Friday, April 30, 2010

Oh Lisa dan Budak Setan

*gasped

tadi masa usha-usha blog orang terjumpa trailer nih.
yelah, sekarang ni kan mostly semua blogger satu Malaysia tengah sibuk jadikan Lisa Surihani ni sebagai gadis idaman diorang.

So secara tak langsung, apa-apa filem atau drama lakonan si Lisa ni akan mudah jadi popularlah. Tambah-tambah lagi, sekarang ni kan tengah hangat orang tengok drama Adamaya, alah yang kisah pasal kahwen muda tu. Baguslah, at least tu menunjukkan orang Malaysia masih lagi layan drama Melayu.

Berbalik pasal trailer nih, bagi A filem ni memang nampak best sangat-sangat. Trailer dia memang buat A rasa touching sangat-sangat, dan A yakin filem ni akan dapat sambutan yang hangat. Dah lama dah A tak nampak filem berkualiti macam nih. Mula-mula ingatkan satu lagi filem Melayu bongok yang pasal hantu-hantu nih, sebab tajuk dia "Lagenda Budak Setan", tapi rupanya citer jiwang, adaptasi daripada novel Ahadiat Akashah.

A takder nak komen sangat pasal filem ni, tapi satu je A nak komen, kalau boleh A tak nak Farid Kamil berlakon ngan Lisa Surihani. Nak jugak pelakon lain yang berlakon sekali ngan dia. Bukan nak kata Farid Kamil tuh tak bagus, tapi dah bosan tengok asyik-asyik si Farid yang jadi hero kepada Lisa. Hihi

Korang pulak, apa pendapat korang pasal filem ni?




p/s - Lisa makin popular sekarang, dah dapat ganti tempat Scha Al-Yahya dah sekarang. Baguslah, sebab A memang tak suka sangat bekas awek Fahrin Ahmad tuh. Next year kompom bertambun anugerah si Lisa ni dapat. BTW, alang-alang sebut pasal Ahadiat Akashah, kalau tak salah A dia pompuan kan? Kalau A salah tolong betulkan, ye.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*update - Ahadiat Akashah laki-laki. sumber ihsan pakcik google dan nabila shi. maafkan saya ye uncle. jangan saman saya, saya manyak susah maa. hoho

Monday, April 26, 2010

Tagged : Alejandro

yeay. been tagged by amin, and kinda like it.

it's worthed to give it a shot, as i'm kind of sleepy, plus my mind is so tired to think for any ideas for my Russian essay homework that need to be presented tomorrow.

1. put itunes/winamp/mp3/mp4/ipod/windows media player/mixpod/blah blah blah on shuffle
2. for each question, press next button to get your answer
3. you must write that song's name down no matter how silly it sounds!
4. tag 10 or more friends who might enjoy doing this

so here it goes

if someone says "is this okay" you say?
this is how we do it - glee cast
[haha..makes sense isnt it?]

what do you like in a girl/boy?
should've said no - taylor swift
[shoul've said no, or should i say neither? :p]

how do you feel today?
dangerous to know - hilary duff
[seriously, no need to know. it's dangerous]

what's your life purpose?
dalam bahasa sayu - karen kong
[A selalu sayu]

what's your motto?
unstoppable - kat deluna
[yeay. im unstoppable]

what do your friends think of you?
parachute - cheryl cole
[based on lyrics, it makes sense]

what do you think of your parents?
sama-sama menjulang - karen kong ft. reshmone
[yeay. together we menjulang]

what do you think about very often?
worth the wait - jordin sparks
[kena selalu sabar. bagus bagus]

what is 2+2?
tik tok - ke$ha
[haha. tik + tok]

what do you think of your best friend?
one step at a time - jordin sparks
[yep yep. be patient and no need to rush, guys]

what do you think of the person you like?
don't let me fall - lenka
[yep yep. jangan biarkan saya terjerumus in you know what]

what's your life story?
distance and time - alicia keys
[masa kian suntuk, jarak makin dekat]

what do you wanna be when you grow up?
one less lonely girl - justin bieber
[opps..can i say i wanna be "one less lonely boy"? but hey, it means i'll no longer lonely in future. yeay]

what do you think when you see the person you like?
save you - kelly clarkson
[hum hum. i need to save that person?]

what do your parents think of you?
temporary home - carrie underwood
[yeay yeay yeay :')]

what will you dance to at your wedding?
long shot - kelly clarkson
[so my choice is gonna be long shot?]

what will they play at your funeral?
1000 penipuan - farah asyikin
[*shocked. 1000 penipuan?]

what's your hobby/interest?
impossible - kelly clarkson
[noooo waaay! it must be possible!]

what do you think of your friends?
mama's song - carrie underwood
[i aint mama btw]

what's the worst thing that could happen?
cinta - farah asyikin
[OMG]

how will you die?
khayal - dayang nurfaizah
[hah? mintak jauh mintak jauh]

what's your biggest regret?
if no one will listen - kelly clarkson
[huha huha]

what makes you laugh?
lovegame - lady gaga
[gedik gedik gedik. *blushed]

what makes you cry?
alive - leona lewis
[sometimes i cry for being alive]

will you ever get married?
bleeding love - leona lewis
[nampak macam akan berdarah hum hum]

what scares you the most?
according to you - orianthi
[yeah. it scares me to death when everything i did is according to you and not myself]

does anyone like you?
kiss me - sixpence none to richer
[anyone that kiss me like me?]

if you could go back in time, what would you change?
love like this - natasha bedingfield ft sean kingston
[yup yup. it hurts me to be in love like this :( ]

what hurts right now?
wild horses - katie stevens ai9
[tak faham tak faham]

what will you post this as?
alejandro - lady gaga
[LOL. haha..alejandro?]

overall i think everything makes sense. hum hum. anyone yang nak cuba, sila sila.

p/s - hey hey, google said alejandro means defender. hmm.. is wondering what could it means?

Quick Updates



Tertarik dengan quote ini:


I am my own free spirit -
individual &
brave

I am so brave, in fact, I post update in facebook because I'm too afraid to actually stand up to someone in person.

Either that, or I'm just trying to make my life look dramatic.

Haha. and posting them to blog too.
Whatever-lah

Wednesday, April 21, 2010

Ini Bukan Pasal Melodi TV3


Aiyak!


Haha. Comel kan bila setat tulis post ngan guna perkataan "aiyak"?
Haha, memang betul-betul tadak kijer.

Anyway, sebenarnya minda ni dah tak boleh nak teruskan study anatomi, sebab makin lama baca makin tak faham. So nak tak nak kena pause kejap dan cuba tenangkan minda yang makin lama makin mengantuk nih. Haihh.

Pusing sana pusing sini, tiba-tiba dapat ilham nak menaip something. Almaklumlah, dah lama tak berupdet blog nih. Siap bersawang lagi sampai boleh buat orang batuk-batuk. Ni sebab deactivate akaun facebook punya pasallah ni. Biarpun proses peng-deactivating facebook tuh tak berapa nak menjadi, tapi dalam tak disedari, dah lima hari benda tu berjaya tak disentuh. Not bad jugak le katakan, haha

Oke. Terus ke titik utama mengapa tiba-tiba A gatal nak menulis ini malam.

Sebenarnya, A baru je habis tengok episod terbaru Glee, yang tajuk bagi episod kali ni Power of Madonna. Then bila tengok episod nih, A tertarik amat dengan lagu paling last yang kelab Glee ni nyanyi. Sebab tajuk episod kali ni pun namanya Power of Madonna, so itu mestilah lagu Madonna. Lagu tu tajuknya Like A Prayer, dan lagu tu merupakan salah satu lagu yang berunsurkan kerohanian.

A bukannya nak banned-kan korang supaya tak dengar lagu tu ke hapa, tapi A cuma nak bagitau yang A minat lagu tu. Lagu tu sebenarnya tader apa-apapun, dalam liriknya tader la pulak cakap pasal Kristian atau Jesus ke hapa, liriknya bersifat universal. Biasanya bila A dengar, A memanglah kaitkan lirik tu dengan kepercayaan A, dan cuba tak fikir songsang.

Tujuan A bukan nak cakap pasal lirik lagu tu sebenarnya, tapi nak bagitahu yang cara gubahan lagu tu memang berkesan amat. Ni bukan kali pertama A dengar lagu yang melodi dia berkesan macam tu. Seriusly A bagitau, ada banyak lagu berunsurkan ketuhanan, tapi yang Kristian punya yang A dengar. Contohnya;

Hallelujah - Alexandra Burke (penyanyi asal : Leonard Cohen)

Hallelujah ni sebenarnya macam sebutan Alhamdulillah, tapi bagi orang Yahudi. Biasanya bila A dengar lagu ni, A tukar bahagian Hallelujah tu dengan Alhamdulillah. Dalam lagu Change - Taylor Swift pon guna ayat Hallelujah ni jugak.



Inside Your Heaven - Carrie Underwood



Let It Be - Katie Stevens AI09 (penyanyi asal : Beatles)



dan tambah satu lagi, Like A Prayer - Glee (penyanyi asal : Madonna)




Kat sini A cuma nak timbulkan persoalan sebenarnya. Kenapa tak der lagu Malaysia yang buat lagu yang melodinya macam ni? A cuma tahu, ada irama nasyid, tapi secara jujurnya A bagitahu, A rasa lagu nasyid dah agak ketinggalan arus zaman. Ada sesetengah yang oke, tapi bilangan lagu yang bagus tu sikit amat. Kenapa tak cuba contohi komposer-komposer tanah seberang? Tengok lagu ciptaan komposer Indonesia, macam lagu Hidayah - Desi Ratnasari, Astaghfirullah - Marshanda, atau Ku Bersujud - Acha dan Irwansyah. Tu tak masuk lagi yang band Ungu, Radja dan yang lain-lain punya lagi.

Yang A cuma nampak sekarang, Dato' Siti Nurhaliza yang buat album Tahajjud Cinta. Yang ni baru namanya moden. A paling suka gubahan Asma'ul Husna yang Dato' Siti nyanyi. Hum hum. Tu tak masuk lagi lagu yang lain dalam album tuh.



Dah letih rasanya berceloteh, dan A memang harap sangat-sangat komposer Malaysia ambil inpirasi daripada komposer luar dan cuba perbanyakkan sikit lagu-lagu moden, tapi liriknya berunsurkan ketuhanan. Jangan ingat peranan nak berdakwah tu terletak kat lagu nasyid je. Haihh..dunia dunia.

Kena sambung baca anatomi. Kalau tak, matilaa MyEm0.Com

P/S - Mengharap lagu moden macam Maher Zain, tapi versi Malaysia.

Saturday, April 10, 2010

TTFN


For sure, i have deactivated my facebook account.

please don't ask me why,
i just wanna find some kind of peace of mind


im screwed up, i know



P/S -
everyday, heartaches grow a little stronger
and I can't stand the pain much longer

Gullibility?? Itu Bukan Term Yang Betul

Bencilah

Sekarang dah rasa bersalah amat-amat
A hilang pertimbangan, silap perkiraan
A silap, silap, silap

Tulah, buat something tak guna encephalon comel tuh
Main bantai jek

Maaf maaf
Tapi sebenarnya tujuan A buat cam tu nak kamu sedar yang A nak suruh kamu faham apa A rasa, itu aja
Itu hak kamu kalau nak marah-marah, A tak leh halang
Kamu berhak nak marah, caci, kutuk apa A buat
A tak halang pon
Hihi

Apapun
Maaf maaf lagi

P/S - nak lupakan dan sabar macam always. moving on je A. tak guna masam masam. muka jadi tak comel. haha. perlu senyum, senyum, senyuum. say cheese!
MyEm0.Com

Friday, April 9, 2010

Sepucuk Penjodoh Bilangan Untuk Surat

Mood : my bad-mouthed sepupu

Saya tahu awak stalk saya.
Saya tahu awak akan baca post nih.
Dan alang-alang awak tengah baca post nih, ini ada pesanan daripada saya untuk awak

Seriusly, saya tak pernah pun dengki, cemburu, jeles dan sewaktu dengannya dengan awak.
Saya ulangi sekali lagi, saya tak jeles pon.
Saya tak jeles pon walaupun untuk sekali, berkali-kali, mahupun bertripel-tripel lemon kali.

Saya pelik, setiap benda yang saya dapat, macam awak cuba usaha biar benda tu dapat jugak kat awak.
Segala benda yang saya bagitahu, pasal kegembiraan saya, pasal kejayaan saya, pasal itu ini, semuanya awak anggap saya cuba bangga diri, bragging itu ini.
Semuanya nampak macam seolah-olah saya cuba bangga diri, tengah poyo dan bragging pasal something yang awak takder, sedangkan tak langsung!
Lepas tu, bila saya cakap saya ada itu ini, awak usaha nak dapat apa yang saya dapat.
Dan the terrible part is, awak bragging depan saya yang awak pun dapat benda yang sama!
Sapa dengki kat sapa ni?

Dan saya dengan bodohnya cuma mampu dengar, senyum sebab tak nak sakitkan hati awak.
Saya terima, dengar dan cuba layan kegembiraan awak sedangkan hati saya terasa.
Saya sabar, sabar, sabar.

Itulah sebabnya kenapa saya cuba berdiam diri jadi lebih berahsia sebab saya tak nak awak anggap saya sedang bermegah-megah depan awak.
Saya tak nak sakitkan hati orang.

Tak boleh ke awak dengar, faham isi hati apa yang saya cuba sampaikan walaupun sekejap?
Atau dengan lebih tepat lagi, boleh tak jangan anggap saya dengki ngan awak?

Dan alang-alang awak tengah baca post ni, dan post ni pun nak habis dah, saya pun nak cakap something kat awak.

Tolonglah, awak ni memang jenis yang tak faham bahasa ke?
Saya sedih, sakit hati bila saya buat something yang nak uji awak, dan resultnya memang betul-betul positif. Saya sedih dan terkilan, dan saya kot kot mana pun still akan tunggu bila awak nak respond ujian saya tu secara negatif, biar benda yang saya uji tu tak betul.

Dan sebab tulah setiap kali saya jumpa awak saya tak senyum.
Saya cuba senyum tapi hati saya sakit dan buat saya tak leh senyum.

Hati saya sakit sebab awak tak pernah cuba faham saya.

P/S - sup ayam, mi goreng. saya lapar :'(

Saturday, April 3, 2010

I Sucked Vampires!

Ini ada something yang cukup mengujakan bagi peminat-peminat citer vampire.

Sejak dari keluarnya citer-citer vampire, bermula dari Twilight, A dah jadi addicted ngan citer-citer macam gini. Walaupun sekarang ni A rasa Twilight agak boring, tapi kena bagi kredit jugak pada filem tuh sebab kalau filem tuh takder, memang fenomena vampire vampire nih takkan mengembang macam hari ni. Ahaha

Sebenarnya, sebab utama A layan citer-citer vampire sebab A tak suka sangat tengok citer horror hantu atau psiko yang menakutkan sangat. At least citer macam ni tak takut sangat untuk dilayan daripada tengok citer hantu yang menggila takutnya sampai boleh bawak mengingau malam-malam.

Sekarang ni, A layan drama Vampire Diaries. Memang best amat-amat citer nih. Hajatnya nak tengok jugak True Blood, tapi memandangkan citer tuh dah bertimbun-timbun seasonnya, A tak jadi nak tengok sebab malas nak catch-up.

Oh ye, sebenarnya niat post nih ditulis sebenarnya sebab A nak share ngan vampire-addict macam A nih pasal drama online pasal vampire ni lah. Tajuknya "I Heart Vampires", terbitan take180.com, tapi korang boleh usha melalui YouTube, ataupun terus tengok kat take180.com. Alah, satu episod pun lebih kurang 10 minit, dan walaupun sekarang ni dah masuk Season 2, still dapat catch-up lagilah.

Nih ada A selitkan trailer bagi Season 1 dan Season 2, pastu pandai-pandailah usha sendiri.

Season 1 punya trailer



dan Season 2 punye trailer



Jalan citernya memang menarik, sebab produser citer nih buat drama ni based on skrip dari orang ramai. Diorang buat satu episod, pastu mintak orang lain sambungkan. So setiap minggu akan keluar satu episod based on skrip orang yang terpilih lah.

Apapun, semoga berjaya mengusha citer nih, dan let's get sucked in. Ahaha :)

Didi oh Didi

Mood : What Becomes of the Broken Hearted - Didi Benami

Biasanya, kalau A tengok program realiti tv, especially yang program nyanyi nyanyi, pilihan A selalunya memang jarang yang dapat stay lama. Tak tahulah sama ada A salah pilih atau apa, tapi biasanya macam tu lah.

Sekarang ni A tengah busy busy layan American Idol Season 9. Seriously, A tak pernah pun layan American Idol dulu. Cuma sejak akhir-akhir ni, bila kemudahan ada luas terbentang di depan mata, A layan bagi 'menghilangkan kebosanan'. Haha...tak ikhlas punya ayat.

Nak cakap seket pasal American Idol musim nih, A sememangnya sedih sangat-sangat sebab sekali lagi, peserta favorite A kena reject. Setakat A follow program realiti nih, sumer yang A minat, sumernya kena reject.

Mula-mula Haeley Vaughn, pastu Alex Lambert, dan sekarang, Didi Benami.

Entahlah, memangla A tahu yang mereka mereka ni bukan favourite Amerika, dan A pun tahu yang tak mungkin diorang akan menang musim ni. Tapi kan, tak boleh ke kalau bagi diorang stay lama sikit? At least rejek la yang tak berpotensi macam si Tim Urban tuh dulu.

Biarlah, benda dah lepas. Lagipun, namanya lagi program realiti tv, memang akan ada yang kena rejek dan ada yang selamat.

Sekarang ni, lepas Didi Benami keluar, A jadi agak frustated nak tengok American Idol nih. Tapi walaupon frustated, still follow lagi. Ahaha.

Buat Didi, A yakin dia akan berjaya survive dalam industri nih walaupun dia dah kena reject. Lagipon, dia ada recording voice yang bagus amat. Dan dia pun cantik.

Oh Didi Benami...kenapa awal sangat kamu keluar?

P/S - Persembahan Didi malam tadi. A rasa menarik, tapi judges cakap tak. Kamu rasa?