Tuesday, June 4, 2013

Nota buat sahabat

Sahabat, the moment I read your post, I knew I just have to do something. Meskipun siapalah diri ini untuk layak menulis sebegini, tapi moga apa yang saya coretkan ini diredhai Allah dan mampu menuntun jiwamu yang meruntun tu.

Sahabat,

Ditakdirkan kita sebagai makhluk bernama manusia di atas muka bumi Allah ini adalah dengan sifat muhajirin. Setiap daripada kita manusia ini, setiap hari adalah orang yang berhijrah, ingin berubah daripada takuk lama ke takuk yang baru. Ada yang ingin berubah dari takuk yang buruk ke takuk yang baru, manakala ada pula yang ingin berubah dari takuk yang baru ke takuk yang lebih baru. Tak kisahlah takuk yang lama itu buruk mahupun baik, yang penting, setiap manusia ingin berubah ke arah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Dan proses ini pula, tidak akan lengkap berlaku tanpa ada sebarang cabaran dan rintangan. Takdirnya kita sebagai manusia, memang akan selalu diuji dari pelbagai sudut. Telah diceritakan berkali-kali di dalam kalam suci al-quran, jelas diperincikan bahawa hidup kita ini akan sentiasa dipujuk ke arah kesesatan oleh you-know-who sejak zaman Adam lagi. Kita sebagai manusia sememangnya akan dipujuk, dirayu oleh si durjana ke arah kesesatan kerana kita memang ditakdirkan begitu; punyai musuh yang membujuk kita ke arah itu.

Namun begitu, harus saya tekankan di sini bahawa manusia ini sering lupa bahawa mereka itu manusia. Mereka ini lupa yang mereka ini bukannya malaikat. Sering kali saya dengar kisah mereka yang berputus asa tatkala rasa diri tidak berjaya untuk berubah..yang mana dosa yang dilakukan itu, berulang ulang lagi dilakukan. Di sinilah ingin saya tegaskan bahawa di saat kita putus asa itu, yakinlah bahawa tatkala itu juga, berdekahan musuh kita yang satu itu tertawa kerana misi mereka itu akhirnya berjaya.

Oleh itu, kata kuncinya di sini ialah jangan mudah putus asa. Jangan sesekali fikir yang perubahan kita itu tidak berhasil. Cuba dan cuba lagi. Yakinlah bahawa segala khilaf yang berlaku itu adalah hasil pujukan syaitan dan silap diri sendiri yang senang digoda syaitan. Pohonlah perlindungan sebanyak mungkin supaya terlindung daripada bisikan syahdu mereka yang datang membisik, serta jangan lupa untuk menguatkan diri supaya tidak lagi lemah dalam buaian lena syaitan.

Dan andai kata kita gagal dan tergelincir sedikit dari landasan perubahan kita itu, maka di sinilah konsep pintu taubat itu perlu sentiasa dilekatkan dalam kepala bahawasanya ianya memang selalu terbuka untuk kita. Jangan sesekali fikir yang kita akhirnya tidak akan berjaya berubah. Apa yang penting, ikhlas dalam usaha kita untuk berubah, dan jangan putus asa.

Wallahualam.

Akhir sekali, ingin saya sentuh sedikit petikan daripada hadis 4 dari Hadis 40 oleh Imam Nawawi untuk peringatan; bahawa siapa kata kita yang hodoh dengan dosa ini tidak boleh berubah dah, nah ambek;

"..Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya jika salah seorang dari kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu didahului olehnya ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya, jika salah seorang dari kalangan kamu beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu didahului olehnya ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga."
- Hadis Riwayat  Bukhari & Muslim

Moga Allah redha, dan moga kita semua sentiasa dilindungi oleh bisikan syahdu mereka yang direjam.

Sunday, June 2, 2013

Salam Hari Lahir, A

Dalam kesibukan cycles dan pelbagai urusan yang memang memakan masa, saya terlupa sesuatu; hari lahir saya.

Jujur saya katakan yang saya benar-benar lupa sehinggalah saya terlihat dinding akaun facebook rakan saya dihujani berduyun ucapan selamat. Sahabat saya tu, lahirnya sehari lebih awal dari saya.

Saat tepatnya pukul 12.01 malam onwards, mulalah giliran facebook saya untuk menerima nasib yang sama. Berduyun ucapan naik, dan datangnya pula sumpah dari berbagai arah. Kawan sekolah lamalah, kawan setaman lah, sepupu sepapat lah dan sebagainya. Memang bergetar henset saya seharian dengan notification. 

Then somehow strangely, something struck when I was scrolling down the wishes. Saya ter-stuck di satu wish yang simple dan biasa kita ucapkan.

It was the ucapan of "semoga berjaya dunia akhirat", a simple wish, tapi mampu buat saya pada malam itu tergamam sejenak, berfikir.

Terus minda saya terbawa ke satu situasi yang berlaku sebelum itu, di mana saya terstumble upon this particular ayat dalam surah as-sajdah. Entah kenapa, hati saya lebih tertarik akan ayat ini pada malam itu.

It was this ayat, 32:26, which says;

"Dan tidakkah menjadi petunjuk bagi mereka, betapa banyak umat-umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah mereka tidak mendengar dan memerhatikan?

Tatkala saya mentadabbur ayat ini, saya terfikir bahawa kita ini bila-bila masa sahaja boleh binasa. Ajal maut kita tak siapa yang tahu melainkan Allah, dan ianya sudah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi. Dan dalam ayat ini, Allah ceritakan bagaimana sudah cukup banyak umat terdahulu yang telah dibinasakan, yang berjalan dengan senang-lenang di atas bumi pinjaman Allah..yang akhirnya dibinasakan Allah begitu sahaja.

Sangat menakutkan sebenarnya jika difikirkan balik, yang kita ini tidak mengambil ibrah langsung dari umat terdahulu. Tak siapa yang tahu di tanah yang kita sedang berjalan ini, mana tahu kita sebenarnya tengah berjalan di atas kesan-kesan ketamadunan mereka dahulu yang telah dibinasakan.

Alangkah takutnya jikalau kita ini sebenarnya sama seperti umat terdahulu, bersenang-lenang berjalan di tempat yang sama, tanpa mengerti yang kita ini sebenarnya adalah calon-calon yang akan binasa, yang tidak berjaya di dunia akhirat. Ataupun mungkin di dunia ini kita berjaya, tapi di akhirat nanti tidak. Nauzubillah..

Mungkin ini adalah ucapan hari lahirku dari Sang al-hadi, yang maha memberi petunjuk.

Semoga berjaya dunia akhirat, A. Semoga berjaya.