Monday, May 31, 2010

Silent Birthday


I promised myself that i won't write anything about my birthday in my blog, but like always, promises are meant to be broken, according to my law of life.

28.05.2010

It's supposed to be a silent birthday for me that day.
It should be.

I felt sad
I felt emotional
I felt tired
and I don't know why

Even Glee this week kinda sad for me, although it's Gaga's week.

And plus, the cakes, the parties and the celebration couldn't help me either.
Sorry guys, I know im so disrespectful and ungrateful
but what could I do?

This thing involves my heart, and it seemed to me like my heart is dead.

And let's wish that my heart still can be cured.
____________________________________________________________________

Haha, gurau je lah.

Saja nak cuba latih bahasa omputeh seket, sebab dah lama dah tinggal.
Memang berkarat tahap petala tujuh dah ni nampak gayanya.
Yang pasti, tak sangka la pulak ada besday parti hari tu. Yelah, aku yang letih-letih kalut-kalut masak lauk, then tu rupanya untuk aku. Haihh.

Lain kali bagi tahulah ada suprise, sebab bolehla aku bersenang lenangnya duduk dalam bilik layan movie. Tak le letih sangat. Tambah-tambah lagi, ayam seketui je aku berjaya rembat. Geram cik tipah weiii.

Banyak mengomen la pulak aku malam nih. Sepatutnya aku bersyukur, ada orang letih-letih plan buat benda ni kat aku. Walaupun rasa macam tak layak sangat sebab aku bukannya orang yang baik sangat, tapi dah orang nak celebrate, tumpang hepi sudah le. Jangan nak komplen-komplen pulak haha.

Apapun, thank you la korang sebab susah-susah. Nanti kalau ada nak suprise kan sape-sape, jangan malu-malu suruh aku tolong ye.

Overallnya,

Thanks Mama and Abah and Along and Am, Asih and Yah for being so supportive
Thanks Hema and Ferzana and Nashriq and Amzar, you guys rock amat amat!
Thanks Mun, Ahla, Hani, and Laili for the mee goreng yang pedas tak hengat dunia
Thanks Suganti and Nabila for the keropok-yang-saya-tak-sempat-makan
Thanks Azri, Paul, Nazri, Amin, Anep, Jiji, Iwan, Ihsan and Daus for habiskan makanan secara rakus dan lahap
Thanks Ansari sebab kamu jugak besday boy
Thanks Mamat yang jadik kameraman secara tak langsung
Thanks Quwe dan Mai yang buat drama sebabak dalam dapur hehe
Thanks Hup Sheng and Kee Seng and Jia Huey and Shin Ying yang sudi datang
Plus sapa-sapa yang tak disebut namanya kat sini
dan rakan-rakan facebook, Ilia Eleena, rakan-rakan 5 Gamma dulu, Zaid dan Fadir dan Muiz, teman-teman batch 0408 Faris, bebudak Faris, dan banyak lagilah.

Thanks thanks thanks.

p/s - what else should I say besides thanks? betul kata orang, berkawan lagi bahagia dari bercinta haha :D

Tuesday, May 25, 2010

1/10


Not a good day to begin my final with.

I sucked pretty much during my general chemistry's mcq this morning.
It's not something that i should be proud to brag of, and i'm so sure that from all the ten questions that were asked, i only scored one.

I don't know what had changed inside or outside me, because the only thing i know is i am now in such a complete mess. It's humiliating and hurts me a lot, knowing that there's ton of stuffs that i didnt know compared to thing that i know. I struggled, but it seems like things that i read just didn't be digested by my brain. I feel like i am the dumbest medic student in the whole batch, as i even cannot remember simple stuffs like basic formula or what. And seeing others happily answering those damn questions without have to struggle at least as hard as me makes me feels like vomiting.

Plus, I hate to think what others think of me, especially when they expect that you're excellent student but the outcomes show vice versa. Label me psycho enough, but that is exactly what i feel when i feel so stupid.

Damn, I hate when my life suck, and i don't know in which part of mine can solve the problems.

P/S - Hoping for 3/10 so badly. I'm down down down emo.


Sunday, May 23, 2010

Demam AF8


Hari ni ramai yang kecoh-kecoh pasal Akademi Fantasia musim kelapan semalam. A ingatkan, dah tak ramai rakyat Malaysia yang tengok AF, alih-alih hangat la jugak AF musim nih. Even pagi-pagi buta lagi my roomate dah bukak youtube tengok sapa yang menang. hahah, sori ye rummet, aku mengekposekan ko sekejap di sini.

Memandangkan ramai yang kecoh-kecoh mak timah, A pun turun padang kecoh-kecoh jugak.

Sepatutnya masa ni A nak study, tapi sebab perut lapar, plus ada setengah jam lagi sebelum jam tu menunjukkan numbur genap, A amek peluang tengok persembahan final bebudak AF nih kat youtube.

Haha, aku makin mengarut, cakap je lah malas study.

Kalau nak diikutkan, A tak ikut sangatlah AF tahun nih berbanding tahun-tahun lepas, sebab A rasa dah hilang auranya AF nih. Lagipun tahun ni ramai yang dari Sabah, so memang A dah tahu dah mesti suara sumernya macam Stacy. hihi. A bukan biased okeh, cuma A tak minat sangat bila tak ada banyak sangat pilihan negeri nak dipilih. Tiba-tiba teringat pulak pasal Karen AF4 ngan Idayu AF3 dari kelantan tuh.

Masa ni dah tahu dah sapa yang menang, sebab mesti akan adalah sorang dua makhluk yang akan post pasal sapa menang kat facebook. So niat A cuma nak tengok persembahan final bebudak AF ni jelah tahun ni. Juara dia nama dia Shahir, dan naib juara Adira.

Tu je yang A tahu, sebab biasalah, bila ada juara, mesti ada naib juara, dan mesti sok sek sok sek bising pasal yang naib juara patut menang, yang juara tak patut bla bla bla. Tambah-tambah pulak, Adira ni sorang je wakil perempuan yang berentap kat final. Lagila bertambah semangat nak tengok apa aura pompuan nih, sebab biasanya bila ada sorang je perempuan memang konfom sekonfom-konfomnya dapat tempat kelima. Alih-alih dapat nombor dua. Agak ajaib jugak la nih.

Tengok punya tengok, oke, tahun ni dah record lagu siap-siap, pastu siap buat video klip lagi. Mantap nih. Bila tengok, maka mulalah sesi mengomen daripada A yang still tak baca kimia untuk final dua hari lagi nih.

Shahir nyanyi lagu "Kebahagiaan Dalam Perpisahan". Mengingatkan A pada Didie AF4, sebab lagu dia ada background soprano. Overall lagu ni agak oke, tapi sekali dengar macam lagu lama la pulak. Suara memang tok sah cakap la, namanya lagi juara kan kan? Kawalan vokal agak baik la A rasa. Tak macam kakak entah-sapa-entah yang nyanyi final last year. opps. Tapi seriusly, apa baju yang dia ni pakai? Memang AF tanak bagi dia menang ke? Oren sangatlah mak ngah.

Adira nyanyi lagu "Ku Ada Kamu". Terkejut aku dengar vokal Adira nih. Biar betik AF ada penyanyi yang vokal macam nih. Mantap sangat, macam tak caya je ni produk AF. Lagu, biasalah lagu balada, agak touching tapi lama-lama dengar ngantuk la mak timah eh. Apapun, memang tak caya dia ni produk AF. Memang berkualiti betul vokalnya.

Iwan nyanyi lagu "V.I.P". Memang lagu yang paling catchy dan paling menarik malam tuh. Mungkin sebab A muda, so A memang minat lagu-lagu rancak macam ni kot. Tahap oke je bagi A, dan memang konfom tak nampak aura juara. Tapi lagu dia oke. Maksud A, paling oke. hihi

Maulana pulak nyanyi "RSVP". Entah apa maksud dia pun A tak tahu. Bahasa peh-rah-chins rasanya. Ni satu lagi lagu yang A suka malam tuh. Suka suka. Vokal dia memang masuk ngan lagu jazz macam nih. Cuma satu je yang A tak suka, apasal ada jambul mak datin yang selalu dalam drama melayu kat atas kepala dia? opps, maafkan saya abang Maulana. jangan saman saya, saya olang manyak susah maa. ngihihi

Dan last sekali Daus. Aduyai, lagu comel tak hengat. Tajuk "Kenapa", dan lagu ni pun A suka jugak. Memang nampak sangat lagu ni susah nak nyanyi, tak leh nak salahkan dia jugak kalau vokal dia tak oke sangat taim perform. Apapun, entahle, kenapa tak Iwan yang nyanyi lagu ni? Lagi comel kot.

Apapun, yang menangnya Shahir. Dah tak leh buat apa dah. Cuma A rasa, dalam banyak-banyak lagu, lagu "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" yang paling tak best. Tajuk punyalah panjang dan emo, pastu bunyinya agak lama seket. Haha. Biarlah, dah jadi lagu dah pon. Siap dah jadi single dah pun sekarang. Lagipun, bukan A yang undi pun. Rumah A pon tadak astro. Tahu pun guna tenet je. Biasalah tu, adat pertandingan, ada menang, ada kalah. Lagipun benda dah lepas dah kot. Bagi sapa-sapa nak tengok persembahan diorang atau pon video klip single diorang, paham-paham la sendiri nak cari kat mana yek. Nak sedut pon pandai-pandai la cari.

Haih A ni dah melalut banyak sangat dah ni. Benda ni bukannya leh bawak masuk exam pon cik A oi. Nak kecoh kecoh pun, rileks la sampai kimia dah habis baca.

Haihh...AF oh AF, exam oh exam.

p/s - A tak layan sangat AF, cuma minat seket-seket je. Hiburan le katakan.


Thursday, May 20, 2010

Mun Yang Ingatkan

Otak ini sudah letih

Kalau boleh, rasanya macam mahu tutup buku dan terus tidur awal tiap-tiap malam, tanpa perlu sibuk-sibuk pikir pasal final yang bakal menjelang.
Mahu jadi bebas, stress-free dan tak letih macam sekarang.

Seriusly, A dah rasa macam tahap nak putus asa tuh dah sampai.

Bila tengok ramai kawan-kawan dapat avtomat, which means tak yah sit for final menyebabkan A rasa bodoh sangat-sangat

Rasa macam menyesal, dan rasa macam tak berguna
Dan of course, A rasa jeles
Jeles yang amat-amat sangat-sangat

Tu lah, suruh prepare awal-awal taknak.
Pastu tiap kali kuiz tak perform
Bajet setakat cukup makan dan difahami tuan empunya badan dah cukup tanpa perlu dapat markah excellent gila-gila
Last-last, bila tengok yang selalu perform dapat avtomat, jiwa jadi jeles pulak

Inilah namanya dugaan
Dugaan seorang budak medik le katakan...haih

Jiwa kacau bilau tapi bukan m. daud kilau

Then terbaca post si Munirah

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya, sedangkan limpah kurniaTuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal

Which means for simplicity, apa yang A fahamlah, ayat dalam surah Taha ni cakap;

Jangan jeles dengan nikmat yang Allah kurniakan pada orang lain, tak kiralah orang tu orang kafir ke, orang islam ke, yang penting, semua tu ujian daripada Allah buat diri kita, ataupun si polan terbabit.

Semua yang Allah buat ada hikmahnya, dan hanya Dia yang tahu sebab Dia Maha Mengetahui.

Tugas kita, kita perlu berusaha dan seterusnya tawakkal pada-Nya, dan bila outputnya positif, jangan lupa pada Dia dan in case negatif, tu pun jangan lupa pada-Nya.

Kena banyak syukur dan redha.

Plus jangan tamak.

Hum hum

P/S - Ditulis sebab ngantuk sampai baca apa-apa pon tak faham. Dan Mun, thanks sebab mengusaikan apa yang kusut sekarang. Menusuk terus ke kalbu bila baca tadi, macam on time betul. Macam tahu tahu jek ye.

Sunday, May 16, 2010

Craps


S.E.D.I.H
di malam buta

what did i do wrong?
where did i go right?
and why did it's always wrong?


move on, move on
things can still be saved lah


я чувствую себя плохо
и жалею тоже
не волнуйся, все будет хорошо


в этом, я себя толька надо виноват
надо двигаться дальше и дальше


oh i am sick sick sick

Selamat Hari Guru




Khas buat warga pendidik yang tak pernah kenal erti lelah mengajar anak bangsa. Tanpa cikgu tak mungkin A akan sampai sejauh ini.

Ucapan ini khas A tujukan buat semua warga pendidik, tak kiralah yang ajar A secara formal atau yang tak formal macam mama dan abah A, walaupun diorang pun dah memang dalam golongan pendidik dah pun.

Apapun, prioriti memang A utamakan buat guru-guru yang mengajar A, seperti di tadika bina islamiah kuching, sekolah rendah kerajaan rancangan petra jaya, sekolah kebangsaan perol, sms tengku muhammad faris petra, international education center, dan moscow medical academy.

tu tak masuk lagi yang ajar tuisyen, ajar A mengaji, ajar memandu, menunggang dan banyak lagilah.

apapun, selamat hari guru.

p/s - mama pun cikgu, mesti dapat banyak hadiah nih.

Saturday, May 15, 2010

Dah Nak Dekat Final


Final dua minggu lagi, tapi aku still main-main.
Biarkan, "hero tok ggadduh" (ini slang kelantan mari punya)

Kebetulan final dah dekat, entah ler kenapa, American Idol musim ke-9 sekarang ni pun dah nak dekat final dah. Bukan American Idol jer, Vampire Diaries, The Celebrity Apprentice, Adamaya dan Gossip Girls pun dah nak dekat penghujung. Ada yang dah habis dah pun ada. Nak suruh A fokus study kot gamaknya.

Sekarang ni American Idol dah masuk Top 3, dan lagi satu minggu, kita akan tahu siapa dua peserta yang akan berentap di final nanti.

Antara tiga orang ni, salah seorang daripadanya akan jadi juara American Idol Season 9 nih. Jom jom tengok siapa yang bakal jadi juara musim ni.

Juaranya maybe;

si blonde hensem Casey James yang muka ala-ala pelakon telenovela,


minah country Crystal Bowersox yang rambut dia A suka sangat-sangat,


atau mamat rockers pemalu Lee DeWyze?


Apapun bagi A, A rasa Casey James tak patut masuk Top 3. Dia okay, tapi persembahan untuk tercalon dalam Top 3 kurang ummph sikit bagi A. A lebih prefer si comel Big Mike yang jadi Top 3. Biarlah, bukan A yang undi kot. Hihi

Rasa-rasanya final 2 : Lee dan Crystal
Dan maybe juara : Lee

Tak kisahlah sapa yang menang, cuma yang A suka pasal realiti tv nih, benda nih unexpected. Boleh jadi orang yang kita tak suka boleh menang. Yang tu yang suka tuh.

Tak boleh dijangka, dan selalu diselubungi misteri

p/s - A ni macam dah takder keje sangat-sangat nak sibuk-sibuk pasal American Idol. Biarlah, buat penghilang boring di kala penat otak menelaah pelajaran. (ayat taleh blah langsung, haha)
BTW, cantik kan gambar diorang jadik vampires? suka suka :)

Sunday, May 9, 2010

Ainin's

thanks Ainin for giving me this award. well, tak rasa macam blog ni interesting pun. cuma bebelan A yang entah apa apa entah sebab A tulis apa yang tiba-tiba rasa nak ditulis. apapun, thanks ya Ainin amat amat :)

Terms & Condition for the AWARD

1. Thank and link the person that gave you that award
2. Pass this award to 10/20/30/ all blogger you've recently discover
3. Contact said blogs and let them know they've won this award
4. State 7 things about yourself

Okeh, so here the list goes.

*emm*
- simply enough, i give this award to my fellow 1 year students of MMA
- and to my Amin too.
- and plus to saper-saper yang gedik nak jugak award nih, sila sila jangan malu-malu

sesaper yang terasa sila laksanakan amanah ni sebaik mungkin.
Nanti A check sorang-sorang. haha

7 perkara tentang saya

1. saya tak suka sayur, especially those yang kalernya green.
2. saya alah benar dengan cermin
3. suka pikir negatif daripada pikir positif, dan itu buat saya banyak berfikir
4. sangat suka kucing biarpun kucing pernah melukai hati saya hukhuk
5. suka drama, atau apa-apa yang berepisod daripada tengok movie
6. agak pendiam, dan kena ada orang tegur dulu baru hormon tu aktif
7. dan oh saya masih single dan akan single. haha

p/s - spotted one of this at Ilia's. dan oh, kamu kuat makan Ilia? plus still single? hum hum

Resignate


seriously, this is a mistake, and it is a stupid mistake.

I shouldn't be that dumb to think that the new me is merrier.
I suppose to think first for the outcome before i make that dumbass decision
It's useless A, and shame on me, it serve me right for being such a believable person

I should have known this will coming
I should have known this will coming
I should have known
I should have known

I should have

I should have known that no matter how hard I try, the result is still the same

Stupid A!
You're so stupid.
And dumb dumb dumb

From now on, just be like those days, and don't trust others.
Please, don't trust them.
They just bring such a great heartache for you A.
And I believe that.

I believe that always

p/s - thanks guys, for letting me know who am I

Saturday, May 8, 2010

Mama


9 Mei : Hari Ibu

hari ni 9 Mei, dan kalau kat sini orang-orang sini sibuk meraikan hari kemenangan diorang, tapi buat seluruh dunia, hari ni merupakan hari paling khas buat wanita-wanita yang bergelar ibu.

Mama, A sayang mama amat-amat! A memang tak dapat bayangkan langsung yang hidup A ni tanpa mama.

Kalau dalam banyak-banyak adik beradik A, A tak tahulah kenapa A lagi rapat ngan mama.

Kalau duduk makan-makan ngan mama, orang yang paling last kat meja makan tuh mestilah A dan mama, sambil mama cerita kisah-kisah lama dia dulu. Kadang-kadang adalah jugak kakak A yang sibuk meratah makanan lebih. haha

Mama selalu cerita kat A pasal macammana mama boleh jadi berjaya macam sekarang. Kalau mama tak cerita dekat anak-anak dia, sampai sekarang pon kita takkan tahu keperitan mama dulu.

A selalu ingat ayat mama yang nih.

Masa tuh ada adik A nak makan something, dan masa tu mama penat. A marah adik A sebab dia tak nampak ke yang mama letih, dan dia pandai-pandai pulak merengek nak itu ini. Tapi mama cakap kat A

"biarlah, dia nak makan benda tuh. Kalau dia mati, dan tak sempat makan benda tuh, sampai bila-bila ma akan menyesal"

dan bila mama cakap macam tu, terus mama bangun dan buatkan makanan tuh untuk adik A. dia tak kisah dia letih ke penat ke apa, tapi dia buat sebab itu tanggungjawab dia pada adik A. sampai macam tu sekali kasih sayang seorang ibu pada anak dia.

so pada mereka yang bergelar anak kat luar sana, tak kisahla mama korang garang atau tak best macam mana sekali pun, ataupun jahat dan korang rasa dia tak sayang pun kat korang, cubalah mengerti yang dia tetap ibu korang. Mungkin secara zahir dia nampak tak penyayang, tapi batin dia siapa yang tahu?Ucaplah selamat hari ibu walaupun cuma sekadar mesej.

dan oh mama, A memang sayang mama sangat-sangat!

p/s - Kalau boleh nak terbang balik dan peluk mama. A takut tak sempat. Ya Allah, kau selamatkanlah mamaku ya Allah.

p/s - abah jangan jeles, A sayang abah jugak.

Friday, May 7, 2010

zachot

mood: Diana Vickers - Once

MyEm0.Com

yeay yeay

akhirnya, lepas penat main kejar-kejar, dah berjaya dapat zachot untuk fizikultura.
ini bermaksud, dah tak yah pergi subjek fizikultura untuk semester ni sebab subjeknya dah habis.

overall, subjek fizikultura hari ni yang paling seronok.
bukan sebab seronok dapat zachot, tapi sebab berjaya pusing satu padang sebanyak 10 kali.

punyalah penat lari-lari, tapi at least dapat jugak hilangkan lemak yang dah lama terkumpul.

yalah, hari ni main-main kat padang bola sepak plus yang ada track lumba lari, so bila ada peluang, kenalah gunakan sebaik mungkin. lagipon dah lama sangat dah A tak lari. selama ni fizikultura buat kat sporthall je, so nak lari pon limited, asyik main bola tampar jek.

apapun, satu zachot dah dapat, tapi banyak lagi yang menanti.
tu tak tambah lagi empat subjek final bagi semester nih, dan paling menggerunkan, subjek Chemistry. bukan sebab susah sangat ke apa, tapi susah sebab lecturer tak mengajar. huh

p/s - ramai yang tak tahu apa tuh zachot. bila belek-belek balik, A perasan yang A tak pernah pun bagitau camner pembelajaran kat sini kan? nanti ada masa A post-kan macammana study kat sini. itu satu janji. hum hum

p/s - fizikultura : pendidikan jasmani

p/s - kucing atas tuh amat comel. tengok yang ni pulak. comel comel oh
MyEm0.Com

Saturday, May 1, 2010

Membebel


Post ini mengenai duit lagi.

Kali ni segala hutang berjaya diselesaikan. Hutang hostel, hutang tiket nak balik, hutang lain-lain semuanya dah langsai. Tapi, bila segalanya berjaya diselesaikan, dan elaun pula masuk mencurah-curah, masalah lain pula timbul. Kalau masa duit tuh ciput tak lah pulak rasa macam ni. Sepatutnya bila duit banyak la baru ada rasa nak shopping sakan, tapi kali ni tidak. Duit bertambun-tambun, tapi semangat tuh hilang. Kalau bagi opsyen, sama ada shopping atau duk kat rumah, A pilih duk kat rumah. Kat rumah dapat tidur, tidur dan tidur.

Ngehehe, A sejak dua menjak nih tak cukup tidur. Bajet minggu ni nak rehat-rehat seket, alih-alih cuti yang dean bagi kena tarik balik, dan A akan ada kelas la pulak. Cilakak betul. Dah la tu, ada exam pulak hari yang sepatutnya cuti tuh. Hajatnya dah ramai-ramai tanak pergi buat tak tahu, tapi biasalah, akan ada yang terlebih rajin nak pergi. Nak tak nak, kena jugak pergi.

Haihh..biarlah, asal lulus je A.
Tak jadi super pon takpe, janji lepas dan paham.

Balik ke topik asal. Kenapa ye? Kenapa tiba-tiba hilang mood nak berbelanja nih? Adakah sebab harga pakaian mahal-mahal? Adakah sebab dah boring ngan feshen musim bunga sekarang? Atau adakah sebab dah tak de sale dah?

Musykil, musykil.

Tapi bagus jugak buat A, alang-alang selamat duit tuh. Boleh jugak simpan buat benda-benda lain. Tapi bila pikir-pikir balik, ada benda lain ke yang A kena beli?

Entahlah. Mungkin benda yang A perlu sekarang bukan baju, seluar, perabot atau apa-apa, tapi cuma tilam dan bantal. A nak tidurr. MyEm0.Com

p/s - lantaklah ko pizik, aku malam ni nak tidur. Esok baru aku bantai ko habis-habisan. MyEm0.Com