Saturday, October 26, 2013

Summertime Sadness

Bila sedih menimpa, saya mudah mengadu pada blog. Biar saya tulis benda yang tak berkaitan pun, tapi saya rasa macam ada satu perasaan lega kalau saya menulis.

Entah, saya rasa senang sebegitu. Macam blog ialah pendengar saya yang paling setia, yang paling tak jemu mendengar celoteh saya sepanjang masa, dan yang tak cuba pun nak selesaikan masalah saya (walaupun saya tahu yang saya memang perlukan penyelesaian).
Dia dengar aje tanpa pernah suruh saya berhenti :P

Well well, itu salah satu cara saya larikan minda saya dari masalah; dengan menulis. Kadangkala saya larutkan emosi saya dengan mendengar lagu lama, dan adakalanya saya lelapkan diri sekejap untuk jarakkan diri saya dengan dunia. Mana-mana yang saya rasa sesuai pada saat itulah.

Baru-baru ini saya dilanda masalah kemurungan yang agak teruk. Sedihnya sangat lain macam, sehinggakan terbawa-bawa ke dunia mimpi. Tak pernah saya mengigau sebegitu teruk hinggakan saya terjaga dan beristighfar banyak kali. Tambahan lagi, ramai yang menegur saya kenapa saya nampak sangat sedih dan beremosi. Jujurnya saya sendiri pun tak perasan yang saya tengah sedih hinggalah orang lain menegur saya. Katanya raut wajah saya memang ketara tampak berlainan.

Entahlah.
Serius, kadangkala saya rasa saya ini terlebih komplikated.
Macam sangat bersirat dan berserabut dan amat kusut, sampai tak boleh nak dileraikan sebab dah disimpul mati. Banyak betul jalinan yang tak perlu, sampaikan jalinan yang perlu pun turut tersimpul sama.

Kalau ikutkan mengikut psikiatri, saya ini memang senang sangat untuk ditimpa penyakit neurosis. Banyak sangat konflik dalaman yang sangat intrapersonal sehingga saya sendiri pun pening memikirkannya. Susah.

Atau saya je yang buat benda ni susah?

Apapun, saya selalu salahkan benda ni dengan cuaca. Cuaca peralihan dari lewat musim panas ke musim luruh sedikit sebanyak mengganggu mood saya. Saya tak suka sangat bila suhu tiba-tiba menurun, dan cuaca setiap hari akan nampak mendung dan berkabus. Sangat gloomy.

Haih.
Tengok saya mengeluh lagi.

Mungkin saya perlukan beberapa dos tambahan kebahagiaan.
Ataupun few injection of happiness.
Macam kek coklat contohnya.
Dan milo panas.
Ataupun puding coklat berkombo.

Yup, memang saya perlukan itu.
Saya taknak aras serotonin saya jatuh lagi :(

Sunday, September 22, 2013

Kembali

Woops saya terpublishkan awal pula post ini. 
Sebenarnya post ini tak siap lagi, saya tengah main-main berblog dengan telefon sambil menunggu habisnya kelas psikiatri, tak perasan pula saya tertekan publish.
Itulah, siapa suruh tak fokus sangat dalam kelas.

Tapi takpelah, saya sambungkan saja lah post ni.
Bagi mereka yang dah baca post ni, baca balik k, saya dah update dah ni.

So basically I just broke the last rule of my own of blogging.

In my world of blogging, I believe that I shouldn't do all of these things;

First, don't apologise when you're not actively enough posting stuffs.
Second, don't bash or kutuk people in your blog. Keep it as drama-free as possible.
And lastly, never, i mean NEVER you tegur rakan anda yang tulis blog tentang apa yang dia tulis.

Well I broke the first rule like every time dedulu until recently because I think it's rather annoying to always say sorry, and as for the second, I used to write stupid personal stuffs here and consequent of that leads to real life drama..so lessons learnt VERY WELL. Tapi the last one I just did recently.

And I am not really feeling well to that, mainly because I pun tak suka if people approach me and says stuffs about my blog.
Tapi like always I can handle that like a pro, so no worries. Lek lek aja.

I am always an awkward person. 
Bila saya cuba untuk memulakan percakapan dengan orang yang saya tak rapat sangat, biasanya akan ada banyak pause moment yang sangat-sangat awkward.
Dan saya benci bila keaadan sebegitu berlaku.

Makanya saya selalu akan jadi hyperaktif dan mula bertanya macam-macam soalan supaya moment pause tu tak berlaku lagi like NEVER, NADA.
Dan dari situlah keluar pelbagai perkara yang so at the moment, yang kadang-kadang sangat awkward haha.

Well sebenarnya most of the time bukanlah spontaneous ala-ala at the moment sangat, tapi saya sebenarnya memang suka jadi orang yang intimidate-kan orang lain dengan benda-benda yang awkward. 

So sebab itulah saya tegur orang yang ada personal blog ni hihi.
Takpun anything yang melibatkan personal things yang dia ada, macam twitter atau fb.

Kejam kan?
Well..

Ok saya tak tahu nak endkan post ni cemana sebenarnya. Kbye lah.
Like kbye.

Seret

Kalau ikutkan, mahu sahaja saya angkat kaki ini dan lari jauh-jauh.
Serius saya selalu rasa macam siapalah saya ini.
Tak layak dan bukan orang yang betul untuk tugasan sebegini.

Tapi saya seretkan juga kaki pemalas saya ini untuk melangkah.
Berat hati saya sebenarnya, tapi apakan daya..memang ini sudah tertulis untuk saya.

Bak kata seorang rakan; kalau saya rasa tak sanggup dan letih tu, maksudnya saya tengah buat benda yang betul lah tu, inshaAllah.

Risau juga saya, takut gusar hati saya ini sebenarnya datang dari bisikan mereka yang direjam.
Itu yang buat saya gagahkan juga biarpun beratnya tak tertahan.

Lagipun kalau saya pergi, sekejap je Rabb gantikan saya dengan makhluk Dia yang lain.
Takutnya.
Tapi kan Dia dah janji, bebanan tu salah satu ujian. Dan bebanan seseorang tu takkan diletakkan kalau orang tu tak mampu.

InshaAllah boleh boleh.

Jangan risaulah, Dia ada.
Kuatkan diri A, kuatkan diri.

Tuesday, June 4, 2013

Nota buat sahabat

Sahabat, the moment I read your post, I knew I just have to do something. Meskipun siapalah diri ini untuk layak menulis sebegini, tapi moga apa yang saya coretkan ini diredhai Allah dan mampu menuntun jiwamu yang meruntun tu.

Sahabat,

Ditakdirkan kita sebagai makhluk bernama manusia di atas muka bumi Allah ini adalah dengan sifat muhajirin. Setiap daripada kita manusia ini, setiap hari adalah orang yang berhijrah, ingin berubah daripada takuk lama ke takuk yang baru. Ada yang ingin berubah dari takuk yang buruk ke takuk yang baru, manakala ada pula yang ingin berubah dari takuk yang baru ke takuk yang lebih baru. Tak kisahlah takuk yang lama itu buruk mahupun baik, yang penting, setiap manusia ingin berubah ke arah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Dan proses ini pula, tidak akan lengkap berlaku tanpa ada sebarang cabaran dan rintangan. Takdirnya kita sebagai manusia, memang akan selalu diuji dari pelbagai sudut. Telah diceritakan berkali-kali di dalam kalam suci al-quran, jelas diperincikan bahawa hidup kita ini akan sentiasa dipujuk ke arah kesesatan oleh you-know-who sejak zaman Adam lagi. Kita sebagai manusia sememangnya akan dipujuk, dirayu oleh si durjana ke arah kesesatan kerana kita memang ditakdirkan begitu; punyai musuh yang membujuk kita ke arah itu.

Namun begitu, harus saya tekankan di sini bahawa manusia ini sering lupa bahawa mereka itu manusia. Mereka ini lupa yang mereka ini bukannya malaikat. Sering kali saya dengar kisah mereka yang berputus asa tatkala rasa diri tidak berjaya untuk berubah..yang mana dosa yang dilakukan itu, berulang ulang lagi dilakukan. Di sinilah ingin saya tegaskan bahawa di saat kita putus asa itu, yakinlah bahawa tatkala itu juga, berdekahan musuh kita yang satu itu tertawa kerana misi mereka itu akhirnya berjaya.

Oleh itu, kata kuncinya di sini ialah jangan mudah putus asa. Jangan sesekali fikir yang perubahan kita itu tidak berhasil. Cuba dan cuba lagi. Yakinlah bahawa segala khilaf yang berlaku itu adalah hasil pujukan syaitan dan silap diri sendiri yang senang digoda syaitan. Pohonlah perlindungan sebanyak mungkin supaya terlindung daripada bisikan syahdu mereka yang datang membisik, serta jangan lupa untuk menguatkan diri supaya tidak lagi lemah dalam buaian lena syaitan.

Dan andai kata kita gagal dan tergelincir sedikit dari landasan perubahan kita itu, maka di sinilah konsep pintu taubat itu perlu sentiasa dilekatkan dalam kepala bahawasanya ianya memang selalu terbuka untuk kita. Jangan sesekali fikir yang kita akhirnya tidak akan berjaya berubah. Apa yang penting, ikhlas dalam usaha kita untuk berubah, dan jangan putus asa.

Wallahualam.

Akhir sekali, ingin saya sentuh sedikit petikan daripada hadis 4 dari Hadis 40 oleh Imam Nawawi untuk peringatan; bahawa siapa kata kita yang hodoh dengan dosa ini tidak boleh berubah dah, nah ambek;

"..Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya jika salah seorang dari kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu didahului olehnya ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya, jika salah seorang dari kalangan kamu beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu didahului olehnya ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga."
- Hadis Riwayat  Bukhari & Muslim

Moga Allah redha, dan moga kita semua sentiasa dilindungi oleh bisikan syahdu mereka yang direjam.

Sunday, June 2, 2013

Salam Hari Lahir, A

Dalam kesibukan cycles dan pelbagai urusan yang memang memakan masa, saya terlupa sesuatu; hari lahir saya.

Jujur saya katakan yang saya benar-benar lupa sehinggalah saya terlihat dinding akaun facebook rakan saya dihujani berduyun ucapan selamat. Sahabat saya tu, lahirnya sehari lebih awal dari saya.

Saat tepatnya pukul 12.01 malam onwards, mulalah giliran facebook saya untuk menerima nasib yang sama. Berduyun ucapan naik, dan datangnya pula sumpah dari berbagai arah. Kawan sekolah lamalah, kawan setaman lah, sepupu sepapat lah dan sebagainya. Memang bergetar henset saya seharian dengan notification. 

Then somehow strangely, something struck when I was scrolling down the wishes. Saya ter-stuck di satu wish yang simple dan biasa kita ucapkan.

It was the ucapan of "semoga berjaya dunia akhirat", a simple wish, tapi mampu buat saya pada malam itu tergamam sejenak, berfikir.

Terus minda saya terbawa ke satu situasi yang berlaku sebelum itu, di mana saya terstumble upon this particular ayat dalam surah as-sajdah. Entah kenapa, hati saya lebih tertarik akan ayat ini pada malam itu.

It was this ayat, 32:26, which says;

"Dan tidakkah menjadi petunjuk bagi mereka, betapa banyak umat-umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah mereka tidak mendengar dan memerhatikan?

Tatkala saya mentadabbur ayat ini, saya terfikir bahawa kita ini bila-bila masa sahaja boleh binasa. Ajal maut kita tak siapa yang tahu melainkan Allah, dan ianya sudah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi. Dan dalam ayat ini, Allah ceritakan bagaimana sudah cukup banyak umat terdahulu yang telah dibinasakan, yang berjalan dengan senang-lenang di atas bumi pinjaman Allah..yang akhirnya dibinasakan Allah begitu sahaja.

Sangat menakutkan sebenarnya jika difikirkan balik, yang kita ini tidak mengambil ibrah langsung dari umat terdahulu. Tak siapa yang tahu di tanah yang kita sedang berjalan ini, mana tahu kita sebenarnya tengah berjalan di atas kesan-kesan ketamadunan mereka dahulu yang telah dibinasakan.

Alangkah takutnya jikalau kita ini sebenarnya sama seperti umat terdahulu, bersenang-lenang berjalan di tempat yang sama, tanpa mengerti yang kita ini sebenarnya adalah calon-calon yang akan binasa, yang tidak berjaya di dunia akhirat. Ataupun mungkin di dunia ini kita berjaya, tapi di akhirat nanti tidak. Nauzubillah..

Mungkin ini adalah ucapan hari lahirku dari Sang al-hadi, yang maha memberi petunjuk.

Semoga berjaya dunia akhirat, A. Semoga berjaya.

Thursday, April 4, 2013

Knock knock

Bunyi notification masuk.

Ini, ini..dugaan datang lagi.
Dan memori datang mengetuk tanpa segan silu,
Juga tanpa amaran.

Approve? 
Atau approve to disapprove?

Buntu.
Dan pilihnya cuma perlu satu.

Monday, April 1, 2013

La Tahzan

Sejak dua menjak ini, minda saya berputar ligat mencari punca di mana silapnya. Apakah ini, percaturan apakah ini?

Di saat saya mahu mula bertatih dan melangkah, di saat saya merasakan saya sedang betul-betul berusaha, datang pelbagai dugaan menimpa. Terkadang saya terfikir, salah sayakah atau sebaliknya? Di mana silapnya diri saya ini? Saya tidak ikhlas kah, ataupun ada unsur-unsur lain yang menyebabkan saya tersasar jauh dari titik mula.

Ya, saya sedang sedih.
Ya, sesekala saya menangis.
Dan ya, saya tahu semua itu datangya tidak lain dan tidak bukan dari kelemahan saya sendiri.

Jawapan kepada soal hati dan bicara hati saya itu, biarlah yang mengetahuinya hanya saya dan Dia sang As-Sami' dan Al-'Alim. Dia maha mengetahui apa yang berlaku, dan Dia lah sebaik-baik perancang. Usah dilayan perasaan itu, jangan biar terbitnya rasa ragu-ragu dalam hati atas segala yang terjadi dan atas apa yang telah berlaku. Mana mungkin kita diuji sebegini rupa tanpa sebarang hikmah dan sebab.

Tsabatkan saya ya Allah, jangan biar saya termakan bisikan syahdu mereka yang direjam.


Sunday, March 31, 2013

Please don't lie, please.

Seriously I can handle the truth
Really.
:(

Tuesday, March 26, 2013

Kopi panas penghilang letih (dan marah)

Saya dalam keletihan usai pulang dari menghadiri satu program agama. Entah kenapa letih benar saya malam itu. Sesudah menyalin pakaian dan menyiapkan segala urusan kecil, saya terus ke dapur untuk membancuh kopi buat penghilang letih, bimbang kalau-kalau keletihan saya ini berlarutan sehingga menyebabkan saya tertidur. Saya kena siapkan assignment malam itu juga, besok nak kena hantar. Sebab itulah saya melangkah ke dapur demi secawan kopi.

Ish itulah, siapa suruh buat kerja last minute sangat..

Sewaktu saya di dapur, saya lihat dapur masih lagi dalam keadaan yang tidak terurus. Ada si dia yang bertugas tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah, dan ini menyebabkan berlakunya sedikit salah faham dalam jadual bertugas. Sana-sini semuanya berselerak. Saya yang memang dalam keletihan ini apa lagi, mulalah merungut dan membebel di dapur sambil-sambil membancuh kopi. Biasanya saya jarang membebel begini macam makcik peah, sekadar redha-kan sahaja ataupun tolong mengemas apa yang patut, tapi entah malam itu mulut saya terasa terlebih gatal pula. Minda saya dan hati saya seakan-akan tidak selari. Seolah-olah saya lupa yang saya ini baru sahaja pulang dari program agama. Mungkin keletihan saya itu membantutkan otak saya untuk bertindak rasional barangkali..

Memanglah bunyinya seakan-akan saya tidak marah, tapi saya berkias dan menyindir secara tajam yang mampu merosakkan hubungan sesama rakan serumah kalau tidak dikawal. Ditambah pula saya sengaja meninggikan suara supaya didengari, Ya Allah saya rasa cukup malu kerana saya baru sahaja pulang dari ceramah agama, tapi nampaknya macam tak ada kesan pun ke atas diri saya. Sedihnya. Mujurlah saya sempat perasan tentang hal tersebut dan terus mengunci mulut.

Biarlah, yang penting saya tahu untuk berhenti. Yang terlepas dari mulut saya, saya biarkan sahaja. Orang kata terlajak kata tak boleh diundur, jadi saya biarkan sahaja, tak mahu mengeruhkan keadaan. Memang bukan malam mereka terpaksa mendengar saya membebel. Lagipun saya rasa mereka sudah lali dengan teknik sindiran saya, sebab ini bukannya kali yang pertama. Terkadang saya malu dengan perangai saya yang satu ini, tapi saya tak mampu menahan geram lama-lama. Susah nak bersabar, dan terkadang meletup. Rupanya memang sangat cepat hati saya ini berbolak-balik. Kenapa saya jadi macam ni? Mungkin hati saya dah mati barangkali? Si syaitan pula memang licik sungguh, dia tahu saya sedang letih maka dihasutnya supaya saya meletup. Astaghfirullah.. 

Sesudah kopi dibancuh, saya terus ke bilik dan mula duduk menghadap laptop untuk menaip. Memang saya akan tidur lambat nampak gayanya memandangkan saya tidak mula apa-apa lagi. Memang bermula dari kosong, zero, nada, nehi babuji. Dalam mencari idea dan menstimulasi otak, saya capai cawan kopi panas saya itu...dan saat saya menghirup, mata saya terbeliak, dan terbeliak bukan kerana saya mendapat ilham..

Haha saya terbubuh garam. Choii, terus hilang segala rasa mengantuk bagai. Sungguh tak kelakar, walaupun saya ketawa kecil malam itu. Memang saya akan ingat peristiwa ini bila-bila saya marah. Itulah, lain kali jangan mudah marah.

"Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah". - Riwayat Bukhari

Tuesday, March 19, 2013

Masa

Kadang kala terasa bagai masa itu makin lama makin pantasnya berlalu.

Pantas sungguh masa berlalu, dan dalam lincahnya ia beredar dan bumi berputar, aku masih lagi berada di takuk yang lama. Tak bergerak. Statik.

Tatihku ini terasa tersangatlah lama, sedangkan masanya sudah tidak ada lagi. Jauh rasanya dari syurga..apatah lagi mahu dihidu baunya..

Allah..

"Kita tak sama, nasib di sana. Baikkah atau sebaliknya.." - Pergi Tak Kembali, Rabbani

Saturday, March 2, 2013

Rupanya salji di pagi hari..

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya salji di pagi hari..

Dalam penuh rasa yakin bahawa musim salju di bumi Moscow ini akan berakhir dek suhu yang kian meningkat tempoh hari, rupa-rupanya sangkaan saya itu semuanya meleset. Pagi ini, saya meredah salji yang turun dengan lebat sekali untuk ke kelas. Siapa sangka hari ini salji akan turun? Sudahlah turun, dengan ketulan yang tebal dan lebat pula tu.

Sempat lagi Prof. Kochergin, pensyarah bagi subjek Dermatologi dan Penyakit-penyakit Venereal berjenaka di pagi buta dengan mengucapkan selamat menyambut musim bunga kepada kami. Iyalah, kalau mengikut kalendar, 1 Mac menandakan permulaan musim bunga. Sepatutnya sudah panas dengan kudupan bunga yang mahu mula mekar dan berkembang. Nak buat macam mana, saya ini bermukim sementara di kota yang dipanggil "winter wonderland". Musim salju di kota ini boleh dikatakan agak panjang, kadang-kadang boleh berlarutan hingga ke awal April. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya salji yang turun menaburi pagi saya itu sangatlah cantik.

Memang di Rusia ini, subhanallah sungguh cantik saljinya bila ia turun. Saya ini, sangat suka bila salji turun. Perasaan apabila salji itu turun dan menaburi alam sangat saya gemari. Terkadang, rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang ini untuk dapat merasai salah satu nikmat keindahan alam ciptaan Allah yang tak terhingga sehingga tak dapat saya luahkan dalam tulisan. Cukuplah sekadar saya katakan, salji yang berguguran itu sangat cantik. Suasananya, bagaikan terasa seperti dalam filem pula. Meskipun salji itu dingin, saya rela bermandikan salji sambil merenung empingan salji jatuh satu-persatu dari langit. Biasalah, saya tengah menghayati suasana.

Tapi, satu perkara yang saya tak tahan dengan salji ini, apabila salji yang turun itu mula mencair, ia akan melecakkan jalan. Habis kotor kasut saya ini dengan selut dan lecak, sangat saya tidak gemari. Kalau silap perancangan pada hari tersebut dan saya memakai kasut yang berkain, habis basah kasut saya itu sehingga melencunkan stoking. Sungguh tidak selesa.

Biarlah, orang cakap, apa sahaja yang kita lakukan pasti akan ada kesannya. Baik atau buruk, itu bergantung. Kita cuma mampu merancang sahaja. Macam merancang yang musim salju ini akan berakhir..siapa sangka hari ini salji turun dengan lebatnya huhu.

Apapun, kali ini saya tak mahu jangka-jangka lagi. Sekadar menzahirkan sedikit pengharapan di sanubari sudah cukup sudah. Itulah, lain kali jangan cuba hendak meramal masa depan, lebih-lebih lagi dalam aturan alam. Susah dan memang tak boleh dijangka. Bukan apa, hati saya ini tengah rindu akan kehangatan sang mentari dan hijaunya lambaian rumput. Lagipun, kawan saya pernah berkata, kajian pernah menyatakan bahawa musim salju boleh memurungkan manusia. Patutlah..

Apa-apalah. Yang pasti harapan saya moga Allah permudahkan hidup saya segala. Dan juga, moga sebutan man jadda wa jada bukan hanya sekadar sebutan di bibir saya. Moga Allah redha dan teguhkan hati saya ini dalam segenap hal..

Thursday, February 28, 2013

Secawan coklat dan kopi panas

Malam ini secawan coklat panas dicampur kopi menemani.

Hakikat bahawa mata ini tak mahu nak pejam-pejam sejak dua tiga hari ini membangkitkan semangat saya untuk menelaah pelajaran serba sedikit. Lebih-lebih lagi, dengan tarikh exam yang masih belum ditetapkan lagi oleh para pensyarah, mahu tak mahu lebih baik saya ambil peluang ini untuk bersengkang mata sebentar dengan buku. Tetiba dibuatnya secara mengejut kan naya nantinya? Lagipun, alang-alang mata ini masih segar dan celik walaupun letih mencuba untuk dipejam berkali-kali, apa salahnya bukan?

Entah kenapa malam ini saya terasa hendak minum kopi pula sedangkan secawan coklat panas sudah sedia dibancuh. Saya ini sebenarnya sudah lama berpuasa daripada sebarang benda berkaffein selain coklat. Sepanjang berpuasa, tak pernahlah pula saya terasa hendak minum kopi sehingga ke malam ini. Terpaksalah dicampurkan sedikit serbuk kopi semata-mata kerana saya mengidam. Hai saya ini, kalau sudah teringin memang susah sedikit hendak melawan kehendak nafsu. Lemah sungguh pertimbangan hati saya ini, ya? Sudahlah mengalami sindrom mata tak boleh nak lelap, dibuatnya pula kopi. Memang mengarut sungguh. Haha.

Musim salju di bumi Soviet ini saya kira tak lama lagi akan berakhir. Suhu sudah mula meningkat, dulunya asyik di bawah paras sifar, kini sudah terasa kehangatannya meskipun cuma beberapa darjah bezanya di atas paras sifar. Meskipun sudah positif, masih lagi terasa dingin sebenarnya dek deruan angin yang boleh dikatakan agak kuat di kota ini. Memang akan menggeletar jugalah jika pakaian yang dikenakan tidak sesuai. Cuma yang pasti, saya lihat ais sudah mula mencair dan lopak air yang biasanya melencunkan stoking sudah mula kelihatan.  Ini bermaksud, musim melompat-lompat kecil untuk mengelak lopak air akan bermulalah tak lama lagi. Haha.

Sebenarnya post ini tiada apa-apa, sekadar mahu melepaskan rindu berblogging. Lagipun saya sebenarnya sudah lama berhasrat ingin menulis dalam lenggok bahasa yang begini, namun biasalah, sifat diri sendiri yang suka berprokrastinasi dengan diri saya ini selalu menghalang. Lagipun, bukankah dengan menulis dalam bahasa yang begini menampakkan saya lebih matang sedikit? Walaupun itu bukan niat saya yang sebenar, tapi boleh juga hehe.

Apa-apalah, janji saya bahagia dalam dunia saya sendiri. Mudah-mudahan, saya akan lebih kerap menulis dengan cara yang begini. Bukan apa, saya rasa macam lebih selesa untuk menulis begini. Mungkin sekarang cuma cuba-cuba, tapi rasanya, saya perlukan sedikit perubahan ke arah kematangan. Perubahan itu bagus, bukan? Tak perlu rasanya saya menghentam dan menulis post secara beremosi lagi. Sekurang-kurangnya kalau saya sedih, menulis dalam lenggok bahasa begini menampakkan saya lebih berbudi-bahasa dan sedikit matang. Haha saya ini memang betul perasan orangnya.

Apapun, saya masih ingat lagi yang saya masih lagi berhutang tentang cerita perjalanan saya pada cuti musim salju yang lepas. Nanti-nantilah, akan saya usahakan. Tapi bila janji itu akan ditepati, saya tak boleh janji. Dalam masa yang terdekat mungkin, buat penghilang stress. Oh ya, bercakap tentang penghilang stress, hajatnya saya cuma mahu "take 5" sebenarnya dengan menulis. Tak sangka terlajak pula. Baik saya hentikan saja tulisan saya di sini sebelum saya larut dalam coretan saya sendiri. Nanti tak tidur pula saya malam ini.

Mohon doakan saya dalam segenap hal ya, dan moga ketemu di lain post.

Salam malam semua.

Nota kaki - Saya baru tahu yang rupanya coklat itu aphrodisiac. Patutlah...

Sunday, February 24, 2013

Regrets, if and only if

Nothing hurts much than the feeling of regrets.

The feelings of why I tak buat this and that, menyesalnya tak datang at that event, kenapa I chose to do this in the first place and etc etc.

If only we could predict the future and know the consequences earlier before things bounds to happen..

If and only if..

Thursday, February 7, 2013

Killing

I can't imagine my life ahead when I "killed" someone. The feeling is gonna be unbearable.

It's like when baking a cake, you spent whole time menguli mengadun memukul and whatsoever, then in the end the cake doesn't even look like a cake. Sedih, but at least you can say "cuba lagi"...but this, we are dealing with humans' life here. Like an actual human life yang dulunya boleh bernafas, berjalan dan bercakap.

Sanggup ke nak cakap "boleh cuba lagi?"

ps - buat kek tapi tak jadi, tengah amek ibrah


Saturday, January 26, 2013

And suddenly it hits me...

...yet I'm so arrogant and egoistic to let myself loose and tell Him anything. Allah..


Friday, January 25, 2013

The Line

Look, i'm drawing the line here. The line is drawn. There is now a big, fat line.

As much as people going cray-cray on people's lives like being so busybody, poking here and there and hushing about this and that at here, there, anywhere...im drawing the line here. The line of whatever-ness, and I hope it's gonna be the last.

People are nosy, and let them be.

Thursday, January 24, 2013

Something went wrong

Something definitely went wrong if you saw me laying lifeless in my warm comforter while listening to old sappy malay songs with such penghayatan sampai mata berkaca-kaca, in which at times you might also hear me bersusah payah emotionally trying to sing the choruses out loud walaupun liriknya berterabur bagai.

Like just tadi I was trying to sing this one out, entah lagu zaman bila lah ni.


Yeah, something definitely went wrong if you saw me like that. And no, im not in my post breakup state ke apa, i dont date, jangan salah paham. That lagu was so random and liriknya takde kena mengena pun with whatever happening in my life.

At times I feel like writing down all my problems here without having to feel insecure at all, like lantaklah apa orang nak fikir I just need to let it out from my chest, but then im not that brave to do so to face whatever consequences I might get as it will worsen my stress.

People say when you're down or stressed out you need to try luahkan those negative thingy inside you no matter what, either to people or to whatever mediums that you feel comfortable with, but I just cant do it.

I simply just can't do it. Ever since I was little I have this serious trust issue and my pillars of those whom I trust the most cannot be reached face-to-face untuk some sesi pillow talk or something. And luahkan your perasaan thru visual sites sangatlah sucks sebab I hate typing things down via chat or whatever to let go of my emotions.

So what did I do? I chose to pendam those emotions in. Like menyendiri and think and think and think. And then mulalah nak feel stressed out. And lepas tu I do these unnecessary to mention things then lastly i will ended up listening to music. Old sappy malay music. Like the mendayu-dayu type with ayat berbunga-bunga dan penuh makna and all.

And somehow it helps.

I'm not saying that these things help everyone ke apa, semua orang ada masalah, binatang ada masalah, kucing lembu kambing itik cacing lipan semuanya ada masalah, but what im trying to say is lain people lain caranya on how they cope on emotional situation.

And as for me this one kadang-kadang helps. Maybe not so much, but at least it helps. And no if someone datang and ask me whats wrong aew u okay blablabla I still takkan open up punya. Like hello trust issue, remember?

Tapi,.as cliche as this would sound, that one punya method is remedy duniawi yang sementara. The best remedy of course lah sucikan diri dan baca penawar bagi segala benda and lastly, berserah. Yes, berserah. Like berserah dan bertawakkal pada Allah sebab whatever things happened for a reason and definitely its some kind of ujian for you.

But still...my berserah act is more to pasrah yang gila terlebih, sampai baring-baring sedih huuu Y_Y

Well, whatever it is, it is what it is and honestly this post is so random. But I am just kinda stressed out lately and I need to post this one up. Like I need to do this for some strange unknown reason yang I cant even explain why. Like its so random, random like random..

Well hmm, there's something definitely wrong with me.

Tuesday, January 1, 2013

Heyy this is crazy

Sedihnya.

Each one of us is blessed (ye ke blessed) with different masalah dan different kegembiraan. For me, one of the things that can be classified as masalah is having this adamant urge inside of me to keep throwing money on stupid unnecessary things.

It was so crazy.

Like baru semalam I was so gila-gila nak purchase this on sale's leather aviator jacket, along with muffler yang compliment my winter hat and this nice-combo-coloured bubble jacket sebab they are all on sale, tapi pusing punya pusing dan fikir punya fikir, alhamdulillah I managed to pull off myself from jadi orang yang gila boros.

Padahal you tengah pokai lah A, gilalah.

Dan those things like seriously bukannya keperluan pun. Tak ada banyak pun takpe. Like I already have two leather jackets, I still can withstand the crazy cold temperature in my already own jacket, and dont even talk about mufflers, I have bunch of them. It just I dont know whats gets into me to be such a maniac in this shopping thingy, bila sale je it makes me go crazy.

I know its normal when people go all the way Gaga when it comes to shopping during sale, tapi in my case I think im a little bit overboard with it. Mengalahkan pompuan, ayyo. Padahal nanti nak kahwin ko yang kena keluar duit sebab ko lelaki, haihs.

Well I know it can be fixed, I tried to supress it tapi bila I see the tag, my mind will eventually come out with something yang akan justify why I should buy those stuffs like "ooh this is murah je, this is good future investment blablabla"..pretty crazy isn't it?

Haih, sedihnya.

They say in needing to change you kena buat sikit demi sikit, and it has to start now. I have to cut off my addiction and to do that I have to reduce my shopping craziness slowly. Kena selalu ingatkan diri yang they are not necessary and membazir itu amalan syaitan, as well as obsesi diri tak boleh lebih-lebih..nanti merosakkan diri sebab bertuhankan benda lain yang obviously, Allah tak suka.

 Wish me luck, my blogging people. I know I can do it!

New Year - 2013

Dear bloggie,

There was not so much going on my new year's eve. Kalau tahun lepas I went celebrating by watching fireworks at Red Square, this year I spent my night by relaxing at home, doing simple stuffs with housemates like cooking meal and watching movies together.

I just didn't feel like celebrating, apatah lagi my ayah long passed away on 30th, just few minutes after I called home. Waktu I called mama said its nearing his time as his bp and pulse is decreasing, they wanted to recite Yassin malam tu tapi tak sempat as he's already gone. I felt so bad for not being there, lebih-lebih lagi I wasnt that close to him before walaupun disuruh berkali-kali untuk lawat ayah long bertanyakan khabar. By the time I wanted to pay him a visit it was too late as he already has AD and couldn't remember many of us.

Whatever it is, it is what it is. It's his time and nothing we can do to revert back time. Al-Fatihah ayah long, moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

The passing of ayah long buat aku sedar yang age is just a number, bila-bila masa je manusia akan mati. Lebih-lebih lagi bila ayah long meninggal dunia sebab sakit tua, he's 100+ years old can you believe it? Dia tak sempat merasa tahun 2013 walaupun dah hidup lama. Itulah, ada yang dianugerahkan Allah untuk pergi waktu usia muda, dan ada yang pergi waktu tua. Yang pasti semua yang bernyawa akan merasakan mati macam yang disebut dalam Surah Ali Imran, ayat 185.

So bagi kita yang berjaya melepasi tahun demi tahun ni, sepatutnya kita kena selalu bersyukur sebab kita tak tahu bila tarikh exact kita akan mati. Mungkin besok, mungkin lusa atau mungkin hujung tahun depan. Oleh sebab itu, hayat yang kita ada ni kita kena maksimumkan semaksimum mungkin untuk buat amalan baik banyak-banyak sebab kita tak tahu bila ajal kita akan tiba.

Macam ayat-ayat klise yang kita selalu dengar, dunia ni tak lain dan tak bukan ialah ladang untuk bekalan kita di akhirat nanti. Walaupun klise, tapi ayat-ayat cenggitu memang tersangatlah betul dan wajib untuk kita teladani dan amalkan. Yelah, kalau diri tu tahu banyak mana bertimbunnya pahala dalam akaun kita tu takpelah nak mati bila-bila masa pun, masalahnya kita tak tahu banyak mana yang kita ada. Cukup ke, sikit ke, kita tak tahu.

Oleh sebab itulah mulai sekarang kita kena usaha sungguh-sungguh di dunia ini untuk dapatkan bekalan yang banyak untuk kehidupan kita di akhirat kelak. Walaupun tak banyak, tapi kalau bersungguh-sungguh, inshaaAllah. Dan jangan risau, memang nak buat benda baik ni mak aihhh bukan main susahhh, tapi inshaaAllah dalam setiap niat kita nak berusaha untuk mendapatkan akhirat yang manis, Allah SWT akan bantu kita sebab Dia kan Maha Pemurah.

Tak caya cu tengok ayat 19 dan ayat 20 dalam surah al-Isra';

"Dan barang siapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik."

"Kepada masing-masing (golongan), baik golongan ini yang menginginkan dunia mahupun golongan itu yang menginginkan akhirat, Kami akan berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi."

Jadi jom jom jom di awal tahun ni, mari tajdid niat di awal-awal tahun yang ceria ini untuk berusaha untuk mengkehendaki kehidupan akhirat yang lagi manis daripada kehidupan dunia yang memang dah manis ni. Bukan setakat niat je tau, kena usaha jugak. Sikit-sikit pun takpe, asalkan kita berubah. Lagipun kan Allah dah cakap yang Dia akan tolong? Heeee

So dengan itu I end this post with ucapan salam tahun baru buat semua. Moga tahun ni jadi tahun yang lagi bapak bermanfaat berbanding tahun-tahun sebelumnya, dan me myself pun amat berharap sangat yang I'll be better in person than the previous me yang gila bertimbun cacat cela.

Till later, salam :)