Sunday, October 24, 2010

Apa Yang Muslim Patut Buat


Tak tau lah bakpo (baca: kenapa), minggu ni memang apa yang A baca correlate with each other.

Teringat satu post blog yang pernah A baca, daripada blog seorang senior sekolah A yang rasanya dia tak kenal sangat A, berkisar tentang apa yang Rasulullah S.A.W akan buat andai baginda dicerca, dihina macam apa yang si golongan kafir tengah buat sekarang.

Post ni agak panjang sebenarnya, dan ditulis dalam bahasa Inggeris, dan merupakan satu reaksi terhadap Hari Membakar al-Quran baru-baru ni. Dan kalau nak tahu, nama penulisnya Mike Ghouse dan co-writernya lak Imam Zia Shaikh.

Agak-agaknya apa yang Muslim patut buat bila benda ni berlaku?

Senang je, kita tak yah buat apa-apa.

Tak perlu nak marah-marah, kecam-kecam, bunuh-bunuh.

Mula-mula bila A baca pun tersentap jugak jantung ni, sebab contohnya bila ada yang cerci maki agama Islam, A senang naik radang. Tapi bila baca artikel ni, A sedar yang sepatutnya apa yang A buat selama ni salah, tak patut marah-marah.

Yelah, mesti korang ingat atau pernah baca kan yang apa yang baginda buat bila orang baling najis dan batu dan macam-macam lagilah masa baginda solat, maki hamun baginda dan macam-macam lagilah, tapi Rasulullah S.A.W tak pernah marah kan? Tak pernah gaduh-gaduh tumbuk-tumbuk kan? Tak pernah balas dendam suruh orang pukul atau bunuh balik kan?

Yang A tahu, baginda bukan je tak buat apa-apa, malah siap doa lagi supaya hati orang kafir taim tu akan terbuka.

So apa yang patut kita buat bila ada orang kafir hina Islam?

Kita sepatutnya tak patut marah-marah, cuba explain balik apa yang salah, dan doa kat Allah S.W.T supaya hati orang tu terbukak. Tak perlulah nak kecoh-kecoh, tak de guna pun.

Kebetulan bila hati tersentap sebab baca benda tu, A came across video klip lagu terbaru Maher Zain, The Chosen One. Memang masyaAllah, makin sentap hati ni. Intro video klip dia mula-mula dah cakap yang video ni dibuat inspired by Rasulullah SAW, dan memang sebak terus hati ni. Yelah, macam kebetulan je.

Wallahu'alam, semuanya dari Allah SWT.

Apapun, kalau korang nak baca, ni link dia. Sila tekan sini, k.



P/S - A tak pernah download lagu Maher Zain sebab rasa macam illegal je. InsyaAllah nanti A beli album dia.


Monday, October 18, 2010

Final 14 - Telephone


Yay they're doing Telephone!



And oh I love Rebecca's voice!



and Matt Cardle too.

and Mary Byrne.

and cuties One Direction.

and maybe Katie Waissel.
or Treyc Cohen
sometimes Cher Lloyd

and oh I think I should stop.


teehe :)


Sunday, October 17, 2010

Oke Oke



It's already autumn, and winter is on its way.
People says that it will be the coldest winter in 50,000 years, and I sorta get the feeling of becoming an ice-age creatures, hibernating myself with warm blankets and watching Gossip Girls on bed with hot cocoa and peanut-butter sandwiches

Hey winter, i'm not that ready lah to meet you. Slow-slow down little little eh

Ah winter, it feels so nice to see the white, purely-looking snow falling down gracefully from the sky without knowing what it capable to do next. It's cold, it's cold, it's cold, and it's cold. I do love the snow, it's so pure, so white, so heaven, so....whatsoever it is, but when it's -20 and below, with blizzard is going on, and we have to walk through the thick white snow for classes, plus if we aren't lucky we'll be slipping over the slippery ice, and it's still dark, and dark always means much colder to me, with the icy snow slapping our faces, the coldness makes my munchy little face can't barely move, and now you believe it's okay?

And yeah it's all gonna be okay, if later I felt so cold and fell down onto the white snow, and a vampire is trying to help me.

Or Jacob Black
*uhh he's HOT :P



Ujian


I always love hearing those cakap-cakap from others who are experiencing what I had last year when I first camed here.

Source utama : haha of cos facebook, I love stalking comments of people, knowing their lives, problems etc etc

Okeh sambung balik. Last week when I am studying anatomy, one of my friends from my batch messaged me via facebook.

F: A jom skype! Please please :(
A : hah Skype?

reaksi terkejut sebab:
1) Skype cuma untuk famili bagi A.
2) A tak rapat ngan dia, dia dari kelas 1st, dan A pulak kelas 4th *oooh
3) Sejak bila pulak A ada dia punya id
4) Dia bukan dari gender yang sama dengan A

F: yup, Skype. jom jom
A: eh, ada add ke?

haha, tu ayat sebab yang mana add A, A tak approve kan sebab Skype tu untuk famili je aka personal purpose :)

F: Alah, ni id. Add la cepat, please xxx.
A: Ah oke oke. Nak sign in jap hoho

so add punya add, then dia approved, dan oh dia video calling A. Tidak tidak. So rupanya "jom Skype" tu maksudnya "jom video chat!"

okeh okeh, releks releks, control macho, betulkan rambut seket-seket, dan lepas 2 minit, baru A approve kan video call tu.

so kitorang borak-borak, dan rupanya dia tertekan. Dia baru fly tahun ni, dan dia rasa yang apa A rasa last year. Dia tertekan dengan anatomi, dengan bahasa, dengan makanan, dengan suhu, dan oh, dia bertudung, so dengan agama jugak.

1- anatomi - subjek paling susah bagi 1st year. Semua kena hafal, dari yang remeh-temeh hingga ke benda yang besar-besar.

2 - makanan - yang mana satu halal, yang mana tak. Aiskrim boleh makan ke tak, macam mana nak tahu benda ni halal ke tak, macam mana nak tanya ni halal ke, daging apa ni, etc etc

3 - bahasa - haha ni susah. mostly kena guna bahasa isyarat. memang tak faham langsung, cakap punyalah laju, pastu tak leh speaking, dan bila tak faham nak marah-marah pulak. I missed Malaysian people, at least we are more tolerate dan graceful (sorry ayat racial dari aku)

4 - suhu - suhu 0 celsius tu dah kira ok. Bagi yang baru datang, yang mana tak adapt lagi ngan suhu sejuk, kulit akan jadi kering, jadi berkeruping-keruping, pastu merekah dan berdarah. Rasa macam telanjang je sebab sejuk tuh menusuk masuk ke baju dan tulang

5 - agama - yang bertudung memang banyak sikit cabarannya. Orang akan selalu conspicious, selalu ingat kita terrorists, dan biasanya budak-budak akan make fun, kecam-kecam.

So yang tu memang selalu jadi kat budak oversea.
Sebab tu mana-mana yang fly akan cakap, hidup sebagai oversea student lagi susah dan sebenarnya tak seronok. Orang lain biasanya bajet student oversea best, seronok dapat jumpa orang kulit putih, dapat tengok negara orang, tapi realitinya memang susah. Kalau emosi tak kuat, matilaa.

A pun rasa memang susah duk kat oversea, especially yang mana duduk kat negara yang English bukanlah medium bahasa yang diorang pakai. Memang susah, memang susah, memang susah. Kalau duduk UK or US or Aussie, entahlah, at least diorang faham apa yang diorang hadapi. Macam kat sini, kalau kena tahan polis pun tak faham sebab apa kena tangkap.

Haih entahlah, malas fikir. Otak dah letih sangat nak menerima, apatah lagi nak digest benda-benda nih. Entahlah, tahun ni memang over sibuk sangat-sangat,

Apapun, A still ada empat tahun lagi, dan kawan A tu ada 5 tahun lagi, so journey masih jauh lagi. Yang pasti memang tak leh tarik diri, mana mungkin kitorang mampu nak bayar sume pengajian tuh, matilah.

Yang perlu student oversea buat, kena tabah, dan bagi A, A selalu fikir yang benda ni jadi mesti ada hikmahnya. Tak kisahlah benda tuh kecik ke besar, semuanya ada maksud.

A memang percaya akan karma.

P/S - Nak uplod gambar, tapi most of them ada lam henfon. Dan tenet tak mengizinkan jugak.

Friday, October 8, 2010

Yay TGIF!


Fuhh.
Minggu ni menggila seket semuanya

Dah rasa macam student medik dah tahun ni. Minggu ni saja dah ada empat exam, berturutan dari hari rabu hingga jumaat. Sebenarnya dua subjek je sepatutnya; anatomi dan histologi, tapi sebab tak lepas ujian fisiologi minggu lepas, terpaksa kena repeat paper tu hari ni. Biokimia pulak tak tahu lagi result, so lebih baik prepare daripada tak bersedia langsung.

So overallnya pasal result tak yah la bagitahu. Just so-so je, nama lagi budak medik. Lagipun A bukannya kisah sangat pasal result, asalkan faham, tu bagi A dah cukup.

Sebabnya, kat sini semuanya bergantung pada nasib sebab semuanya oral. Cuba bayangkan, semua yang kita belajar dan baca dari buku yang tebal-tebal tu, semua kena ingat dalam otak. Lagipun bila oral, takleh nak fikir lama-lama, pastu gementar dan banyak lagilah faktor lain yang buat A cakap semua tu sebab nasib. Bukannya tak prepare atau tak study ke apa, cuma ada masanya mungkin Allah tutup mata hati kita jap, buat kita nerves ke, ataupun buat kita jadi blurr. Sebab tu hubungan dengan Allah kena jaga.

Nasib baik kat sini, asal lulus dah kira syukur sangat-sangat, sebab kat sini tak pentingkan sangat markah atau gred purata atau so on. Kalau sini ada ikut pointer, memang A mati haha.

So malam ni memang nak tidur puas-puas, layan episod drama yang tertangguh, dan tenangkan otak.

Yelah, dah tiga malam berturut-turut dah A tidur dalam dua jam je sehari, pastu otak ni dah kuat sangat dah bekerja, kena bagi dia rehat dulu. Kang tiba-tiba meletup kang, naya nanti.

Haha tiba-tiba teringat lirik lagu Katty Perry tajuk Last Friday Night, dia cakap TGIF!

TGIF - Thanks God it's Friday!