Saturday, June 5, 2010

I'm Not Ready to Make Nice

Malas nak cakap banyak-banyak.

Yup, lagu ni most probably antara lagu yang paling A suka dengar bagi tahun ini.

Tak tahulah kenapa A boleh terjumpa lagu ni, tapi yang pasti, A tertarik ngan lagu ni mungkin sebab hari tu Taylor Swift menang Grammy, pastu sebab Tay-tay kan country singer, dan lagu ni pun country jugak, dan pastu, lagu ni pun turut menang Grammy tahun yang keberapa entah, so A pikir mungkin ada korelasinya di situ haha.

Pandai-pandaila korang pikirkan macammana korelasi tuh, malas eden nak masuk campur.

Apapun, A suka lagu ni sebab A rasa lagu ni memang honest sangat-sangat, macam setiap bait kata dia jelas datang dari hati.

Yelah, lagu ni kan ada sejarahnya sendiri.

Lagu ni dicipta sebab kumpulan ni, Dixie Chicks kena banned dan kena kutuk kat America sana sebab kutuk presiden George W.Bush masa Bush serang Iraq dulu. Masa tuh, penyanyi dia, Natalie Maines cakap kat audiens korsert dia yang

"Just so you know, we're on the good side with y'all. We do not want this year, this violence, and we're ashamed that the President of the United States is from Texas."

Bila tercetusnya kontroversi nih, memang ada yang menyokong dan ada yang tak menyokong. Yelah, media massa memang kompon le tak sokong. Habis diorang kena hentam teruk-teruk. Memang masa ni reputasi diorang turun mendadak dum dam sehingga tercetusnya lagu ni sebagai usaha nak bagi tahu yang diorang takkan mengalah, pastu membawa kepada kemenangan lagu ni di Grammy Awards untuk anugerah Song of the Year, Record of the Year dan Best Country Performance.

So kalau baca dan hayati lirik lagu diorang, memang jelas maksudnya sampai ke hati.
Contohnya, bahagian korus

I’m not ready to make nice
I’m not ready to back down
I’m still mad as hell and I don’t have time to go 'round and 'round and 'round
It’s too late to make it right
I probably wouldn’t if I could
‘Cause I’m mad as hell
Can’t bring myself to do what it is you think I should

dan part yang A suka, part ugutan bunuh yang diorang terima sebab tanak diam.
Yelah, kan diorang dealing ngan presiden US kan tuh.

I made my bed and I sleep like a baby
With no regrets and I don’t mind sayin’
It’s a sad sad story when a mother will teach her
Daughter that she ought to hate a perfect stranger
And how in the world can the words that I said
Send somebody so over the edge
That they’d write me a letter
Sayin’ that I better
Shut up and sing or my life will be over

Apapun, sila hayati lagu nih sebab A suka layan lagu ni bila A emo, especially bila A marah sangat ngan perbuatan someone dan A akan cakap yang, "I'm not ready to make nice". Haha, aku sungguh gay.

Enjoy je le, tak minat sudeh.


No comments: