Sunday, February 28, 2010

Cara-cara Memasang Emoticons

Hari ni A nak jadi skema.
Nak ajar-ajar orang kena guna ayat yang betul.

Oke.


Berikut merupakan cara-cara untuk meletakkan emoticon sebagai penyeri blog anda.

Emoticon merujuk kepada figura animasi yang comel, dan berfungsi untuk menceriakan blog anda. Namun, prioriti utama kebanyakkan penulis blog menggunakan emoticon adalah untuk mengekspreskan perasaan si penulis terhadap sesuatu perkara seperti marah fathinielovechocolate.blogspot.com , sedihfathinielovechocolate.blogspot.com, gembirafathinielovechocolate.blogspot.com dll melalui post yang mengandungi emoticon tersebut.



Lazimnya, terdapat dua jenis emoticon yang boleh digunakan, iaitu;

1. Installed Emoticons
2. Copied-and-Pasted Emoticons
(haha..A pandai-pandai jer letak nama nih)

Installed Emoticons

1. Aplikasi ini cuma akan muncul sewaktu menulis blog menggunakan Firefox sahaja. Buat mereka yang tidak menggunakan Firefox, anda boleh download Firefox di sini.

2. Apa yang anda perlukan ialah aplikasi yang dinamakan Greasemonkey. Sila klik sini untuk download dan install aplikasi Greasemonkey ini.

3. Sesudah Greasemonkey berjaya di-install, sila pastikan aplikasi tersebut berada dalam keadaan "enabled" dan bukannya "disabled"

4. Seterusnya, anda hanya perlu install emoticons yang telah siap direkacipta khas untuk penulis-penulis blog yang gemar ataupun berminat untuk menggunakan aplikasi ini.



Emoticons berikut merupakan dari blog Chocthinie;


+ sila klik sini untuk install emoticons Cici Monkeyfathinielovechocolate.blogspot.com
+ sila klik sini untuk install emoticons Girl Yellowfathinie
+ sila klik sini untuk install emoticons Japanese Love Emoticonsfathinie



dan yang ini pula melalui blog Blogger Emoticon;


+ sila klik sini untuk emoticons Onion versi 1.0
+ sila klik sini untuk emoticons Onion versi 2.0
+ sila klik sini untuk emoticons Onion versi 3.0
blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com blogger-emoticon.blogspot.com

+ sila klik sini untuk emoticons Baifu versi 1.0
+ sila klik sini untuk emoticons Baifu versi 2.0
+ sila klik sini untuk emoticons Baifu versi 3.0
+ sila klik sini untuk emoticons Baifu versi 4.0


untuk lebih emoticons dan tutorial bergambar yang benar-benar membantu, silalah layari blog Blogger Emoticon di sini. Jangan lupa juga layari blog Chocthinie (klik sini) untuk lain-lain tutorial yang berguna.

Copied-and-Pasted Emoticons

Bagi copied-and-pasted emoticons, apa yang hanya perlu dilakukan oleh penulis blog ialah copy, dan paste-kan kod emoticons tersebut ke dalam post penulis.

Teknik ini ternyata lebih mudah, dan lebih banyak pilihan. Namun, penulis blog perlu sedikit rajin untuk singgah dan mencari emoticons yang dikehendaki yang mana bagi A, amat melecehkan.


Terdapat dua laman web yang menjadi pilihan A;


Hanya perlu layari laman web tersebut dan copy dan paste-kan kod html (ingat! hanya "code html") ke dalam post anda.

contoh : MyEm0.Com MyEm0.ComMyEm0.Com atau MyEm0.Com MyEm0.Com atau MyEm0.Com MyEm0.Com atau yang ini MyEm0.Com MyEm0.Com



Apa-apapun, diharap A berjaya membantu mereka yang memerlukan.
Akhir bicara daripada A, selamat menjamu selera.


P/S - A amat minat kucing, dan katak juga. Mereka comel amat :)
Maaf kalau tak faham apa yang A tulis. Malu bertanya sesat jalan.
Ahh, comelnyaa emoticons nih. *drooling


Updates

A tahu, ramai yang hadapi masalah dengan border yang mengelilingi Emoticons nih. Bagi A, A amek jalan mudah dengan guna layout putih, dan tukarkan kaler border tuh kepada putih. Sebab tuh A tukar layout tu secara tiba-tiba hari tuh. jalan selamatlah katakan

Tapi, sebenarnya ada caranya untuk hilangkan border tuh.

1. Bukak Blogger Dashboard
2. Pilih Blog's Layout link. Pastu klik edit HTML tab.
3. Lepas tu, korang akan nampak bahagian Edit Template.
4. Cari bahagian yang ada tulis ".post img" :

.post img, table.tr-caption-container {
padding:4px;
border:1px solid $bordercolor;

5. Tukar bahagian border:1px tu kepada 0px. Benda nih akan menghilangkan semua border yang mengelilingi gambar dalam post korang
6. Tekan preview dulu untuk pastikan benda tuh menjadi atau tak. Kalau jadi sila tekan save
7. Jangan tukar benda-benda lain. Nanti bengong jadinya blog tuh

Good luck sumer.

P/S - Cih! Incik Kangkong tak baca pon post aku. sedih :(

Saturday, February 27, 2010

Quickie Updates

huh

rasa malu
rasa takut
rasa sedih
rasa tak sedap hati badan jantung ulam hempedu hati


tak der mood amat amat amat
mood mood...mana kamu menghilang?


oh mood mood hepi
cepatlaa datang lalala ~
haihh blogger-emoticon.blogspot.com


P/S - mahu memblogging tapi haih
Buat incik kangkong, nanti A update pasal macammana nak buat makhluk-makhluk nih. sabar ye banyak-banyak.

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul

A amat suka post ini sempena Maulidur Rasul yang jatuh pada hari esok. Post ini diambil dari laman web Saiful Islam. Sama-samalah kita kongsikan bersama.

Erti Kedatangan 12 Rabi’ ul-Awwal


Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.

Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.

“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?” Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.

Lantas beliau berkata, “Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…”

Tersentak Abu Bakr dan Umar… lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu… dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati… terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.

Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, ‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!

- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]

ANTARA TAWA DAN HIBA

Jamuan
Kemeriahan
Perarakan
Kegembiraan
Cuti dan kerehatan
Hakikatnya 12 Rabi’ul Awwal yang diraikan
Tiada pasti benarkah itu tarikh kelahiran
Insan mulia Nabi Junjungan
Namun tercatat oleh sebuah kepastian
Ia tarikh sebuah kematian
Pemergian yang tiada kepulangan
Kembalinya Muhammad kepada Tuhan
Kekasih Tinggi Baginda yang Rahman

Fee al-Rafeeq al-A’laa
Fee al-Rafeeq al-A’laa


P/S - Hakcipta © SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Wednesday, February 24, 2010

Letih-lah

Mood: Suki Low - Painted Blue


Hari ini rasa sedih yang amat.



Bukan sebab result Bio yang memang teruk amat walaupun dah usaha berlemon-lemon ganda

Bukan sebab salji dah mula mencair dah meng-annoying-kan diri dengan keadaan yang super duper kotor kerana lecak

Bukan jugak sebab tertumpahkan Hot Chocolate sorang teman Russian yang comel amat tadi

Dan bukan jugak sebab tak berjaya ponteng lecture untuk kali kedua
Haihh..blogger-emoticon.blogspot.com




Homesick? Tak sangatlah...A dah lali ngan perasaan homesick lah

A letih sangat-sangat kot

Entahlah...




Hey hey,


Nak nangis boleh tak?

Lama dah tak nangis ni



Tapi, orang-orang-orang cakap laki-laki tak leh nangis.

Kalau nak nangis jugak tak leh ke?



Gedik punya orang-orang orangblogger-emoticon.blogspot.com


P/S - Nak nangis jugak

Tuesday, February 23, 2010

Quickie Notes

Haihh.
it's already 11.00 pm, but I haven't touch anything associated with Biology yet. Tommorow got test, but I've prepared nothing.
Huh, need to stop being such a douche bag and start becoming a nerdie.
Study laa..
blogger-emoticon.blogspot.com


P/S - it looks like most posts written by uni students comprised of the laziness to study meh. no wonder i feel the same. huh

You Labi Air!

Hey hey. hey hey blogger-emoticon.blogspot.com
Mood agak baik sejak akhir-akhir ni.
Rasa ceria, bahagia, gembira.
Everything macam flow smoothly jer

Tapi, peliklah
Taim A suka-suka, mesti ada yang tak suka
Apa kamu jeles tengok A bahagia?

A still ingat lagi kata-kata insan tuh
"dah saper suruh A tanak tegur-tegur orang?"
Hmm...
Wahai orang itu
A tak perlukan kegedikan kamu untuk bahagia
Tak perlu juga jadi pura-pura comel untuk jadi center of attraction
A just jadi myself

Kalau orang nampak A pendiam, so pendiam la sifat A
Kalau orang tengok A annoying, so annoying la sifat A
Kalau orang tengok A unsociable, so paham-paham sendirilah tu

A nak orang judge A melalui karekter original A, melalui sifat A
Bukannya melalui lakonan A

Dan sekarang, tengok?

Rezeki yang kamu selalu tayang-tayang secara langsung atau tak langsung
Rezeki yang kamu ingat tak bikin hati ini terasa
Alih-alih dapat jugak kat A
Tanpa perlu A berusaha sangat
Just sabar, sabar dan tumpang gembira dengan kejayaan kamu

Dan itu buat kamu jealous?
Huh. Craps betul-lah blogger-emoticon.blogspot.com

Apapun, A tak marah dengan kamu
Sebab A tak tahu itu jealous kah,
Ataupun sekadar anggapan imaginasi A jer

Biarlah, A tak suka masam-masam
Muka jadi tak hensem
Senyum A, senyum!

Haa, baru comel sikit muka tu.
Ahahablogger-emoticon.blogspot.com

Monday, February 22, 2010

Post Buat Hati

Cik hati, oh cik hati. Still ok kah kamu?

Maaflah andai selama ini A tak pandai jaga kamu.
A tahu kamu sakit. Sedih. Sayu. Pilu

Tapi A yakin makin lama kamu makin ok.

A tanak susahkan kamu lagi.
A tanak buat kamu nanges lagi.

Kesian kamu cik hati
Asyik-asyik kena sabar je layan perangai A.
Haihh
Kesian kamu.

Takper takper, A janji akan jaga kamu baik-baik.

A akan cuba dan usaha.
A tak mau nanti kamu sedih lagi.
A tak nak susahkan kamu lagi.

A rasa, sekarang A dah ok.
Bertambah ok dari biasa.

Harap-harap semuanya ok ye cik hati.
Ok untuk hari ini, lusa, tulat dan seterusnya.

A memang tak mahu kamu sakit lagi.
Tak mahu! Tak mahu!

Maap yer cik hati
Maap amat sangat

A janji.
A cuba jaga kamu sepenuh hati.

Buat cik hati,
Saya sayang kamu amat-amat.

Sunday, February 21, 2010

Changes


Shit.

I hate changes, especially when it's so unlogical and unnecessary, and when it's involving thing that I hearted so much.

It hurts when it happens in abrupt, and without perfect reasons. Don't they think people do have heart, and inside the heart, the feeling lies?

What were they thinking anyway?
Surely the answer doesn't consider us as their main priority, right?

It doesn't hurt so much when they cheated for the first time. But for the second time? It's rather unacceptable. Thanks God the explanation was good enough to convince me for an apology.

Although it is still hurt, I do accept the fact that they're pretty good messing around with their words. At least there's still a replacement to cheer up the gloomy us.
Nice propagandas.

Anyway , a simple warning for them from us, especially me.

Please, at least, do notify us before you put the series in hiatus mode, cause at least it doesn't make us wondering where Episode 15 is.

And facebook, do please change your layout like before. It's so difficult to keep in touch with my fav pages. Susah nak tahu perkembangan terkini la.

Huh. Bikin hati ini panas saja.

New Layout *again

I know, I know, I have wasted such a lot of time by renovating back my blog, but hey, it's worth okay. I love my new layout so much. Nampak lagi kemas dan comellah. Suka suka! blogger-emoticon.blogspot.com

Layout nih macam ada element 'spooky-spooky" tapi versi comel.
Pastu, ditambah lagi ngan makhluk-makhluk comel yang menghiasi post ni...cooomeell! Tambah-tambah lagi, purple pulak merupakan salah satu kaler feveret A. Waa...

Ni yang buat diri ini rasa rajin teramat sangat nak mengupdate post-post baru nih.
Semangat-semangat!

p/s - nilah hasilnya bila plan nak bershopping hari ni dicancelkan sebab cuaca tak mengizinkan. oopss, i meant window shopping la. A manala ada duit. Haihh blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, February 12, 2010

Laptop Masuk ICU


Ya Allah, terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah.

Malam tadi, nyaris-nyaris laptop A rosak lagi. Macam kes yang dulu, laptop A asyik restart jer kejenya. Sebabnya, A yang gatal-gatal tak sabar nak tunggu Windows tu loading. Taim nak loading tuh, A dengan gatalnya tekan F2, sebab taim tu ada macam tulisan yang cakap "press F2 for Setup". Tekan punya tekan, A tertekan something yang membuatkan sistem Windows tu berubah. So, Windows tu ngan kompomnya tak leh bukak. Asyik-asyik reboot, lepas tu reboot.

A memang rasa nak nangis, sedih dan memang down gilalah punya. Yelah, katakanlah problem tuh tak leh nak disetelkan dan terpaksa dihantar ke kedai, kat mana la A nak cari duit untuk bayar kos pembaikan tuh. Dah la kat sini mahal, duit elaun dalam bank pun tak cukup. Tinggal beberapa kupang jer lagi. Ciput jer.

Sedih punya sedih, A cuba ikhtiar nak baiki sendiri, mana tau kot kot Allah jadikan laptop tu macam biasa. A pinjam laptop roommate dan cuba Google-kan apa-apa yang maybe boleh membantu. Cari punya cari, try punya try, memang tak berjaya. Sedih dubel tripel taim.

Pastu, tiba-tiba jer teringat kat kawan Intec dulu. Memang dia ni pakar laptop tujuh petala langit la. Dulu dia pernah sekali tolong A repairkan laptop A. Tapi, yang jadi masalahnya, dia universiti lain, A universiti lain. Dah la tu, A tak der nombor dia. Terpaksa la A gunakan YM untuk tinggalkan mesej offline untuk dia.

Tunggu punya tunggu dalam kesedihan yang terlampau ekstrem, akhirnya dia online. bila A tahu dia online, terus A Buzz dia dan bagi tau problem A. Selidik punya selidik, akhirnya dia suruh A buat something iaitu tukar satu option kat F2 tuh, daripada EHTI ke IDE (tak ingatla betul ke tidak). Kiranya macam tukar daripada NO kepada YES la, ataupun daripada DISABLED kepada ENABLED.

Tup tap tup tap, akhirnya laptop tuh berjaya diselamatkan. Memang kawan A tuh memang betul-betul pakar ekspert komputer la. Nasib baik Allah kurniakan ilmu tu kat dia, dapat jugak la dia tolong insan-insan yang tak pandai-mandai dalam dunia IT nih macam A.

So pengajaran yang A dapat untuk kes ni : Jangan memandai-mandai nak gatal tangan tukar atau main-main apa-apa sistem lam laptop kalau tak tahu. Nanti teruk jadinya.

p/s - Memang A kena balas jasa insan nih sangat-sangat. Dia baik :)

Tuesday, February 9, 2010

Malas

Alamak, sindrom malas dah menjelma dalam diri ini. Hajatnya nak tidur pukul 12, tapi sekarang dah pukul 1.00 pagi. Badan pulak rasa letih amat amat.

Tapi, nota-nota Biology tak baca lagi sebagai persediaan bagi hari besok. Boleh jer kalau baca besok pagi on the way, tapi rasanya, A mungkin tak sentuh kot, sebab esok, keadaan mesti sesak macam hari-hari biasa. Nak baca, dah lewat, takut tak terbangun la pulak besok pagi. Biasalah, kalau A tak bangun, tak akan ada orang yang akan kejutkan roommates yang lain.

Tanak baca, takut esok terkapai-kapai nak jawab andai lecturer tanya. Ni semua sebab game la nih. Tu la A, lain kali jangan pandai-pandai nak donlod game yang buleh mengasyikkan diri tuh. Orang lain tengah sibuk-sibuk buat nota, kita pulak tengah sibuk-sibuk main game. Taper taper, ni nak kena baca sikit-sikit buat bedtime story. Huhuhu >.<

p/s - haiyo, hajatnya sem baru ni nak jadi lebih rajin seket. tapi nampak gaya macam makin malas jer jadinya. haiseh.

Monday, February 8, 2010

Maap Tergolek

Sejak bila la pulak aku call insan-insan nih?

Insan A : 8.04pm
Insan B : 1.21am
Insan C : 1.21am
Insan D : 5.OOam

Maapla kalau aku mengganggu korang, sebab buat penat korang angkat jer sedangkan aku tak jawab. Hihi, ni lah padahnya kalau henset berada berdekatan taim kita bergolek-golek tidur. :)

p/s - semalam penat amat, dan sebab tu tidur awal. tengok, pukul 8 malam pun dah tidur dah. letih minda dan fizikal.

Sunday, February 7, 2010

Quickie Notes

Waa..ada empat jam lagi sebelum kelas untuk semester dua bermula. Tak suka tak suka. Yelah, nak dekat sebulan cuti sempena Musim Sejuk, bila kelas nak bukak memang malas yang amat. A tak berapa suka ngan jadual baru ni sebenarnya, sebab rasa macam ekstra padat sangat-sangat. Dahla start awal (nak mampus), balik lewat (nak mampus) pulak tu. Macam susunan tu tak betul je. Tak cukup ngan tu, hari Sabtu ada kelas pulak tuh. Bencinya! Walaupun hanya kelas Pendidikan Jasmani (kelakar kan? dah tua bangka pun still ade P.E lagi), A tetap rasa benda tuh menyampah (walaupun kadang-kadang enjoyable la jugak). Sememangnya, subjek tu merupakan subjek yang A paling benci sejak dari sekolah menengah lagi. Haha. Biarlah, nak buat macam mana lagi. Kelas still kelas. Memang tak dapat lari daripadanya pun. Haiseh. Apapun, ni sedikit preview apa yang A kena hadam dalam masa lebih kurang empat bulan yang akan datang nih. Harap-harapla sumernya akan lumat sebati nanti, dan bukannya basi.

ISNIN : Lecture Biology and Ecology, Lecture Physics, Physics
SELASA : Physical Education, Lecture Chemistry, Chemistry
RABU : Biology and Ecology, Lecture Histology
KHAMIS : Anatomy, Lecture Anatomy, History
JUMAAT : Latin Language, Histology
SABTU : Physical Education

Arghh, tak suka! >.<

p/s - ke mana menghilangnya tools untuk kalerkan font? peliknya..

Saturday, February 6, 2010

Huggahugga

Akhirnya, A dapat jugak satu pengajaran yang berguna hari ni.

Makan-makan tadi memang meriah. Tak sangka, pandai jugak budak-budak ni main masak-masak. Ada spaghetti, spaghetti dan sphagetti lagi. Adoyai, banyak gila kot spaghetti tadi. Kot kot mana pun, A paling suka makan ayam masak merah tadi (ayoyo, menjilat jari!), biskut batik (or kek batik?) dan salad epal (ahaha, memandai je aku taruk nama). Tu pun sebabnya benda-benda tu jer yang A sempat capai, termasuklah spaghetti dan makaroni tadi. Memang salute la orang Melayu kat perantauan ni masak-masak, ala-ala Chef Wan gitu. Tapi, A memang kempunan sangat-sangat nak rasa cekodok dan kek cekodok yang budak laki-laki masak tadi. Kenapa mesti benda tuh cepat habis? Kenapa? Kenapa?

So pengajaran yang A dapat:

Just jadi diri kamu sendiri tanpa memikirkan warna kulit, perangai, agama, bangsa dan negara. Kalau orang tak suka kita, itu hak diorang, itu prioriti diorang. Kitapun ada hak nak benci benci orang, takkan diorang tak leh pulak. Kena fair-fair la kan? Ahaha. Biarla, asalkan aku bahagia, dia bahagia, mereka bahagia.

p/s - A agak ceria sikit hari ni, dan sekali lagi post nih bukan ditulis nak menghentam sape-sape. A memang gedik, dan suka berimaginasi pelik-pelik secara negatif. Wallawei. Gedik gedik.

Friday, February 5, 2010

Ini Bebelan Terhadap Sahabat

Syukur kepada Allah SWT, hari ini A berjaya melangsaikan bayaran sewa hostel Pushkin yang memang mencekik darah sampai tak ingatkan dunia tuh. Memang jumlah yang terpaksa dibayar amat menakutkan, dan kadang-kadang, bila pikir-pikir balik, macam tak logik jer harga sewa hostel sebanyak tu. Kalau harga hostel pun dah macam tu, ini apatah lagi harga sewa apartment, hotel dan sebagainya? Yelah, harga toilet berbayar tepi jalan pun dah RM2.50, inikan pulak harga benda-benda lain.

Apapun, A dapat pengajaran berguna sepanjang proses pembayaran nih, terutama tentang istilah KAWAN atau SAHABAT. Sama-samalah kita hayati.

FAKTA 1 - Duit boleh menyebabkan seseorang insan yang sememangnya kita anggap sebagai kawan boleh berubah menjadi bengong, bongok, bengap, bangang, buta dan bodoh tanpa memikirkan nilai ukhuwah persahabatan yang telah lama dibina.

FAKTA 2 - Tahap kesabaran setiap manusia ada limitnya. Dan, bila sampai limitnya, baru manusia akan sedar yang kesabaran itu tak berguna dan kadang-kadang perlu dibalas dengan ketidaksabaran

FAKTA 3 - Kawan yang betul-betul kawan memang susah nak dicari sejak kebelakangan ini. Sama ada kita yang cerewet dalam mencarinya, atau kita perlu bersikap hipokrit dalam berkawan sehingga menyebabkan wujudnya perasaan tak selesa, curiga dalam persahabatan?

FAKTA 4 - Kadang-kadang pengorbanan yang dilakukan tak berguna, sebab pengorbanan biasanya orang tak nampak. Jadi, mereka senang salah faham terhadap pengorbanan kita. Adakah ini bermaksud yang setiap kali kita berkorban, kita perlu canangkan kepada orang supaya orang nampak pengorbanan tuh, ataupun ini bermaksud yang tak de faedahnya kita berkorban?

FAKTA 5 - Kita tak boleh sentiasa berfikiran positif terhadap setiap manusia. Mereka secara fizikal memang nampak positif, tapi kot kot mana pun nilai negatif tu tetap ada, dan yang menyedihkan, nilai negatif tu memang kot kot mana pun susah nak diterima, at least buat masa sekarang

FAKTA 6 - Kerana mulut badan binasa, tapi bagi A, kerana mulut kebenaran terbongkar, walaupun kebenaran tu menyakitkan. Dah Tuhan nak tunjukkan nak buat macam mana.

FAKTA 7 - Masihkah tipu-tipuan berguna dalam persahabatan? Apa sebenarnya motif menipu dalam persahabatan? Sama ada tak nak ada yang terasa hati ataupun sekadar demi kepentingan diri (yang ni sama ngan kes hipokrit tadi) ?

FAKTA 8 - Bila timbul bab-bab kepentingan diri, seorang sahabat memang wajib akan tinggalkan sahabatnya yang lain tanpa tengok atau nilai yang sebenarnya sahabat tu dah berkorban untuk dia. Yelah, dah dikaburi sebab nak jaga kepentingan diri. Jadi ni maksudnya yang mulai hari ni, kita tak yah dah la susah-susah berkorban untuk kawan lain la sebab yang lain dah memang obvious pentingkan diri?

FAKTA 9 - Relevan lagikah proses mencari seorang sahabat yang betul-betul sahabat sedangkan dah memang jelas terbukti di depan mata yang tak de sorang pun yang tampak betul-betul seperti seorang sahabat? Baik kita putus asa je ke, atau perlu terus mencari walaupun makin lama mencari, makin sakit hatinya?

FAKTA 10 - Manusia sekarang bukan lagi bijak, tapi bodoh nak mampus. Kadang-kadang pelik jugak bila difikirkan, sepatutnya dalam dunia yang makin maju ni, manusia patut jadi makin bijak menguruskan hal-hal kehidupan, tapi makin lama makin bangap jadinya.

Itu kesimpulan yang A dapat simpulkan untuk hari ni. Ini sekadar review bagi gelagat manusia yang makin hari makin pelik. A nak tengok dan observe yang review ni lama-lama akan berubah, atau masih kekal di tampuk lama je. A yakin benda nih akan berubah, sama ada jadi positif atau negatif. Kita sama-sama nantikan jelah ye.

Manusia oh manusia. Kamu makin bangap pulak jadinya ye.

p/s - Post ini bukan dibuat berdasarkan pengalaman A, sebab A dah tawar hati dalam bab-bab ni. Ini dibuat melalui keluhan seorang rakan yang punyai ramai kawan.

Post ni jugak bukan berniat nak menghentam saper-saper, tapi bila orang yang baca ni terasa, memang A nak hentam kamu la tu. Ahaha :)

A memang suka hentam-hentam orang. Kan kerana mulut kebenaran terbongkar?

Wednesday, February 3, 2010

Kuiz Paling Mudah Seantero Semenanjung Arab

*Maafla yer. Title tak der kena mengena langsung ngan post kali ini.

So, tengah asyik berblogwalking beberapa saat yang lalu, A terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama. A jumpa dalam blog ini. Post nih ditulis dalam bahasa inggeris, tapi secara sukarelanya A cuba sedaya upaya untuk meng-translatekan benda nih. Tolongla jangan kutuk hasil terjemahan A nih. Kalau tak, A seksa korang sampai tak leh nak menaip dah. Haha :)

---------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan berikut merupakan salah satu daripada falsafah hidup Charles Schultz, insan yang telah mencipta komik "Peanuts". Pembaca tak perlu terhegeh-hegeh mencari jawapan bagi setiap soalan yang tertera. Teruskan membaca sehingga ke penghujung emel ini, dan anda akan memahami maksud sebenar yang cuba hendak disampaikan oleh beliau.

1. Namakan lima insan terkaya di dunia.

2. Namakan lima pemenang terakhir yang telah menjuarai trofi Heisman

3. Namakan lima pemenang terakhir yang telah memenangi gelaran "Miss America"

4. Namakan sepuluh cerdik pandai yang telah memenangi hadiah Nobel atau Pulitzer

5. Namakan pemenang yang telah menjuarai anugerah pelakon terbaik dalam Academy Award

Jadi, bagaimana hasilnya? Apakah jawapan kalian?

Jika difikirkan, tiada sesiapa di antara kita yang mengingati nama-nama mereka yang pernah tertera di muka depan setiap dada akhbar suatu ketika dulu. Mereka bukannya calang-calang orang. Masing-masing merupakan yang insan yang terbaik dalam bidang masing-masing. Namun, tepukan demi tepukan yang diterima saat menerima anugerah hilang begitu sahaja kini. Pencapaian mereka dilupakan. Ucapan serta anugerah, terkubur begitu sahaja.

Ini satu lagi kuiz yang kalian perlu jawab:

1. Senaraikan nama beberapa guru yang telah membantu kalian sepanjang kalian bersekolah

2. Namakan tiga sahabat yang telah membantu kalian mengharung suka-duka kehidupan

3. Namakan lima insan yang pernah mengajar kalian tentang sesuatu yang berguna

4. Fikirkan nama beberapa insan yang membuatkan kalian rasa dihargai dan istimewa.

5. Namakan lima insan yang membuatkan kalian rasa gembira menghabiskan masa bersama-sama

Soalan tersebut lebih mudah dijawab, bukan?

Pengajarannya : Mereka yang menyebabkan hidup kalian penuh dengan warna bukanlah mereka yang mempunyai banyak kelebihan, bukan juga mereka yang paling kaya di dunia, serta bukan juga mereka yang telah memenangi berdozen-dozen anugerah. Mereka merupakan insan yang biasa, insan normal yang sentiasa mengambil berat akan kamu.

Sebarkan emel ini kepada mereka yang telah menyebabkan hidup kamu berwarna-warni.
"Jangan risau dunia akan berakhir hari ini. Ianya sudah hari esok di Australia" - Charles Schultz

p/s - Klik sini untuk teks asal dalam bahasa inggeris. Lagi ber'feeling' rasanya.

Updates: Waa. Tak tahu la pulak penulis blog ni merupakan seseorang yang A kenal. Maafla encik penulis blog, saya budak baru belajar. Huhu.

Tuesday, February 2, 2010

Quickie Notes




Korang perasan tak, yang novel Twilight: New Moon memang bosan gila-gila? Ni baru Chapter 3, tapi sampai sekarang, A masih tak terasa nak belek dan baca untuk chapter seterusnya. A sebenarnya dah setkan dalam mind A, yang selagi A tak baca lagi novel tu, A takkan tengok movie tuh. Movie tu memang seductive gila-gila, dan based daripada trailer (sumber: YouTube) memang nampak cam best sangat-sangat.Tapi, macam mana A nak tengok kalau feeling nak habiskan novel badigol tuh tak datang? Bencinya.

p/s - sebenarnya main attraction sebenarnya nak tengok lakonan Dakota Fanning jadi vampire. Comel. Bagi peminat Twilight, ramai yang cakap yang dalam 4 siri novel tuh, novel siri ke-2 yang paling boring. Entahla belalang.

Coret-moret Hidup

Cuaca di sini makin menggila. Semalam, suhu dilaporkan setinggi -2 celsius, kira dah panas la tuh daripada suhu biasanya yang mencecah -25 celsius. Hari ni pulak, suhu jadi turun balik, -4 celsius, tapi kira panas jugak la tuh. Yang paling tak leh tahan, hari ni salji turun diikuti angin kencang. Memang nak tercabut rasanya rambut nih saat mengharung ribut salji tuh atau bahasa omputehnya disebut hailing.

Cukupla bicara pasal bab tu.

Sebenarnya, A masih lagi terkilan ngan satu kejadian yang menimpa diri dan keluarga A baru-baru ni. A bingung, tak tahu nak klasifikasikan kejadian nih sebagai musibah atau hikmah daripada Tuhan. Takut sebenarnya bila timbul bab-bab macam nih.

Aunty A telah kembali ke rahmatullah Ahad lepas, 31 haribulan Januari. Sebenarnya dia bukannya aunty A pon, cuma A anggap macam tu sebab dia tua daripada A dan sebagai tanda hormat A kat dia. Dia sepupu A, anak kepada kakak mama A, atau Mak Long A. Keluarga A sebelah mama memang pelik seket, sebab sepupu-sepupu A sama baya ngan mama A, dan anak sepupu A sama baya ngan A. So, A panggil anak sepupu A sebagai sepupu, dan sepupu A sebagai aunty uncle. Rumit kan?

Kita tinggalkan dulu bab bab salasilah keluarga ni.
Berbalik kepada aunty A tu, dia meninggal disebabkan kanser. Tak pastila kanser apa, tapi A rasa kanser payudara. A sedih sangat-sangat, sebab pemergian dia memang menyebabkan A berfikir. A sebak sebenarnya, sebab ada kisah menarik di sebalik pemergian dia. Sepatutnya, A tak patut siarkan benda nih. Tapi, kisah aunty A ni memang menyentuh jiwa A sangat-sangat.
Entahla, A pun tak pasti wajar ke tak tindakan A nih. A bukan berniat nak malukan saper-saper, cuma A rasa, kisah dia memang buat A banyak berfikir.

A memang terkejut sangat-sangat saat A tahu yang dia dah tak der, sebabnya, dia pergi sehari sebelum tarikh hari lahir mama A. A tak dapat bayangkan, yang mama A mesti terkejut amat sangat dengan pemergian dia, sebab mama memang rapat sangat ngan sepupu-sepupu A, termasuklah dia.

Sebenarnya, arwah ni dah menghidap penyakit ni 3 tahun lepas. Tak tahulah betul ke tidak sumber ni, tapi bila didiagnose oleh doktor, memang penyakit dia dah mencapai tahap kronik. Memang susuk fizikal dia memang berubah sangat-sangat. Masa nih, A masih ingat yang dia kerap bergaduh ngan kakak dia, merangkap aunty (sepupu) A jugak, yang mana merupakan seorang nurse. Sebabnya, si arwah ni tak nak jalani rawatan secara moden, dan nak selesaikan masalah ni ngan cara tradisional. Dia insist cakap yang penyakit ni bukan kanser, dan A masih ingat lagi ayat arwah; "nak buat macam mana kalau tuhan nak amek nyawa kita. Soal hidup mati tu Tuhan yang uruskan. Kalau Dia nak kita tak der, tak der la kita".

Si kakak ni asyiklah melenting sebab memang dah jelas benda tuh kanser, dan bukan penyakit biasa. Tapi takpe, A dan ahli keluarga yang lain tahu yang dia sayangkan aunty A. Pendapat A lah kan, A rasa yang si arwah dah tahu benda tu kanser. Cuma, dia tak nak rawat secara moden sebab dia tahu yang dia dah tak der harapan nak hidup. A tahu, rawatan moden atau chemotherapy ni memang menyusahkan, dan ramai prefer tak nak buat rawatan ni sebab memang side effect dia menakutkan. Yelah, aunty A ni penolong kanan sekolah menengah, takkanla dia tak taw benda kanser manser nih. Mesti ni alasan dia, sebab dia tak nak bagi orang lain rasa sedih.

A masih ingat lagi yang taim A tahu yang dia cakap macam tuh, A marah-marah. A cakap, ayat tu macam ayat orang nak membunuh diri. Sebabnya, suami dia meninggal dunia setengah tahun yang lalu, dan A fikir taim tu, ayat tu macam dia dah putus asa ngan hidup dia sebab dah kehilangan orang tersayang. Tapi bila fikir-fikir balik, itu hak dia. Kita tak tahupun macam mana perasaan orang yang menghidap penyakit macam tu. Sakitke? Sedihke? Kita tak tahu. Kita tak tahu.Mungkin dia rasa itu wajar, tak nak menyusahkan orang lain, dan tak nak orang lain sedih-sedih. Yelah, ibu bapa dia pun masih hidup lagi. Kalau kita yang masih muda ni pergi dulu daripada mereka yang melahirkan kita, takkan ke sedih namanya?

Sekarang ni, dia dah pergi. Pergi selama-lamanya, dan memang kitorang semua takkan dapat jumpa dia lagi. al-Fatihah ~

Secara jujur, A takut sebenarnya. Makin lama hidup, makin takut A rasakan. Makin lama bernafas di atas muka bumi Allah ni, makin ramai insan yang berkait rapat ngan A meninggalkan dunia yang Allah cipta nih. A fikir, A bila lagi?

A selalu fikir yang kadang-kadang A rasa macam A patut mati je, sebab A tak nak hadapi hari kiamat. A takut yang amat. Tapi, bila fikir-fikir balik, banyak sangat ke amalan A kat dunia nih untuk mati? Bersedia sangat ke A ni nak menghadapi alam barzakh?

Yang A selalu fikir, A nak berubah. A nak jadi warak, selalu takut akan Allah. Tapi, bila tu? Bila A nak berubah? Esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, atau bila? Entahla, tu je yang A mampu jawab. Adakah ni bermaksud A ni masih lagi jahil? Bodoh? Bengong? Macam ada separuh dari jasad A yang tak nak betul-betul berubah, dan itu menakutkan A. Menakutkan sangat-sangat.

Bila kejadian macam ni berlaku, A takut. Tapi bukan ke A patut takut setiap masa ke? Kenapa? Kenapa bila ada yang pergi je baru A rasa takut? Kenapa tak selalu? Kenapa tak setiap masa? Kenapa? Kenapa?

A jawab, A tak tahu. A musykil. A pening.
Entahla. Hidup ini susah

p/s - baru balik dari muzium. Bencinya, gambar aku tak comel sangat. Kepada sesiapa yang nak pergi, sila ajak aku sekali. Nak posing habis-habis punya untuk kali kedua.