Saturday, June 25, 2011

No No

Why oh why cuaca sangatlaa baik sejak dua tiga minggu ni. Asyik nak terlenaa jaa kerjanya. Mendung, sejuk, hujan, oh noooooo jangan tidurr, ada exam lusa ni!

Even para doktor pun tahu yang there's something wrong with my biological clock waktu medical check-up semalam. Maaf puan doktor, I have to. Kalau tak my condition will be lagi teruk.

Dan semalam FYI, based on my own dictionary, means kelmarin.

And oh btw, why oh why thingss dalam dunia blog ni tak limited just untuk dunia blog aja?
Buat rasa insecureeeeeeeeeee sampai nak private-kan bagai.
Me pun nak a private place to pour out my personal stuffs, kan?

Arggh ni dah nak masuk part negatif dah ni. Maybe this is sign yang i should stop whining for now. Too much negativity can make me lagi lagi sakit, no?

And hoyeah, I'm memang ungrateful like that.

Maaf, my language so rojak today, sebab ini stress yang menulis.

Monday, June 20, 2011

Abah

Okeh ini sangat kena dengan batang hidung sendiri.

Nota: sediakan dua kotak tisu kalau anda seorang yang hypersensitif, sebab segala air mata yang tercurah tiada kena mengena dengan saya okayy, tapi ada kena mengena dengan video ini. So maksudnya jangan sita saya, saya olang manyak susah woo.


Bagi yang malas tengok, aku malas nak cerita balik hehe.

Tapi ingat macam ni je lah, walaupun se-kool/segarang/sejahat manapun ayah kita, kot kot manapun mesti dia sayang punya kat kita walaupun dia tak tunjuk terang-terangan. Yelah, kang nanti jatuhlah saham dia beb depan anak-anak.

So we as anak-anak, pleaselah jadi kenang budi seket. Ramai zaman sekarang ni asyik nak merebel je kijenya, padahal duit poket tuh dari ayah sendiri jugak.

Anyway lupakan pasal dunia yang dah kalut malut ni, dan untuk abah, maaf sebab sedikit lambat, tapi nak ucap jugak, Selamat Hari Bapa. Semoga gembira selalu di samping Mama, dan hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik abah.

......................................................

Okeh entri ni pendek sangat, saya malas nak menulis, sebab I know everyone has an awesome father kan? Tak kisahlah whether original papa or someone who is not biologically related, or mama who holds two tasks as father and mother at the same time, aku percaya yang your so called "ayah" masing-masing ada awesome characterictics yang tersendiri. So tak perlulah nak show off kan ke-awesome-an my abah okayy, sebab takut nanti korang jeles dan rampas dia hahaha.

Sekali lagi, walaupun sedikit lambat, Selamat Hari Bapa buat semua, termasuklah bakal-bakal bapa. Myself included hoho ^^


Sunday, June 19, 2011

Mendung Tak Bererti Hujan

Cuaca mendung hari ini, gloomy semacam.

Kadang-kadang, aku selalu terfikir, apa akan jadi kalau aku tak lepas dalam dunia medik eh?
Ke mana arah tuju hidup aku lepas tu?

Mesti mama dan abah akan kecewa sangat bila tahu aku tak lepas.
Bukan setakat mama ngan abah je, mak long, mak cik pakcik aku yang lain, semua mesti soksek soksek belakang pintu. Itu tak masuk jiran-jiran lagi, mesti heboh satu kampung lah punya. Eh tak tak, mesti sampai ke kampung sebelah jugak, sebab sebelah tu kampung abah aku. Tu tak masuk lagi kawan-kawan sekolah mama, dan tempat kerja abah.

Adoiii.

Ya Allah A, bakpo sibuk-sibuk fikir pasal benda yang bukan bukan ni?
Rezeki tu ada kat mana-mana, kena yakin je pada Dia. Kalau tak lepas dalam bidang ni, mungkin rezeki bukan kat jalan ni, tapi kat jalan yang satu lagi. Tak siapa yang tahu benda-benda ghaib ni, jangan duk sibuk fikir. Muhasabah itu bagus, tapi biar berpada-pada.

Ishh aku ni, selalu sangat fikir benda yang bukan-bukan.

Semalam bila aku bagitau kat F dan Z pasal kemendungan ni, F bagitahu aku pasal niat. Dia bagitahu, apa-apa pun buat benda, kena selalu niat kerana Allah, baru berkat. Kalau tak, akan jadi macam nilah, jadi macam orang tak tentu arah, sedih dan monyok bila ditimpa musibah, lagaknya macam orang yang tak percaya adanya tuhan. Dah tak yakin dengan rencana Tuhan ke A oi?

Tengok macam sekarang, cuaca mendung. Tapi tak hujan kan? Tak siapa yang tahu selepas mendung ni akan turunnya hujan atau tak, tak siapa tahu.

Ishh aku ni, emosi sangat. Ngokk lah.

Memang betul apa yang F cakap, kena betulkan niat.
Macam mana aku boleh lupa pasal benda ni?

Jujur aku cakap, apa yang F nasihat buat aku tersentap sekejap. Bukan apa, sebelum ni aku dah betulkan dah niat tu, tapi lama-lama, bila dah rasa selesa, alpa dan sombong, niat tu dah terenjak sedikit dari tempat asal. Tu lah A, berangan lagi lebih. Jangan bangga diri sangat, tak baik. Macam apa yang aku cakap tadi, tak siapa yang tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Tak siapa tahu aku akan jadi doktor ke tidak. Tak siapa tahu sama ada aku sempat jadi doktor ke tidak. Mana tahu umur aku tak panjang. Lagi, tak siapa tahu kenapa aku dapat result macam gitu. Mungkin sebab mungkin aku akan jadi sombong, bongkak, siap jeling-jeling lagi kat orang lain kalau result aku lagi bagus.

Tak siapa yang tahu, tak siapa yang tahulah A, tak siapa pun yang tahu kecuali Dia, Dia yang maha Mengetahui segala-galanya.

Cuma kena yakin je A.
Yakin.




Friday, June 17, 2011

Kecewa

Malas nak mengulas, mengungkit pasal result.
Luar memang nampak ceria, tapi dalam tak siapa yang tahu.
It is what it is lah, hidup still kena mau jalann.


"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa diri kamu, semuanya telah tertulis di dalam kitab lauh mahfuz sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah agar kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.
Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
57:21-22




credit to F, and thanks H and P for the consolation.

Wednesday, June 15, 2011

Lapang

Nak balik.
Nak balik.
Nak balik.

Two more papers, then clinical-practical thingy for three weeks, dan lepas tu duit masuk, dan BAAAALIK yabadabadu ^^
Semoga dipermudahkan Ya Allah.

Anyway hari tu bincang pasal surah al-Insyirah waktu usrah. Dulu waktu kecik-kecik, main baca je bila ada exam, tak paham pun apa maksud dia. Yang tahu, baca surah ni nak bagi Allah permudahkan segalanya, bagi lepas exam hoho.

Yelah, taim berhingus lagi waktu tu.

Bila dah besar, alhamdulillah Allah SWT campak aku kat sini, dan persediakan aku jalan suruh bukak pintu hati ni nak hayati Quran. Kalau tak, rasanya sampai umur tua kerepot nak mati baru insaf nak baca. Tu pun kalu umur panjang. Kalau tak, entahlah.

Itu yang aku selalu cakap, ada hikmahnya setiap benda yang berlaku, Allah dah rancang siap-siap dah. Syukur dengan apa yang ada, jangan ngada-ngada.

Anyway, ini surah terbaik untuk mereka yang selalu resah gundah gulana, doa bagi mereka yang mahu lapangkan hati.



maksudnya:

Bukankah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad)
Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat, yang memberati punggungmu
Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu,
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah


InsyaAllah dipermudahkan segalanyalah nanti Jumaat ni. Kalau tak, adalah tu salah silap mana-mana hoho. Ishh takut takut.


ps - senior dah dalam flight balik Malaysia daahh, jelesnyaaa T__T

Tuesday, June 14, 2011

Aku Suka Realiti TV

Rasanya tahun ni, tahun yang paling banyak aku tengok program realiti tv.

Start dengan X-Factor, pastu American Idol, The Celebrity Apprentice, ANTM, Project Runway, Mentor 5, Akademi Fantasia, The Voice, memang semua aku balun habis. Bukan setakat season ter-latest je, season yang lepas-lepas pun aku bantai sehabis mungkin.

Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat tengok realiti tv. Rasanya mungkin sebab aku suka part-part yang ber-adrenalin rush kot? Tak pun, mungkin sebab dalam realiti tv ni ada banyak drama. Hmm.

Orang gaduh-gaduh, pastu kutuk-kutuk peserta lain, dan lepas tu, buat kita sebagai penonton ni buat keputusan untuk judge yang mana bagus, yang mana blerghh. Kuasa di tangan pengguna lah katakan. Yelah, sape tak suka drama? Double the drama, double the fun, oh yeah.

Oh ya cakap pasal Akademi Fantasia, tahun ni memang so hampehs.
Walaupun aku tak pernah pun layan AF kecuali tahun ni sebab rumah aku nun di kampung sana tadak Astro, tahun ni punya peserta memanglah hampeh. Nak nyanyi macam malas nyanyi je. Mula-mula tengok memang semangat, tapi lama-lama, macam momentum tu makin lama makin kurang. Nasib baik final malam lepas agak okay, sebabnya yang aku predict menang hoho.
Selalunya yang aku predict tu asyik kalah je, menyampahh ai.

Mungkin sebab penangan Mentor tahun ni agak hebat kot.

Serius, tahun ni punya peserta Mentor memang berbakat. Walaupun tak dapat tengok live sebab TV3 copyright kan kat youtube (dan itu reason aku divert tengok AF), aku masih berjaya menyelit tengok yang waktu final punya. Memang berentap sungguh lah sampai aku tak tahu nak sokong yang mana. Tapi last last, ofkos lah aku sokong yang boleh nyanyi lagu irama tradisional, woot woot, tak mainlah yang asyik menjerit je hihi. Dah lah protege Kak Pah pulak tu, i like.

single protege kak pah

tapi yang ni lirik diaa besstt


Dah dah dah, aku sepatutnya tidur dah waktu ni. Dah pukul 5 pagi dah kot, aku ni memang selalu buang tebiat buang benda yang tak munasabah. Dahlah ada final jumaat ni, aku memang cekodok pisang, suka sangat membazir waktu buat benda mengaruttt.

Cuma yang aku tak suka, banyak sangat tengok program nyanyi ni buat aku terbawak-bawak ke alam realiti. Asyik nak menyanyi je kerjanya, dah banyak kali dah kena sound sebab buat pencemaran bunyi. Haha kesian housemates aku, terpaksa dengar aku melalak.

Tu lah aku cakap, sape suruh taim sekolah dulu amek muzik.

p/s - maaflah, ini post sebab stress belajar, banyaaaak lagi topik biokem tak coverrrr. tidaaaakk kenapaaa T__T

Baik Budi, Indahlah Bahasa

Laa, lagu ni multi-loghat lah rupanya, tak perasaann. Bila sampai yang part loghat Kelate ngan loghat Sarawak, baru terperasan yang macam-macam loghat rupanya ada dalam lirik lagu ni.

Dahlah menikam kaw kaw pulak tu liriknya.

Teghek teghing oghe kito, hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come, jange dale
Habih kuca lembe

Apapun sukaa lagu ni, multi-kultural sungguh.
Ini baru lagu yang tunjuk Satu Malaysia.


Adehh aku ni memang kalu taim exam, pelik-pelik mengidam nak dengar lagu ^^

Saturday, June 11, 2011

Buang Masa

It's suppose to be a study week for me, but aku still golek-golek around doing nothing.

Nak kata aku tengok movies ke, aku tak tengok. Nak kata main game, aku tak main. Entah, aku pun tak tahu apa aku buat depan laptop, masa terbuang macam tu je.

Pastu makan mandi tidur.
Besoknya ulang balik benda yang sama.
Bangun mandi makan tidur.
Bangun mandi makan tidur.
Bangun mandi makan tidur.
Bla bla bla zzzz...

Padahal hati tu selalu je rasa tak tenang memikirkan final biokem jumaat ni, tapi entah, tak terbukak pun buku yang memang dah lama terlentang atas meja.

Ahhh apa dah jadi ngan aku ni?

Mood mood mood cepatlaaa datang fuuuh fuuuh.