Yeahh salji dah turun, so "selamat pagi, salji!"
Memang pelik, tahun ni excitement level nak tunggu salji turun memang tinggi gila kalo nak bandingkan ngan yang tahun lepas punya. Tahun lepas tak terasa nak menanti salji, tapi kali ni, selalu tertanya-tanya bila salji ni nak turun.
Yelah kalo diikutkan, tahun ni salji turun lambat sikit berbanding biasa, dan suhu sekitar pun macam agak biasa berbanding tahun lepas yang extreme gila sejuknya masa bulan November.
So bila salji turun, oh heaven gila rasa, macam dalam filem la pulak rasanya.
Dahla masa salji turun tuh waktu malam, dan memang nampak cantik gila salji putih turun dari langit.
Pastu, kebetulan pulak waktu tuh giliran A dan G pergi beli barang dapur kat Ashan (aka Mydin), masa tuh pulak tengah nak balik, memang timing tuh perfect lah.
Macam tahu tahu je yang A menanti salji turun.
Pastu masa dah sampai rumah, memang gila nak keluar lagi sebab nak dapatkan feeling happy tuh bila salji turun. So tak pasal-pasal cari alasan nak beli aiskrim kat kedai luar rumah, sebab nak jalan dan rasa suasana salji turun.
Lagipun, kalau lepas ni, feeling tu mesti dah hilang dah kan?
Salji ni bukannya semua orang suka kot. Memang waktu awal-awal semangat, happy je. Tapi lama-lama dah rasa leceh. Sejuklah. Kotorlah. Banyaklah lagi.
A je yang rasa macam muda sebab excited mengalahkan budak-budak kecik. Sepatutnya yang excited budak-budak 1st year, tapi haha, takpe takpe, itu tanda A masih muda.
Lagipun bukan salah A sebab budak-budak junior nampak macam matured seket, haha semua muka doktor opps :)
Anyway, dah la mengarut-ngarut, at least rasa relieved sebab it has been such a long emo week.
So salji selamat datang, dan winter sale pleaselah ada banyak choice saiz untuk aku :)
So ini my favourite pic, close-up bentuk salji. Ada gaya dlsr tak? Haha :)
1 comment:
saya pon rs tis yr salji sgt best!
kua rumah berangan ala2 winter sonata.
mgkin sbb dkt kwsn perumahan instead of kwsn ntah ape di pushkin tu
Post a Comment