Tuesday, October 18, 2011

Kerana Maggi Sedaap

Apalah aku ni, homesick di pagi hari waktu buat maggi Sedaap.

Teringat yang Asif dan Yah mintak tolong buatkan maggi tu, dan Yah kasi tau yang dia tak nak maggi tu pedas-pedas.

Teringat jugak yang Yah ngan Asih menangis taim babai-babai kat lapangan terbang PC. Pastu ma cakap, diorang nangis-nangis sampai ke rumah. Rindu sangat ngan abang dia yang sorang ni, yelah selalu sangat takde kat rumah. Sejak form 1 lagi. Dah lah tu, tiap kali balik sekolah Yah akan jerit suruh aku bukakkan pintu, lepas tu dia cakap, "eh, lupa, A dah fly dah", itupun ma bagitahu hari tu taim skype.

Ya Allah, sedihnya sebuah perpisahan. Even maggi Sedaap yang macam biasa-biasa je pun boleh buat orang nangis di pagi buta.

Nak balik.
Nak balik.
Nak balik.

Sunday, October 16, 2011

The Truth Hurts, So Suck It Up and Move On Already

I thought I am by far the most ungrateful person here (as I proudly flaunted it as the title of my blog), but the reality is, there are more outside there who are much much more ungrateful than me, and not to mention they are plain stupid too.

I don't get it.

People asyik compare kata jangan belajar kat Russia, graduan doktor dari Russia tak cekap bla bla bla, tapi the truth is, the ones who keep flaunting it to the world are those who are studying in Russia itself. Mereka yang mengiyakan khabar angin bahlul tu by saying studying in Russia got pros and cons, tapi more to cons bla bla bla until I wanna puke.

Just stoppit already okay the whole nonsense.

Selalu sangat aku dengar yang oke, kalaulah aku study kat UK mesti aku tak jadi macam gini bla bla bla, dan segalanya tu dari mulut mereka yang malas pergi kelas, malas pergi kuliah, selalu pending exam, sebab kononnya dah give-up dengan sistem pembelajaran di Russia.

Tapi you know what, aku geram nak bagi bitchslap seket kat muka orang yang bongok sangat gitau macam gitu. Kalau study kat sini dah lemah dan putus asa macam gitu, ada hati nak study UK? Belajar mana-mana semuanya sama kalau semangat dalam diri korang tu mantap. Aku seriuslytak faham dengan sesetengah daripada mereka yang cepat gila putus asa macam tu, sedangkan dari kecik lagi mereka dengan bangganya bagitau yang diorang nak jadi doktor.

Meh sini nak bagi bitchslap kedua.

Tipulah kalau aku cakap aku suka belajar sini, aku pun tak berapa suka sangat sistem pembelajaran kat sini, tapi aku dah lama redho dan moving on. Aku ingat aku yang paling lemah kat sini, sebab jadi doktor isnt my first choice dan ditambah lagi dengan aku yang ada tremor, tapi realitinya ada lagi yang lagi lemah dari aku sedangkan diorang bukannya ada masalah besar macam aku pun.

Aku tak nak sangat sebenarnya jadi doktor, tapi aku still lagi berusaha stay up sampai lewat malam baca itu ini sebab tanak pesakit mati banyak. Aku pun dapat markah terendah yang sama dengan korang waktu final, tapi aku still tak putus asa untuk terus stay-up baca buku malam-malam. Aku ada tremor sedangkan korang takdak, tapi aku still lagi teruskan usaha untuk jadi doktor sedangkan aku tahu nanti memang konfom orang akan pandang rendah nanti taim kerja.

Lepas tu korang nak merepek cakap yang korang dah give-up, so korang malas nak belajar?

Sepatutnya those who are studying here lah yang suppose to be mantap, sebab semuanya bergantung pada diri sendiri dan bukannya kena suap oleh lecturer.

Sepatutnya kena bangga sebab walaupun ilmu yang korang ada tu sikit berbanding dengan apa yang budak-budak yang belajar kat tempat lain, student Malaysia terutamanya, tapi that is your own effort which lecturer cuma menyumbang 20%. Kalau dengan usaha sendiri kita dapat seciput tu, cuba bayangkan macam mana nanti kalau kita buat housemenship dan dapat bimbingan one by one from mereka yang lagi expert?

Tapi ni tak, lemah sangat. Manja sangat. Bodoh sangat. Asyik asyik cakap yang ada doktor dari Russia yang lemah waktu buat housemanship, tapi lepas tu terus jadi mantap. HELLOO, KORANG YANG BERKATA TU, KALAU YANG CAKAP TU JENIS TYPICAL STUDENT MEDIK YANG BETUL-BETUL STUDY TAK APALAH JUGAK, NI YANG MALAS, ADA HATI NAK CAKAP MACAM TU?

Those yang lemah pastu mantap tu bukannya yang ada zero dalam kepala otak macam korang, tapi yang study tapi kurang seket dari mereka yang lagi terer.

Ni tak, yang otak kosong sibuk-sibuk mengharap yang everything's gonna be fine in the future, haptuih (dengan kahak hijau sekali) betul.

Bongeklah korang ni, sepatutnya mereka yang malas belajar sila buang segala ipod ifon ipad, benda tu sebenarnya yang buat korang jadi bebal kepala otak. Komplen lah lagi pasal belajar, diri sendiri yang malas sibuk-sibuk nak cakap yang belajar kat sini tak best.

Haptuih (kali kedua)

Anyway, bitchiest quote for the night : Aku dari dulu cuma respek those who got ipad iphone ipod and whatnots pada scholars yang betul-betul scholars, which means memang bertanggungjawab sebagai scholars, bukan those yang berjoli sana sini pastu belajar malas, nanti seksok jawablah dengan Yang Cipta korang kat mana korang guna duit rakyat tuh

(oke perenggan last tu sebenarnya sebab aku jeles, aku bazirkan duit lebih kepada makan dan beli baju oops)

Saturday, October 15, 2011

Ёлка - Прованс

Found it finally! This is a Russian song with simple lyrics that has been stucked in my headd recently for so longg.


haha too excited sebab jumpa so there you go, two posts in a row!

Wednesday, October 12, 2011

Heartfelt

She's definitely the one to watch on this year X-Factor, such a beautiful performance! Ughh i'm dying to have this sexy,husky voice of her.

Thursday, October 6, 2011

Sikit-sikit Bahagi

Lagi gembira hidup macam gini, kongsi masalah dengan orang yang tak spesifik. Dengan si A kongsi masalah cinta, dengan si B bincang masalah pelajaran, dengan si C pulak bincang tentang masalah hidup.

Sebabnya, nak cari manusia complete yang ada semuanya memang susah, jadi kena bahagi-bahagi.

Dan satu lagi sebab, tak semua orang suka dengar masalah kita yang berlemon-lemon jenis tu. Si A tak suka bincang pasal pelajaran, mengantuk. Si C pulak tak suka bincang pasal masalah cinta, sebab memboringkan. Si B pulak tak suka bagi-bagi nasihat bila dengar masalah orang lain, buat makin serabut hidup dia adalah.

So macam tu lah kalau nak hidup, kena pandai susun atur cara nak handle masalah kalau tak mampu (dan tak tahan) nak pendam masalah sorang-sorang.

Tapi kalau tiba-tiba terjumpa dengan si D yang boleh dengar dan bagi nasihat apa saja, tak perlu lah sibuk-sibuk nak bahagi sana sini.

Tu pun kalau jumpa.

Tuesday, October 4, 2011

Nasib

Manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang maha menentukan.

Buatlah macam mana sekalipun, tapi segala pengakhirannya ditentukan oleh Tuhan. Kita sebagai manusia cuma mampu berusaha, dan usaha tu bukannya dari segi duniawi je, yang spiritual pun kena usaha jugak.

Dan dan dan konsep redha dengan apa yang berlaku pun amatlah penting, in case tetiba apa yang dirancang tak sama dengan apa yang diterima. Kang nanti kite ended-up menangis sambil marah-marah kat Tuhan kenapa jadikan hidup kita miserable sangat, nauzubillah, mintak dijauhkan.

Macam pagi ni, dah usaha dan rela cepat-cepat bersiap sebab rushing nak ke kuliah, tapi akhirnya last last takde kenderaan yang available pulak pagi tu, terpaksalah hamba skip kuliah lagi (alasan haha :P) Padahal dah bajet timing betul-betul dah yang akan sampai pada pukul sekian-sekian semua.

Kecewa pun kecewa jugak, tapi nak buat macam mana, bukan kita yang tentukan. Lagipun kalau nak diikutkan, hidup kita pun bukannya kita yang punya in the first place, kan?