Friday, January 21, 2011

Suka Hati

Post dimulakan dengan sebutan YAY sekuat hati.
So apa lagi, jom sebut YAY sama sama.

Secara tidak gedik dan beradab ye pembaca budiman semua, kang nanti ada yang tak puas hati kang dengan kelunakan suara uollz.

Okeh dah dah dah, ter-over pulak kat situ. Biasalah, sekarang ni tengah dalam mood excited sebab banyak benda menggembirakan berlaku sejak dua tiga empat lima enam jam yang lepas ni hoho.

1st, suka hati sebab dah habis semua paper untuk semester nih. Alhadulillah syukur sebab semua berjalan lancar penuh dengan maju dan jayanya walaupun ada sedikit kekecewaan sana sini. Tapi tak mengapa, itu ujian hidup, kena selalu move on.

Huha huha

2nd, suka hati sebab secara ofisial cuti winter dah bermula. Walaupun kejap je berbanding tahun lepas, tapi still bermakna. Cuti is cuti, dan cuti bermaksud waktu untuk berjaga malam dan tidur di awal pagi dan waktu untuk membuat segala aktiviti yang tidak berfaedah, so kena hargai walaupun sedikit.

3rd, suka hati sebab akan berjalan-jalan untuk makan angin di Turki dan Syria dalam misi mencari nurani yang hilang. Bertolak ke sana dalam lagi 7 jam, tapi keluar rumah dalam dua jam lagi untuk sesi bersiap sedia di airport. Sila doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ya.

4th, suka hati sebab tadi bermesyurat sekejap dengan mereka yang digelar teman rapat dekat restoran kerusi pink. Rasa terharu sebab diorang usaha sanggup jugak keluar nak berjumpa sebelum kitorang berpisah dengan haluan bercuti masing-masing. Haha thanks you guys, kena credit jugak korang kadang-kadang :D

5th, selamat dari sesi terlebih shopping tadi sebab nak bermeeting dengan kawan yang dinyatakan dalam reason yang kelima. Dan kebetulan my roomie tertinggal kunci dan tak leh masuk rumah menyebabkan aku tak leh bermesyuarat panjang dengan diorang dan tak leh sambung niat membeli belah segala barang murah 70% off yang telah dicop segila hati kat tempat sekitar restoran tu. Selamat duit aku kali ini, walaupun agak terkilan sikit tak berjaya rembat banyak banyak.

So kalau nak dikira kira balik memang banyak benda yang menggembirakan berlaku berbanding duka dalam hidup aku ni, cuma aku je yang tak perasan atau saja je tak buat perasan. Dan sepatutnya setiap saat macam ni lah kita kena hargai seboleh-bolehnya, sebab benda-benda macam ni lah yang buat hidup kita gembira. Tapi yelah, lumrah alam, kadang-kadang kena beringat, sebab dalam suka mesti ada duka, dan dalam duka mesti ada suka.

Okay lah, nak sambung tengok Desperate Housewives sekejap.
Sorilah, terpaksa tengok sebab i'm desperate sangat hari tu.
Lepas tu nak tengok American Idol, tak sabar nak tahu siapa yang akan ganti tempat Simon, Kara dan Ellen. Banyak kontrovesi dengar khabarnya tahun ni, excited!
Dan lepas tu nak sambung packing seket lipat-lipat baju, just tambun sini-sana je tadi malas nak lipat.


Okaylah semua, nak stop kat sini dulu.
Doakan saya selamat pulang dan selamat sampai ya wahai pembaca budiman.
Dan bagi teman-teman lain yang akan bercuti ke Paris, Mesir, Malaysia dan UK, semoga selamat ya semua, dan kepada yang berkenaan jangan lupa souvenir okeh ^^

Salam sayang ya semua
Hihi :D

p/s : tambun : longgok

Monday, January 17, 2011

ZZZ

It's 6:45 am, and my roomie dah lama dah kroh kroh kat sebelah.

Awal pagi tadi bukan main pening-pening lagi rasa nak demam, mana taknya tidur dalam pukul 4 pagi setiap hari, lepas tu bangun pulak terlepas subuh zuhur segala, memang bukannya calon suami idaman lah ye tuan tuan puan puan.

Ingatkan hari ni nak tidur awal, pastu bangun awal esok pagi supaya segar bugar kepala otak, alih alih sambil baring golek golek berborak kejap pasal kehidupan lampau setelah 20 tahun hidup atas muka bumi nih. Banyak bebenor bercelotehnya, dari cerita waktu muda mudi kat sekolah dulu main bom air sampai kena tempeleng warden asrama hingga ke topik kucing rumah aku yang beranak ramai tu haha.

Ingatkan borak-borak tu sejam je ke apa, rupa-rupanya bila check check jam enset ya Allah termelalut sampai ke pukul 5:45 pagi. Malas lah pulak rasanya nak tidur, sebab kalau tidur memang sahih akan bangun dinihari, pastu mulalah rasa tak sedap badan, pastu hilang mood nak study semua.

So akhirnya aku ended up kat sini, menaip entah apa-apa entah sebab boring dan menyesal sebab plan asal nak tido awal tak jadi.

Alah, abaikan je apa aku tulis nih, mengarut je semua

Tapi kan, memang seronok bila pikir-pikir balik apa yang kita buat waktu kecik-kecik dulu. Tu baru hidup 20 tahun, belum lagi masuk 40 50. Rasa rindu ada, menyesal ada, rasa bodoh pun ada. Tapi memang perasaan rindu lah yang paling menebal, sebab kalau boleh nak jadi kecik balik, so free and innocent gitu.

Tapi kot kot mana pun benda tu dah lepas, kalau kita mintak nak jadi kecik balik kot kot mana pun memang takkan jadi lah punya. Sebab tu bila hidup ni kena hati-hati, kang menyesal kang baru tahu. Tapi bila buat silap, jangan la pulak rasa over malu atau tertekan emosi semua, sebab yelah, kalau tak buat silap macam mana kita nak tahu cara nak betulkan balik benda tu supaya jadi betul.

Dah dah dah, bercakap bukan main bergegar-gegar tapi tuan empunya tak praktis pun haha. Biasalah tu, lumrah hidup, tak semua orang sempurna hehe XD

Wednesday, January 12, 2011

Emosi Pasca-Anatomi

Haha dah lama dah taip benda ni, tapi macam biasalah, taip separuh jalan, pastu biar dia main sorang-sorang kat sarang draft tuh. Anyway, yep, hari ni aku bersemangat nak sambung balik apa yang aku tulis hari tuh.

Hari tu macam yang korang tahulah kan kalau baca post post yang terdahulu, aku sepatutnya sekarang ni dah lepas dah kan final exam anatomi. Haha memang dah lepas, cuma keadaan emosi lepas anatomi tu memang tak menentu. Yelah, dengan penuh silunya meh nak bagitau seket markah anatomi aku nih. Ni rahsia tau, jangan sibuk-sibuk nak bagitau orang lain, even kat aku pun tak yah sibuk-sibuk nak bagitau or tanya. Kang aku sekeh kepala sorang-sorang yang mana sibuk-sibuk nak jadi Mami Jarum nih.

Okeh, dah ready?

Hoho dalam batch aku, aku salah sorang yang dapat markah yang paling rendah, iaitu sekadar lulus sahaja. Please junior junior atau sesiapa sahaja yang terbaca blog ni dan menganggap aku sebagai idola, jangan tiru apa aku buat okeh, aku tak de lah bijak dan hebat sangat. Sederhana sahaja orangnya XD

Okeh itu bunyinya poyo.

Tapi betul, aku dapat markah sekadar cukup makan je, dan sebab tu aku jadi emosi dalam dua tiga hari. Sebabnya, kalau nak compare ngan orang lain, aku doublekan effort aku untuk subjek ni, orang lain yang pergi tak baca apa-apa pun dapat markah better lagi daripada aku, tapi aku?

Haihh.

Yelah, mungkin aku riak kot waktu tu sampai Allah tutup mata hati aku waktu jawab soalan tuh. Memang betul, aku blacked-out waktu lecturer tanya aku soalan oral tuh. Aku emo bukannya sebab apa, cuma aku rasa aku dah usaha dua kali ganda daripada orang lain, pastu aku dapat lecturer yang disayangi ramai sebab orang cakap dia paling murah hati, tapi still lagi dapat markah macam tu kan?

Sebenarnya sebagai ayat penyedap hati, aku tak kisah pun dapat berapa, sebab macam kawan aku tulis kat facebook, "tuhan tengok usaha yang kita buat, bukan markah kita". Tapi tulah, lepas tu kawan aku reply, something macam "masalahnya yang orang tengok markah, bukannya usaha", dan yang tu buat aku terpikir. Yelah, manusia memang bengong, suka benar je judge judge orang. Yelah, aku waktu tu malu ngan orang sebab usaha berzillion zillion, tapi result seciput miput, malu takut kena gelak dek orang.

Haih salah salah salah. Kena tukar mindset nih. Sepatutnya kena malu dengan Allah sebab kita ada buat something yang Allah tak berkenan, sebab tu semua benda yang kita buat tu tak smooth je. Memanglah malu, tapi nak buat macam mana, dah tertulis dah semua tu, dan ada hikmah terlindung di balik semua tu. Kena fikir macam tu lah, sebab kalau difikirkan balik, memang ada benda terlindung di sebalik apa yang aku terima. Tapi tu sekret lah, takleh exposed sana sini, biar aku je yang tahu. Nak tahu sila emelkan aku atau tanya formspring, nak kenal la jugak yang mana satu boleh aku labelkan sebagai Mami Jarum Rum Bam Bum nih.

Haihh, lulus pun luluslah, at least aku faham apa yang aku belajar untuk dipraktikkan pada masa depan.

Dan untuk penyedap hati sekali lagi, hoho dengan kejamnya aku berharap mereka yang menghafal gila-gila daripada memahami, semoga korang berjaya besok karang muahahaha

Oops aku over (macam biasa) XD

Monday, January 10, 2011

Sunday, January 9, 2011

Hanyut Memang Hanyut, oh FT

Haha kesian mereka yang mengharapkan Yuna atau Faizal Tahir menang AJL malam ni, sebab yang jadi juaranya Ana Raffali. Memang tak disangka-sangka kan? Baguslah Ana Raffali menang, lagu tu okay lah berbanding yang lain, sebab memang tak sedap lah lagu tahun ni except lagu Hanyut. Cuma cik Ana sayang oi, kalau boleh lain kali please-lah jangan letak too much props atas pentas tu, too much going on, i prefer you with your voice and your guitar, macam taim u nyanyi at the end without props segala bila u tahu u menang. Kan sweet bunyinya lagu tu. Takyah sangkar segala, lagu tu sesuai without props.

Anyway keputusan memang entah apa apa, dan persembahan semua merapu-rapu.
Hafiz menang vokal terbaik? Memang pelik ajl tahun ni. Kan bagus kalau pilih lagu based on kategori macam dulu-dulu, ada balada, etnik kreatif, pop rock, kan bagus macam tu. Yelah, aku memang mengharap Kak Adibah Noor yang masuk tahun ni, lagu Sejujur Hatimu tu memang superb, jauh superb dari lagu Adira and Shahir tu.

Malam ni semua macam malas nak buat yang terbaik jek. Selamat Malam is a disappointment, Sofea Jane pun, Kebahagiaan Dalam Perpisahan pun. Even Dato' Siti pun nampak pancit seket. Takut ngan Sharifah Aini dan Ziana Zain ke Tok Ti? By the way lawa tudung, oops.

So yelah, semua merapu-rapu, paling tak best lagu Mencari Konklusi, serabai amat! Lain kali pihak juri please pilih lagu bukan based on indie or tak indie, pilih yang betul-betul bermutu yek. Tak bermakna orang tu fofular kat youtube ke hapa lagu dia tu sedap. Lagu Cinta Sempurna tu mengantuk je bagi aku, sori Yuna's fan XD

Anyway thanks TV3 sebab ada effort susah susah buat streaming, kalu tak, memang tak menengok la AJL tahun ni and tahun lepas. Buat Faizal Tahir, kitorang kat sini pun tak tahu tang mana u tak leh menang, sebab your performance memang awesome lah.

So whatever lah AJL, Faizal is Mail, Ally is Kandar, shadap not shadap.

Yang penting, Tolong Ingatkan Aku tu memang mengingatkan aku yang aku ada tiga hari lagi sebelum final Anatomi! Baru sampai bahu, tu pun tak habis, macammana lah nak sampai ke kaki perut segala. Matilahhhh.


p/s - haha video Aliff aka Misha Omar tu epik gila! Ingatkan cik adibah saloon tu yang menang hoho

Saturday, January 8, 2011

My Hangat-hangat Tahi Ayam

Okay, gross.
For those yang tengah makan nyum nyum tu sori kalau buat korang tak lalu makan seminggu.

Secara definisinya, hangat-hangat tahi ayam maksudnya buat sesuatu secara bersungguh-sungguh hanya pada waktu permulaan, atau kalau nak senang, maksudnya klimaks cuma pada waktu awal, lepas tu hampeh malas nak buat dah sesuatu perkara tu. Yelah, mula-mula hangat, lepas tu...err, lu pikir la sendiri. Kang tak lalu nak makan seminggu. Aih macam buat esei bm la pulak siap ada UBI dan definisi di permulaan ayat nih haha.


Okeh sambung sambung.

Bila buat kerja, aku memang jenis yang huha huha semangat waktu mula-mula jek. Tapi lepas tu, aku jadi hampeh. Lepas pikiaq balik, aku rasa sebab aku jadi macam tu sebab aku ni jenis yang kuat berfikir, selalu pikir benda yang melalut lalut sampai ke mana mana entah, dan mostly semua benda yang aku pikir tu negatif. Tak kisah lah pasal study ke, pasal shopping ke, pasal nak gi jejalan memana ke, haih memang hampeh.

Tapi tu bukanlah salah satu sifat sebenar aku, cewahh tanak kalah haha. Kalau nak diikut-ikutkan, berbanding ngan yang lelain, aku tak de lah hampeh sangat. Penyakit tu kadang-kadang je, dan biasanya benda tu yang jenis melibatkan jangka masa panjang untuk di-accomplish-kan, tu je. So kalau yang jangka panjang tu, biasanya aku guna teknik membunuh diri di last minute lah, hoho. Dan kadang-kadang, aku biasanya siapkan benda tu di kala semangat tu masih hangat, tapi probabilitinya memang tak banyak sangatlah.

Mana-manalah, janji kerja siap, dak eh gitu?


Okeh, sambung baca anatomi, nak final dah 12hb nih.


p/s - tapi bunga tahi ayam lawa lah, dan nama mat salleh dia pun lawa; marigold

hah amek ko bunga tahi ayam

eh apasal wikipedia cakap nih tahi ayam?

bukan yang ni ke?




Thursday, January 6, 2011

Beastly, and Jodoh

Well this came through my Youtube's subscription inbox yesterday, and its quite made me thinking.


It's a trailer of a movie entitled Beastly, a sorta modern version of Beauty and The Beast, starred by Alex Pettyfer, Vanessa Hudgens and the famous Mary-Kate Olsen :D

Well Ive read about the movie somewhere last year, it got postponed for Charlie St Cloud, and yeah i didnt know it would be this damn good. Just knowing Vanessa will be playing the role of so-called "Beauty" in this movie made me kinda euw hoho, maybe because I'm not a fan of her, but I changed my mind when I saw the trailer. She looks kinda amazing, and with Mary-Kate Olsen in this movie, one word: OMG-I-Can't-Wait!

Exactly it's not the trailer I wanna talk about, but the song played in the trailer; Broken Arrow by Pixie Lott.


Well yeah I have this huge crush on Pixie since last year, I love her, and there's something in the song that caught my attention last night, the part when it says; "when you've found the right one, at the wrong time"

So yepp, that's the part when ive been thinking.


What'll happen if we've found the right one at the wrong time?
Or the wrong one at the right time?
Or the wrong one at the wrong time?
Menakutkan kan?

Yelah, kadang-kadang when I've seen those youngsters yang bercouple, betulke yang they will be ended up married to each other in future? Takleh salahkan diorang jugak, sebab it's not me who are in their shoes, so tak tahu apa yang diorang rasa. Sorilah, bab bab cintan cintun isnt my niche area, lagipun I am single and will be single until haha secret.

Ish susah bila memikirkan masa depan, serabut kepala otak.
Yelah, memikirkan apa yang kita buat ada hikmah di sebaliknya pun dah boleh buat kita rasa gementar sebab tak tahu yang tersirat tuh will gonna be good or bad.

Anyway, if only if we knew the one that we've met is the real one for us, it would be much simpler.

Well that's life, it never is easy.
And if it's easy it wont be considered as life, kan?

Wednesday, January 5, 2011

Salam Dua Puluh Sebelas

This is 2011

Haha bajet gempak la pulak tulis intro macam tuh.
Okay, biarkan, whatever.

So ini first pertama bagi tahun dua puluh sebelas, dan yep, tahun baru, azam baru, semua baru.
Sebenarnya kalau ikutkan dah memang tanak terlibat dah dalam blogging thingy ni untuk tahun ni dan tahun tahun berikutnya, tapi bila fikir-fikir balik, i changed my mind. Itupun sebab tengok kawan-kawan makin lama makin galok (baca: aktif/semangat) dalam dunia blog nih. Siap promote kat facebook lagi, ish menakutkan.

Tapi baguslah buat diorang, saya betul-betul salute dengan keberanian diorang tulis blog dan sharekan dekat orang. Kalau saya, hampeh nak buat macam tu, saya ni memang betul pemalu orangnya.

So cakap pasal azam, macam yang saya cakap dalam post yang lepas, memang tahun ni dah malas nak berazam. Cuma adalah jugak saya berharap seket-seket, contohnya macam saya berharap tahun ni saya jadi seorang yang lebih sociable seket, dan cuba jadi se-friendly yang boleh. Dan saya jugak berharap tahun ni macam nak lagi aktif tulis benda-benda dalam blog ni. Walaupun benda ni main-main pada mulanya, tapi biarlah, i'll try to make it like a diary lah.

So yeah, itu je lah yang saya nak capai tahun ni. Ada banyak je lagi, tapi saya simpan semua tu dalam kotak minda saya ni. Tak de guna lah kalau saya tulis kat sini, bukannya penting sangat pun untuk orang lain ambil tahu pasal harapan saya.

Lagipun sekarang ni saya dah pukul 5 pagi waktu sini, saya pun tak perasan sebenarnya, mungkin sebab saya overdose minum teh kot tadi. Dan sekarang ni pulak saya tengah final, final anatomi dan histologi, tapi minggu depan subjek anatomi dulu, subjek yang memang banyak kena menghafal dan mengingat. Takutlah saya, itu subjek paling killer bagi saya setakat ni. Saya takut saya tak sempat nak cover semua yang saya belajar dalam 3 sem nih, banyak sangat lah.

Jadi, sebab waktu dah lewat sangat ni, saya rasa baik saya tidur. So buat semua, salam 2011 dari saya, semoga tahun ni dapat jadi tahun yang lebih produktif daripada tahun-tahun yang lepas.

Peace.