Monday, September 27, 2010

Baru


Memang selalunya macam ni.

Bila ada je exam (kat sini panggil colloq), mesti idea mencurah-curah masuk, dan tangan tu gatal pulak nak mengupdate blog.

Tapi, dah memang lama pun tak tulis apa-apa dalam nih. Biasalah, nama lagi budak medik, kena wajib busy. Kalau tak busy pun kena buat-buat macam busy haha

So kita mula dengan lembaran baru, hidup baru.
Koyak dan simpan kenangan lama, letak kemas-kemas dan simpan baik-baik, pastu cakap yay, jom mulakan hidup baru!

Tahun ni memang semua baru. Memang pengalaman, etcera etcera memang semuanya baru.

Tahun ni, instead of duduk kat hostel, kitoarang duduk kat apartment. Bukan kitorang tak nak, tapi rasa macam tak berbaloi. Lagipun, memang kitorang ada berdepan ngan beberapa masalah yang memang tak mengizinkan kitorang duduk kat situ.

First, kena bayar penuh untuk 8 bulan, iaitu 2650USD. Yang masalahnya ialah kena bayar penuh, dan bukannya separuh macam sebelum ni. Manalah nak korek cari duit dalam 3000USD dalam masa dua minggu. Jangan terkejut, memang harga hostel amat mahal sebab tu bukan hostel MMA. Last year kitorang stay kat Hostel Pushkin, kena bayar 2950USD. Tahun ni dipindahkan ke Hostel Kuzminki, dia bagi diskaun la seket.

Biasanya macam tu lah, 1st year ataupun 2nd year memang tak dapat lagi hostel MMA yang permanent dan lagi murah, which harga dalam 1900USD je, tapi biasalah give priority to senior dulu. Nak tak nak memang kena jimat seket dalam setahun dua ni.

Pastu fasiliti tak berapa oke sangat, walaupun rasanya A still boleh survive kot kalau duk situ. Fasilitinya tak oke macam Pushkin, dan dengan harga macam tu A rasa macam tak berbaloi sangat.

Dan akhir sekali, bila dikira-kira lagi jimat kalau duduk apartment. Tu yang orang cakap, dan A pun fikir macam tu jugak, tak tahulah nanti macam mana sebab duduk sini tak cukup lagi sebulan. Tak tahu lagi macam mana proses pembayaran, ada kena bayar lebih ke, kurang ke, ada top up sikit ke, entah tak tahu. Itu fikirkan kemudian.

So cari-cari apartment, akhirnya dapat satu kat metro Scholkovskaya (Щёлковская), line biru, dan agak jauh dari kelas, sebab kelas banyak kat line merah yang selalu kena bom tu haha. Tapi, rumah tu agak convenient dan kawasan sekitar macam oke je. So malas nak pikir-pikir banyak, jauh pun jauh la, tak kisah.

So rumah tu dipilih, share 7 orang. Overall rasa semuanya okay kot, walaupun jauh sikit daripada biasa. Orang lain lagi dekat, semua di line merah, tapi biarlah, dah ada rumah pun dah kira bersyukur amat dah. Lagipun, kalau diikutkan supposely A duk kat line merah, tapi sebab A berkorban dan baik sangat, malas nak citer panjang kang ada yang terasa, so ended up di sini. Harap-harap semuanya selamat, sebab takut jugak duk kat apartment ni.

Yang paling takut mestilah bab-bab sekuriti. Harapnya tak de lah benda-benda buruk berlaku, mintak dijauhkanlah, Ya Allah.

Placement dah setel, cuma tinggal bab-bab study je lah yang tak berapa nak setel lagi. Esok ada colloq anatomy bab Sistem Saraf, tapi macam biasalah. Sepatutnya exam tu next week, entah lecturer tu gedik tak ingat dunia, bajet student dia boleh jawab besok. Entahlah, baca pun tak habis, pastu nak kena ingat pulak semua benda yang banyak-banyak tu, alamatnya tawakkal je lah macam biasa.

Dah tahu dah yang memang takkan dapat jawab ngan perfectnya besok nih. At least dah mencuba sedaya upaya, tak lah rasa menyesal sangat. Kadang-kadang rasa macam betul ke aku ni nak jadi doktor, subjek anatomi pun belajar main-main nih.

Haih, wallahuallam lah.

P/S - Gambar umah nanti-nanti lah. Dah pukul 2.30 pagi kat sini

Thursday, September 9, 2010

Monday, September 6, 2010

Update

Alhamdulillah, semuanya ok

Banyak masalah menimpa tahun ni, hanya perlu bersabar sebab semua tu ujian daripada Allah SWT

Dah le sekarang ni bulan Ramadhan, mungkin ada hikmah semua ni terjadi

Minggu lepas dan minggu ni agak sibuk, tapi rasa nak update this weekend

Banyak gila nak tulis, dah simpan dah sebenarnya buat draft, cuma malas nak publish lagi

InsyaAllah hujung minggu ni A update, kalau takde aral melintang

Doakan semuanya beres :)