Wednesday, November 24, 2010

Challenge yang aku akan buat bila aku bosan (kot)


Dulu dah pernah nampak benda ni kat blog someone, then bila jumpa pulak buat kali kedua terasa macam nak buat je. So kita tengok apa yang jadi hahaha, macam menarik kan kan?

30 DAYS CHALLENGE

DAY 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
DAY 02 - The meaning behind your blog's name
DAY 03 - A picture of you and your friends
DAY 04 - A habit that you wish you didn't have
DAY 05 - A picture of somewhere you've been to.
DAY 06 - Favorite superhero and why?
DAY 07 - A picture of someone/something that has a big impact on you
DAY 08 - Short term goals for this month and why
DAY 09 - Something you're proud of in the past few days
DAY 1o - Songs you listen to when you're happy, sad, bored, hyped, mad
DAY 11 - Anotehr picture of you and your friends
DAY 12 - How you found out about blog and why you made one
DAY 13 - A letter to someone who has hurt you recently
DAY 14 - A picture of you and your family
DAY 15 - Put your ipod in shuffle. First 10 songs that play
DAY 16 - Another picture of yourself
DAY 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why?
DAY 18 - Plans/dreams/goals you have
DAY 19 - Nicknames you have; why do you have them?
DAY 20 - Someone you see yourself marrying/being with in future
DAY 21 - A picture of something that makes you happy
DAY 22 - What makes you different from everyone else?
DAY 23 - Something you crave for a lot
DAY 24 - A letter for your parents
DAY 25 - What would i find in your bag?
DAY 26 - What do you think about your friends?
DAY 27 - Why are you doing this 30 days challenge?
DAY 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
DAY 29 - In this past month, what have you learned
DAY 30 - Who are you?


Sunday, November 21, 2010

Selamat Pagi, Salji


Yeahh salji dah turun, so "selamat pagi, salji!"



Memang pelik, tahun ni excitement level nak tunggu salji turun memang tinggi gila kalo nak bandingkan ngan yang tahun lepas punya. Tahun lepas tak terasa nak menanti salji, tapi kali ni, selalu tertanya-tanya bila salji ni nak turun.

Yelah kalo diikutkan, tahun ni salji turun lambat sikit berbanding biasa, dan suhu sekitar pun macam agak biasa berbanding tahun lepas yang extreme gila sejuknya masa bulan November.

So bila salji turun, oh heaven gila rasa, macam dalam filem la pulak rasanya.

Dahla masa salji turun tuh waktu malam, dan memang nampak cantik gila salji putih turun dari langit.

Pastu, kebetulan pulak waktu tuh giliran A dan G pergi beli barang dapur kat Ashan (aka Mydin), masa tuh pulak tengah nak balik, memang timing tuh perfect lah.

Macam tahu tahu je yang A menanti salji turun.

Pastu masa dah sampai rumah, memang gila nak keluar lagi sebab nak dapatkan feeling happy tuh bila salji turun. So tak pasal-pasal cari alasan nak beli aiskrim kat kedai luar rumah, sebab nak jalan dan rasa suasana salji turun.

Lagipun, kalau lepas ni, feeling tu mesti dah hilang dah kan?

Salji ni bukannya semua orang suka kot. Memang waktu awal-awal semangat, happy je. Tapi lama-lama dah rasa leceh. Sejuklah. Kotorlah. Banyaklah lagi.

A je yang rasa macam muda sebab excited mengalahkan budak-budak kecik. Sepatutnya yang excited budak-budak 1st year, tapi haha, takpe takpe, itu tanda A masih muda.

Lagipun bukan salah A sebab budak-budak junior nampak macam matured seket, haha semua muka doktor opps :)

Anyway, dah la mengarut-ngarut, at least rasa relieved sebab it has been such a long emo week.

So salji selamat datang, dan winter sale pleaselah ada banyak choice saiz untuk aku :)

So ini my favourite pic, close-up bentuk salji. Ada gaya dlsr tak? Haha :)


Monday, November 15, 2010

Raya Haji


It's already Raya Haji here in Moscow today, in Malaysia will be the following day huhu.

Missing family?

Yeah I missed them, tapi lagi suka beraya bila masih lagi kecik.

Bukan sebab dapat lagi banyak duit raya ke apa, yeah itu satu sebab, tapi another sebab ialah
masa kecik sooo young and carefree, tak perlu tahu masalah konflik dalaman yang melanda.

Bila besar tahu itulah, inilah, even kalau sembunyik sembunyik pun still dapat tahu apa yang tak kena.
Otak sekarang bila besar dah boleh fikir mana satu salah, mana satu betul, mana satu yang tak kena.

OMG rindu nak tengok lembu kena sembelih belakang balasoh (baca: surau), suka tengok part darah mencurah-curah keluar, pastu lembu tu buat keluar bunyik bernafas ikut esofegus dia yang dah kena kerat tuh.

Pastu mulalah pacat bertaburan sini sana dengan perut buncit diorang.

Haih bila cakap pasal kampung, rindulah pulak nak tengok ni pagi-pagi.


Matahari naik, tengok ngan mama, H, dan Ya masa balik summer ari tuh.

OMG mama tiba-tiba A rindu kampung.
Teringat pulak malam-malam buta nih (2.59a.m)

Anyway, salam Raya Aidiladha lah buat semua.
Tengah-tengah beraya tu jangan lupa la pulak apa niat utama kita celebrate raya ni.


Alamak teringatkan sup perut la pulak, bila raya haji mesti faveret famililah punya :P


P/S - Hihi kalau abah tahu mesti dia marah tahu aku tetiba homesick haha.

Weekend Berlemon Masalah


Plan weekend memang dirancang dengan teramat sangat rapi memandangkan semuanya berjalan lancar minggu lepas.

Berjaya lepas jawab anatomi, lecturer biokem tak banyak songeh, fisio lepas sekadar cukup makan, dan next week tak ada test histologi menyebabkan rasa nak buat weekend ni lebih produktif.

Hajatnya nak study, pastu nak skype, pastu nak gi amek parcel dan bermacam-macam lagi idea bernas.

Tapi, semuanya hampeh.

Start start dengan laptop tak leh nak start macam biasa.

Memang laptop A banyak songeh sejak berkurun lamanya dahulu, yang mana memang kalau laptop tuh mati memang lambat gila nak boleh bukak balik.

Lepas je habis kelas biokem, menandakan yang weekend dah nak mula, yay A pergi shopping sekejap. Window window je hehe.

Then balik tak ingat la pulak nak hibernatekan laptop sebab letih.

Kebetulan laptop punya charger baru-baru ni ada masalah.
Kena pulas putar ejas wayar sikit baru charger tu menjadi.

Then sebab letih yang menggila-gila, tak ingat betulkan wayar, dan tak ingat hibernatekan laptop.
Balik makan tidur.

Bila bangun je pagi esok, laptop dah K.O.

Cuba bukak balik, dan memang berjam jam lamanya try restart tapi still tak leh bukak.

Bila hati dah tak sabar, ada la seket seket mengamuk dan menyebabkan charger rosak terus seratus persent.

Hari pun dah lewat, memang tadak can langsung nak pergi beli yang baru secepat mungkin.

Hajat nak online skype ngan orang kat Malaysia hancur.

Pastu bila emo laptop takleh bukak, golek golek golek atas karpet baca novel yang tak habis habis baca dari dua bulan lepas.

Sedih.

Niat nak study memang lupus hanyut cam tu je.

Then bila hari Ahad, keluar beli charger, tersinggah shopping sekejap, dan balik lewat.

Cuba repair laptop, makan masa banyak gila sampai hampir putus asa, then malam tu baru laptop menjadi.
Laptop oke balik taim lewat gila, fed up, hajatnya nak tidur terus.

Sekali lagi niat nak study hilang, tadak mood.

Pastu teringat yang projek Kulturologi tak siap lagi.
Kena bersengkang mata la pulak nak siapkan projek sebab deadline memang hari tu jugak.
Buat memang tak puas hati gila, cincai cincai serabai.

Bila dah siap, send kat lecturer, pastu terus tidur.

Sebelum nak tidur rasa macam nak demam.
Otak pening pening, tekak rasa lain macam.

Haih sekarang dah demam, mood study hilang, otak letih gila, dan Ya Allah tak selesanya demam.

Haihh.

Dugaan.

Teringat masa tazkirah/usrah taim kat sekolah dulu, ada satu abang senior pernah cakap;

"Dalam suka-suka mesti ada duka, dan dalam duka-duka mesti ada suka'

Haihh.

Tuesday, November 9, 2010

Masks



"Look, we all wear masks, everyone and everyday.. and sometimes we wear them so much, we forget who we really are. And sometimes, if we're lucky, someone comes along and shows us who we really wanna be...who we should be" - Nikita


Friday, November 5, 2010

Haihh


Terluka.

Emo.

Insaf.

Asyik-asyik tak dapat jawab je kejenya.

Insaf.
Insaf.
Insaf.

Emo.





Tapi still rasa nak gi shopping.


Shopping melegakan emo-ism lah kot?

wth =_="

Wednesday, November 3, 2010

Post Insafkan Diri


Tengok apa dah jadi.

Suppose to be study anatomi betul-betul, bukannya baring golek-golek pastu tidur atas karpet, ataupun layan movie Bolt, pastu tengok kartun X-Men pulak.

Bajet macam test akan lulus macam tu je bila baca golek golek.

Entahlah, semalam memang mood study tu tak datang-datang.

Bukannya A tak tahu apa yang dia tanya, tahu jek nak jawabnya macam mana, cuma bila dalam keadaan yang mat salleh cakap "adrenalin rush hush hush", dengan dia yang scary meri tanya soalan, pastu orang lain tengok apa yang kita buat macam kena soal siasat, dan kawan-kawan yang power lagi dari A pulak tak lepas, tetiba jadi cuak berlemon lemon.

Sampai menggeletar tangan pegang tengkorak tadi masa nak tunjuk mana letaknya Fossula Petrosa. Nasib baik dapat cover seket seket, walaupun still rasa malu.

Okeh, salah A jugak sebab tergelabah sebut Fossula Tympanica, dan bila dah tersalah sebut mulalah rasa gelabah gedebuk gedebak, pastu kalut kalut.

Haihh, malulah.
Entah bila la agaknya nak perform dalam anatomi nih.
Paham, tapi tak mampu nak explain dalam kalut kalut.

Dah salah dia jugak, tetiba dia tanya pasal urat saraf glossopharyngeal buat apa, sedangkan soalan yang A kena pasal urat frontal ngan urat vestibulocochlear.

Haha tak pasal pasal salahkan lecturer pulak.
Macamlah tak tahu dia tu macam mana.

Tak adil pun ada, memang saja nak buat orang baca dan baca dan baca dan baca sampai arif pasal selok belok urat-urat saraf supaya nanti jadi Pakar Saraf macam dia.

Huh, memang taktikal betul.

P/S - Dia datang jenguk-jenguk hari ni, sebab semalam ke? Takkan dia cam A kot? Nak tanya segan, nak senyum malu. Nasib baik aku duk belakang tadi >.<"