keadaan akan jadi basah. Bila basah, baju jadi berbau hapak, jalan lecak, macam-macam lagilah. Tak berapa suka sangatlah saya.

Kalau skyping dengan famili, biasanya diorang tanya sekarang ni suhu macam mana. Bila cerita yang cuaca tak menentu, Mama selalu cakap, dunia ni koho lupo doh loni (baca: makin lupa dah sekarang). Kadang-kadang salji turun waktu spring, kemarau pada musim tengkujuh, dan macam-macam lagilah.

Ishh takut kan?
Kot kot manapun kena syukur syukur syukur, tu salah satu nikmat jugak tu.

Apapun, memang perlukan matahari amat sangat waktu ni.
Dah lama dah kot tak rasa panasss.
Ishh rinduunyaaaaa nak rasa hangatnya sinaran mentari =_="

Sunday, April 10, 2011

Kawan-kawan, Jangan Tensen

Ini bunyinya cliche.

Walaupun aku tak tahu apa maknanya "cliche" tu, lantaklah, nanti aku google kejap lagi ya.

Melalui pemerhatian dan cakap-cakap sikit melalui laman maya, kawan-kawan aku yang turut sama amek medik macam aku mostly berada dalam keadaan tensen sekarang.
Walaupun tak semua, tapi semua fahamlah kan maksud mostly kan?
Tak semua, tapi mostly.

Memang dah selalu dah dengar khabar-khabar angin yang cakap medik susah, baca banyak-banyak, khatam banyak buku pun still tak dapat jawab soalan waktu exam. Siapa yang amek medik memang akan menyesal lah punya, akan give up, soalan ditanya memang susah, pressure amat amat. Pastu malam pulak memang tak sempat nak tidur punyalah, bengkak mata-mata menelaah pelajaran, sampai rasa macam 24 jam yang diberi tu tak cukup untuk sehari.

Oke, itu kisah kawan-kawan yang berada di Malaysia.

Kalau di sini?

Oke, sebelum aku continue, first first aku nak cakap yang aku bukan nak condemn sape-sape. Saja nak bagi pendapat, tapi tak tahulah kan, siapa yang makan cili, memang kompom lah dia yang akan rasa pedasnya.

Oke sambung sambung,

Kalau di sini, rasanya macam lain macam je. Walaupun memang semua akui yang medik tu susah, kena banyak mengingat semua, tapi rasanya study kat sini lagi relax rasanya. Walaupun sesusah manapun subjek tu, at least pelajar kat sini tak rasa pressure sangat. Mungkin sebab sistem markah yang entah apa-apa kot, pelajar kat sini kurang sikit rasa pressurenya.

Cuma itulah, bila dah kurang pressure, ramai yang silap dengan percaturan kurang pressure ni. Kurang pressure bukannya bermaksud kena study sambil lewa, kot kot manapun ni medik lah y'all. Medik lah. Yang kena rawat-rawat belah-belah potong-potong orang tu. Yang kena bukak dada orang, keluarkan jantung, cuci-cuci seket pastu jahit balik waktu orang tu still LAGI BERNAFAS. Apa ko ingat benda ni main-main?

Ramai yang lupa, jadi doktor tu berat tanggungjawabnya.
Boleh buat orang meninggal kalau tak study betul-betul.

Waktu tu, mesti ramai yang cakap kita dah berusaha kan?

Berusaha apekebendenya kalau study main-main?
Memanglah kita dah berusaha sedaya upaya nak selamatkan patient tu, tapi siapa suruh tak belajar betul-betul? Tak ke nampak macam membunuh jugak tu?

Sorry lah agak sentimental seket, memang sebenarnya dalam hati ada sedikit niat nak condemn orang, tapi nak buat macam mana, ini luahan hati. Kalau kena marah, please simpan dalam hati ya. Kalau tak pun boleh hentam-hentam secara anonymous kat ruangan komen.

Lagipun, ni nak royak (baca:bagitau) seket.

Bukan nak bangga ke apa dengan diri ni, tapi aku rajin study sejak akhir-akhir ni starting dengan Anatomi bukan sebab nak dapat markah cemerlang exam ke apa, tapi aku rajin study siap stay up semua sebab terasa berat tanggungjawab ni. Walaupun rasa sedih sebab Anatomi dapat seket gila markah, tapi sebelum tu aku dah setkan niat yang aku belajar ni untuk kegunaan masa depan. Lagipun, aku malu dengan kawan-kawan yang hampir nak drop-off medik sebab tak tahan, sedangkan effort dia lagi tinggi dari aku. Malulah weh, kalau diorang study tak tido malam, kita kena study tak tido malam lah jugak.

Yelah, diorang berpeluh bontot (ok 18sx) belajar, kita kat sini takkan main-main lagi. Memang lah boleh main-main, tapi kena berpada-pada. Aku pun bukannya gila study je kerjanya, macam malam ni, satu habuk pun tak sentuh muahaha, tapi kena selalu ingatlah yang kita ada misi besar ni.

Satu lagi sebab aku push jugak limit aku sebab medik ni bukan pilihan aku sebenarnya. Sebab ini bukan pilihan akulah aku taknak cincai-cincai kan peluang ni, tak nak salahkan pilihan tu, sebab aku yakin yang semuanya ni dah dirancang oleh Allah SWT. Mesti ada sebab kenapa Allah ilhamkan aku untuk amek bidang ni, dan sebab tu aku cuba dan berusaha. Yelah, no one is able to predict our own future, kan?

Wallahualam lah tu.

So harap niat hati ni difahami lah ya, bukan disalahertikan, post ni untuk ingatan diri jugak, harap maklum. Lagipun, ni hentam keromo punya post. Manalah tahu kan, masing-masing ada masalah lain dalam diri, aku mana tahu. Lain kali meh meh pillow talk meh hoho.
Okeh peace out semua, salam.




ps - oke aku tak tahu faham apa itu makna cliche. tapi rasanya penggunaan aku waktu permulaan ayat tu salah. Whatever lah, aku excited lebih.

ps - apekene ngan aku ni layan lagu korea malam-malam buta nih, musykil ajaib nih. Dengar lagu I'm Your Man banyak-banyak kali, pengaruh N Shi lah ni sebab tau lagu ni dari blog dia.

Palestin, Kami Lupa Yang Kami Patut Peduli

Biasanya aku tak berapa gemar menulis pasal sesuatu yang bercorak islamik, sebab ilmu agama aku tak banyak, takut tersalah tulis, kang naya nanti. Tapi yang ni aku kena tulis, bukan sebab nak bangga ke apa, tapi nak bagi peringatan kat aku dan juga orang lain.

Jam memang tepat-tepat pukul 2 pagi waktu Moscow (well aku tipu, lagi seminit sebenarnya), dan aku still tak tidur lagi sebab kena sentuh jugak buku biokem, esok ada kelas. Kalau tak baca besok memang naya kena sekeh kalau tak mampu jawab apa yang ditanya.

Bukan aku rajin stay up ke apa, cuma tadi ada program, sampai rumah pukul 11.50 malam, agak letih sebenarnya, tapi tu lah, biokem, kena sentuh jugak walaupun sedikit. Hajatnya nanti dalam 2.30 dah nak masuk tidur dah kot, just nak belek-belek baca apa yang patut.

Sebenarnya tulis ni sebab nak cerita program tadilah sebenarnya, lagipun rasa berdosa tak sentuh blog ni, rindu tau tak. Oke oke, tak yah mengarut, lets straight to the point.

Tadi punya program pasal isu Palestin, ada penceramah dari pihak Aqsa Syarif datang sini nak bagi ceramah pasal isu tu dan bukak mata sorang-sorang supaya tak jadi buta. Kalau nak tahu, Aqsa Syarif tu salah satu organisasi sukarelawan dari Malaysia yang terlibat dalam program bantuan kemanusiaan ke Palestin, dan penceramah tu pulak pernah berada dalam misi kapal Mavi Marmara tu, so dia datang nak kongsi pengalaman lah.

Sebenarnya, secara jujurlah aku cakap, dulu aku tak kisah sangat pun pasal isu Palestin ni. Agak malu sebenarnya nak akui benda ni, tapi tu lah kan, aku nak jadikan benda ni peringatan. Tapi, tu tak bermaksud aku tak prihatin. Aku tahu yang Islam tu ditindas, tapi aku tak rasa apa-apa, jalani hidup macam nothing's ever happened. Aku tak ambik kisah sangat pasal hal ni. Hati memang kering. Orang suruh boikot, aku boikot seket-seket, pastu tak boikot dah lama-lama. Orang suruh sedekah, aku sedekah, tapi tak terfikir pun kenapa, mengapa, further consequences. Sehinggalah aku hadir dalam program ni, sebab niat utama aku nak hadir sebab aku nak hati ni basah. Tak mo dah kering-kering, sebab bila kering semua macam robot, buat benda tanpa guna fikiran. Ikut je semua.

Kalau nak diikutkan lah, sebelum program ni, aku dah tahu banyak pasal isu ni.
Aku tahu yang Yahudi Zionis tu jahat, kejam, mengong, gila etc.
Aku tahu yang Masjid al-Aqsa tu amat penting bagi orang islam.
Aku tahu cerita pasal Gaza, Hamas, Fatah, Tebing Barat tu semua.
Aku tahu yang Islam akan kalahkan Yahudi satu hari nanti.

Cuma apa yang aku tak tahu, kenapa aku still tak rasa apa-apa dulu?
Duk tang tu jugak, baca pasal benda ni bukan kemaen, tapi tak buat apa-apa. Cuma tadi, aku terkesan seket dengan apa yang dia cakap. Dia buat aku sedar yang aku sepatutnya berusaha untuk tolong Palestin sedaya yang aku mampu. Dia cakap kita kena jadi macam burung. Eh?

Tadi, penceramah tu cakap yang Masjid al-Aqsa dan Majidil Haram memang penting bagi umat Islam. Kita sebagai umat Islam sekarang sepatutnya pertahan al-Aqsa, tapi kita jaga ke sekarang masjid tu? Setakat cakap-cakap mulut je kan? So kalau difikir-fikirkanlah, pada waktu sekarang ni siapa yang jaga al-Aqsa? Siapa yang jaga masjid tu sekarang, protect sehabis-habis mungkin? Siapa yang galas tanggungjawab tu sekarang? Siapa yang berperang bermati-matian untuk protect al-Aqsa yang merupakan tanggungjawab Muslim lain jugak selain daripada orang Palestin tu sendiri?

Lepas tu dia cakap pasal kita. Pasal kita yang tengah gelak-gelak suka-suka minum susu makan semewah mungkin sedangkan saudara kita kat sana tengah laksanakan tanggungjawab yang jugak kalo nak diikutkan merupakan tanggungjawab kita. Pernah tak kita terlintas yang kita kena bantu Gaza sebanyak mungkin yang kita mampu? Pernah tak kita terasa yang kita perlu tolong, even by praying for them every single times when we performing our 5 times solat?
Tak kan?
Pada saat tu aku teringat kisah sahabat-sahabat nabi yang selalu kitorang bincang taim usrah. Kalau sahabat Rasulullah yang kaya seket, memang konfom lah dia bagi sebanyak mungkin harta dia ke jalan Allah. Dia tak takut hidup miskin, sebab dia yakin yang Allah akan tolong jugak dia kot kot mana pun. Dia yakin dengan Allah. Kita? Nak sedekah lebih seket pun teragak-agak takut tak cukup duit nak makan untuk bulan ni. Malu kan kita kalau nak compare dengan sahabat nabi kan?

Lepas tu dia cakap, Allah tak perlukan pun kita. Kalau kita tak selamatkan Gaza, Dia boleh ilhamkan orang lain untuk tolong, sebab tu non-Muslim pun berlambak yang tolong Gaza. Tengok perempuan yang mati digilis tu lah. Bukannya dia tu Muslim tu, tapi dia still tolong protect Gaza. Ni macam ujian Dia pada kita. Dia nak tengok sama ada kita ni termasuk ke dalam golongan yang sama-sama membangunkan balik Islam ni yang sekarang ni dah tertindas ni. Kan kita tahu yang takkan kiamat selagi orang Yahudi tu tak dikalahkan oleh orang Islam kan? So tak nak ke kita sama-sama turut serta jadi salah satu dari mereka yang berjuang untuk tegakkan Islam balik?

Memanglah bunyinya macam berat je kan, tapi tu lah, kita cuba buat setakat yang termampu. Sebab tu tadi aku cakap kita kena jadi burung. Ingat tak cerita burung yang tolong jiruskan air dengan paruhnya untuk selamatkan Nabi Ibrahim as yang tengah dibakar tu? Burung tu kecik, pastu berusaha nak matikan api yang tengah marak menyala tu. Lepas tu haiwan-haiwan lain gelak la kat dia, sebab usaha tu nampak macam sia-sia je. Lepas tu burung tu cakap, at least dia ada bukti yang dia pernah tolong selamatkan Nabi Ibrahim, daripada duduk tengok saja-saja waktu Allah tanya kat padang mahsyar nanti.

Macam tu lah kita kena jadi, kena jadi macam burung tu. Walaupun apa yang kita buat tu ciput je, tapi at least kita pernah turut serta. Mungkin bunyinya nonsense, tapi nanti kelak memang helpful. So pleaselah, harap kita boleh tukar dah mindset kita sekarang. Jangan anggap semua ni remeh temeh, fikir dari aspek yang lain.

Dah terlebih panjang la pulak post ni. Anyway, sorry kalau boring, tak suruh baca pun. Lagipun macamlah ada yang nak baca kan? Tak kisah lah, janji bagi aku, ni salah satu reminder.

Salam semua.