Friday, March 30, 2012

I Am Not Much of An Explainer

Since high school, my explanatory skill sememangnya tak berapa nak betul sangat. The way I digest info is a bit different from others, I understood one particular topic with my understanding in which I am the only person who can understand it. Korang boleh tengok buku lecture notes aku untuk bukti, penuh dengan contengan dan anak panah dan lukisan, semuanya terkumpul sekali dalam satu kertas, memang organisasi skill aku ke lautlah senang cakap.

That's why bila orang tanya aku soalan, aku tak mampu nak jawab. Jawab tu jawab jugak, tapi seriusly memang tak tahu mana satu intro,  mana satu outro lah, tunggang terbalik macam tongkang pecah. Lepas tu mulalah rasa gelabah sebab takut orang tak faham apa yang aku eksplen, itu yang buat my explanation is so not meyakinkan tu.

Memang itu caranya aku buat kerja, nak buat macam mana. Even lecturer Extreme Military pernah bagitahu yang aku ni плохой художник, yang maksudnya aku ni "bad constructer/planner" dalam cara aku buat hasil kerja aku walaupun isi dan contentnya lengkap dan penuh.

Memang hasil kerja aku selalu comot. Even waktu aku lukis garis lurus pun memang tak lurus-lurus, apatah lagi yang lain-lain, aku memang macam gitu. Tambah-tambah lagi aku memang tak berbakat dalam buat sesuatu benda dengan perfect. Tapi its not that kotor atau comot sangat, cuma tak berapa nak kemas.

Tapi I still know how to beautify things oke. That creative part of me is still in me though. Cuma presentation tu lain macam seket haha, in my case action and mind dont work alike lah.

And they also said imperfection is the new perfect, so I'll guess its fine to be not that perfect sometimes. Lagipun its my trademark buat benda macam tu, and i am comfortable that way, biarlah aku nak buat apa kan kan?

Anyway speaking of comot-comot and not perfect, hopefully my ibadah pun tak macam itu lah. Itu yang digalakkan sangat-sangat tuh suruh tingkatkan yang sunat :(

Thursday, March 29, 2012

So Bo Ro

Its such a good start for my day, I woke up early and feeling fresh, ate breakfast and even managed to iron my clothes, but I completely forgot that they say kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari for a reason.

Its not a good feeling when you're getting hated for something that is not even your fault. I mean, if the fault is on me then I totally deserve it, but to be completely emo and marah-marah for your personal vengeace over something, well thats totally not cool.

I dont know until when can I tolerate such actions, I just don't want to be so emo and unleash everything when I couldnt contain myself anymore.Like really, we are all adults, we are matured enough to think properly, why so angry when there's nothing to be angry with?

Now I'm in such a bad mood again. And tengok aku dah terkutuk dah that person with inappropriate words when my friend tanya aku hows my day. Siap buat jelingan balik-balik mata lagi sebab geram. Ya Allah mana habis hilang all my so bo ro attitude?

But seriously, I dont think the problem is me when it's obvious that it's really you. But hey, at the end its not me who will suffer from this whole thing, and I am really sorry to say that you better get yourself checked before things get ugly.

Wednesday, March 21, 2012

Beku

There is too much to handle right now. With multiple inside problems and lots of ridiculous pressure outside, not to mention how much insufficient time has been for me to catch up with studies, I am exhauuuuusted.

There are tonnes of dramas here and there lately, and it's not really a good feeling when drama is lingering around and it's about those who you know very well, you will be stucked in the most uncomfortable place of all, which is right in the middle where people is talking behind and giving opinions on that matter while you pulak if tak join sekaki memang tak sah sebab it is soo irresistible thing to do.

Just admit it, people loves to flaunt the fact that they don't do this, they don't do that, but basically they are all lies and lies and lies.

Okay dah termelalut sampai kutuk-kutuk orang pulak malam-malam buta nih.

But seriously the drama dah berlalu dah pun, and I am so proud of myself for being able to not judge people like I used to be. My secret? Each time I heard or witnessed a gossip, drama, or rumour whatsoever I whisper to myself that "ikut suka hati dia nak buat apa, don't burden your otak to fikir masalah orang lain", and so sudden I forget the whole thing . So far it works, and I have never been happier to do what I want to do because I always stick to my principle that if I can talk stuffs behind your back, so do you, and I shouldn't be mad of it, hence came "the ikut suka hati apa korang nak buat" thingy.

But this week, or the weeks before, something wrong happened. I guess I am depressed and stressed out at the same time. Selalu sangat rasa nak marah orang, when people objected what I said I got mad very easily, and I even flipped out too this one day, and not to mention I kept menjawab when people give me advices and whatnots in so bitchy and annoying way.

Well that was certainly not me.

Or was it me, sebab the last time I checked I am the one who's wanting to become "manusia berhati beku". Maybe my heart is becoming beku dah kot afterall.

Saturday, March 10, 2012

Lulz is that diabetes? Exactly.

Haha terkinja-kinja ko nak amek blood pressure. True story btw, baru je berlaku minggu lepas LOL.

Friday, March 9, 2012

Mencari Konklusi

Rupa-rupanya menanti benda yang dah ada depan mata tersangatlah sungguh oh-tak-osem.

Macam mana aku boleh tanam sikap nak menunggu pun aku tak tahu. Kenapa kena tunggu sedangkan daripada bazirkan masa macam tu je, lebih baik kita usaha mencari turning point tuh.

Tapi this is such a true story.

Tengok kanan, tengok kiri, semua dah berubah. Hati ni rasa dangkal dan cemburu bila tengok semua dah makin lama makin bersih. Kadang-kadang rasa macam diri ini malu jugak sebab diri ini tahu yang ramai yang nampak perangai aku ni baik, tapi diri sendiri rasa macam diri ni baik luarannya tapi dalamannya hampeh. Tak berapa baik. Busuk.

Lepas tu mulalah diri ini start mengadu pada tuhan. Mengadu kenapa diri ini rasa kotor dan busuk. Mengadu kenapa sinar harapan yang ditunggu tak jugak kunjung tiba. Mengadu mengapa tak nampak sebarang kelibat pun cahaya yang dapat tolong untuk aku keluar dari sisa-sisa jahiliah dalam diri ini.

Tapi rupanya mengadu saja mana nak cukup. Macam mana tuhan nak kabulkan doa dan harapan makhluk ciptaan-Nya kalau kriteria yang diperlukan tu tak cukup. Macam bagi orang yang tak pandai menjahit kain kosong dan suruh dibuatnya baju, tak berguna. Last-last sekali caca-marba.

Dalam mencari sinar pengharapan untuk berubah, Alhamdulillah hati ini diilhamkan untuk tegar mencari butiran-butiran mutiara untuk hati yang makin lama makin busuk ni. Dulu pernah jugak insan kerdil ni terfikir kenapa Allah teguhkan hati ini untuk teruskan sikap istiqamah untuk join usrah sedangkan dulu pernah juga diri ini merasakan macam join usrah ini tak mengubah apa-apa. Dah lama join macam tak bersih-bersih jugak pun hatinya. Makin rasa buntu adalah bila tengok satu-persatu makin gembira dan berubah dengan tarbiyyah. Di mana silapnya diri ini?

Alhamdulillah, kadang-kadang bicara Tuhan dengan makhlukNya datang dalam bentuk yang pelbagai. Pengharapan untuk berubah tidak cukup kalau diri sendiri tak ikut sama nak berubah. Biarlah tak banyak, tapi insyaAllah Tuhan menilai setiap manusia melalui amalan-Nya. Lagipun bukankah Allah itu al-Rahman dan al-Rahim?

Dalam asyik dibuai lamunan, tiba-tiba hati tersentap. Bukan Allah dan cuba nak tunjuk dah ke ni? Dalam sedar atau tidak, bukan Allah dah ilhamkan dah ke suruh aku berfikir tang mana silapnya diri ini. Sampai bila nak asyik duduk peluk tubuh dan terus menunggu? Macam mana kalau dalam letih menunggu tu tiba-tiba ajal datang menjemput sebelum kita sempat nak berubah? Bukan ke rugi namanya tu? Sia-sia. Habis hilang macam tu sahaja riwayat hidup tanpa sempat nak buat

Lama berfikir, merenung dan cuba meneka apa yang akn terjadi di masa depan. Bukan setakat berfikir tentang masa depan dalam hayat hidup ini, tapi juga dalam hayat yang abadi. Akhirnya nah, tuhan ilhamkan aku untuk bertanya, mengadu, dan berfikir. Masih tak cukup lagikah bukti yang Allah cuba sampaikan sesuatu?

Akhirnya diri ini capai satu konklusi. Tak semua benda kita boleh dapat dengan begitu senang. Apa kau ingat engkau tu special sangat nak suruh hidayah Allah tu datang bergolek? Allah itu maha bijaksana dalam mengatur segala hal. Mana hilangnya iman diri pada ketentuan qada' dan qadar?

Haih hati mengeluh besar nampaknya.

Nampak sangat yang aku ni masih belum bersedia nak berubah. Jahilnya hati ini ya Allah. Maafkan aku ya Allah sebab selalu sangat jadi insan yang selalu merungut dan tak bersyukur.

Hati, minda, akal dan jasad kena ready sebelum hidayah itu Allah hadiahkan. Jangan sampai bila Allah dah anugerahkan hadiah terindah itu pada diri kita, kita tolak sebab tak ready, itu lagi teruk alamatnya.

Yep, itu jawapan dan konklusi diri setelah lama mengelamun. Jadi A, sila atur langkah dan mula mencari sinar itu, dah lama sangat dah hati tu gelap.

Ugly sides

Kadang-kadang khabar angin dan gosip-gosip belakang tu lagi kuat dari kepercayaan kita dalam hubungan sesama manusia, sebab apa yang akan terjadi selepas kita tahu sisi-sisi negatif seseorang tu akan buat judgements diri jadi tunggang terbalik.

Tapi seriously, what would you do if you knew the ugly side of your friend?

Shut them off automatically from your life, atau buat dunno dan pilih jalan selamat untuk tak nak judge orang? Orang cakap diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Memanglah option terbaik ialah opsyen yang kedua, tapi
bila diri sendiri pun rasa tak sedap hati dengan apa yang salah, perlu ke seksa diri untuk jadi hipokrit?

Bukan apa, takut makin teruk jadinya. Yelah, makin disimpan makin parah, bila-bila masa saja boleh meletup kalau dah lama memendam rasa. Tapi nak berterus-terang pulak...hmm..tak beranilah. Kang terasa hati pula.

Tambah-tambah lagi hubungan tu akan jadi bertambah janggal jadinya. Itu yang kadang-kadang kalau boleh taknak terlibat sangat dengan inside gossip nih, buat diri jadi serba salah dan kekok tak tahu nak buat apa.

Tapi most of the time baik buat dunno je dengan apa yang berlaku, sebab bukan masalah kita nak fikir pasal benda ni. Lagipun diri ni tak sanggup nak tambah seorang lagi musuh, makin susah hatilah jadinya.
Cuma kadang-kadang bila tak selesa tu pernah juga bagi tahu bila tak tahan, tapi secara sarkastik dan cover-coverlah seket.

Macam yang orang selalu cakap, kenapa nak give up last minute, bukan makin rugi ke namanya tu? Kalau camtu baik give up awal-awal.

Tapi kadang-kadang memang tak boleh lari dari rasa "kenapa mestu aku je yang kena selalu mengalah" kan?

Hee nak buat camne dah itu salah satu sifat yang Allah bagi, syukur je lah ada sifat macam tu. Adanya sifat macam tu bukannya bawak maksud yang kita ni lemah, tapi maksudnya kita ni matang dan bijak dalam handle perasaan. Lagipun bangga apa jadi orang yang selalu mengalah, nampak sangat kita lagi baik kan? Oops hehe :)

ps - rasa menyesal pernah pilih opsyen pertama dulu, nasib baik berjaya patch things up dan berazam tak nak buat macam tu lagi, tak mampu eden nak tanggung rasa bersalah buat hati seseorang tu terguris sampai bila-bila. Waktu tu otak tak matang lagi huhu

Tuesday, March 6, 2012

God reaches us in many mysterious ways

It is so funny how satu insiden yang berlaku secara tiba-tiba tu sebenarnya salah satu cara untuk Tuhan sampaikan sesuatu mesej kepada kita. Macam tadi, I was so determined with my decision and so sudden one thing happened and bumm, it changes my heart. Like seriously, this thing happens to me all the time and mostly it occurs when I am making big decision in my life. Yang peliknya perubahan tu memang buat kita lupakan terus apa yang kita dah determined gila gila awal-awal tadi.

Tapi baguslah tu, at least perubahan itu buat kita yakin pada takdir dan kata hati kita. Sebab tu most of my plans kadang-kadang tak tetap, kejap kata ini, kejap kata itu. Percaya pada flow keadaan katanya.

Tapi yang penting, I am still waiting for this big turning point in changing my life to be a better person, sebab most of my friends seem to be having it, aku je yang masih jahil macam ni. Atau sebenarnya petunjuk tu dah sampai tapi aku je yang tak perasan? Atau mungkin petunjuk tu dah lama datang tunggu aku tapi aku je yang rasa ragu-ragu?

Ya Allah, apapun yang berlaku jangan tarik nikmat yang Kau beri pada aku. Dan andai kata petunjuk tu datang, jangan kaburi mata hati aku untuk tak nampak petunjuk tu. Dan ya Allah, aku mintak sangat-sangat supaya teguhkan dan kuatkan hati ini supaya tak malas nak gapai petunjukMu.

Huhu jelesnya dengan mereka yang dah jumpa turning point tu :(