Saturday, May 28, 2011

Happy Birthday, Wallflower

I guess the time is appropriate for me to write something regarding uh, my birthday.

Can't believe there's too much love in the air today.

People have been so generous and kind, and for a wallflower who believes no one cares about him, what these wonderful people have done for me was simply amazing. The feeling is indescribable, and I am so lucky to have these amazing people besides me.

From the beautiful voice singing my first birthday song via ym, the fb wishes, the surprise party to the presents and stuffs, I couldnt help myself from crying out loud with joy inside my ungrateful heart, thanking Allah for this beautiful gift of friendship.

Well I hope that's explained why I looked so gloomy during the suprise makan-makan, besides the fact that I hate surprises. How they managed to spare some time from revising notes for this upcoming exams to celebrate me is still a mystery for me.

Whatever it is, what these amazing people have done for me had gave a ray of hope that I am not alone somehow. My heart is smiling, and it will be smiling for a long time. Thanks guys for everything, I don't know how I can repay your kindness, but I believe God knows how.

Again, thanks for everything.

Thursday, May 26, 2011

Meniti Titian Usang



Bukan main susah lagi nak search version nih, at last jumpa jugak.

Ini sebenarnya lagu Search, dan rasanya, ramai yang ingat lagu ni lagu rock biasa-biasa saje.

Memanglah genrenya agak rocky-rocky sedikit, namanya lagi lagu Search, tak kanlah melodi dia macam lagu balada pulak kan? Tapi, kalau hayati lirik dia, lagu ni sebenarnya ada unsur-unsur dakwah.

Itu kalu mengikut fahaman aku dengan lirik dialah, memang agak mendalam sedikit maksudnya.

Silalah layan ouhh, malas nak cakap banyak, hayati lirik beb, hayati lirik.

Tuesday, May 24, 2011

Pre-final Syndrome

Yup, kali ni aku betul-betul demam.
Rasanya ni semua sebab silap makan ni.

Walaupun tak nampak sangat yang aku demam, aku memang macam tu, tak suka sangat tunjuk yang aku sakit. Kalau sedih-sedih, makin bertambah sakit rasanya. Lagipun, pagi tadi dah kebah seket, petang tadi adalah rasa nak muntah-muntah, tapi lepas rehat (aka tidur sampai tak ingat dunia), i think i feel better.

Anyway, sekarang ni musim nak dekat final.

Minda ni, macam orang lain jugak, selalu tak senang bila fikir tentang final, takutlah. Mana taknya, there's too much input need to be stuffed in a very limited amount of time. Tambah-tambah lagi, aku ni selalu je rasa tak sedap badan, apa yang tak kena ngan badan aku ni?

Dah tak de plan B dah, kena "cuba" all out lah dalam masa 3 minggu ni. Kalau tak, memang naya nanti. Aku takutlah nak menghadap exam Fisiologi, sebab level pengetahuan Fisiologi dalam kepala otak ni memang seket sangat-sangat.

Tapi yang paling aku takut, aku takut Allah SWT tutup mata hati aku waktu jawab exam tu semua nanti. Takut nanti punyalah jenuh study, tapi bila hari exam jadi blur. Mintak-mintak lah dijauhkan, amin.

Takpe takpe, kalau jadi macam tu, maksudnya ada something wrong lah tu dalam hubungan aku dengan Ya Rabb dan juga makhluk ciptaan-Nya. Semuanya ada hikmah dan pengajaran, macamlah tak pernah kena. Dah tu, tak serik-serik lagi?

Ouch.

p/s - Ala, ini punya idea menulis datang bila aku baca blog ko.

Sunday, May 22, 2011

Removed

Oh ini rupanya rasa hati bila kena remove sebagai kawan dalam dunia facebook.

Kalau mengikut sejarah lampau, aku cuma pernah remove dua insan je dari facebook, sebab insan pertama so bloody annoying, dan insan kedua pulak sungguh psiko. Tapi tu memang berzaman gila dah. Yang lain aku tak remove, sebab aku malas nak buat inspection, check sorang-sorang samada patut kena remove ke tak. So aku approve-kan saja semua yang request muahaha.

Tapi kan, sepanjang aku approve takdak sorang pun yang berterima kasih ngan aku punya approval. Mungkin ramai yang ingat thankies thankies ni soo old fashion, soo friendster katanya, tapi bagi aku its a big thing. Bila add tu maksudnya nak berkawan, dan first step nak berkawan dalam dunia fb bagi aku adalah dengan berterima kasih. Yalah, takkan aku pulak yang kena berterima kasih kan? Tapi entahlah, generasi baru lah katakan, lupa habis segala adab budi bahasa.

Sebenarnya aku nak cakap yang aku terkejut bila stalk-stalk wall orang, tiba-tiba terperasan yang salah sorang insan yang aku kenal ni bukan kawan aku kat fb. Aku yakin sangat yang aku dah add dah dia, sebab...okeh aku takdak alasan yang kukuh, cuma aku memang yakinlah.
Tapi tapi bila tengok opsyen "add as friend" kat page dia, aku terkejut. Rasa macam dah add dah. Memang soheh lah aku kena removed ni. Tapi, kenapa?

Kenapa kenapa kenapa?

Setakat yang aku ingat, aku takdelah bermusuh dengan dia. Tak pernah rasanya aku kutuk, hina, maki hamun atau bertumbuk dengan dia walaupun aku perasan yang dulu dia tak berapa suka sangat ngan aku. Aku tak tahulah sebab apa, tapi aku still lagi cuba keep it cool. Aku tak suka sangat gaduh-gaduh ni, buat diri jadi tak selesa. Nak makan, tidur, berak, semua tak selesa. Tapi bila sampai ke tahap removed friend fb, apa salah aku sebenarnya?

Rasanya aku tak pernah buat salah depan-depan dia, aku tak pernah selisih faham dengan dia. Cuma aku tahu yang dulu hubungan tu agak fake lah. Aku tahu yang dia tak suka aku, dan walau macammana sekalipun aku cuba buat-buat baik, still lagi rasa macam dia tak suka aku. So kot kot manapun memang jadi fake lah kan? Tapi tu kisah lama, dan dia pun pernah mintak maaf ngan aku tanpa sebab, so memang betullah dia tak suka aku.

So aku ingat hubungan tu dah jadi normal, dan aku pun dah lama tak dengar khabar dari dia. Tak tau lah pulak yang tuptap tuptap, dia removed aku.

Kenapaaaa?

Ishh tak sukanya , tak suka betul bila orang jauhkan diri bila kita ada buat silap.
Sepatutnya kena berani seket, bagitau depan-depan, sebab kalo tak, camana aku nak baiki salah silap aku tu kan?

Tak sukaaa, pleasse lah bagitau apa aku buat silaaap TT__TT

Wednesday, May 18, 2011

Celeh-beleh

Hari ni tidur sehari suntuk sebab badan rasa tak sihat sangat. Bangun mandi pukul 8, mamai taim tu, lepas tu sambung tidur balik sampai ke petang. Skip lecture segala hahaha.

Tak sedap badan sebab kena hujan rasanya semalam, tak pun sebab buat dosa maki hamun sindir-sindir orang, Tuhan nak balas terus la katakan. Entahlah, malas nak layan. Bila fikir-fikir balik, aku bukannya jenis yang macam tu. Aku suppose to be orang yang tak kisah (sangat) pasal komen-komen orang, lantaklah apa orang nak kata, aku tak amek port pun. Padahal dah nekad kot nak jadi orang macam gitu di awal tahun, kenapa tak berjaya ni?

Biarlah, benda kecik je kot, tak yah sibuk-sibuk nak terasa hati. Memanglah sakit, tapi chill je lah, manusia memang dilahirkan macam tu, otak tak sama semuanya. Masing-masing ada hak untuk nilai orang lain, janganlah manja sangat tak tahan kena komen, semua tak sempurna kot.

Tiba-tiba dalam sedih-sedih semalam teringat apa yang HK cakap, jangan balas dendam kalau orang buat jahat kat kita, sebab kita perlu tunjuk yang kita lagi bagus dari dia. Biarlah dia nak buat apapun, kita lagi bagus, perlu sabar.

Pastu my dear F pun cakap yang kata nista orang lain bukannya bom yang boleh buat kita mati, tapi macam suara katak hodoh yang bising, tak bagi efek pun kat kita. (part hodoh tu aku tambah sendiri sebagai penyedap rasa). Relaks je lah.

So aku malas nak layan benda celeh-beleh (baca: remeh-temeh) macam ni, sungguh tak matang. Buat sakit hati, jantung, hempedu dan badan. Daripada aku sedih-sedih, baik aku study. Cewahh, ini semangat baru sebab baca post ini oleh seorang mahasiswa Malaysia kat jepun, sungguh pedas menusuk jantung.

Apapun, ini satu ujian hidup, dan untuk terus hidup sihat perlu banyak bersabar. Ni baru ujian hidup waktu umur 19, ada banyak lagi tahun ni kalau Tuhan izinkan. Ada hikmah lah semua ni. Jangan jadi manja sangat, tak sesuai dengan umur kamu tu yang dah nak masuk angka dua.
Ehh, dah nak masuk angka dua? Dah boleh fikir nak kawen lah ni kan?
*Senyum*

Betul, baik fikir pasal kahwin.
(Divert mood dari study ke kahwin)

p/s - terima kasih pada mereka yang berada di sisi waktu dalam kesedihan, memang amat membantu. Sebab tu orang cakap kena ada besties tuh sorang dua, sebab boleh luah segala kesedihan kat dia, two is better than one lah katakan. Tak kisahlah besties lama (F, Z, M, GK2A) atau besties baru (HK, N, F, H), terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak

Tuesday, May 17, 2011

Plastics & Fakes

Tak suka dengan mereka yang suka buat-buat baik dengan kita sebab ada niat tersirat.

Tak tahulah niat tersirat tu apa, tapi tak sukalah bila orang jadi plastik nih. Memang dari dulu lagi tak suka dengan mereka yang suka buat-buat, tak kisahlah yang buat-buat macho, buat-buat gedik, buat-buat comel, semualah yang boleh buat muntah kaler pelangi.

Biasanya, spesies plastik macam gini, kalau buat-buat baik je mesti ada agenda tersembunyi. Yalah, kalau tak, kenapa nak buat-buat kan? Mesti ada sekret plan lah punya. Cakap mesti nak buat nada comel-comel je. Kalau laki-laki pulak mesti nak buat bunyinya kool je. Masing-masing nak cuba dapat sebanyak mana perhatian yang boleh. Desperate betul.

Tapi tak salah sebenarnya jadi plastik kadang-kadang, tapi mesti kena pada tempatnya lah.
Ni tak, setiap masa 24 jam asyik jadi fake je, sape boleh tahan? Dah macam nak mengorat je kejenya waktu borak-borak.
Rimas.
Tak selesa.
Meluat uwekk uwekk.

Orang nak berkawan pun rasa tak selesa. Nasib baik most of my so-called friends kat sini semuanya jenis yang happy-go-lucky, yang memang bukan jenis buat-buat lah. Walaupun ada je yang plastiks, bercakap macam nak mengorat, gedik-gedik macho-macho kool-kool sana-sini, tapi biasanya aku malas nak layan sangat spesies spesies macam gini. Layan tu layanlah jugak atas dasar kemanusiaan, tapi bila dah sampai ke tahap jeling-jeling, larikan diri atau buat-buat tak kenal, itu memang dah ke tahap meluat yang amat sangat lah tu.

Yalah, berkawan, buat cara macam nak berkawan.
Jadi diri sendiri, jangan buat-buat.
Nama lagi berkawan kan?

Sorilah kalau ada yang terasa, sebab aku pegang prinsip aku kutuk orang, orang boleh kutuk aku muahaha. Kira win-win situation lah. Walaupun aku tak suka orang kutuk-kutuk aku kat belakang, tapi whatever, aku pun kutuk jugak korang kat belakang hihi.

And last sekali, maaf teremo terkasar bahasa. Aku bukannya baik sangat. Kadang-kadang aku pun plastiks jugak, cuma tak de lah sampai tahap la desperado.

Kalau dah sampai nak bertegur sape pun tiba-tiba shifts buat perangai comel manja macam budak-budak, memang desperate lah tu.

Monday, May 9, 2011

Maher Zain - Sepanjang Hidup

Betulke Mahir Zain yang nyanyi ni? Mantap semacam je pronounciation ngan phrasing Melayu dia.
Oh ya first time tengok VC ni, baru perasan yang tak pernah tengok lagi Ayat-ayat Cinta. Tahu nyanyi lagu je, tengok ceritanya tidak.
Yalah, taim dia pasang kat TV3 waktu Form 5, aku kena siang ayam untuk jamuan kat dapur Dewan Makan waktu tu, sobsob.

Apapun, lirik yang versi Indonesia ni memang menusuk kalbu. Layann


ps - nak kahwin kat tempat macam tu boleh tak? Tapi tanak lah pakai kot macam mat salleh, nak baju melayu.

Saturday, May 7, 2011

Mama

Sana sini tengok kawan tulis entri sempena Hari Ibu, takkan aku terkecuali kot? Ini tak adil ni, tak aci, tak aci, kena tulis jugak ni.

Walaupun orang cakap yang sambutan Hari Ibu tu propaganda Kristian je sebenarnya sebab nak suruh kita ingat pada Mary, ibu kepada Jesus, tapi wth, aku celebrate jugak Hari Ibu ni. Wahai kawan-kawan, perlu diingatkan di sini yang Mary itu ialah Maryam, seorang wanita solehah yang mulia di sisi Islam. Dalam al-Quran siap ada surah lagi pasal dia, so kalau tak salah, rasanya oke je kan kalau kita ingat pada Maryam yang jugak merupakan seorang ibu ni kan? Lagipun, pengorbanan dia sebagai seorang ibu pun besar jugak, jadi tak salah rasanya ingat pada dia.

Itu pendapat akulah tapi, kalau salah tolong eh betulkan.

Berbalik kepada ibu, aku panggil dia Ma. Orangnya kecik je, agak rendah, tapi kulit dia putih, sedangkan dia selalu cakap yang waktu kecik dia memang hitam. Entah macam mana bila besar boleh jadi putih pun dia tak tahu katanya.

Aku ni kalau dari segi realitinya memang lagi rapat dengan Ma berbanding ngan Abah. Mungkin sebab Abah lagi garang dari Ma kot waktu aku kecik-kecik dulu, sebab tu aku lagi rapat dengan Ma. Aku tak ingat sangat kisah aku waktu kecik-kecik dulu, cuma apa yang aku tahu, aku tersangatlah nakal waktu kecik dulu, banyak sangat lari dari rumah asuhan. Mesti jenuh Ma nak jaga aku kan? Dah la aku ni jenis budak yang hyperaktif pulak tu, lompat sana lompat sini, selalu kena kurung dalam stor dengan kakak aku wuhuhu .

Bila dah besar dan aku pun belajar jauh kat sekolah asrama, bonding antara aku ngan Ma aku jadi bertambah kuat. Tiap kali aku balik rumah bila cuti hujung bulan, aku ngan Ma lah akan jadi orang yang paling last duk kat meja makan taim dinner. Kitorang akan borak-borak, cakap-cakap pasal hidup masing-masing. Aku paling suka taim tu, sebab Ma akan bercerita pasal hidup dia, sejarah dia, pasal kampung, sawah padi, perangai kat tempat kerja dia, semualah kalau nak diikutkan. Waktu tu lah aku rasa bonding aku ngan Ma amat kuat, rasa kuat sangat perasaan ibu-anak tu.

Even taim aku balik dari Moscow pun aku still teruskan tradisi tu, tradisi lepak-lepak kat meja makan lepas waktu dinner. Kadang-kadang adalah kakak aku join sekali, itupun sebab dia nak habiskan baki-baki lauk yang tinggal hahaha.

Tapi seriusly, aku sebenarnya suka lepak-lepak macam tu, berbual-bual pasal hidup dia. Sebabnya, Ma suka cakap pasal sejarah hidup dia yang dulunya memang susah. Yalah, aku dulu bukannya dari keluarga yang berada. Rumah pun rumah kayu yang bila hujan, air hujan menitis masuk. Tu tak masuk lagi dengan sawah padi, pohon getah sebagainya. Aku memang berasal dari keluarga orang susah, dan Ma selalu ingatkan aku pasal benda tu.

Aku suka Ma aku cerita benda-benda macam tu, sebab cerita-cerita dia tu sebenarnya jadi salah satu faktor dorongan untuk aku terus belajar rajin-rajin. Yelah, aku nak dia tengok aku berjaya, dan aku pun nak balas budi baik dia yang bagi aku hidup tanpa sedikitpun rasa susah, sedangkan dulu dia pernah alami hidup susah. Sepatutnya setiap anak kena sedar yang kita hidup senang-lenang ada ps3 gameboy segala, padahal dulunya mak ayah kita pernah jadi penoreh getah, pesawah padi bagai sebelum berjaya kerja kerajaan. Itu kalau nak ikut kisah Ma ngan Abah aku lah tapi, lain famili lain cerita.

Anyway, aku takde idea sangat, sebab aku tahu setiap orang pun bangga ngan Ma masing-masing. Aku malas nak tulis panjang-panjang puji Ma aku, daripada tulis sini baik aku call dia dan puji depan-depan kan kan?

So kepada Ma, walaupun Ma tahu yang A dan adik-beradik yang lain sayang sangat-sangat kat Ma dan Abah, tapi kot-kot manapun, benda tu still tak nampak kan? A nak sangat suruh benda tu nampak, so A nak belajar rajin-rajin dan berjaya supaya itu jadi bukti yang A sayang Ma dan Abah. Bukan stakat belajar rajin-rajin je supaya senang hidup atas muka bumi ni, A akan cuba jadi insan yang baik dan soleh jugak, sebab kan doa-doa anak yang soleh tu mampu gembirakan ibubapa kita nanti kan? Walaupun rasanya jauh lagi nak capai tahap tu, at least kita mencuba.

Apapun Ma, A sayang sangat kat Ma.
Miss you Ma, selamat Hari Ibu.


ps - itu bukan keluarga aku yang ada ps3 bagai, tak pernah hayat aku sentuh benda tu. Itu just metafora nak bagitau hidup senang anak-anak Ma dan Abah.

Monday, May 2, 2011

Demam

Aku rasa nak demam lagi.
Masuk waktu spring ni, aku dah dua kali dah rasa macam nak demam.
Oh ya, lupa, hai spring, muncul jugak ko last last ya.

Berbalik kepada isu demam demam manja cikuwawaw ni, kali ni memang rasa nak demamnya lain macam. Mata merah, bengkak dan sakit, pastu badan rasa sejuk-sejuk. Nasib baik bukan aku saja yang rasa macam gitu, teman-teman rumah aku yang lain pun katanya rasa nak demam jugak. Ini maksudnya, badan tak biasa dengan perubahan musim dari musim sejuk yang SEJJUKKKK SANGATTT ke musim bunga yang mampu buat aku kembali berpeluh, yay!

Aku ingatkan ini penangan tak cukup tidur sebab ada tiga major tests minggu lepas, yang tu pun boleh jadi jugak sebabnya. Tapi tak kisah, at least minggu ni, minggu depan, minggu minggu lagi depan aku freeeeeee.

Eh tapi kan, bila fikir-fikir balik, mungkin aku selalu demam sebab aku ada banyak dosa kot?

Maha Hebat

Pelajar medik memang ofcos lah kena belajar subjek biologi. Biologi tu belajar pasal hidupan, tapi bagi pelajar medik, memang lagi spesifik kena fokuskan belajar pasal hidupan yang namanya manusia. Bukan setakat belajar general biologi je, tapi yang lebih daripada tu, cabang-cabang dia, embriologi, histologi, parasitologi, endoktrinologi bla bla bla dan tak lupa juga mikrobiologi.

Oh ya, aku sebenarnya baru habis study (belek-belek sambil main fesbuk je padahal) subjek mikrobiologi (sejam yang lepas, dan sekarang ni tengah main internet muahahaha) dan tetiba waktu study tu dapat ilham yang satu ni.

Sebenarnya benda ni dah lapuk dah sebenarnya, takde lah suprise suprisenye, ramai dah tahu kot, cuma tadi tiba-tiba rasa terkesan seket entah kenapa, dan terus jadi ilham untuk menulis.

Tadi penulis baca pasal topik infection (baca: jangkitan) memandangkan besok ada kelas mikrobiologi, dan melalui buku tu, manusia ni ada bermacam-macam jenis perlindungan untuk tahan diri daripada kena serangan jangkitan penyakit. Bermula dari hidung yang ada bulu-bulu untuk tapis kuman-kuman, lepas tu dengan lendir-lendir mukus dalam esofagus semua, tu tak masuk lagi dengan peranan sel darah putih, air mata, organ-organ badan, even bulu-bulu roma pun ada fungsinya sendiri.

Eh jap jap kenapa aku tiba-tiba cakap bab-bab ni?

Jujur aku bukan nak bagi syarahan ke apa, tak tak tak, aku sebenarnya cuma nak cakap yang betapa hebatnya kuasa Tuhan yang mampu bina sebesar-besar manusia, tapi mampu jugak bina benda-benda kecik yang fungsinya memang amat sangat kompleks. Kalau kita boleh nampak yang mulut tu fungsinya untuk makan, hidung untuk bernafas, tapi kita tak boleh nampak apa fungsi sel-sel dalam darah. Kita memang tak leh nampak macammana sel tu hidup, serang penyakit sana-sini, kita memang tak nampak.

Yelah, kalau darah memancut keluar pun kita nampak macam air merah je kan, mana nampak sel sebutir-sebutir keluar.

Itu yang aku cuba nak terangkan. Aku cuma nak bagitau yang Allah tu maha hebat sebab jadikan bermacam-macam benda dari sebesar-besar kejadian ke sekecik-kecik kejadian, dan setiap satu punyai fungsi mereka sendiri. Dah la tu, setiap satu tu pulak amatlah kompleks, cuba bayangkan, kuman yang kita tak nampak tu ada jantung, ada paru-paru, ada bulu.

Usah ditanya bagaimana, itu memang kuasa Allah.

Subhanallah.