Monday, March 29, 2010

29 Mac 2010

9.15 a.m pagi semalam, waktu sini

A tersedar dari tidur. Huissh, bangun lambat. Baru jer berangan nak attend lecture. Dah lewat dah ni. Sepatutnya kena bertolak pukul 7.30 lagi ni. Burn lah tiga lectures.

Semalam A tak leh tidur. Bajet nak buat "on-call" sikit sebab takleh tidur, tapi alih-alih, A tertidur pulak. Maybe terlelap around 4.00 a.m kot. Crap. Terus mandi cepat-cepat dan bajet nak bertolak around 10.30 a.m untuk kelas pizik.

Pukul 9.45 dah siap-siap. Baru je nak makan bekfast, my rummet bagitau yang ada letupan lagi kat Russia. Dengan muka tak-hendak-tahu-sangat sebab kalut-kalut, A tanya kat mana? Dia bagi tau dekat Park Kultury dan Lubyanka. Terus A kaget. Takut. Resah gelisah.

Park Kultury? Lubyanka?
Line merah.
Line yang paling dekat dengan hostel A selain line oren.

Kenapa kat situ? Kenapa mesti kat line merah?
Ya Allah, dekatnya.
Ya Allah, takutnya.

Terus tiba-tiba datang si Abraham bagitau.
Today jangan keluar. Ada suicide bombing. Bahaya.
Banyak laluan subway ditutup.
Kalau ada kawan yang on the way, call suruh balik.

Terus A teringat pasal kawan-kawan.
Suasana mesti kelam kabut. Mesti ramai yang panik. Celaru. Huru-hara.
Dalam hati dah start fikir; rasa-rasanya tak der kot yang pilih laluan merah, sebab biasanya budak-budak ni naik laluan oren.

Then sibuk-sibuk call. Nak cuba pastikan semua selamat.
Tup tap tup tap ada kawan call bagitahu, yang diorang dekat Fruzenskaya. Stuck kat situ sebab line merah ditutup. MasyaAllah, kenapa tiba-tiba hari ni ada yang gatal-gatal nak naik line merah? Biasanya tak pernah. Mereka di hostel sini dah kelam kabut. Asyik call sini sana. Mengharap. Menanti yang lain selamat.

Suasana takut gila.
Masing-masing ada andaian sendiri.
Masing-masing ada kisah tersendiri.
Alhamdulillah, semua selamat.
Cuma ada dua tiga orang senior yang tercedera dalam kejadian tu.
Hati takut.

Ya Allah, kot kot mana pon, mesti Islam akan dipersalahkan
Mesti Islam dipersalahkan
Mesti Islam dipersalahkan
Asyik asyik bom je salahkan orang Islam

Mereka di rumah cuba dengar berita
Youtube, CNN, Russia Today
Masing-masing kelu. Diam.

A tengok dalam Youtube.
Tengok keadaan ramai mayat terbujur kaku di stesen Park Kultury
Tengok tompok-tompok darah merah
Tengok kekagetan orang ramai
Dan tengok komen-komen hina masyarakat dunia tentang Islam

Dan bila segalanya reda
A dengar, ada perempuan bertudung dipukul
A dengar, ada beberapa lelaki Muslim dipukul
MasyaAllah

A masih ingat petikan berikut daripada wikipedia

"Another hoax occurred about an hour after the second explosion at the Ulitsa Podbelskogo station when passengers noticed a Muslim woman entering the train"

Muslim woman?
Muslim woman?

Dunia makin teruk terhadap Islam.
Atau Islam yang makin teruk terhadap dunia?
Siapa yang patut dipersalahkan, A tidak tahu.
Siapa yang betul, siapa yang salah, A tidak tahu

Huh
Inilah dunia
Makin lama makin bercelaru

P/S - Takziah bagi mereka yang kehilangan insan yang tak sedikitpun bersalah dalam hal ni. Dan buat teman-teman dan juga A, Alhamdulillah kerana masing-masing selamat. Sedikit sebanyak insiden ni buat kita jadi takut akan kematian, dan buat kita fikir yang maut itu boleh menjemput kita di mana-mana.

Thursday, March 25, 2010

Sana Sini Cintan Cintun

Babak berikut tak der kena mengena langsung dengan apa tujuan post ni ditulis. Saja A nak gedik-gedik ouh. Ahaha

Scene: in a chat room with anonymous person

Me: Ohai there!
Me: I'm gay!
Me: Do it bothers you? haha
Anonymous: haha. of course not.
Anonymous: how old are you btw?
Me: I'm 18
Anonymous: ....
Anonymous: well...
Anonymous: Don't you think you're too young to think about your love?
Me: (offline)

Cinta. Kompleks. Rumit.

Lebih-lebih lagi bila "cinta" tu berlaku dalam usia yang masih muda.
Sejauh mana yang A tahulah kan, cinta tu suppose to be pure dan beautiful kan?
Tapi yang peliknya, kenapa bila A nampak bebudak muda kapel-ing around, tak terserlah pun keindahan cinta tu?
Ketulusan cinta tu tak sama dengan ketulusan cinta sepasang suami isteri

Ada jugak pun yang nampak sweet, tapi kalau nak dibilang memang betul-betul sikit. Huh, hati kering betullah A ni. Benda-benda sweet macam ni pun tak leh nak feeling.
Huh. Tak uptudet langsung la A nih. Ahaha

Dan pasal benda mengarut yang A main-main dalam chat room tuh
A amat-amat rasa apa yang si anonymous tuh cakap betulla jugak
A rasa kita still muda, comel, kiut nak pikir pasal hal-hal ni
Bila pikir-pikir, boleh ke kita nak kekalkan hubungan tu sampai kahwen dan bercucu-cicit?
Tak takut ke kalau nanti terjumpa makhluk lain yang lagi okay daripada yang sedia ada?
Takut la bila pikir benda-benda yang kita sendiri ni tak pasti lagi
Dan A takut jugak...mana tahu esok lusa tulat tulit A pulak yang hadapi masalah yang sama

Haih
Kompleks. Kompleks. Kompleks
Biar masa berlalu dan ianya berlaku dululah A
Huh

P/S - A bukan condemn mereka mereka mereka ni, cuma A pelik. dan musykil jugak. A sendiri pun tak alami lagi benda nih, so A tak boleh nak komen apa-apa pasal hal ni.

P/S - Haha. Sebenarnya A nak fokus pada ayat 2nd last tu sebenarnya. Jangan salah anggap pasal benda-benda gay tuh. A saja-saja berlakon buat-buat gedik dalam chat room tuh. Nak tengok reaksi orang lain, especially non-Malaysian

Saturday, March 20, 2010

Quickie Updates

Tidak. Tidak. Tidak
Dugaan itu amat kuat.
Susah susah susah nak tangkis,
dan A pula amat lemah.

Harap-harap takder yang memulakan
Jauhkan jauhkan, lagi dan lagi.
A takut takut takut.

MyEm0.Com

Sayang Amat Amat

Semalam masa tidur A mimpi.

A mimpi pasal ketidakbetulan along.
A mimpi pasal keseriusan am.
A mimpi pasal kegilaan asih.
dan A mimpi pasal kegedikan yah.

Seriously, A rindu pada mereka semua di rumah
A rindu amat amat sangat.

Tapi, A sedih

A sedih sebab A tak pernah pun sempat nak tengok transisi pembesaran diorang
Tak sempat tengok bukan je dalam waktu sekarang, waktu dulu pun tak sempat
Dan bila mengetahui yang waktu depan pun tak sempat jugak, itu buat A lagi makin makin sedih

A tahu A pergi jauh, dan bukan saja jauh dari masa sekarang, masa depan dan masa dulu pun ikut sama.
A takut jarak dan masa nih merenggangkan kita adik-beradik.
A takut bila A kembali, semua dah berubah

Dan the worst part, A takder dalam transisi perubahan itu
A takder

Huh

Apa lagi A mampu buat?
Apa lagi yang mampu A ubah?
Perlu sabar, sabar, sabar dan sabar.

Sabar?
Haihh
Itu je opsyen yang ada, A

Dan A, ingat
Allah itu ada, dan demi Allah tuhanmu, bersabarlah (74:7)

P/S - A sayang sama along, am, asih dan yah. A sayang kamu kamu kamu kamu infiniti.

Thursday, March 18, 2010

Komen Kutuk Kumpat

Hari itu A belajar sesuatu yang baru.

Dalam hidup ini, kita tak boleh lari daripada dikutuk, dikritik, diumpat dan dicaci daripada makhluk-makhluk Allah lain, walaupun dari belakang.

Kita mudah terasa bila kita tahu ada orang cakap-cakap pasal kita, tapi kita tak sedar, yang kita pun ada jugak buat benda yang sama. Even antara kawan-kawan rapat pun kita boleh jugak ter-backbite secara langsung atau tak langsung.

Yelah, kita bukannya sempurna sangat. Banyak sangat kekurangan yang ada kat kita.

Walaupun antara teman rapat, mesti kot kot mana pun akan ada satu perasaan tak suka pada salah satu perangai sahabat kita tuh.

Bila kita buat, kutuk-kutuk orang, komen-komen, kita bajet orang tak tahu. Tak marah. Tapi bila kita tahu ada orang buat camtu kat kita, kita bengang. Mengamuk. Terasa.
Bukan ke tak adil namanya tu?

Haihh..manusia manusia
Kenapalah manusia ni kompleks sangat?

Apapun, maybe ini solusi terbaik.

Selalu komen-komenlah orang lain sebab kot kot manapun, kita still akan diumpat oleh manusia lain walaupun kita ni dah dikira sempurna amat dah. Kalau tak, rugi nanti. Ahaha

P/S : Post ni ditulis berkurun lama sudah, cuma sekarang ni A dalam proses meng-clear kan luahan hati A dalam tab "edit posts" yang banyak amat itu. Ya A tahu, A memang gedik.

Monday, March 15, 2010

Maafkan A

Oh cik hati.

Maafkan A sebab bikin kamu gundah gulana minggu ini.
A tahu, kamu tahu apa yang berlaku.

Entahla cik hati, A tak mampu buat apa-apa.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak.

A cuma menanti hari di mana A akan meletup sama seperti dulu.

Dan bila ianya berlaku, A tak yakin ianya mampu diterima akal fikiran

A cuba untuk bersabar cik hati, tapi pada masa yang sama A, mengharap agar A cepat-cepat sampai ke satu tahap yang mana A sudah tak mampu lagi kawal perasaan ini

A mahu lepaskan apa yang terbuku di hati
A mahu dia tahu betapa lama A bersabar
A mahu dia mengerti, memahami
cukup sekadar untuk dia sedar keperitan A bertahan

Tapi cik hati, A bukan macam dia.
Dan cik hati A, bukan sama seperti cik hati dia

Entahlah cik hati, manusia itu kompleks.
Berlainan tekstur dan juga rasa
Susah

P/S - ...

Tuesday, March 9, 2010

Quickie Updates


Aku benci orang gedik sangat
Hodoh dan bangang

Noktah .

Monday, March 8, 2010

Malas


Hari ni A ponteng kelas.

Sejak akhir-akhir ni, A makin kerap ponteng kelas. Kemalasannya bertambah-tambah sehingga mencurah ke ladang gandum. Alah, bukan kelas apa pun, kelas Fizikultura je kot. Haihh...dah besar panjang lebar pun still nak kena ber-pj lagi ke?

Benda ni salah sebenarnya, tapi memikirkan A pun dah lewat, dan biasanya cikgu tu bias seket terhadap lelaki, dan memandangkan kurang sambutan daripada pelajar lelaki serta subjek paling A tak suka, A memutuskan untuk ponteng seponteng-pontengnya kelas Fizikultura hari ni.

Lagipun, cikgu tu tak kisah kot ramai yang tak datang. Tapi sebenarnya, kat sini attendance amatlah dititkberatkan. Berbanding result taim exam, lecturer lebih pentingkan pasal kehadiran berbanding result. Pelik pelik. Hmmm...A rasa, macam ada firasat dalaman yang mengatakan cikgu tu lambat laun akan makan hati jugak ngan kitorang yang selalu ponteng kelas dia. Ahaha, biarlah. Tunggu dia mengamuk sakan dulu.

Entahla, sejak kebelakangan ni, A rasa malas yang amat. A tak rasa malas nak kelas, tapi rasa malas nak hadiri benda-benda leceh macam lecture. Kat sini, lecture bukannya semua yang dia ajar tu kita faham. Entah apa-apa entah lecturer tu explain kat depan, satu habuk pun haram dapat masuk dalam kepala otak A nih. Dengan suara perlahannya, dan ditambah ngan slaid yang ayatnya panjang berjela-jela, serta bahasa Inggeris yang bermacam-macam slang, aduh...nak putus fius ni. Daripada pergi tak dapat apa-apa langsung, baiklah A duduk study ataupun qada' waktu tidur kat rumah.

Kawan A pernah bagi equation nih.

Lecture = tidor, tidor = rumah, so lecture = rumah.

Pergi lecture ngan duk rumah sama je.

Tapi, benda ni dah melalut sangat-sangat ni. Benda ni salah salah salah. Takkanla A sampai begitunya lalu malas nak pergi lecture. A pergi, tapi based on mood. A pun pilih-pilih jugak nak pergi lecture mana. Yang mana dapat input lebih sikit, yang tu lah A utamakan. Yelah, takkan nak memanjang ponteng lecture? Ni nak jadi doktor ke hapa pemalas amat nih?

Haihh...apalah nak jadi ngan A...

P/S - Yeay! FYI, fizikultura itu pendidikan jasmani. Ahaha. Gedik

Thursday, March 4, 2010

Kejelesan Membara


Maafkan diri ini sebab dah lama tak menulis.

Bukan apa, A rasa macam agak takut sikit nak menulis. Yelah, A cuma rasa sedikit tak selesa apabila segala coretan luahan hati mulus A ni diperhatikan, dinilai dan diketahui ramai orang.
Niat A bukannya nak buat saper-saper marah, tapi just A perlukan satu medium yang boleh A expresskan apa yang A rasa; satu medium untuk lepaskan apa yang terpendam dalam hati nih. A tak sukalah buat orang lain rasa tak selesa nih.
Tambah-tambah lagi, benda nih menambahkan ketidakselesaan pada diri A sebab A tahu ada yang tak selesa dengan apa yang A tulis.

Biarlah A, itu lumrah alam, manusia terlalu kompleks. Terlalu banyak variasi, dan sukar untuk diramal. Haih

Secara jujurnya, A tiba-tiba rasa homesick minggu nih. Tak tahulah kenapa, sebab biasanya A susah sikit nak rasa homesick. Hati kering la katakan. Biasanya A homesick mula-mula je, pastu lama-lama makin oke. Tapi yang ni, entahlah. Mungkin sebab budak-budak ni tengah sibuk tempah tiket balik cuti musim panas ni kot yang buat A tiba-tiba rasa teringat.

Tapi yang peliknya, rasa homesick nih macam lain daripada yang sebelumnya. A rasa macam, feeling nih lagi matang. Feeling ni bukan homesick, tapi rindu. Rindu yang amat sangat. Rindu yang sampai boleh buat kita senyum bila ingat-ingat balik instead of rasa sedih. Haih

Bila ingat-ingat balik, rasa rindu jer nak jadi macam dulu.
Nak jalani hidup macam dulu. Nak gembira macam dulu.

A sebenarnya jeles yang amat sangat dengan kawan-kawan kat Malaysia. Walaupun diorang anggap A lagi beruntung, dapat belajar jauh-jauh, dapat rasa negara orang, dapat duit elaun banyak-banyak, tapi honestly, A rasa macam semua nih useless. A rasa macam A dapat semua yang A nak, A sepatutnya gembira, tapi semuanya macam kosong. Tak lengkap. Rasa kosong. Rasa macam ada satu bahagian yang hilang, dan A tahu apa bahagian tu.

A lihat mereka bahagia.
Gembira. Comellah.
Dan A jeles dengan itu.

Bukannya A tak gembira. A happy.
A pun gembira jugak. Ada kalanya A senyum jugak. Gelak jugak.

Tapi entahlah. A rasa tak sebahagia mereka. A bahagia, tapi tak secara menyeluruh. A rasa bahagia, tapi bahagia yang macam plastik. Tak original.

Mungkin ini salah satu transisi kematangan kot. Mama pernah cakap; "memang hidup ni macam tu, A. Ada yang datang, ada yang pergi, dan ada yang tak datang dan tak pergi. Yang pergi tak semestinya akan datang balik. Dan yang datang pulak tak semestinya akan pergi". Mama pun pernah bagitahu, tak usah sedih-sedih.

Kadang-kadang bila difikirkan balik. Kesian kan orang macam A?
Whatever lah. Janji A bahagia dengan cara A hidup, walaupun ianya menyakitkan

Sini bukan Kelantan encik A.
Manusia itu berbeza. Banyak variasi. Sukar diramal.

P/S - keemosiannya terlebihla pulak. andai saya tukar link, saya informkan kamu, kamu dan kamu ye. maaflah insan selain kamu, bukan A nak berahsia, tapi ini A.