Teringat satu post blog yang pernah A baca, daripada blog seorang senior sekolah A yang rasanya dia tak kenal sangat A, berkisar tentang apa yang Rasulullah S.A.W akan buat andai baginda dicerca, dihina macam apa yang si golongan kafir tengah buat sekarang.
Post ni agak panjang sebenarnya, dan ditulis dalam bahasa Inggeris, dan merupakan satu reaksi terhadap Hari Membakar al-Quran baru-baru ni. Dan kalau nak tahu, nama penulisnya Mike Ghouse dan co-writernya lak Imam Zia Shaikh.
Agak-agaknya apa yang Muslim patut buat bila benda ni berlaku?
Senang je, kita tak yah buat apa-apa.
Tak perlu nak marah-marah, kecam-kecam, bunuh-bunuh.
Mula-mula bila A baca pun tersentap jugak jantung ni, sebab contohnya bila ada yang cerci maki agama Islam, A senang naik radang. Tapi bila baca artikel ni, A sedar yang sepatutnya apa yang A buat selama ni salah, tak patut marah-marah.
Yelah, mesti korang ingat atau pernah baca kan yang apa yang baginda buat bila orang baling najis dan batu dan macam-macam lagilah masa baginda solat, maki hamun baginda dan macam-macam lagilah, tapi Rasulullah S.A.W tak pernah marah kan? Tak pernah gaduh-gaduh tumbuk-tumbuk kan? Tak pernah balas dendam suruh orang pukul atau bunuh balik kan?
Yang A tahu, baginda bukan je tak buat apa-apa, malah siap doa lagi supaya hati orang kafir taim tu akan terbuka.
So apa yang patut kita buat bila ada orang kafir hina Islam?
Kita sepatutnya tak patut marah-marah, cuba explain balik apa yang salah, dan doa kat Allah S.W.T supaya hati orang tu terbukak. Tak perlulah nak kecoh-kecoh, tak de guna pun.
Kebetulan bila hati tersentap sebab baca benda tu, A came across video klip lagu terbaru Maher Zain, The Chosen One. Memang masyaAllah, makin sentap hati ni. Intro video klip dia mula-mula dah cakap yang video ni dibuat inspired by Rasulullah SAW, dan memang sebak terus hati ni. Yelah, macam kebetulan je.
Wallahu'alam, semuanya dari Allah SWT.
Apapun, kalau korang nak baca, ni link dia. Sila tekan sini, k.
P/S - A tak pernah download lagu Maher Zain sebab rasa macam illegal je. InsyaAllah nanti A beli album dia.
No comments:
Post a Comment