Wednesday, December 28, 2011

It's Raining In Winter Time

Well I once promised to myself that I'm gonna blog when my final is over. Well technically it's not over yet, but the next part of it will be within two weeks, so alhamdulillah finally I got time to breathe (and blog) haha.

It's been a quite stressing week for me i must say. I was so tired with my upside down biological clock and overstuffed brain, and i believe i'm so gonna get the rare cases of theism for overconsumption of coffee. Like seriously, I consumed way too much of it and now I'm not much of sleeping at night, pity me. I hope I won't be getting any eyeback though.

Anyway praise to Allah for my goody-goody mark, well it's not perfectly perfect but i'm so proud of myself for my efforts on surviving the exams. And I still can't believe that I managed to survive and went all out with the tertunggak punya exams, not saying i'm stuck up or something, tapi macam tak percaya yang I can still stuffed many things in my brain in short amount of time.

Now that i am sort of back, there's so many things I wanna write down here. Sebenarnya dah tulis banyak dah, but most of it are emotional-related posts since I was so down last week and the week before that, but somehow it got me thinking that I should let the secrets stay safe and sound in my drafts box until I decide to publish them, so that this blog tak lah jadi macam dumping site for my endless emotional rantings. Kang tak pasal-pasal kena label emo.

So that's it, hopefully there will be no more emo-emo posts. Or you guys love hearing me emo than the cheery derpy me? What to do, being emotional dah macam personal trademark of mine, isn't it?

Well I'm guessing I'll just leave it that way. I hope no more emo me after this, I wanna be positive in all aspects, but still, who knows what will happen in the future. At least I'm putting an effort in being strong, so that should be a little plus for me there.

Hahah this is so the mature me speaking.
Gosh 2011 tak habis lagi aku dah buat resolusi baru, memang TERbaiklah.

Anyway speaking of being new, I've been thinking to do some sort of makeover to this blog. Well, it's already winter here and the sunny-looking bright flower doesn't really bring out the mood of it, so that's it, its makeover time! Okay it might sounded weird and not making any sense, but I always have this matchy-matchy things with my moods and seasons changing, cuz I believe that weather can indirectly affect your mood. Lagipun dah rasa boring dah dengan layout yang ni jugak.

And I also thought of doing like a wrap-up for what has happened in my 2011. Well it's not that much happening in my life, some were okay and some were suck, but the main purpose of it is for me to reflect how much I've changed this year from nehi to whatever i am today. But more on this will be in my next post.
Or next next post.
Or next next next next next post.
Well you know me ;)

Wah wah dah macam gaya seorang pemblogger yang hebat je aku ni menaip haha.

So that's it, woohoo I'm finally posting! For those yang missed me, let's keep our fingers crossed that I'll be much much more active in posting.

Salam bahagia semua :)


p/s - I'm trying to be on pace with my english writing, dah lama tak menulis in english and I think it will be such a waste if I don't practise it. So my apologies for silly grammar mistakes here and there, okay. And oh the title takde mengena dengan post, sori jugak pasal tu :D

Thursday, December 22, 2011

Renungan Hari Jumaat

I am miserable.

And when i'm miserable I sing a lot.
Like a lot.
I mean like lot's of lots.

It's sort of my personal habit to sing annoyingly in public when i am sad.
And to show off my sexy voice jugak seket-seket bagi orang jeles seket haha.

Oke ini rahsia kita berdua, jangan gedik-gedik nak kasi tau orang.

Then I found this.
Benda lama sebenarnya orang shared kat fesbuk, tapi tadi terjumpa balik.


Sepatutnya jangan sedih sangat dengan masalah dunia. Pentingkan yang mana lagi penting dulu. Ni sampaikan tak nak mengaji sebab fikir tak cukup masa untuk revise topic sebab esok exam memang tak betullah tu (tengah slam diri sendiri sebab slalu sangat jadi camtu).

Salam jumaat semua.

Haihh

p/s - bukan nak mengaji ke hapa taim sedih. haihh apolahh nak jadi

Saturday, December 17, 2011

Green

Cant help to notice that most of my t-shirts are green in colour.

But the funny thing is, I dislike green. That's a wee bit of fact that I always flaunt to my friends.

And I dislike blue too, blue is tacky.

My friends said that I have this sort of unconscious state of secretly liking green. Maybe it's true, I don't like green, but somehow the colour looks good on me (I think) XD

But as much as people said I always look gloomy and emo and such, i noticed that I dont own many black tees. Hmm that's weird.

But most of my outerwears are black in colour, but what do you expect? Me walking around in tacky neon jacket?

But I really want to try wearing preppy look to school, but with me not enough money and whatnots, I think it will be just a dream. Or maybe not. We'll see whether I could restrain myself from spending money on buying stuffs on this upcoming winter-christmas sale.

Thursday, December 8, 2011

Boo Xtina, Words Can Bring You Down-lah Afterall

It's so funny how cakap-cakap belakang boleh ubah persepsi seseorang insan tu terhadap manusia lain, termasuklah kawan sendiri. Padahal apa yang didengar tu entah betul ke tidak.

Dan itu yang berlaku kat aku semalam, bila aku jumpa si mangsa tu dan aku pilih untuk percaya dengan buah mulut orang. Biasanya aku abaikan je benda-benda berangin ni, tapi entah macam mana semalam aku pilih untuk masukkan benda-benda tahyul tu dalam kepala. Kesian dia, tak pasal-pasal aku abaikan dia semalam.

Tapi like seriously, this is the truth about rumours and stuffs that people talk behind your back, they can bring you down. Sebab tu ramai yang beli suratkhabar dan tengok Melodi, kan?

Memang tak leh nak dinafikan yang memang dah jadi lumrah yang orang akan percaya dengan buah mulut si mami-papi jarum berbanding dengan the real truth. Nak buat macam mana, truth kalau nak diikutkan memang tak menarik langsung. Baik dengar gosip, lagi fun dan tak boring.

And the worst part is, kita akan rasa so vulnerable sebab tak tahu nak buat macam mana nak hentikan cakap-cakap orang. Yalah, analoginya macam jatuh tangga, mana lagi sakit, sakit sebab jatuh tangga, atau sakit malu sebab ramai tengok? Memang lah kalau jatuh tangga sakit, tapi kalau nak bercakap ikut ilmu fisiologi, signal transduction of sakit tu ada dua jenis, satu yang berlaku spontan ouch ouch baby dan satu lagi lambat transmissionnya bla bla bla....oke apa yang aku tulis tu tak berkaitan, tapi easy to say, memang yang banyak sakitnya sebab sakit malu punya lah kan?

Then apa lagi yang boleh kita buat selain daripada buat benda-benda cliche macam cuba jadi strong and start moving on macam takde apa berlaku, tapi the truth is, it's not easy you know to be strong.

Even pretending to be one pun bukannya senang.
Haih.


ps - tajuk tu berkait dengan lirik dalam lagu ni. haha tetiba.

Thursday, December 1, 2011

No Regrets


"Cause when I look in a mirror, I don't even recognize myself
Got the heart of a winner, but looking back at me is someone else
No regrets, no point in crying of yesterday"


Tuesday, November 29, 2011

Maal Hijrah

Maal hijrah, and resolusi hidup yang baru.

1. Jangan emo, jangan tulis personal stuffs here bila emosi tak stabil, tak baik bagi orang buruk sangka dan pada masa yang sama boleh dikonsiderkan sebagai mengumpat jugak.

2. Jangan paksa diri sangat, kang susah nanti. Dah la badan makin susut.

3. Jadi modest, rendah diri, jangan terdetik langsung perasaan riak, ujub dan takbur dalam hati.

4. Selalu bersedekah. Senyum pun salah satu sedekah jugak

5. Selalu sabar dengan panas haba dari manusia. Which means kawal emosi kawal emosi kawal emosi.

6. Dan jaga diri baik-baik, fizikal rohani jasmani.



Wednesday, November 23, 2011

Me is an Ungrateful Friend(s)

The truth is, it is super easy to be hateful.

You're tacky, I hate you.
You're always cursing and hating and commenting and ranting and complaining on others who isn't you, I hate you.
You're always pretending to be nice, I hate you.
And you're definitely annoying, and I hate you.

But the real fact is, when anger and hateful-ness is taking control, tak pernah langsung diri cuba ingat why we befriend them in the first place.

Or trust them.

Or the reasons of us holding up so long with the all the karenah.


Akhirnya salah diri-sendiri jugak sebab mudah sangat jadi baik.

ps - im missing the whole me who suppose to have no perasaan. All time long I've been thinking to be one of the heartless-es, maybe it's the time to change my game. Again A, this is always your constant problem, don't trust others so quickly. They say keep your friends close but your enemy closer.

And also, my version of usage of word "hate" is kinda similar of word "dislike". Some said "hate" is much more degrading word to use, but im so lazy (and tired too) to be kind and toned my language down.

and ohh i am so gotta regret posting this.

Saturday, November 19, 2011

Clarifying

The main reason why I stopped blogging for a while sebabnya takut orang terasa. Walaupun memang aku tak aktif sangat pun, tapi aku tahu orang akan jumpa blog ni jugak akhirnya, dan baca benda-benda mengarut yang aku post kat sini, dan lepas tu orang tu mungkin akan terasa, dan itu buat aku rasa tak sedap hati.

Aku bukannya jenis yang suka sangat buat orang tak sedap hati. Bukan tak pernah buat, tapi tak suka sangat. That's why I prefer berterus terang walaupun orang selalu fikir apa yang aku cakap tu saja nak menyindir atau nak buat lawak ke apa. Tapi baguslah kalau orang fikir macam tu, at least aku tak nampak laser sangat walaupun apa yang aku kasi tahu tu memang betul.

Tapi terus-terang aku bagitau, aku memang kadang-kadang sakit hati. Dan dalam keadaan emosi yang tak betul sangat, aku curahkan kat blog. Tapi aku tak pernah delete apa yang aku tulis, sebab aku nak jadikan benda tu pengajaran supaya nanti aku fikir dulu sebelum aku tekan butang "publish post". Aku ni manusia, dan memang mustahillah kalau manusia tak ada rasa sakit hati seket pun kalau terjadinya insiden yang memang menyakitkan hati.

Tapi sejak akhir-akhir ni aku dah malas nak mempublish apa yang aku tulis, sebab aku tahu makin lama makin ramai yang baca blog yang tak berapa matang ni. Mungkin aku patut mula letak iklan nuffgang kat sini sebab ramai yang dah jumpa blog ni XD

And regarding to the post pasal move on tu, aku memang menyesal tulis benda tu. Aku tahu aku tak patut ada sekelumit pun rasa 'ujub dalam diri, rasa diri ni lagi bagus dari orang lain. Memang aku akui yang ada unsur-unsur meninggi diri dalam tu yang buat aku rasa bersalah sangat, tapi sebenarnya niat utama aku tulis post tu sebab aku tak tahan dengan perangai orang yang cepat sangat putus asa dan ended-up buat benda yang entah apa-apa. It's more about rasa fed-up sebenarnya. Tu je.

So maaf kalau ada yang terasa, dan maaf jugak kalau ada yang rasa jelik dengan sikap ujub aku dalam post tu.

And lastly, just nak bagitahu, kalau korang komen dan delete balik, everything will straight go to my inbox *wink wink to anon. Takpe aku tak marah, I believe in freedom of speech.

Cis teringat insiden bila mana aku cakap yang aku believe in freedom of speech, ada satu insan yang tak percaya adanya Tuhan ni cuba nak doktrinkan aku. Scary!

Sunday, November 13, 2011

Amrullah (Baitul Maqdis)



Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya "Di mana mereka itu?"
Baginda Rasulullah SAW, "Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya"


Siapa mereka?
Yang tu tanya hati masing-masing, rasanya semua ada jawapan tu.
Yang penting, kena ingat yang mereka tu tengah buat tugas yang sepatutnya jadi tanggungjawab kita jugak.

Wednesday, November 9, 2011

Stuffs

Interesting stuffs on internet today.

credit : Kuyah's fb

Haha memang kebetulan last week memang tersangatlah mengidam nak makan benda-benda masin, pastu kondisi badan dan otak tersangatlah stress. Kebetulan rasanya. Tapi eh, when people craves for anything and everything it means jealousy is going on? Haha aku ingat orang buat macam tu sebab uhmm...lapar?

And and and I found this while googling around. I know I shouldnt take this thing seriously, but it's been bugging me like forever.

"Propranolol is often used by musicians and other performers to prevent stage fright. It has been taken by surgeons to reduce their own innate hand tremors during surgery"

credit : wiki

Waktu ni pensyarah farmako dah pernah bagitahu waktu kuliah, tapi sebab taim tu ada orang kepochi kat sebelah taim tu, benda ni macam nak tak nak masuk. Haha salahkan orang lain pulak. Maafkan saya wahai orang kepochi.

And ouh for those who concern, it is still not snowing lah in Moscow. Suhu still panas dan cairkan semua salji. Sedih :(

Tuesday, November 8, 2011

Winter is coming

Winter is coming soon. Dengar katanya esok salji bakal turun.

Kadang-kadang rasa menyesal sebab tak selalu amik gambar sangat. Teringat kata seorang senior yang dah 6th year dah, hari tu dia cakap yang alah, daun dah semua gugur dah, tak sempat nak ambil gambar daun kuning sebagai tanda musim luruh. Mungkin nanti bila 6th year baru aku menyesal kot?

Tapi sebenarnya, aku suka ambil gambar. Dan aku pun sebenarnya suka bergambar. Cuma yang tak sukanya, orang yang selalunya ambil gambar tu biasanya orang yang aku tak berapa rapat sangat. So agak kekok di situ. Lagipun aku bukannya hensem sangat, jadi kalau orang yang aku tak berapa kenal, susah bagi aku nak belek-belek balik apa yang dia ambik dan suruh dia amek posing gambar yang lain, in case apa yang dia amek tu tak berapa lawa. Itu je sebenarnya. Susah nak jadi demanding kalau dengan orang yang aku tak kenal.

Bila orang tanya aku suka musim apa, aku selalu cakap yang aku suka musim sejuk. Entah, ada sesuatu pada salji yang gugur buat aku rasa alam ini cukup indah. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, tapi perasaan hangat bila mana kita cuba panaskan diri selepas sehari suntuk duk kat luar meredah suhu yang sejuk melampau tu buat aku rasa sedikit gembira. Rasa syukur barangkali.

Tapi suhu untuk tahun ni tak lah melampau sangat sejuknya macam last year. Mungkin salji takkan turun lagi kot besok, sebabnya, saat post ini ditulis, baru 2 celsius. Tak sampai negatif lagi. Harap-harap tahun ni kejadian icy rain macam yang tahun lepas punya. Macam aku cakap awal-awal post lagi, menyesalnya tak banyak amek gambar.

Haih

p/s - Salji tengah turun taim aku klik butang mengepost , haha kebetulan. I intended to post this tengah hari tadi, tapi biasalah, perap dulu benda ni dalam kotak drafts macam biasa. Serupa macam yang aku expect, suasana mesti ala-ala nak hujan seket bila salji nak turun.

Tuesday, October 18, 2011

Kerana Maggi Sedaap

Apalah aku ni, homesick di pagi hari waktu buat maggi Sedaap.

Teringat yang Asif dan Yah mintak tolong buatkan maggi tu, dan Yah kasi tau yang dia tak nak maggi tu pedas-pedas.

Teringat jugak yang Yah ngan Asih menangis taim babai-babai kat lapangan terbang PC. Pastu ma cakap, diorang nangis-nangis sampai ke rumah. Rindu sangat ngan abang dia yang sorang ni, yelah selalu sangat takde kat rumah. Sejak form 1 lagi. Dah lah tu, tiap kali balik sekolah Yah akan jerit suruh aku bukakkan pintu, lepas tu dia cakap, "eh, lupa, A dah fly dah", itupun ma bagitahu hari tu taim skype.

Ya Allah, sedihnya sebuah perpisahan. Even maggi Sedaap yang macam biasa-biasa je pun boleh buat orang nangis di pagi buta.

Nak balik.
Nak balik.
Nak balik.

Sunday, October 16, 2011

The Truth Hurts, So Suck It Up and Move On Already

I thought I am by far the most ungrateful person here (as I proudly flaunted it as the title of my blog), but the reality is, there are more outside there who are much much more ungrateful than me, and not to mention they are plain stupid too.

I don't get it.

People asyik compare kata jangan belajar kat Russia, graduan doktor dari Russia tak cekap bla bla bla, tapi the truth is, the ones who keep flaunting it to the world are those who are studying in Russia itself. Mereka yang mengiyakan khabar angin bahlul tu by saying studying in Russia got pros and cons, tapi more to cons bla bla bla until I wanna puke.

Just stoppit already okay the whole nonsense.

Selalu sangat aku dengar yang oke, kalaulah aku study kat UK mesti aku tak jadi macam gini bla bla bla, dan segalanya tu dari mulut mereka yang malas pergi kelas, malas pergi kuliah, selalu pending exam, sebab kononnya dah give-up dengan sistem pembelajaran di Russia.

Tapi you know what, aku geram nak bagi bitchslap seket kat muka orang yang bongok sangat gitau macam gitu. Kalau study kat sini dah lemah dan putus asa macam gitu, ada hati nak study UK? Belajar mana-mana semuanya sama kalau semangat dalam diri korang tu mantap. Aku seriuslytak faham dengan sesetengah daripada mereka yang cepat gila putus asa macam tu, sedangkan dari kecik lagi mereka dengan bangganya bagitau yang diorang nak jadi doktor.

Meh sini nak bagi bitchslap kedua.

Tipulah kalau aku cakap aku suka belajar sini, aku pun tak berapa suka sangat sistem pembelajaran kat sini, tapi aku dah lama redho dan moving on. Aku ingat aku yang paling lemah kat sini, sebab jadi doktor isnt my first choice dan ditambah lagi dengan aku yang ada tremor, tapi realitinya ada lagi yang lagi lemah dari aku sedangkan diorang bukannya ada masalah besar macam aku pun.

Aku tak nak sangat sebenarnya jadi doktor, tapi aku still lagi berusaha stay up sampai lewat malam baca itu ini sebab tanak pesakit mati banyak. Aku pun dapat markah terendah yang sama dengan korang waktu final, tapi aku still tak putus asa untuk terus stay-up baca buku malam-malam. Aku ada tremor sedangkan korang takdak, tapi aku still lagi teruskan usaha untuk jadi doktor sedangkan aku tahu nanti memang konfom orang akan pandang rendah nanti taim kerja.

Lepas tu korang nak merepek cakap yang korang dah give-up, so korang malas nak belajar?

Sepatutnya those who are studying here lah yang suppose to be mantap, sebab semuanya bergantung pada diri sendiri dan bukannya kena suap oleh lecturer.

Sepatutnya kena bangga sebab walaupun ilmu yang korang ada tu sikit berbanding dengan apa yang budak-budak yang belajar kat tempat lain, student Malaysia terutamanya, tapi that is your own effort which lecturer cuma menyumbang 20%. Kalau dengan usaha sendiri kita dapat seciput tu, cuba bayangkan macam mana nanti kalau kita buat housemenship dan dapat bimbingan one by one from mereka yang lagi expert?

Tapi ni tak, lemah sangat. Manja sangat. Bodoh sangat. Asyik asyik cakap yang ada doktor dari Russia yang lemah waktu buat housemanship, tapi lepas tu terus jadi mantap. HELLOO, KORANG YANG BERKATA TU, KALAU YANG CAKAP TU JENIS TYPICAL STUDENT MEDIK YANG BETUL-BETUL STUDY TAK APALAH JUGAK, NI YANG MALAS, ADA HATI NAK CAKAP MACAM TU?

Those yang lemah pastu mantap tu bukannya yang ada zero dalam kepala otak macam korang, tapi yang study tapi kurang seket dari mereka yang lagi terer.

Ni tak, yang otak kosong sibuk-sibuk mengharap yang everything's gonna be fine in the future, haptuih (dengan kahak hijau sekali) betul.

Bongeklah korang ni, sepatutnya mereka yang malas belajar sila buang segala ipod ifon ipad, benda tu sebenarnya yang buat korang jadi bebal kepala otak. Komplen lah lagi pasal belajar, diri sendiri yang malas sibuk-sibuk nak cakap yang belajar kat sini tak best.

Haptuih (kali kedua)

Anyway, bitchiest quote for the night : Aku dari dulu cuma respek those who got ipad iphone ipod and whatnots pada scholars yang betul-betul scholars, which means memang bertanggungjawab sebagai scholars, bukan those yang berjoli sana sini pastu belajar malas, nanti seksok jawablah dengan Yang Cipta korang kat mana korang guna duit rakyat tuh

(oke perenggan last tu sebenarnya sebab aku jeles, aku bazirkan duit lebih kepada makan dan beli baju oops)

Saturday, October 15, 2011

Ёлка - Прованс

Found it finally! This is a Russian song with simple lyrics that has been stucked in my headd recently for so longg.


haha too excited sebab jumpa so there you go, two posts in a row!

Wednesday, October 12, 2011

Heartfelt

She's definitely the one to watch on this year X-Factor, such a beautiful performance! Ughh i'm dying to have this sexy,husky voice of her.

Thursday, October 6, 2011

Sikit-sikit Bahagi

Lagi gembira hidup macam gini, kongsi masalah dengan orang yang tak spesifik. Dengan si A kongsi masalah cinta, dengan si B bincang masalah pelajaran, dengan si C pulak bincang tentang masalah hidup.

Sebabnya, nak cari manusia complete yang ada semuanya memang susah, jadi kena bahagi-bahagi.

Dan satu lagi sebab, tak semua orang suka dengar masalah kita yang berlemon-lemon jenis tu. Si A tak suka bincang pasal pelajaran, mengantuk. Si C pulak tak suka bincang pasal masalah cinta, sebab memboringkan. Si B pulak tak suka bagi-bagi nasihat bila dengar masalah orang lain, buat makin serabut hidup dia adalah.

So macam tu lah kalau nak hidup, kena pandai susun atur cara nak handle masalah kalau tak mampu (dan tak tahan) nak pendam masalah sorang-sorang.

Tapi kalau tiba-tiba terjumpa dengan si D yang boleh dengar dan bagi nasihat apa saja, tak perlu lah sibuk-sibuk nak bahagi sana sini.

Tu pun kalau jumpa.

Tuesday, October 4, 2011

Nasib

Manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang maha menentukan.

Buatlah macam mana sekalipun, tapi segala pengakhirannya ditentukan oleh Tuhan. Kita sebagai manusia cuma mampu berusaha, dan usaha tu bukannya dari segi duniawi je, yang spiritual pun kena usaha jugak.

Dan dan dan konsep redha dengan apa yang berlaku pun amatlah penting, in case tetiba apa yang dirancang tak sama dengan apa yang diterima. Kang nanti kite ended-up menangis sambil marah-marah kat Tuhan kenapa jadikan hidup kita miserable sangat, nauzubillah, mintak dijauhkan.

Macam pagi ni, dah usaha dan rela cepat-cepat bersiap sebab rushing nak ke kuliah, tapi akhirnya last last takde kenderaan yang available pulak pagi tu, terpaksalah hamba skip kuliah lagi (alasan haha :P) Padahal dah bajet timing betul-betul dah yang akan sampai pada pukul sekian-sekian semua.

Kecewa pun kecewa jugak, tapi nak buat macam mana, bukan kita yang tentukan. Lagipun kalau nak diikutkan, hidup kita pun bukannya kita yang punya in the first place, kan?

Thursday, September 29, 2011

Silly Mistakes, eh?

Yes I am finally posting, yay to me!
Apparently for me “i am back” didn’t literally mean I am back, right?

It has been awhile since my last post here, and yes I missed my blog, in case you were wondering. My summer holidays was tres magnifique, I am enjoying every bits of it each day, and my Eid celebration was uber awesome, except for the fact that i am taking medicine and it’s sounded like a heavy burden on me since people kept asking about my slightly longer and messy hair (not related) and reminding me how lucky my family to have a doctor-soon-to-be in it and that's add more nervous for me to mess this "luck" up 'cause apparently, I am not that great in doing what i am doing right now.

(Oke i copied and pasted this from berkulat punya drafts)

Well moving on to the next point, my life is okay, considering i am in positive mode this whole week, up until today. Yes, Patho-anatomy hates me. More on that later, maybe tomorrow, or never, we'll see.

Anyhoo, when life’s getting shittier day by days, you start to realize that there is something wrong going on and that’s when you start searching in which point of life you did wrong.

I had one chat conversation via facebook with my dearest friend, complaining and whining (as usual) about how terrible my life was. This happened in earlier September this year, there was something wrong in my chest that time; i had this uncomfortable feeling within me that I felt like yelling to people for unknown reasons. I was mad, and raging, and PMS-ing, and he was just suddenly online. Considering he is one of my best-est friends in the whole world, I just have to do what a friend need to do when he is in need while he listened attentively (at least that what i thought he was doing :P)

Then he told me this.

Dia cakap yang biasanya bila dia rasa hari tu serba tak kena, dia akan try to find kat mana dia ada buat silap. I thought the mistakes that he did is like the on-off simple silly mistakes, like gaduh with friends or tak gerakkan kawan bangun, curi selipar dan sebagainya, tapi rupanya silap yang dia maksudkan tu rupanya silap kita dengan tuhan. Dia bagitau yang biasanya bila dia bangun lewat dan terlepas solat Subuh, hari tu mesti akan ada yang tak kena, yang memang akan merosakkan hari dia, and causing unnecessary uncomfortable stuffs to happen.

Then I felt like ditampar, my world starts spinning and macam flashbacks going on and off through my minds, trying to show me what exactly i did wrong for decades of my life.

Memang betul apa yang dia cakap, kadang-kadang kita lupa yang kita buat dosa ngan Tuhan, tapi kita selalu tak sedar salah kita, dan kita doubt pada Tuhan kenapa dia jadikan hidup kita miserable. We always think that what we did is perfectly enough, but indeed it's not.

Dahlah tak ikhlas, pastu bajet perfect. Pastu maki-maki kenapa nasib kita selalu malang. Patutlah makin serabut hidup.

So based on his advices, I followed what he said and be extra careful on unforgettable, bigger mistakes that involve with my relationship with God, and yes indeed, it is truly is true, I feel so positive after i started doing that. I feel relaxed, except for today of course, but that was because i sinned a little earlier, and Dia punished me.

Yes it is true, positive result.

Speaking of different invisible ways of God trying to reach us and giving the answers, kan?


Sunday, September 18, 2011

Secrets

Secrets are not sealed within hearts and souls nowadays, but they are passed around one to another through tainted lips behind our back.

Thanks peeps, now i believe i have made a wise decision of not telling mine, although it was this close of opening it to people that i trust.

Speaking of making wise decisions in life kan, after all the stupid experiments that i've made through all of these years.

Kan bagus kalau aku boleh main delete-delete memori lama yang tak berguna dalam kepala otak ni?

Haihh

Friday, September 16, 2011

I'm back (again)

Semalam dah janji dengan diri sendiri yang akan update blog kot kot mana pun, tapi mood nak membolehkan menaip tu alahai, macam nak taknak datang je. Geram betul dibuatnya.

Nasib baik cik mun update blog tadi, buat aku tertarik sama nak menulis.

So sebagai permulaan, sorry banyak banyak sebab lama menghilangkan diri, tak ucap salam raya etc etc, mintak maaf banyak-banyak. Senang cakap aku memang pemalas orangnya, nuff said.

Cakap pasal raya, aku punya raya biasa-biasa je, ziarah situ ziarah sini, melaram situ melaram sini, dan duit raya pun macam biasalah, dah besar gedabak macam gini memang konfom seciput lah jawabnya. Tapi rasanya dalam banyak-banyak raya, raya tahun ni merupakan raya paling sibuk pernah aku rasa. Padahal rutin yang sama je dibuatnya tiap-tiap tahun, mungkin itu tanda aku makin tua dan berumur dan kerepot dan uzur LOL.

Kelas dah start seminggu lebih dah, tapi aku ponteng awal-awal tu, so maksudnya aku baru seminggu je lah pergi kelas. Kelas macam biasa, cuma untuk semester ni lagi padat dan subjek pulak makin susah. Kelas pulak start dari awal pagi sampai lewat petang, memang letih sangat-sangat bila balik. Pukul 10-11 malam dah rasa mengantuk dah, ishh macamana nak excel ni?

Kena double kan effort untuk semester ni lah nampak gayanya, dah taknak dah buat kerja last minute. Oke serius statements memang poyo gila haha, tapi takpe, mula-mula memang kena semangat lebih.

So tu je lah yang berlaku mostly, ada jugak part-part lain, yang sedih terutamanya, tapi yang tu in the next episode lah kot, malas nak merepek membabi buta malam ni dengan kisah-kisah emosional aku, ditambah lagi dengan kondisi badan yang tak sihat dua tiga hari ni, aku demam dan selesema.

Oh ya baru teringat yang cik N cakap nak suruh cepat sembuh kena ambik madu, so gonna get some now. Anyway in case people is wondering what the whole post is actually about, aku saja je nak cakap yang I'M BACK.

toodles ^^

Sunday, August 14, 2011

Updates Ala-ala Selebriti

Oh salam Ramadhan semua, lamaaaa tak mengupdate blog. *sambil kebas-kebas sapu habuk

Bukan hape, terus-terang cakap yang malas nak mempublish the-so-many-unfinished-drafts, lebih-lebih lagi dengan keadaan internet yang gitu-gitu aja. Bukannya takdak internet langsung, ada je broadband kat rumah, cuma entah, rasa macam nak bercuti sepenuhnya sebelum semester baru bukak, plus tak rasa nak be connected with friends yang berfacebook 24 jam sehari. Malas eh nak check people activities during cuti ni, lagipun tak baik jadi stalkers bulan Ramadhan ni. Aku still check je emel aku setiap hari, cuma aku akan bukak facebook bila ada updates dihantar from facebook. So kalau takde, i just surfing je lah internet sambil baca blog orang and do what i love to do, and that doesnt include ber-facebook-ing. Cih, baru je cakap tak baik jadi stalkers bulan puasa ni.

Cakap pasal ramadhan, one of my dearest friends said that eventho syaitan dah kena kurung segala in our holy month of Ramadhan, it’s still so difficult to contain ourselves from doing sinful things yang kita selalu buat. What else should i say, very true indeed. At least waktu bulan puasa nilah we sedar that most of our sinful acts that we did are actually caused by our own nafsu. In fact, although it horrifies me to even admit this, aku rasa macam our nafsu is much much more stronger than hasutan syaitan waktu kita buat dosa hari-hari. Macam driving force yang suruh buat dosa tu diri-sendiri aka nafsu, dan syaitan cuma jadi minor part je yang membantu melaksanakan nafsu kita tu T_T

Tapi at least we try kan nak contain our nafsu kan? Macam yang dalam Semanis Kurma tu cakaplah, at least kita jadikan Ramadhan sebagai titik mula untuk kita tinggalkan lender-lendir jahiliah tu. Apa yang jadi lepas titik tu, pandai-pandai diri sendirilah pulak tu.

oopss kantoi tertengok Semanis Kurma lah pulak wakaka.

So far, Ramadhan tahun ni agak seronok sebab dah lama tak rasa suasana Ramadhan yang macam ni, which include bukak puasa and bersahur and ber-moreh together, and harapnya things bila dekat raya akan jadi lagi menarik. Tahun ni tak semena-mena pulak nak buat theme untuk raya, sebelum ni tak buat pun theme-theme ni. Tapi kan, aku pun tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni, aku rasa yang warna hijau looks good on me, padahal sebelum ni aku dislike hijau dan biru. Haha jangan risau, ini tak ada kaitan dengan politik oke, sebab semuanya makin bahlul dan takde gunanya untuk aku mengulas lebih panjang sebab aku tak bersih dan tak kotor, ngehngeh.

Cakap pasal cuti jugak, im so sorry sebab tak dapat nak join Summer Retreat tu, entah, alasannya banyak, tapi nak suruh senang, terus terang aku cakap yang aku slightly malas. Kalau diikutkan, sebenarnya nak pergi, malah percentage nak pergi tu lagi banyak dari yang tahun lepas punya, tapi memandangkan program tu dibuat dalam bulan puasa dan banyak lagi dugaan dan cabaran, aku jadi malas nak berserabut dan bersusah-payah. Yep, aku memang mudah putus asa like that. Not a good trait i know, tapi nak buat macam mana, aku akan tinggalkan benda tu once it gets messier and makin serabut. Lepas tu bila otak free seket baru figure out balik.

Oke dah berlemon-lemon depa aku menulis. Ni yang buat aku malas menulis ni, benda tu akan jadi berjela-jela sedangkan aku nak setiap post aku tu pendek-pendek je. Entahlah belalang, dah nasib badan, aku senang got carried away. Dah dah dah, aku kena stop, kalau tak akan jadi lagi panjang. See you guys in another not-so-long post lah, hopefully.

Salam Ramadhan, dan jangan lupa untuk sambut Ramadhan ni macam bulan puasa korang yang last.

Toodles!




Friday, July 22, 2011

Balik

I suppose, I should be excited. Like very very very excited. Tapi failed for dunno reason.

Today is the BIG day for me lah. Like big big, macam dapat burger besar yang berlapis lapis banyaknya with less vegetables dan extra sauce, and oh oh mayones jugak jangan lupa taruk ekstra, plus taim tu ko tengah lapar. Lapar yang memang lapar sangat sangat sangat. Okay, aku mengarut, memang jelas tak sarapan pagi lagi ni, kurang glukosa dalam darah. Pfft betoi

Finally, my long-awaited balik Malaysia time has came yattaaa. Like finally finally. FINALLY! Tapi sampai kelantan lagi dua hari, sedangkan petang ni bertolak pulang, esok sampai kuala lumpur, lusa balik kelantan.

Life is so cliche, so difficult, nak buat camano, sabar jo lah.
Lagipun jarak tu bukannya dekat macam atas peta, besarnya bumi tuhan. SubhanAllah.

Weh weh kenapa tak excited?

Entah, mungkin sebab sebulan je kot cuti. Ataupun sebab nanti taim raya kena jumpa banyak-banyak-banyak saudara, kena prepare lotsa cerita untuk diceritakan. Takpun sebab ada seminggu je masa untuk compensate all rasa mengidam, sebab lepas tu bulan puasa.

Isy, syukurlah. Syukur syukur syukur.
Padahal ko jugak yang bersungguh meng-eksplen pasai syukur taim usrah.
Gediks.

Entahlah, typical me, merungut merungut bla bla bla je kijaan. Lagipun hey, this is the ungrateful me afterall. No wonderlah cerewet nak mampus.

Anyway, SUPERR EXCITED sebenarnya, cuma saja je tetiba bergetah nak jadi sopan santuns sekett. Doakan selamat pulang dan selamat sampai ya.

Aminn

Thursday, July 21, 2011

Live Like You're Dying

setiap kali mp3 tershuffled ke lagu ni, i got goosebumps.
anyway ini cover version, original one from tim mcgraw.

lagu ni pasal, umm...live like you were dying?
dengarlah dengarlah, sesuai untuk muhasabah diri somehow.

Friday, July 15, 2011

Done

Finished my practicals with my own declaration of flying colours hehe, maybe minus the CPR thingy, I'm suck at pushing and kissing and blowing *no pun intended. Yeah, i'm memang manja like that when dealing with dummies, sopan santunlah katakan.

Anyhoo, it's official that I'm no longer second year med student, and now it's time to PARTAYYY before the school starts again in early December. Macam tak caya dah nak masuk 3rd year, time flies so fast ah these days.

At last, now it's my time to celebrate the long-awaited summer hols lah yada yada, nak tidur sebanyak mungkin first, then can't wait to go back and celebrate Ramadhan with family and friends. CAN'T WAIT, like seriously CANT WAIT.

Most of the students balik tomorrow, and the day after that, while me need to figure out what to do in these freakin' seven days, economical-wise of course, since duit tak masuk lagi. Unless lah if duit masuk tomorrow, there will be another plan pulak.

Haihh, fuh fuh cepatlah masuk, the SUMMER SALE is killing me ni.

And guys, tolonglah jangan update status nak balik kat fb/twitter/frenster etc, yang tu pun killing me jugakk.

Monday, July 11, 2011

Muhibbah

Letih dari BBQ party hari tu tak habis-habis lagi. Mana taknya, kena plan dan jayakan party untuk serve 50 orang dan kena bakar 15 ekor ayam dengan tempat BBQ yang maha kecik. Ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang mulanya renyai-renyai dan dijangka hujan lebat pulak waktu petang tu, hayoo pening kepala weh.


Dah lah tu malam tu tidur 2 jam je, masak keropok, prepare bekas, pastikan itu ini, semuanya beres, pastu bertolak dari rumah pukul 7.30 lagi sebab nak setelkan hal-hal tempat. Tu tak masuk dengan masa memerah otak sepanjang minggu sebab nak brainstorm idea nak bagi plan ni sukses.

To be honest, aku tak menyumbang sangat pun dalam nak jayakan party ni. Memang berbanyak-banyak terima kasih lah pada AA sebab kalu takdak semangat dia, memang tak kemana dah plan ni. Yelah, awal-awalnya nak buat kecil-kecilan, tapi bila dah rasa macam tak kena sebab macam tak adil, hati dah give-up sebab aku memang takdak pengalaman handle benda-benda besar gedabak macam gini. Stress lah ai, you all. Nasib baik ada AA, dia yang sungguh-sungguh bagi all effort.

Tapi kan, tak sangka yang nama Muhibbah yang aku letak tu macam melekat. Main-main je padahal, saja je sebenarnya nak bagi synical approach sebab nak bagi semua bermuhibbah seket, rupanya memang advertising tu agak berkesanlah jugak.

Gembira rasa hati bila dengar orang apply nama "muhibbah" dalam conversation hihi.

Anyway, aku memang suka sangat dengan lokasi BBQ tu. Ada tasik siap dengan gondola dan kayak dan itik-itik, ada taman ala-ala fair seket, lepas tu ada gazebo, memang cantikk dan segar sangat. Cuma yang aku tak berapa suka, aku sendiri ni tak ber-muhibbah sangat. Duk tang-tang tu jugak, senyap terperusuk di penjuru tsk tsk, sedangkan tujuan utama party ni nak bagi semua bersosial. Haihh, aku memang fail bab-bab nak ber-bonding nih.

Plus plus plussss aku makan seket je sebab kenyang makan asap ayam. Makan dua ketul, pastu tak larat dah nak makan benda-benda lain macam nasi goreng, makaroni, keropok, sosej bakar, sotong bakar, kek keju, puding jagung, roti garlic etc etc etc. (saja nak tunjuk makanan ada banyak)

At least benda ni akan jadi kenangan manis untuk kitorang second year kat sini, sebab next sem dah masuk third year dah. Lagipun, bila lagi semua kat sini nak buat makan-makan ramai-ramai dan kenal-mengenali antara satu sama lain? Takkan asyik nak menjudge-judge orang je dari belakang tanpa kenal dulu siapa sebenarnya orang tu, kan? Dah lah nak masuk third year dah ni.

Apapun, at least aku walaupun tak langsung berjaya accomplish something untuk tahun ni untuk diingati. Tahun depan kena lagi produktif, A, kena accomplish something yang lagi bigger, chayok chayokk.

Tu pun kalau aku hidup lagi.
Snnnap mak munah.


Ada jodoh kita ketemu lagi ya, dan ampun maaf sangat-sangat sebab i believe ada yang terasa. Harap difahami, jangan disalaherti. Kalau tak puas hati come come bagitau.


ps - belek-belek gambar yang orang snapped that day, memang tak banyak orang amek gambar aku. memang aku pun tak dekat ngan kamera that day, malulah nak camwhore dalam banyak gedabak makhluk (ayat penyedap hati).

ps 2 -oh myy, baru perasan yang most of the pics nampak macam suasana kat Malaysia.

ps 3 - rupanya maha serabai rambut aku

ps 4 - gambar tak banyak, sebab aku memang tak suka put people faces tanpa izin dalam blog ni, sebab me also dun like if people pampang gambar aku kat blog lain, its a bit no privacy for me. So kena amek yang group photos dan bukan yang close-up punya lah

Saturday, July 9, 2011

The Way I see It

Is crumbling crumbling crumbling down.
Suck it up and move on, please.

Just bear with the fact that,
this is the PERFECT place where the losers get it easy.

Wednesday, July 6, 2011

Early Raya Shopping

I saw this yesterdayyy at Akhotni Ryad mall ohh uhh (bunyi awesome-ness).


And i believe most malls sekarang ni tengah ada major sale.

Oh myy please please lah duit masuk cepat-cepat, dah bookmark-ed banyak barang dah ni semalamm. Uuuu nak shopping soo badly T_T

Tuesday, July 5, 2011

Hujan

Niat hati nak kemaskini blog hari-hari, tapi macam biasalah, aku memang jenis yang hangat-hangat poopoo ayam.

Anyway, hari ni mendung dan hujan, berbeza dengan hari-hari lepas yang memang panas sangat sampai berpeluh-peluh jadinya. Dan macam biasalah, dalam suhu-suhu dingin macam ni, memang akan rasa mengantuklah sepanjang hari. Pastu, ditambah pulak dengan aku yang tidur tak kena pada waktu, memang mamai-mamai lah kepala pagi tadi, sampaikan orang tanya aku something pun aku main angguk je, mengantukk, hilang mood aii nak praktikal you knoww, chewahh.

Ishh kalau panas pun merungut, kalau sejuk pun merungut.

Tak de langsung sifat nak bersyukur, asyik nak potpet sana sini je kijaan aku nih. Memang mudah sangat lah manusia mengeluh bila kena musibah, walaupun musibah tu tak delah teruk sangat, cuma panas,basah seket je.

Tu lah sifat manusia, kadang-kadang tak sedar yang kita tengah dustakan nikmat Allah indirectly. Kena selalu syukur dengan nikmat yang ada, semua tu ada hikmah.

Haihh haihh haihh.

Apapun, rasanya esok dengar khabarnya akan hujan jugak, siap ada kilat lagi katanya. Harap-harap tak lebat sangatlah esok, sebab susah nanti, aku dah lah takde payung. Takpe takpe, bila lagi nak ada peluang untuk buat drama ala-ala Winter Sonata dalam air hujan besok.

Hee.


ps - haha memang takde motif post aku menulis, dah macam diari lah pulak gamaknya.

Monday, July 4, 2011

Tujuh

Moscow teramatlah panas, manakala aku pulak akan stay kat sini berhari-hari lamanya sebab takde seat nak tukar tarikh balik kepada tarikh yang lagi awal. Ish menyusahkan betul, kenapalah klinikal/praktikal ni tetiba habis awal? Sistem sini selalu sangat buat kerja last minit.

Bercakap mengenai praktikal kat sini, haha, it is JPA's Pendedahan Kerjaya all over again. Kami melawat department-department, tengok pesakit sedikit sebanyak, pastu akan ada doktor tanya nanti nak amek specialist dalam bidang apa, dan most of doctors yang ada akan geleng-geleng kepala sebab tak tahu nak tunjuk apa kat 2nd year, sebab kami memang tak tahu apa-apa (sangat). Ya doktor, bab hok tu kami pun setuju!

Tapi, yang musykilnya, layanan yang diberi sungguh awesomely mengujakan. Mengikut legenda dari senior-senior, biasanya waktu praktikal, kena buat tugas para misi (baca: nurses), dan para misi kat sini bukan setakat kerjanya layan pesakit, tapi mengemas hospital ala-ala....., oke malas nak mengutuk haha.

Yelah, dah terpampang dalam jadual kot, tulis "pomochnik medsistri" aka "pembantu nurses", pastu nama lagi klinikal, dan jangan lupa kami baru 2nd year yang ilmu perubatan memang sememeh keropok udang, so takkan tetiba nak bedah sana-sini kot?

Tapi surprise surprise, tak de pun kena buat kerja-kerja berat ala-ala kuli camtu hoyeah hoyeah. Mungkin kena buat dalam waktu lagi half kot, sebab ada dalam seminggu setengah lagi sebelum praktikal ni habis. Kalau kena buat pun aii tak kisah sangat, sebab haha, sarang otak dalam kepala ni penuh dengan idea nak balik malaysia aja.

Mengikut kata cik kiah cik kiah yang kepoh di fb, semua macam gembira bukan main kepalang dengan layanan yang para doktor tu beri boleh dikira awesome. Mostly English doktor yang terlibat tu agak okay, boleh difahami, dan ada yang bersemangat tunjuk sana-sini, macamana nak guna itu ini. Bagi aku, hayyoh biasa-biasa aja, tak perlu nak overexaggerate sangat cik kiahs oii. Oops, sori terlebih taip haha. Jangan terasa.

Apapun, lepas habis semua ni, Malaysia i'm coming home, i'm coming home. Yes, aku memang pemalas like that. Nanti nak balik nak serang semua jenis kedai yang ada makanan, sebab masa tak mengizinkan. Yelah, balik lambat seket dari orang lain, lambat dalam TUJUH HARI!

Seriously, TUJUH HARI?
Lambat TUJUH hari?
TUJUH?

TUJUHHHHHH!!

Haihh.


ps - tak suka sebenarnya bercakap pasai uni life here, tadak kuasa ai nak cerita. aii hint hint ja lah, nak mendetail-detail aii malas.

Sunday, July 3, 2011

Psiko

Ma cakap, kalau boleh, berkawan jangan sampai ada personal attachment, nanti susah. Kalau boleh, cuba biasakan diri jadi neutral, sebab nanti akan jadi susah bila ada masalah. Berkawan dengan semua, selalu tolong orang bila orang lain susah, cuma bila berkawan secara superficial, at least kalo gaduh pun tak terasa sangat.

Aku pulak cakap, memang sama apa yang aku pikir dengan apa yang ma aku pikir. Berkawan jangan sampai ada personal attachment. Jangan sibuk-sibuk nak tayang istilah bff atau ff atau bf, sebab nanti akan jadi susah bila ada masalah. Unless lah kalau dah betul-betul tepu dan saling mengenali, yang tu baru takpe.

Sebab tu i'm a little bit choosy seket bila berkawan. Katalah apa saja, aku sombong ke, aku selfish ke, aku memang macam tu. Sebabnya aku sejak dari dulu lagi memang selalu berhati-hati dalam bab-bab kawan ni. Sekali terkena, dah memang tobat dah tak nak kena sejarah yang sama buat kali ke seterusnya.

Dulu waktu sekolah menengah pun me myself didnt regard my closest friends as my BFFs. Diorang pun tertanya jugak mengapa dan kenapa, dan aku cakap aku pun tak tahu. Sampailah X tahun baru aku boleh terima kehadiran mereka. Bayangkan, X tahun, psiko tak psiko aku punya memori hitam waktu blah blah blah.

Okeh long story short, menulis sebab saja nak bagitahu, kalau aku agak pemalu/pendiam/sombong/unfriendly seket bila bersosial, harap fahamlah bahawasanya aku ni memang macam itu. Tak bermaksud aku tak kesah, cuma aku malas nak delve myself in dalam dunia orang lain yang berbelit-belit endless-nya tu. Itu satu cara aku nak elak diri aku dari selalu doubt orang lain.

And yes, i have serious trust issue. Aku sukaa sangat doubt orang, suspicious level punyalah tinggi bertingkat-tingkat, walaupun aku tahu itu tak bagus untuk kesihatan minda, what to do, i have to do what i oughtta do lah. Cuma at least bila otak sekarang dah agak matang seket, i'm trying untuk ubah seket, sebab manusia selalu cuba untuk berubah. Yalah, people changes, things happen blah blah blah.

And that's when i know how to fake myself untuk terus hidup dalam society yang kejam ni, sebab nak bersosial kena selalu senyum dan gembira dan happy dan ceria. Yay yada yada, at least senyuman itu sedekah.

Tapi lepas tu timbul pulak satu masalah, orang tak suka pulak benda-benda plastik nih. Camano eden nak buat nih? Whatever it is, just be yourself, jangan kisah pasaii makhluk lain, buat what you should do dan give some people time untuk kenal hati budi, dan jangan straight judge orang begitu sahaja.

Yep, give time untuk kenal hati budi. Hum hum.

Oke, makin lama makin rasa macam post nih macam post orang psiko yang ada serious mental issue. Hahah pelik, abaikan. Mood swing lalala, bila banyak sangat problems macam nilah jadinya, hypertension.

Haihh.

Saturday, July 2, 2011

Paranoia





HYPOCRITE.




Helps needed, someone please helps.

Saturday, June 25, 2011

No No

Why oh why cuaca sangatlaa baik sejak dua tiga minggu ni. Asyik nak terlenaa jaa kerjanya. Mendung, sejuk, hujan, oh noooooo jangan tidurr, ada exam lusa ni!

Even para doktor pun tahu yang there's something wrong with my biological clock waktu medical check-up semalam. Maaf puan doktor, I have to. Kalau tak my condition will be lagi teruk.

Dan semalam FYI, based on my own dictionary, means kelmarin.

And oh btw, why oh why thingss dalam dunia blog ni tak limited just untuk dunia blog aja?
Buat rasa insecureeeeeeeeeee sampai nak private-kan bagai.
Me pun nak a private place to pour out my personal stuffs, kan?

Arggh ni dah nak masuk part negatif dah ni. Maybe this is sign yang i should stop whining for now. Too much negativity can make me lagi lagi sakit, no?

And hoyeah, I'm memang ungrateful like that.

Maaf, my language so rojak today, sebab ini stress yang menulis.

Monday, June 20, 2011

Abah

Okeh ini sangat kena dengan batang hidung sendiri.

Nota: sediakan dua kotak tisu kalau anda seorang yang hypersensitif, sebab segala air mata yang tercurah tiada kena mengena dengan saya okayy, tapi ada kena mengena dengan video ini. So maksudnya jangan sita saya, saya olang manyak susah woo.


Bagi yang malas tengok, aku malas nak cerita balik hehe.

Tapi ingat macam ni je lah, walaupun se-kool/segarang/sejahat manapun ayah kita, kot kot manapun mesti dia sayang punya kat kita walaupun dia tak tunjuk terang-terangan. Yelah, kang nanti jatuhlah saham dia beb depan anak-anak.

So we as anak-anak, pleaselah jadi kenang budi seket. Ramai zaman sekarang ni asyik nak merebel je kijenya, padahal duit poket tuh dari ayah sendiri jugak.

Anyway lupakan pasal dunia yang dah kalut malut ni, dan untuk abah, maaf sebab sedikit lambat, tapi nak ucap jugak, Selamat Hari Bapa. Semoga gembira selalu di samping Mama, dan hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik abah.

......................................................

Okeh entri ni pendek sangat, saya malas nak menulis, sebab I know everyone has an awesome father kan? Tak kisahlah whether original papa or someone who is not biologically related, or mama who holds two tasks as father and mother at the same time, aku percaya yang your so called "ayah" masing-masing ada awesome characterictics yang tersendiri. So tak perlulah nak show off kan ke-awesome-an my abah okayy, sebab takut nanti korang jeles dan rampas dia hahaha.

Sekali lagi, walaupun sedikit lambat, Selamat Hari Bapa buat semua, termasuklah bakal-bakal bapa. Myself included hoho ^^


Sunday, June 19, 2011

Mendung Tak Bererti Hujan

Cuaca mendung hari ini, gloomy semacam.

Kadang-kadang, aku selalu terfikir, apa akan jadi kalau aku tak lepas dalam dunia medik eh?
Ke mana arah tuju hidup aku lepas tu?

Mesti mama dan abah akan kecewa sangat bila tahu aku tak lepas.
Bukan setakat mama ngan abah je, mak long, mak cik pakcik aku yang lain, semua mesti soksek soksek belakang pintu. Itu tak masuk jiran-jiran lagi, mesti heboh satu kampung lah punya. Eh tak tak, mesti sampai ke kampung sebelah jugak, sebab sebelah tu kampung abah aku. Tu tak masuk lagi kawan-kawan sekolah mama, dan tempat kerja abah.

Adoiii.

Ya Allah A, bakpo sibuk-sibuk fikir pasal benda yang bukan bukan ni?
Rezeki tu ada kat mana-mana, kena yakin je pada Dia. Kalau tak lepas dalam bidang ni, mungkin rezeki bukan kat jalan ni, tapi kat jalan yang satu lagi. Tak siapa yang tahu benda-benda ghaib ni, jangan duk sibuk fikir. Muhasabah itu bagus, tapi biar berpada-pada.

Ishh aku ni, selalu sangat fikir benda yang bukan-bukan.

Semalam bila aku bagitau kat F dan Z pasal kemendungan ni, F bagitahu aku pasal niat. Dia bagitahu, apa-apa pun buat benda, kena selalu niat kerana Allah, baru berkat. Kalau tak, akan jadi macam nilah, jadi macam orang tak tentu arah, sedih dan monyok bila ditimpa musibah, lagaknya macam orang yang tak percaya adanya tuhan. Dah tak yakin dengan rencana Tuhan ke A oi?

Tengok macam sekarang, cuaca mendung. Tapi tak hujan kan? Tak siapa yang tahu selepas mendung ni akan turunnya hujan atau tak, tak siapa tahu.

Ishh aku ni, emosi sangat. Ngokk lah.

Memang betul apa yang F cakap, kena betulkan niat.
Macam mana aku boleh lupa pasal benda ni?

Jujur aku cakap, apa yang F nasihat buat aku tersentap sekejap. Bukan apa, sebelum ni aku dah betulkan dah niat tu, tapi lama-lama, bila dah rasa selesa, alpa dan sombong, niat tu dah terenjak sedikit dari tempat asal. Tu lah A, berangan lagi lebih. Jangan bangga diri sangat, tak baik. Macam apa yang aku cakap tadi, tak siapa yang tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Tak siapa tahu aku akan jadi doktor ke tidak. Tak siapa tahu sama ada aku sempat jadi doktor ke tidak. Mana tahu umur aku tak panjang. Lagi, tak siapa tahu kenapa aku dapat result macam gitu. Mungkin sebab mungkin aku akan jadi sombong, bongkak, siap jeling-jeling lagi kat orang lain kalau result aku lagi bagus.

Tak siapa yang tahu, tak siapa yang tahulah A, tak siapa pun yang tahu kecuali Dia, Dia yang maha Mengetahui segala-galanya.

Cuma kena yakin je A.
Yakin.




Friday, June 17, 2011

Kecewa

Malas nak mengulas, mengungkit pasal result.
Luar memang nampak ceria, tapi dalam tak siapa yang tahu.
It is what it is lah, hidup still kena mau jalann.


"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa diri kamu, semuanya telah tertulis di dalam kitab lauh mahfuz sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah agar kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
57:21-22




credit to F, and thanks H and P for the consolation.

Wednesday, June 15, 2011

Lapang

Nak balik.
Nak balik.
Nak balik.

Two more papers, then clinical-practical thingy for three weeks, dan lepas tu duit masuk, dan BAAAALIK yabadabadu ^^
Semoga dipermudahkan Ya Allah.

Anyway hari tu bincang pasal surah al-Insyirah waktu usrah. Dulu waktu kecik-kecik, main baca je bila ada exam, tak paham pun apa maksud dia. Yang tahu, baca surah ni nak bagi Allah permudahkan segalanya, bagi lepas exam hoho.

Yelah, taim berhingus lagi waktu tu.

Bila dah besar, alhamdulillah Allah SWT campak aku kat sini, dan persediakan aku jalan suruh bukak pintu hati ni nak hayati Quran. Kalau tak, rasanya sampai umur tua kerepot nak mati baru insaf nak baca. Tu pun kalu umur panjang. Kalau tak, entahlah.

Itu yang aku selalu cakap, ada hikmahnya setiap benda yang berlaku, Allah dah rancang siap-siap dah. Syukur dengan apa yang ada, jangan ngada-ngada.

Anyway, ini surah terbaik untuk mereka yang selalu resah gundah gulana, doa bagi mereka yang mahu lapangkan hati.



maksudnya:

Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad)
Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat, yang memberati punggungmu
Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah


InsyaAllah dipermudahkan segalanyalah nanti Jumaat ni. Kalau tak, adalah tu salah silap mana-mana hoho. Ishh takut takut.


ps - senior dah dalam flight balik Malaysia daahh, jelesnyaaa T__T

Tuesday, June 14, 2011

Aku Suka Realiti TV

Rasanya tahun ni, tahun yang paling banyak aku tengok program realiti tv.

Start dengan X-Factor, pastu American Idol, The Celebrity Apprentice, ANTM, Project Runway, Mentor 5, Akademi Fantasia, The Voice, memang semua aku balun habis. Bukan setakat season ter-latest je, season yang lepas-lepas pun aku bantai sehabis mungkin.

Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat tengok realiti tv. Rasanya mungkin sebab aku suka part-part yang ber-adrenalin rush kot? Tak pun, mungkin sebab dalam realiti tv ni ada banyak drama. Hmm.

Orang gaduh-gaduh, pastu kutuk-kutuk peserta lain, dan lepas tu, buat kita sebagai penonton ni buat keputusan untuk judge yang mana bagus, yang mana blerghh. Kuasa di tangan pengguna lah katakan. Yelah, sape tak suka drama? Double the drama, double the fun, oh yeah.

Oh ya cakap pasal Akademi Fantasia, tahun ni memang so hampehs.
Walaupun aku tak pernah pun layan AF kecuali tahun ni sebab rumah aku nun di kampung sana tadak Astro, tahun ni punya peserta memanglah hampeh. Nak nyanyi macam malas nyanyi je. Mula-mula tengok memang semangat, tapi lama-lama, macam momentum tu makin lama makin kurang. Nasib baik final malam lepas agak okay, sebabnya yang aku predict menang hoho.
Selalunya yang aku predict tu asyik kalah je, menyampahh ai.

Mungkin sebab penangan Mentor tahun ni agak hebat kot.

Serius, tahun ni punya peserta Mentor memang berbakat. Walaupun tak dapat tengok live sebab TV3 copyright kan kat youtube (dan itu reason aku divert tengok AF), aku masih berjaya menyelit tengok yang waktu final punya. Memang berentap sungguh lah sampai aku tak tahu nak sokong yang mana. Tapi last last, ofkos lah aku sokong yang boleh nyanyi lagu irama tradisional, woot woot, tak mainlah yang asyik menjerit je hihi. Dah lah protege Kak Pah pulak tu, i like.

single protege kak pah

tapi yang ni lirik diaa besstt


Dah dah dah, aku sepatutnya tidur dah waktu ni. Dah pukul 5 pagi dah kot, aku ni memang selalu buang tebiat buang benda yang tak munasabah. Dahlah ada final jumaat ni, aku memang cekodok pisang, suka sangat membazir waktu buat benda mengaruttt.

Cuma yang aku tak suka, banyak sangat tengok program nyanyi ni buat aku terbawak-bawak ke alam realiti. Asyik nak menyanyi je kerjanya, dah banyak kali dah kena sound sebab buat pencemaran bunyi. Haha kesian housemates aku, terpaksa dengar aku melalak.

Tu lah aku cakap, sape suruh taim sekolah dulu amek muzik.

p/s - maaflah, ini post sebab stress belajar, banyaaaak lagi topik biokem tak coverrrr. tidaaaakk kenapaaa T__T

Baik Budi, Indahlah Bahasa

Laa, lagu ni multi-loghat lah rupanya, tak perasaann. Bila sampai yang part loghat Kelate ngan loghat Sarawak, baru terperasan yang macam-macam loghat rupanya ada dalam lirik lagu ni.

Dahlah menikam kaw kaw pulak tu liriknya.

Teghek teghing oghe kito, hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come, jange dale
Habih kuca lembe

Apapun sukaa lagu ni, multi-kultural sungguh.
Ini baru lagu yang tunjuk Satu Malaysia.


Adehh aku ni memang kalu taim exam, pelik-pelik mengidam nak dengar lagu ^^

Saturday, June 11, 2011

Buang Masa

It's suppose to be a study week for me, but aku still golek-golek around doing nothing.

Nak kata aku tengok movies ke, aku tak tengok. Nak kata main game, aku tak main. Entah, aku pun tak tahu apa aku buat depan laptop, masa terbuang macam tu je.

Pastu makan mandi tidur.
Besoknya ulang balik benda yang sama.
Bangun mandi makan tidur.
Bangun mandi makan tidur.
Bangun mandi makan tidur.
Bla bla bla zzzz...

Padahal hati tu selalu je rasa tak tenang memikirkan final biokem jumaat ni, tapi entah, tak terbukak pun buku yang memang dah lama terlentang atas meja.

Ahhh apa dah jadi ngan aku ni?

Mood mood mood cepatlaaa datang fuuuh fuuuh.

Saturday, May 28, 2011

Happy Birthday, Wallflower

I guess the time is appropriate for me to write something regarding uh, my birthday.

Can't believe there's too much love in the air today.

People have been so generous and kind, and for a wallflower who believes no one cares about him, what these wonderful people have done for me was simply amazing. The feeling is indescribable, and I am so lucky to have these amazing people besides me.

From the beautiful voice singing my first birthday song via ym, the fb wishes, the surprise party to the presents and stuffs, I couldnt help myself from crying out loud with joy inside my ungrateful heart, thanking Allah for this beautiful gift of friendship.

Well I hope that's explained why I looked so gloomy during the suprise makan-makan, besides the fact that I hate surprises. How they managed to spare some time from revising notes for this upcoming exams to celebrate me is still a mystery for me.

Whatever it is, what these amazing people have done for me had gave a ray of hope that I am not alone somehow. My heart is smiling, and it will be smiling for a long time. Thanks guys for everything, I don't know how I can repay your kindness, but I believe God knows how.

Again, thanks for everything.

Thursday, May 26, 2011

Meniti Titian Usang



Bukan main susah lagi nak search version nih, at last jumpa jugak.

Ini sebenarnya lagu Search, dan rasanya, ramai yang ingat lagu ni lagu rock biasa-biasa saje.

Memanglah genrenya agak rocky-rocky sedikit, namanya lagi lagu Search, tak kanlah melodi dia macam lagu balada pulak kan? Tapi, kalau hayati lirik dia, lagu ni sebenarnya ada unsur-unsur dakwah.

Itu kalu mengikut fahaman aku dengan lirik dialah, memang agak mendalam sedikit maksudnya.

Silalah layan ouhh, malas nak cakap banyak, hayati lirik beb, hayati lirik.

Tuesday, May 24, 2011

Pre-final Syndrome

Yup, kali ni aku betul-betul demam.
Rasanya ni semua sebab silap makan ni.

Walaupun tak nampak sangat yang aku demam, aku memang macam tu, tak suka sangat tunjuk yang aku sakit. Kalau sedih-sedih, makin bertambah sakit rasanya. Lagipun, pagi tadi dah kebah seket, petang tadi adalah rasa nak muntah-muntah, tapi lepas rehat (aka tidur sampai tak ingat dunia), i think i feel better.

Anyway, sekarang ni musim nak dekat final.

Minda ni, macam orang lain jugak, selalu tak senang bila fikir tentang final, takutlah. Mana taknya, there's too much input need to be stuffed in a very limited amount of time. Tambah-tambah lagi, aku ni selalu je rasa tak sedap badan, apa yang tak kena ngan badan aku ni?

Dah tak de plan B dah, kena "cuba" all out lah dalam masa 3 minggu ni. Kalau tak, memang naya nanti. Aku takutlah nak menghadap exam Fisiologi, sebab level pengetahuan Fisiologi dalam kepala otak ni memang seket sangat-sangat.

Tapi yang paling aku takut, aku takut Allah SWT tutup mata hati aku waktu jawab exam tu semua nanti. Takut nanti punyalah jenuh study, tapi bila hari exam jadi blur. Mintak-mintak lah dijauhkan, amin.

Takpe takpe, kalau jadi macam tu, maksudnya ada something wrong lah tu dalam hubungan aku dengan Ya Rabb dan juga makhluk ciptaan-Nya. Semuanya ada hikmah dan pengajaran, macamlah tak pernah kena. Dah tu, tak serik-serik lagi?

Ouch.

p/s - Ala, ini punya idea menulis datang bila aku baca blog ko.

Sunday, May 22, 2011

Removed

Oh ini rupanya rasa hati bila kena remove sebagai kawan dalam dunia facebook.

Kalau mengikut sejarah lampau, aku cuma pernah remove dua insan je dari facebook, sebab insan pertama so bloody annoying, dan insan kedua pulak sungguh psiko. Tapi tu memang berzaman gila dah. Yang lain aku tak remove, sebab aku malas nak buat inspection, check sorang-sorang samada patut kena remove ke tak. So aku approve-kan saja semua yang request muahaha.

Tapi kan, sepanjang aku approve takdak sorang pun yang berterima kasih ngan aku punya approval. Mungkin ramai yang ingat thankies thankies ni soo old fashion, soo friendster katanya, tapi bagi aku its a big thing. Bila add tu maksudnya nak berkawan, dan first step nak berkawan dalam dunia fb bagi aku adalah dengan berterima kasih. Yalah, takkan aku pulak yang kena berterima kasih kan? Tapi entahlah, generasi baru lah katakan, lupa habis segala adab budi bahasa.

Sebenarnya aku nak cakap yang aku terkejut bila stalk-stalk wall orang, tiba-tiba terperasan yang salah sorang insan yang aku kenal ni bukan kawan aku kat fb. Aku yakin sangat yang aku dah add dah dia, sebab...okeh aku takdak alasan yang kukuh, cuma aku memang yakinlah.
Tapi tapi bila tengok opsyen "add as friend" kat page dia, aku terkejut. Rasa macam dah add dah. Memang soheh lah aku kena removed ni. Tapi, kenapa?

Kenapa kenapa kenapa?

Setakat yang aku ingat, aku takdelah bermusuh dengan dia. Tak pernah rasanya aku kutuk, hina, maki hamun atau bertumbuk dengan dia walaupun aku perasan yang dulu dia tak berapa suka sangat ngan aku. Aku tak tahulah sebab apa, tapi aku still lagi cuba keep it cool. Aku tak suka sangat gaduh-gaduh ni, buat diri jadi tak selesa. Nak makan, tidur, berak, semua tak selesa. Tapi bila sampai ke tahap removed friend fb, apa salah aku sebenarnya?

Rasanya aku tak pernah buat salah depan-depan dia, aku tak pernah selisih faham dengan dia. Cuma aku tahu yang dulu hubungan tu agak fake lah. Aku tahu yang dia tak suka aku, dan walau macammana sekalipun aku cuba buat-buat baik, still lagi rasa macam dia tak suka aku. So kot kot manapun memang jadi fake lah kan? Tapi tu kisah lama, dan dia pun pernah mintak maaf ngan aku tanpa sebab, so memang betullah dia tak suka aku.

So aku ingat hubungan tu dah jadi normal, dan aku pun dah lama tak dengar khabar dari dia. Tak tau lah pulak yang tuptap tuptap, dia removed aku.

Kenapaaaa?

Ishh tak sukanya , tak suka betul bila orang jauhkan diri bila kita ada buat silap.
Sepatutnya kena berani seket, bagitau depan-depan, sebab kalo tak, camana aku nak baiki salah silap aku tu kan?

Tak sukaaa, pleasse lah bagitau apa aku buat silaaap TT__TT

Wednesday, May 18, 2011

Celeh-beleh

Hari ni tidur sehari suntuk sebab badan rasa tak sihat sangat. Bangun mandi pukul 8, mamai taim tu, lepas tu sambung tidur balik sampai ke petang. Skip lecture segala hahaha.

Tak sedap badan sebab kena hujan rasanya semalam, tak pun sebab buat dosa maki hamun sindir-sindir orang, Tuhan nak balas terus la katakan. Entahlah, malas nak layan. Bila fikir-fikir balik, aku bukannya jenis yang macam tu. Aku suppose to be orang yang tak kisah (sangat) pasal komen-komen orang, lantaklah apa orang nak kata, aku tak amek port pun. Padahal dah nekad kot nak jadi orang macam gitu di awal tahun, kenapa tak berjaya ni?

Biarlah, benda kecik je kot, tak yah sibuk-sibuk nak terasa hati. Memanglah sakit, tapi chill je lah, manusia memang dilahirkan macam tu, otak tak sama semuanya. Masing-masing ada hak untuk nilai orang lain, janganlah manja sangat tak tahan kena komen, semua tak sempurna kot.

Tiba-tiba dalam sedih-sedih semalam teringat apa yang HK cakap, jangan balas dendam kalau orang buat jahat kat kita, sebab kita perlu tunjuk yang kita lagi bagus dari dia. Biarlah dia nak buat apapun, kita lagi bagus, perlu sabar.

Pastu my dear F pun cakap yang kata nista orang lain bukannya bom yang boleh buat kita mati, tapi macam suara katak hodoh yang bising, tak bagi efek pun kat kita. (part hodoh tu aku tambah sendiri sebagai penyedap rasa). Relaks je lah.

So aku malas nak layan benda celeh-beleh (baca: remeh-temeh) macam ni, sungguh tak matang. Buat sakit hati, jantung, hempedu dan badan. Daripada aku sedih-sedih, baik aku study. Cewahh, ini semangat baru sebab baca post ini oleh seorang mahasiswa Malaysia kat jepun, sungguh pedas menusuk jantung.

Apapun, ini satu ujian hidup, dan untuk terus hidup sihat perlu banyak bersabar. Ni baru ujian hidup waktu umur 19, ada banyak lagi tahun ni kalau Tuhan izinkan. Ada hikmah lah semua ni. Jangan jadi manja sangat, tak sesuai dengan umur kamu tu yang dah nak masuk angka dua.
Ehh, dah nak masuk angka dua? Dah boleh fikir nak kawen lah ni kan?
*Senyum*

Betul, baik fikir pasal kahwin.
(Divert mood dari study ke kahwin)

p/s - terima kasih pada mereka yang berada di sisi waktu dalam kesedihan, memang amat membantu. Sebab tu orang cakap kena ada besties tuh sorang dua, sebab boleh luah segala kesedihan kat dia, two is better than one lah katakan. Tak kisahlah besties lama (F, Z, M, GK2A) atau besties baru (HK, N, F, H), terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak

Tuesday, May 17, 2011

Plastics & Fakes

Tak suka dengan mereka yang suka buat-buat baik dengan kita sebab ada niat tersirat.

Tak tahulah niat tersirat tu apa, tapi tak sukalah bila orang jadi plastik nih. Memang dari dulu lagi tak suka dengan mereka yang suka buat-buat, tak kisahlah yang buat-buat macho, buat-buat gedik, buat-buat comel, semualah yang boleh buat muntah kaler pelangi.

Biasanya, spesies plastik macam gini, kalau buat-buat baik je mesti ada agenda tersembunyi. Yalah, kalau tak, kenapa nak buat-buat kan? Mesti ada sekret plan lah punya. Cakap mesti nak buat nada comel-comel je. Kalau laki-laki pulak mesti nak buat bunyinya kool je. Masing-masing nak cuba dapat sebanyak mana perhatian yang boleh. Desperate betul.

Tapi tak salah sebenarnya jadi plastik kadang-kadang, tapi mesti kena pada tempatnya lah.
Ni tak, setiap masa 24 jam asyik jadi fake je, sape boleh tahan? Dah macam nak mengorat je kejenya waktu borak-borak.
Rimas.
Tak selesa.
Meluat uwekk uwekk.

Orang nak berkawan pun rasa tak selesa. Nasib baik most of my so-called friends kat sini semuanya jenis yang happy-go-lucky, yang memang bukan jenis buat-buat lah. Walaupun ada je yang plastiks, bercakap macam nak mengorat, gedik-gedik macho-macho kool-kool sana-sini, tapi biasanya aku malas nak layan sangat spesies spesies macam gini. Layan tu layanlah jugak atas dasar kemanusiaan, tapi bila dah sampai ke tahap jeling-jeling, larikan diri atau buat-buat tak kenal, itu memang dah ke tahap meluat yang amat sangat lah tu.

Yalah, berkawan, buat cara macam nak berkawan.
Jadi diri sendiri, jangan buat-buat.
Nama lagi berkawan kan?

Sorilah kalau ada yang terasa, sebab aku pegang prinsip aku kutuk orang, orang boleh kutuk aku muahaha. Kira win-win situation lah. Walaupun aku tak suka orang kutuk-kutuk aku kat belakang, tapi whatever, aku pun kutuk jugak korang kat belakang hihi.

And last sekali, maaf teremo terkasar bahasa. Aku bukannya baik sangat. Kadang-kadang aku pun plastiks jugak, cuma tak de lah sampai tahap la desperado.

Kalau dah sampai nak bertegur sape pun tiba-tiba shifts buat perangai comel manja macam budak-budak, memang desperate lah tu.

Monday, May 9, 2011

Maher Zain - Sepanjang Hidup

Betulke Mahir Zain yang nyanyi ni? Mantap semacam je pronounciation ngan phrasing Melayu dia.
Oh ya first time tengok VC ni, baru perasan yang tak pernah tengok lagi Ayat-ayat Cinta. Tahu nyanyi lagu je, tengok ceritanya tidak.
Yalah, taim dia pasang kat TV3 waktu Form 5, aku kena siang ayam untuk jamuan kat dapur Dewan Makan waktu tu, sobsob.

Apapun, lirik yang versi Indonesia ni memang menusuk kalbu. Layann


ps - nak kahwin kat tempat macam tu boleh tak? Tapi tanak lah pakai kot macam mat salleh, nak baju melayu.

Saturday, May 7, 2011

Mama

Sana sini tengok kawan tulis entri sempena Hari Ibu, takkan aku terkecuali kot? Ini tak adil ni, tak aci, tak aci, kena tulis jugak ni.

Walaupun orang cakap yang sambutan Hari Ibu tu propaganda Kristian je sebenarnya sebab nak suruh kita ingat pada Mary, ibu kepada Jesus, tapi wth, aku celebrate jugak Hari Ibu ni. Wahai kawan-kawan, perlu diingatkan di sini yang Mary itu ialah Maryam, seorang wanita solehah yang mulia di sisi Islam. Dalam al-Quran siap ada surah lagi pasal dia, so kalau tak salah, rasanya oke je kan kalau kita ingat pada Maryam yang jugak merupakan seorang ibu ni kan? Lagipun, pengorbanan dia sebagai seorang ibu pun besar jugak, jadi tak salah rasanya ingat pada dia.

Itu pendapat akulah tapi, kalau salah tolong eh betulkan.

Berbalik kepada ibu, aku panggil dia Ma. Orangnya kecik je, agak rendah, tapi kulit dia putih, sedangkan dia selalu cakap yang waktu kecik dia memang hitam. Entah macam mana bila besar boleh jadi putih pun dia tak tahu katanya.

Aku ni kalau dari segi realitinya memang lagi rapat dengan Ma berbanding ngan Abah. Mungkin sebab Abah lagi garang dari Ma kot waktu aku kecik-kecik dulu, sebab tu aku lagi rapat dengan Ma. Aku tak ingat sangat kisah aku waktu kecik-kecik dulu, cuma apa yang aku tahu, aku tersangatlah nakal waktu kecik dulu, banyak sangat lari dari rumah asuhan. Mesti jenuh Ma nak jaga aku kan? Dah la aku ni jenis budak yang hyperaktif pulak tu, lompat sana lompat sini, selalu kena kurung dalam stor dengan kakak aku wuhuhu .

Bila dah besar dan aku pun belajar jauh kat sekolah asrama, bonding antara aku ngan Ma aku jadi bertambah kuat. Tiap kali aku balik rumah bila cuti hujung bulan, aku ngan Ma lah akan jadi orang yang paling last duk kat meja makan taim dinner. Kitorang akan borak-borak, cakap-cakap pasal hidup masing-masing. Aku paling suka taim tu, sebab Ma akan bercerita pasal hidup dia, sejarah dia, pasal kampung, sawah padi, perangai kat tempat kerja dia, semualah kalau nak diikutkan. Waktu tu lah aku rasa bonding aku ngan Ma amat kuat, rasa kuat sangat perasaan ibu-anak tu.

Even taim aku balik dari Moscow pun aku still teruskan tradisi tu, tradisi lepak-lepak kat meja makan lepas waktu dinner. Kadang-kadang adalah kakak aku join sekali, itupun sebab dia nak habiskan baki-baki lauk yang tinggal hahaha.

Tapi seriusly, aku sebenarnya suka lepak-lepak macam tu, berbual-bual pasal hidup dia. Sebabnya, Ma suka cakap pasal sejarah hidup dia yang dulunya memang susah. Yalah, aku dulu bukannya dari keluarga yang berada. Rumah pun rumah kayu yang bila hujan, air hujan menitis masuk. Tu tak masuk lagi dengan sawah padi, pohon getah sebagainya. Aku memang berasal dari keluarga orang susah, dan Ma selalu ingatkan aku pasal benda tu.

Aku suka Ma aku cerita benda-benda macam tu, sebab cerita-cerita dia tu sebenarnya jadi salah satu faktor dorongan untuk aku terus belajar rajin-rajin. Yelah, aku nak dia tengok aku berjaya, dan aku pun nak balas budi baik dia yang bagi aku hidup tanpa sedikitpun rasa susah, sedangkan dulu dia pernah alami hidup susah. Sepatutnya setiap anak kena sedar yang kita hidup senang-lenang ada ps3 gameboy segala, padahal dulunya mak ayah kita pernah jadi penoreh getah, pesawah padi bagai sebelum berjaya kerja kerajaan. Itu kalau nak ikut kisah Ma ngan Abah aku lah tapi, lain famili lain cerita.

Anyway, aku takde idea sangat, sebab aku tahu setiap orang pun bangga ngan Ma masing-masing. Aku malas nak tulis panjang-panjang puji Ma aku, daripada tulis sini baik aku call dia dan puji depan-depan kan kan?

So kepada Ma, walaupun Ma tahu yang A dan adik-beradik yang lain sayang sangat-sangat kat Ma dan Abah, tapi kot-kot manapun, benda tu still tak nampak kan? A nak sangat suruh benda tu nampak, so A nak belajar rajin-rajin dan berjaya supaya itu jadi bukti yang A sayang Ma dan Abah. Bukan stakat belajar rajin-rajin je supaya senang hidup atas muka bumi ni, A akan cuba jadi insan yang baik dan soleh jugak, sebab kan doa-doa anak yang soleh tu mampu gembirakan ibubapa kita nanti kan? Walaupun rasanya jauh lagi nak capai tahap tu, at least kita mencuba.

Apapun Ma, A sayang sangat kat Ma.
Miss you Ma, selamat Hari Ibu.


ps - itu bukan keluarga aku yang ada ps3 bagai, tak pernah hayat aku sentuh benda tu. Itu just metafora nak bagitau hidup senang anak-anak Ma dan Abah.

Monday, May 2, 2011

Demam

Aku rasa nak demam lagi.
Masuk waktu spring ni, aku dah dua kali dah rasa macam nak demam.
Oh ya, lupa, hai spring, muncul jugak ko last last ya.

Berbalik kepada isu demam demam manja cikuwawaw ni, kali ni memang rasa nak demamnya lain macam. Mata merah, bengkak dan sakit, pastu badan rasa sejuk-sejuk. Nasib baik bukan aku saja yang rasa macam gitu, teman-teman rumah aku yang lain pun katanya rasa nak demam jugak. Ini maksudnya, badan tak biasa dengan perubahan musim dari musim sejuk yang SEJJUKKKK SANGATTT ke musim bunga yang mampu buat aku kembali berpeluh, yay!

Aku ingatkan ini penangan tak cukup tidur sebab ada tiga major tests minggu lepas, yang tu pun boleh jadi jugak sebabnya. Tapi tak kisah, at least minggu ni, minggu depan, minggu minggu lagi depan aku freeeeeee.

Eh tapi kan, bila fikir-fikir balik, mungkin aku selalu demam sebab aku ada banyak dosa kot?

Maha Hebat

Pelajar medik memang ofcos lah kena belajar subjek biologi. Biologi tu belajar pasal hidupan, tapi bagi pelajar medik, memang lagi spesifik kena fokuskan belajar pasal hidupan yang namanya manusia. Bukan setakat belajar general biologi je, tapi yang lebih daripada tu, cabang-cabang dia, embriologi, histologi, parasitologi, endoktrinologi bla bla bla dan tak lupa juga mikrobiologi.

Oh ya, aku sebenarnya baru habis study (belek-belek sambil main fesbuk je padahal) subjek mikrobiologi (sejam yang lepas, dan sekarang ni tengah main internet muahahaha) dan tetiba waktu study tu dapat ilham yang satu ni.

Sebenarnya benda ni dah lapuk dah sebenarnya, takde lah suprise suprisenye, ramai dah tahu kot, cuma tadi tiba-tiba rasa terkesan seket entah kenapa, dan terus jadi ilham untuk menulis.

Tadi penulis baca pasal topik infection (baca: jangkitan) memandangkan besok ada kelas mikrobiologi, dan melalui buku tu, manusia ni ada bermacam-macam jenis perlindungan untuk tahan diri daripada kena serangan jangkitan penyakit. Bermula dari hidung yang ada bulu-bulu untuk tapis kuman-kuman, lepas tu dengan lendir-lendir mukus dalam esofagus semua, tu tak masuk lagi dengan peranan sel darah putih, air mata, organ-organ badan, even bulu-bulu roma pun ada fungsinya sendiri.

Eh jap jap kenapa aku tiba-tiba cakap bab-bab ni?

Jujur aku bukan nak bagi syarahan ke apa, tak tak tak, aku sebenarnya cuma nak cakap yang betapa hebatnya kuasa Tuhan yang mampu bina sebesar-besar manusia, tapi mampu jugak bina benda-benda kecik yang fungsinya memang amat sangat kompleks. Kalau kita boleh nampak yang mulut tu fungsinya untuk makan, hidung untuk bernafas, tapi kita tak boleh nampak apa fungsi sel-sel dalam darah. Kita memang tak leh nampak macammana sel tu hidup, serang penyakit sana-sini, kita memang tak nampak.

Yelah, kalau darah memancut keluar pun kita nampak macam air merah je kan, mana nampak sel sebutir-sebutir keluar.

Itu yang aku cuba nak terangkan. Aku cuma nak bagitau yang Allah tu maha hebat sebab jadikan bermacam-macam benda dari sebesar-besar kejadian ke sekecik-kecik kejadian, dan setiap satu punyai fungsi mereka sendiri. Dah la tu, setiap satu tu pulak amatlah kompleks, cuba bayangkan, kuman yang kita tak nampak tu ada jantung, ada paru-paru, ada bulu.

Usah ditanya bagaimana, itu memang kuasa Allah.

Subhanallah.


Friday, April 29, 2011

Things I Do Everyday to Stay Beautiful

"You've got to get up every morning
With a smile on your face
And show the world all the love in your heart

Then people gonna treat you better
You're gonna find, yes, you will
That you're beautiful as you feel"

Haley Reinhart - Beautiful
(Carole King Week)

ps - yes, i believe that a good day start with a good mood, although people always think that im kinda emo, but the truth is im not. What to do babe, i was born with sad eyes.

Thursday, April 21, 2011

Hampehss

Dari hari tu lagi aku planning, cuti ni kena main masak-masak. Tapi macam biasalah, aku kalau dalam bab-bab janji-janji, planing-memlaning ni memang soheh (baca:konfom) hancur.

Oh ya, kalau nak tahu aku cuti nak dekat seminggu dah, tiga hari cuti sebab besday Hitler, sehari cuti sebab menang dalam Intervarsity Games hari tu, dan campur dengan hari minggu Sabtu Ahad, memang seminggulah cutinya. Esok dah start kelas balik, pastu lusa cuti balik sebab hari minggu. Yippi yabada yabadoo la jawabnya.

Tapi minggu depan ada tiga tests, dah la semua subjek major pulak tuh. Memang matilah minggu depan, dahlah aku study gitu-gitu je taim cuti seminggu ni. Otak memang sohih lah 75% beku. Uwaaa T__T

Berbalik dengan isu masak-masak tadi, memandangkan cuti, aku dah siap planning dari minggu lepas lagi yang aku nak main masak-masak. Semua barang dah ada dah kot, dari cream cheese ke soda bikarbonat, tepung kanji, semualah kalau nak diikutkan. Semangat yang gila menggunung tu memang selalu ada, tapi kot kot mana pun hajat tu tak sampai-sampai jugak. Hajat hati kalu nak diikutkan, minggu ni nak cuba masak:

a) bubur jagung/puding jagung/apa-apa benda berjagung
b) keropok lekor
c) cheese cake
d) tiramisu
e) tat buah

tapi takdak satu pun berhasil, atau dalam erti kata lainnya aku memang seorang yang pemalas dan pandai berkata-kata manis macam milo, tapi habuk pun tarak. Last-last cuti ni apa aku buat?




Makan megi sambil layan AF9 kat youtube, dah la dari konsert pengenalan pulak tuh.
Memang hampeh sehampeh hampehnya cuti aku, entah macammana boleh terlayan AF pun aku tak tau.

Haihh.


p/s - oh ya Kay ngan Erul tu not bad lah jugak, Aida ngan Lena pun okay humhum (oke, aku lari dari niat sebenar guna laptop sebab nak tengok waktu masuk Subuh, ishh siap berblogging pulak nih, macam-macam betol)

Monday, April 18, 2011

Label

Manusia suka melabel.

Aku senyap, dikatanya sombong.
Aku senyap, dikatanya garang.
Aku senyap, dikatanya aku tak friendly.
Aku senyap, dikatanya aku tak suka socializing.

Okeh, tukar tukar tukar, kena jadi ceria ni.
Tapi, bila aku ceria, dikatanya aku buat-buat.
Bila aku ceria, dikatanya aku pelik.
Bila aku ceria, dikatanya aku over.

Eh?
Tak kena jugak? Habis tu, nak kena buat macam mana lagi?
Mungkin kena selalu senyum kot?

Okeh aku cuba senyum.
Senyum menawan ala-ala selena gomez.

Tapi kan kan, bila aku senyum, dikatanya tengah senyum sinis, tak ikhlas.
Aku senyum, dikatanya gedik.
Aku senyum, dikatanya gila.

Eh eh eh?
How how how?

Manusia memang suka melabel kan? Nampak lain seket je terus copkan orang ni macam tu, macam ni, macam tu. Tak suka lah saya, tak suka tak suka.
Tak de lah pulak nak bagi peluang untuk nilai macammana karekter sebenar manusia tu. Manusia semuanya tak perfect, masing-masing ada karekter tersendiri. Yang penting, kena selalu tegur-menegurlah kalau nak tahu orang tu macam mana sebenarnya, kan kan?

Tapi kan, bukan awak pun selalu label orang lain jugak ke A?
Opps, kantoi.

Yelah, saya pun manusia jugak.

Saturday, April 16, 2011

Ngepek Seket Male-male

Tetibo raso nok nnulih pos nih dale slang kelate, keh rindu tibo-tibo ko kelate. Rasonyo rama tok pehe kot gapo hok aku tulih, bia ah, skali skalo, nnulih dale bahaso gini buwak hile seket raso rindu.

Kalu lah buleh, rasonyo nok kelik muta smula jadi kecik, pahtu nok bbetul sgalo mugo hok saloh. Raso nok bekki balik gapo-gapo hok tok betul, pahtu jadi ore hok koho molek, berani seket dari loni. Buke gapo, loni raso diri ni koho lamo koho raso koho pelik, koho nnakut, tok berani lasung nok wak gapo-gapo. Nok wak gapo-gapo keno wak nge ore, padahal buleh jah kot buwak sdiri. Sokmo doh mitok supayo diri ni jadi koho yakin seket, tapi gak duk taro tuh jah. Tera tera tok jjadi jugok, tok tahulah nok wak gano lagi.

Ore royak sene jah, keno panda saingg lah. Masalohnyo, nok saingg tu hok susohnyo. Tok sumo ore pandai buat saingg. Aku tok supo nge ore lain, minat lain-lain, cari sano sini doh tak dok sore pun hok supo nge aku, gano tok wi muta palo otok nih. Kalu dulu ado la jugok saing hok samo palo, sini buke main susoh nok cari. Bukenyo aku tak dok saing, ado jah, cumo masaloh akunyo, aku tok suko jadi ore hok saing gitu gitu jah, nok saing hok mace bespren seket. Letih doh raso saing atas dasar jah, tapi tak dok sekor habuk hok amek bendo ni serius. Kalu serius pung aku sero tak dok sore pun hok layok kot. Ishh aku meme mmilih, maap bbanyok la deh.

Sene royak, tok cekak doh belakon depe budok-budok nih. Buleh jah nok buat-buat, tapi koho lamo koho bengo palo otok ni. Meta raso nok idup sekor, meta raso tok leh dok seko, ishh aku tok tau lah gapo hok tok keno nge aku nih. Aku sero, aku ni loni raso mace diri ni takdok saing, raso sunyi bedooh dale hati ni. Walapun ore royak aku napok koho hepi seket tahun ni, tapi aku sero dok sangat lamo-lamo. Bilo mikir-mikir mmula aku sero mace meme aku napok galok, tapi dale hati tu sero sunyi sangat. Aku tok tahu keh gapo, samo ado aku ni meme mmilih sangat, ataupun aku ni meme mmalah nok beruboh jadi koho sainng seket.

Rasonyo keno jadi galok bokali, keno berani wak gotu goni, tak yoh dok geletah mmikir pasal gapo ore royak, keno jadi hati kering. Tapi tu masalahnyo, aku tok leh jadi gitu, raso muta palo otok. Ore royak aku baik sangat, sokmo mikir pasal ore lain sapa tok mikir doh pasal diri kito tuh. Ishh aku tok tahu lah, narakk nih mugo nih, keno cari ubak nih cepak-cepak.

Tapi aku tok tahu gapo ubak dio.
Weh F nge Z nge M nge budok-budok lain, ke bagus kalu aku stay nge sek mung jah sapa bilo-bilo.

Haihh


ps - sene royak aku sero aku ssekor jah sini

Tuesday, April 12, 2011

Hujan Lagi Hati Ini

oh matahari matahari di mana kamu?


Oke sebagai permulaan, sila abaikan deformities pada model kaki di atas, sila fokus pada cahaya mentari yang memang lawa gila tu ya.

Bosan menulis post panjang je kejenya, so hari ni tetiba mood datang nak jadi weatherman lah pulak. Siap taruk gambar lagi. Cis, baru je niat nak tido awal malam ni, esok kelas habis malam kot. Oke lupakan lupakan.

Cuaca sejak akhir-akhir ni memang tak menentu. Tekak ni dah mula rasa macam nak demam dah, oh pleaselah jangan. Yelah, asyik hujan je kerjanya, atau macam lecturer Biokimia cakap, "it seems like you'll be having watery spring". Langit memang mendung sentiasa, dengan hujan rintik-rintik yang akan turun lepas tu. Kalau suhu sejuk sikit, yang akan turunnya ketulan salji. Ada satu hari tu pulak turun hujan batu.

Ishh, macam macam kan? Hujan lebat, hujan batu, hujan rintik-rintik, salji lebat, blizzard, suhu yang melampau pelik sejuknya, banjir, kemarau, panas, berangin sepoi-sepoi, berangin yang memang power gilalah anginnya, semua dah rasa. Resistant betul lah budak-budak kat Moscow ni kan?

Sepatutnya, spring tahun ni kena macam ni.



Walaupun tak nampak macam panas sangat dalam gambar-gambar tu suma, at least ada matahari. Ada sinaran dia. Ada kehangatan tu.

Walaupun suhu tak lah sejuk mana waktu hujan hujan, tak sesejuk musim salju, tapi still tak berapa suka sangat cuaca macam ni, terutamanya sebab keadaan akan jadi basah. Bila basah, baju jadi berbau hapak, jalan lecak, macam-macam lagilah. Tak berapa suka sangatlah saya.

Kalau skyping dengan famili, biasanya diorang tanya sekarang ni suhu macam mana. Bila cerita yang cuaca tak menentu, Mama selalu cakap, dunia ni koho lupo doh loni (baca: makin lupa dah sekarang). Kadang-kadang salji turun waktu spring, kemarau pada musim tengkujuh, dan macam-macam lagilah.

Ishh takut kan?
Kot kot manapun kena syukur syukur syukur, tu salah satu nikmat jugak tu.

Apapun, memang perlukan matahari amat sangat waktu ni.
Dah lama dah kot tak rasa panasss.
Ishh rinduunyaaaaa nak rasa hangatnya sinaran mentari =_="